Dah lama sangat aku lepak, duduk-duduk rehatkan otak sambil usha-usha
So, aku kenalah berdiri atas kaki sendiri memerah otak (perahlah sangat) mencari idea-idea baru yang bersifat malar segar. Memang korang tak akan jumpa connection kat situ. Apa kena aku berdiri atas kaki dan perah otak cari idea. Jadi jangan buang masa duk fikir. Daripada korang duk fikirkan fasal menda yang tak mendatangkan faedah tu, baik korang pergi buat kerja rumah macam jemur baju,lipat kain, salin pampers anak, sapu laman, bagi yang bergelar suri rumah sepenuh masa. Dan kepada pelajar-pelajar sekolah, lebih baik korang buka buku Sejarah, study fasal Sejarah Malaysia. Tak adalah melopong macam Terowong SMART baru dibuka bila Cikgu Salmah tanya soalan-soalan berkisar asal usul penubuhan Melaka atau Pembentukan Malaysia. Tak gitu?
Amacam, prihatin tak aku?
So, ehem....ehem... kepada mana-mana gadis(es)/awek(s) yang berminat untuk bersuamikan lelaki romantik,caring, penyabar, pakar masak-memasak hidangan melayu barat, memiliki wajah iras selebriti ataupun bakal-bakal mak mertua yang mungkin berminat untuk bermenantukan lelaki yang baik hati, peramah, bersopan-santun macam anakanda (tunduk, tersipu-sipu malu) bolehlah berbuat demikian dengan menghubungi mana-mana talian bebas tol untuk mendapatkan maklumat lanjut.
Okeh,
Aku rasa dah cukup jauh aku melalut, dan sekarang tibalah masa untuk aku kembali ke pangkal
Sebagai permulaan, aku nak tanya satu soalan.Tapi korang semua kena jujur. Takmo tipu-tipu.
"Liar-liar got fire." Hehehehehe...Tu Teacher Fazliana yang
So, soalan aku berbunyi begini. Sungguh skema aku rasa. Macam soalan bahasa Melayu pulak. Okeh, straight to the point. Sape layan drama Nora Elena kat TV3? Angkat tangan!!!!
1...
2...
3....
....
786...
"okeh-okeh, turun tangan. Ramai jugak yang layan. Er, mak cik yang baju pink yang sengih sorang-sorang tu. Hah, mak cik. Ye...makcik la. Da boleh jatuh tangan da...semangat betul mak cik ye? Apa dia mak cik? Aaron Aziz hensem? Ada tak macam saya? Apa, saya lagi hensem??? Saya stuju dengan pendapat mak cik. Saya pun rasa macam tu...."*gelak sopan.
Bukan aku nak reviu pape la. Aku rasa drama melayu sekarang ni memang tak kalah dengan drama indon yang berlambak dihidangkan kat tb. Betul ke tak? Makin pelik aku tengok. Sampaikan kekurangan pada diri seseorang tu pon ley dijadikan sebagai modal untuk melariskan produk tak berkualiti dan tak beridentiti mereka. Yang tahyulnya pulak, dihidangkan sampai anak-anak kecil dah semakin takutkan hantu dari TUHAN yang SATU. Yang drama berair matanya pulak, memaksa kaum bapa keluar rumah diwaktu malam ke mini market berdekatan kerana kaum-kaum ibu kehabisan stok tisu. Sampaik ke situ. Sampaikan aku rasa tak nak tengok dah bila ada drama indon melayu. Meluat dowh.
Okeh, pada kipas-susah-mati drama indon. Aku bukan nak kutuk atau apa. Aku cuma hairan-pelik-bin-ajaib macamana lah korang boleh habiskan masa berjam-jam kat tv semata-mata nak marathon drama-drama indon macam bawang putih bawang merah sampaikan kalau boleh korang nak je pergi indon p tampaq watak antagonis (watak jahat) yang dilakonkan oleh pelakon yang sememangnya korang kenal dia, tapi belum tentu dia kenal korang. heh?
Tak perasankah korang setiap kali korang tengok drama tu, ia seolah-olah diarahkan oleh mereka yang rabun dekat dan seorang pengarah yang sangat lampi aka lembab. Sebab apa aku cakap camtu.
1. Sebab, kerapkali si pengarah yang 'celik' tu zoom in watak utama/jahat/kucing/tayar kereta/bas sekolah/ kucing hutan/dahan kayu mati dsb. apa reason dia?
2. Bila korang sedang asyik ghairah melayan perasaan dengan sekotak tisu di riba, kerap juga gerak perlahan ataupun effect slow motion dipertontonkan pada korang. Apakah? Korang tak rasa macam nak tekan butang fast forward ke?
Okeh. aku beremosi.
Berbalik pada Nora Elena. Nyatanya, aku tak pernah tengok pon drama ni. Boring. Drama tipikal melayu. mesti ada watak ketiga. bisnes nak juta-juta. watak utama nak kena hensem, romantik tak hingat, gila-gila punya baik hati, kaya, ada banglo sebijik dua pastu dapat tackle awek yang jadi focal point dalam cerita. tak ke tak adil tu. habis tu, yang tak hensem macamana? yang tak kaya macamana? yang tak ada banglo macamana? tak boleh dapat awek cun atau bini lawa la maksudnya?
Tak adil kan?
Kenapa nak kena tunjuk atau story sisi mereka yang senang-lenang yang kadangkala langsung tidak menghargai erti sebuah kehidupan? Kenapa tak diulas kehidupan mereka yang gelandangan. Kenapa tak ditanya pada mereka bagaimana mereka bertarung dan menggadai nyawa mencari sesuap nasi demi sebuah kehidupan? Kenapa?
Sebab, kita adalah bangsa Mat Jenin. Bangsa yang lebih senang dan suka menganyam angan. Kan?
hahaaa..sgt bersetuju dgn kam..akak pun xlayan nora elena nie..yelah kan sebab xdok kt malaysia..tapi walopun kawan2 gigih dok download cter nie..xpenah rasa nak tengok pun..sggup lagi akak melayan drama korea..heheee..memang tipikal malay & indon story macam tu..apakah kerana dari satu rumpun juga?sama-sama lah fikirkan..:p
ReplyDeleteeffa:mekasih2...*sambil buat2 blushing.
ReplyDeletetu la pasalnya,myb sebab kita ni satu rumpun...sebab tu kita punya mentaliti ada sikit sama.kan?