Belum puas berada di rumah.
Itu apa yang aku cuba terjemahkan sekarang. Neuron-neuron otak bertindak-balas secara aktif memberikan respon serupa. Hasilnya, setiap kali aku diasak dengan sesuatu kerja, aku jadi sedikit malas. Malas untuk melaksanakan tugas. Alasannya, aku lebih rindukan
awek-awek hot suasana rumah aku. Dengar cerita-cerita keluar dari bibir ma aku, ibu aku.
Ma dah kurang berleter sekarang. Sangat jarang aku dengar bebelannya yang panjang. Mungkin dek kerana usia kami sendiri sudah menginjak
tua bangka tak sedar diri dewasa. Maka, kematangan dalam berfikir menjadi titik-tolak kepada permulaan hidup yang lebih baik. Aku jadi rindu semua tu. Rindu pada butir suara ma yang keluar ibarat peluru muntah, bertaburan keluar dari magazin dan meluru laju menebak kalbu. Sakit, perit, tapi itu semua mendidik. Ma tak pernah naik tangan, seingat aku ma hanya mengugut.
"Buatlah kalau berani, kalau nak rasa!"
"Nak kena ni, nak kena..."
Hanya itu baris ayat yang keluar dari mulut ma. Tidak ada jentikan, cubit dan tampar. Tak pernah.
Aku langsung tak kisah diarahkan melakukan kerja rumah seawal pagi sebelum ma melangkah kaki ke tempat kerja. Pesanannya walau panjang berjela akan tetap aku laksanakan dengan hati yang
bengkek rela. Sebaik mungkin. Itu rutin.Ma adalah boss, dan aku adalah kuli tak bergaji ma. Tiada rungutan (walau kadang-kadang ada kerja-kerja simple yang ma suruh aku buat yang ma boleh selesaikan sendiri aku rasa).
Di rumah, aku adalah tukang kebun, electrician, pembantu tukang masak, penebang pokok, pembantu rumah, tukang sapu (dah macam majlis perbandaran), tukang repair alatan-alatan yang da rosak, tukang paip,
tukang adjust anak dara jiran seblah umah, tukang kayu, perunding imej, pereka landskap, tukang cat, interior designer, dan berbagai tugas sampingan lain yang tak perlu aku nyatakan di sini. Itu aku. Mungkin sebab didikan arwah ayah dan ma yang berjaya membentuk kami 5 beradik agar terbiasa dengan persekitaran kerja. Ma tak suka tengok anak dia duduk senang, goyang kaki dan ternak badan. Kala itu badan dia jadi panas, organ dalaman dia mula tak stabil dan mulutnya terasa ringan. Hasilnya, radio Cik Nor berkumandang, bergema ke serata alam.
Aku jadi rindu. Hati jadi sayu.
Lima hari di rumah cukup untuk menambahkan berat badan aku ke paras
ideal maut! Semacam buncit bilamana satu hari 3 ke 4 kali
keluar dating dengan anak jiran menghadap periuk nasi. Peti ais ma yang biasanya sarat dengan barangan makanan dan buahan jadi kosong dek kerana penangan
pelahap tahap dewa aku. Ma garu kepala.
Jin, syaitan Puaka apakah yang merasuk anaknya sehingga berubah sebegitu rupa. Hampir-hampir aku berkampung di hadapan pintu peti sejuk.
Aku jadi rindu. Hati jadi sayu. Walau nasi hanya berulamkan petai dan budu, semua itu sudah cukup untuk membuka pintu selera aku untuk makan dengan penuh bernafsu. Air tangan ibu mengalir penuh kasih sayang. Manis, masin, tawar semuanya cukup membangkitkan selera makan.
Terima kasih ma. Untuk ikan bakar yang memang tiada tolok bandingnya. Terima kasih ibu, untuk nasi dagang yang berjaya menodai perutku. Terima kasih!
No comments:
Post a Comment