Thursday, November 24, 2011

Kisah Labah-labah Yang Gangster

Assalamualaikum....
Er..., hai.
Gila lama (lama ke?) aku tak hupdate blog aku. Lama sangat-sangat sampaikan ada cute boys and sweet girls duk tanya aku awat aku stop menulis? Awat aku tak meroyan kat dinding blog dah? Awat aku berenti buat cerita-cerita cinta-mangkin-pengoksidaan-pengaratan? Aku da retire ke dari bidang ni?
Thanks to you guys.
Korang memang prihatin (mode : terharu), cumanya...aku jer yang tak nak bekerja keras memaksa jari jemari yang tak lah seruncing tunang Khairul Fahmi untuk menulis dan menghasilkan entry-entry sebagus Mr K ataupun se-tak-serius Zack Zukhairi.. Okeh, make it simple. Aku malas. Sori. Aku angkat tangan siap-siap dan aku mengaku yang aku ni taklah serajin diorang yang shalu je hupdate blog ngan citer-citer yang funny yang boleh menggeletek pangkal hati korang, citer-citer yang kiut-miut, jiwang-karang-tahap-tak-hengat  yang boleh buat korang tangkap cintan dan mungkin gak ada drama airmata yang boleh buat korang tangkap leleh dan menangis dengan penuh perasaan.  Kan?  Kan? Kan?.
Idea tu ada je. Mencurah-curah ke ladang gandum...eh tak, mencurah-curah kat kolam minda aku. Tapi aku malas nak elaborate idea tu jadi cerita yang boleh dijadikan tatapan untuk pembaca. Teruk kan aku?
So, nak dijadikan cerita, ada satu hari tu aku bukak belog dan aku nampak dengan jelas ada dua tiga ekor labah-labah masing-masing mengenakan cermin mata hitam jenama Oakley Frogskin sikit punya cantik duduk bertenggek sambil pekena shisha perisa strawberry dengan kaki bersilang antara kiri dan kanan. Sungguh tidak sopan. So, dengan gaya cekak pinggang, aku halau dieorang dgn cara terhormat. Tapi ada sekor labah-labah tu kan tenang je tarik muka tak puas hati kat aku. Dengan sebelah kening yang diangkat tinggi ala-ala kak Ziana Zain,  selamba je dia sound aku, “Oi mat, lu pehal kacau port gua? Lu jgn sampai gua hentak lu nanti! Arwah lu kang...” luah labah-labah tu dengan nada tak puas hati ala-ala skrip filem KL Gangster. Baki asap shisha tadi dihembus hampir ke muka aku. Gila. Terkedu aku bila diperlakukan sebegitu. *mata tak berkelip.


Aku usha je labah-labah tu lama-lama. Saja nak gertak dia. Nak bagi dia takut. Nak kasitaw dia yang sekarang dia berada di kawasan aku. This is my celcom territory. Jangan nak sesedap oren je ngaku tu port dia.
Melihatkan aku yang berkeadaan begitu, labah-labah tadi bangkit berdiri dari perbaringan. Dia tenung aku dari lens Oakley tak berkelip. Sikit punya hardcore labah-labah ni. Pastu, pelan-pelan dia tanggalkan cermin mata dia ala Tom Cruise dalam cite Mission Impossible pastu baling kt aku.
BOOOMMM!!! *buat bunyi letupan untuk menambahkan kesan dramatic semasa membaca entry ini.
Meletup kaww...nasib baik sempat je aku elak. Kalau tak mahu terbakar rambut gaya kpop aku. Aku yang sedia tak puas hati dengan labah-labah itu tadi tanpa berfikir panjang terus mempraktikkan jurus tendangan tanpa bayang peringkat ke-3 kat labah-labah yang  sengaja mencetuskan provokasi. Berkali-kali aku melepaskan tendangan ke arah labah-labah yang bersikap kurang ajar itu, tapi tendangan aku hanya disambut dengan sebelah tangan gaya Jackie Chan yang bertahan dari diserang lawan. Rilek je dia tahan setiap tendangan aku tanpa ada sedikitpun rasa gusar dan gentar. Siap sempat hisap shisha lagi. Aku yang keletihan terus berundur ke belakang untuk menarik nafas panjang sebelum membuat perkiraan untuk kembali melakukan serangan.
Belum sempat aku membuat serangan kali ke-2 , tiba-tiba aku rasa ada objek keras menimpa kepala. Aku tertunduk dek kerana pukulan padu yang baru sahaja aku terima. Botol shisha yang tadi digunakan kini menjadi senjata labah-labah durjana. Sejurus dengan itu, bergema sorakan dari penonton yang terdiri dari labah-labah yang lain yang duduk santai menyaksikan perlawanan kami berdua. Ada dari kalangan mereka yang melakukan tarian samba bagi meraikan kejayaan ketua mereka dan tidak lupa untuk membuat wave setiap kali ketua mereka berjaya melakukan serangan dengan penuh gaya.
Nampaknya, labah-labah yang sedang berhadapan denganku sekarang bukanlah labah-labah biasa. Aku perlu bijak mengatur strategi jika tidak mahu kecundang di lapan tangan labah-labah tersebut.
Sambil itu, kepala yang menerima hentakan aku gosok dengan tangan kanan bagi mengimbangi sekaligus mengurangkan kesakitan yang aku hadapi sekarang. Dalam pada aku menggosok kepala yang membengkak, akalku ligat mencari idea untuk mengalahkan labah-labah yang berlagak itu.
TING!!! *ini bukan bunyi lif, tapi bunyi dapat idea.
Yes, aku dah dapat idea. Aku rasa kali ini aku pasti dapat menewaskan labah-labah itu dengan penuh jaya dan bergaya. *nyanyian lagu-lagu patriotic mula bergema. Takkan blogger hilang upaya!
Aku bingkas menuju ruang tamu dan kelibatku tika itu hilang disebalik pintu. Beberapa detik kemudian aku kembali dengan membawa senjata rahsia. Pada saat labah-labah itu mula menyusun langkah untuk menyerang, aku bawakan senjata rahsia yang tadinya ku sorokkan di belakang badan.
PSSSSTTTTT!!!!
Spray aerosol yang boleh membunuh kebanyakan serangga ku tekan picunya. Serentak itu juga, berdesir cecair putih keluar dalam bentuk semburan tepat mengenai keseluruhan anggota badan ketua labah-labah itu. Melihatkan ketua mereka telah kecundang di medan pertarungan, bertempiaranlah lari labah-labah lain cuba menyembunyikan diri. Tapi sepantas itu juga aku bertindak. Setiap dari mereka turut menerima nasib yang sama sepertimana ketua mereka.  Menngelupur sebelum menghembuskan nafas mereka yang terakhir.
Aku kemudian berpaling untuk melihat reaksi balasdari ketua labah-labah tersebut. Nyata, ketua labah-labah itu masih kuat semangat. Masih cuba untuk bangkit berdiri walau ternyata goyah. Dengan penuh kepayahan, labah-labah itu sempat berkata sesuatu sebelum menghembuskan nafasnya yang terakhir.
“I’ll be back...” gaya Arnold Susahnakeja cakap dalam citer Terminator.



Sekian.




No comments:

Post a Comment