Monday, June 11, 2012

Buaya

Assalamualaikum...


Cik Emak selalu teruja bila nampak signboard biru kuning ni bila aku lalu ikut LDP


Itu hari aku dan family pergi IKEA. Ni semua plan Cik Emak dan Cik Kakak yang kononnya nak having a great time together. Padahal tu semua trick lama yang aku memang dah boleh baca, da tersimpan kemas dalam poket seluar. Having fun tu betul, tapi bukan dengan aku atau yang lainnya. Tapi hanya mereka berdua. Pernah ke jumpa golongan mak-mak dan kakak-kakak (bagi yang dah kawen) yang pergi IKEA semata-mata nak makan meatballs? Kalau jumpa sila bagitau aku, boleh jugak buat geng lepak-lepak kat foodcourt IKEA tu nanti. Tak adalah bosan sangat menunggu. Kalau bukan sebab nak membeli dan membelah setiap laluan dari pasuan, bungaan hingga ke sebesar-besar peralatan rumah sekaligus mengopak wallet, itu bukan perempuan namanya. 



SALE : salah satu sebab kenapa Cik Kakak dan Cik Emak kelabu mata


Aku yang bertindak sebagai driver yang dilantik melalui kuasa diktator (biasanya Cik Kakak), hanya mampu menuruti setiap arahan tanpa boleh melawan. Mana nak cari adik yang baik macam aku nih? Dah la baik, hensem pulak tu, ye dak? Okeh! aku tau, ada bauran perasan di situ.

Tapi itu bukanlah klimaks pada cerita aku ni.

Sudah menjadi kebiasaan, kalau nak pergi mall mana-mana dengan kakak, jantung aku pasti berdegup kencang. Bukan sebab takut kena pow dengan Cik Kakak bila time nak buat bayaran, tapi aku lemah bila nak diajak main aci kejar dengan Aiman. Ya, Aiman. Anak buah aku yang super aktif. So, nampak tak peranan aku dalam misi having fun together ni? Secara simboliknya, aku terpaksa menjaga Aiman. Nampak tak kebijaksanaan Cik Kakak dan Cik Emak? 

Setakat ni Aiman tak pernah mengecewakan aku bila main aci kejar. Selalu je aku dibasahi peluh dalam ruangan berhawa dingin. Aku ulang, selalu sangat!

Aiman juga sedikit sebanyak menjejaki langkah ibunya yang gemar menggunakan kuasa diktator. Selalu sahaja aku disuruh menolak troli menyusuri segenap inci kawasan tanpa sebarang upah atau gaji! Aku ulang, selalu sangat!

So, hari tu Aiman pakai baju warna oren dengan short pants sebagai persediaan nak buat marathon dalam IKEA nanti. Dekat depan baju Aiman ada gambar buaya cute yang sedang nganga mulut. Seingat aku, baju tu aku yang beli. Sebab aku buaya tu comel sangat.

Sebelum memulakan sesi shopping, macam biasa, aktiviti mengisi perut adalah suatu kemestian bagi mengelakkan masalah kelaparan sewaktu sedang asyik memilih barangan. Satu hal pulak nanti. Dan menu faveret yang dijadikan santapan adalah meatballs selain 2 cawan mushroom soup dan beberapa ketul chicken wings!


meatballs!!!


Nak dijadikan cerita, ketika sesi makan-makan, Aiman dah mula buat stretching, panaskan badan! Mula-mula dia tarik troli. Tapi sebab aku larang, dia tolak balik troli tu dengan satu jelingan maut yang diberikan. Kemudian dia pergi ke kid's centre kat tengah-tengah foodcourt setelah yakin di situ ada certain things yang lebih menguji minda. 

Dalam kid's centre tu ada tv. Siarannya pula semestinya siaran kartun.  Dah nama pun kid's centre. Tak kids la kalau bukak channel AXN, ye dak? Kartun Oggy & The Cockroaches mengambil tempat di kaca TV, antara cerita kartun faveret aku dolu-dolu. Aiman tarik kerusi dan port paling depan. Aku lepak kat belakang. Sebelah Aiman ada seorang awek (umur dalam 3-4 tahun) yang juga sedang menonton TV.

Aiman tengok cerita tak berkelip.

Awek tu usha-usha Aiman yang ada sedikit suntikan gaya K-POP sambil senyum-senyum comel.

Aiman masih maintain tengok TV. Awek melayu berbaju purple disebelahnya langsung tidak menarik perhatiannya. Gila high taste si Aiman.

Awek tu jeling lagi.

Aiman buat-buat tak reti.

Kali ni  awek baju purple buat tindakan drastik. Tindakan berani mati. "...awak nama apa?" tegur si awek.

Aiman jeling sebelah mata. Aku hanya bertindak sebagai pemerhati. Keadaan masih lagi terkawal setakat ini.

"awak nama apa?" si awek mencuba untuk kali ke dua setelah percubaan pertamanya semacam tiada reaksi balas dari jejaka yang duduk di sisi kiri.

Si awek setia menunggu jawapan. Aiman pusingkan badan. Mata mereka saling bertentang.

"...buaya..." Dengan sekali nafas Aiman memberikan jawapan, sambil menunjukkan karikatur di baju yang melekap pada badan.

Si awek tercengang. Terus dipalingkan wajahnya menonton aksi Oggy dan lipas saling berkejaran. Aku kat belakang tekan perut ketawa keseorangan.

Aiman bingkas. Barangkali rimas. 

Begitukah cara kasanova junior K-POP memperkenalkan diri?

Aku senyum sendiri.


1 comment:

  1. HEYY!! BETA ADLH ANTARA "KAKAK2" YG P KE IKEA SKDAR NK MKN MEATBALLS OK!! AMCM, NK LEPAK X??

    ReplyDelete