Wednesday, September 15, 2010

[n0tA 4]




NOTA 4






Malam semakin larut. Angin sejuk yang sesekali menghembus menusuk hingga ke tulang hitam. Mencengkam.  Sofea yang masih tekun di meja belajar sesekali menggigil kesejukan. Rambutnya yang panjang mengurai melepasi paras bahu turut sama terbuai disapa angin malam. Dia segera bangkit  mengambil sweater yang disampirkan pada ampaian di dalam locker peribadi yang terletak betul-betul di sudut hujung bilik bersebelahan katilnya bagi mengurangkan rasa sejuk yang mencucuk-cucuk.  Daun tingkap yang sedikit ternganga menampakkan suasana kelam malam di luar ditutup rapat. Langsir yang tergantung kemudiannya ditarik menutupi keseluruhan lebar tingkap. Kebetulan, meja belajarnya menghadap tingkap. Sofea sengaja meletakkan mejanya di situ. Lokasi itu strategik baginya. Padanya, panorama dari tingkap bilik itu mendamaikan biarpun deruman enjin kenderaan kadangkala kedengaran, sedikit sebanyak ianya memberikan kelegaan saat jemalanya terbeban dengan pelbagai tugasan. Rumahnya yang berada di tingkat dua Apartmen Idaman memberikannya kelebihan. Dari tingkap bilik itu dia dapat melihat kawasan persekitaran pada waktu siang. Waktu petang adalah kemuncak, taman itu dipenuhi kanak-kanak yang berlari dan bermain penuh riang. Sesungguhnya waktu kecil adalah momen paling indah yang pernah terakam. Bebas dari belenggu masalah.

Sofea mencapai gelas porcelin bercorak bunga  yang berada di hujung meja. Gelas porcelin pemberian Kamarul selalu menjadi pilihan. Kosong. Nescafe 3 in 1 yang setia menemaninya sepanjang malam tanpa sedar telah lama dia habiskan. Sofea menyusun langkah ke tandas yang terletak di dalam biliknya yang bersaiz sederhana. Masterbedroom. Lampu pendaflour dinyalakan sebelum menyusun langkah kaki ke dalam. Seketika Sofea keluar kembali dengan gelas sama yang telah siap dibasuh sambil menyanyi kecil.

“Belum tidur lagi Sofea? Study?” Shazwani menegur. Tidurnya terganggu. Matanya dipisat-pisat dengan belakang tangan. Bahu Sofea ditepuknya lembut. Suara garau yang keluar dari mulut Shazwani sudah cukup untuk membuatkan jantung Sofea berhenti berdegup. (ada ke sesiapa yang baru bangun tidur suaranya lunak merdu disukai ramai?)

“Ya Allah!!!” Sofea menjerit lemah. Nafasnya turun-naik. Tercungap-cungap seolah-olah usai berlari beratus-ratus sentimeter. Seluruh tubuhnya terasa longlai. Nyaris-nyaris dia jatuh terjelupuk ke lantai.

Sofea mengurut dada. Gelas yang berada di tangan hampir terlepas. “Hish kau ni, buat aku terkejut je. Ingatkan apa lah tadi.” Rungut Sofea.

“Ingatkan hantu ea?” Shazwani mengukir senyum. Tangan kanannya meraba-raba hujung bantal mencari cermin mata yang biasanya diletakkan disitu. Dapat. Segera dia mengenakan cermin mata.

“Mulut tu jangan celupar sangat boleh?” Sofea kecut perut. Dia memang terkenal dengan sifatnya yang penakut. Pantang nampak lipas, cicak, atau katak pasti dia menjerit sekuat hati. Dari jarak beribu kilometer suaranya boleh didengari. Inikan pula hantu. Meremang bulu romanya mendengarkan perkataan itu. Betapa dia masih lagi tenggelam dalam mentaliti kuno, dimomokkan dengan sesuatu yang pada zahirnya tidak pernah wujud.Dia sendiri tidak pernah melihat sebarang bentuk kelibat yang selalu dizahirkan dengan mata yang merah menyala, gigi serta taring yang tajam dan panjang, rambut yang mengurai dan mengerbang, wajah yang hodoh, buruk dan menakutkan, selalunya berpakaian putih bersih dan bukan pula hitam legam, dan yang peliknya kelibat itu selalunya perempuan. Mana hilang kelibat lelaki? Atau memang benar, lelaki semakin lupus menjelang akhir zaman sekaligus menjejaskan populasi kelibat-kelibat lelaki yang selalu wujud dalam bentuk yang menyeramkan?  Datang dan hadir dalam minda mereka yang penakut. Kadangkala sikapnya itu mengundang hilaian tawa sahabatnya yang lain hingga senak perut.

“Hahaha. Penakut!”

“Mana ada. Tak pun!”

“Sofea, nak Nescafe jugak. Boleh?”

“Buat sendiri!”

“Ala, kau punya Nescafe sedap. Nak lah satu.”

“Tak ada maknanya. Buat sendiri. Baik jadi penakut dari jadi pemalas!” Sofea memulangkan paku buah keras.

“Sampai hati kau. Buatkanlah aku satu. Please...”. Shazwani separuh merayu. Kelopak matanya dikelipkan beberapa kali. Cuba menagih simpati barangkali. Lagak seperti budak kecil yang merayu meraih simpati minta dibelikan aiskrim atau roti.

Sofea mula mengalah.  “Yelah.” Tangannya ligat membancuh Nescafe. Siap. Aromanya bertebaran menusuk hidung. Dua kesemuanya. Satu untuk dia dan satu lagi untuk Shazwani, sahabatnya.

Sebentar kemudian Sofea menghulurkan gelas berisi Nescafe kepada Shazwani. Asap nipis terapung di permukaan. Shazwani menyisipnya perlahan dan kemudian meletakkan kembali gelas berisi Nescafe di lantai bilik. Sekejap dia memandang Sofea yang sedang asyik membelek nota. Sedikitpun tidak menyedari yang dirinya sedang diperhatikan.

“Sofea, so apa perkembangan plan kita?” Shazwani memulakan bicara. Dia masih memandang Sofea yang sedang leka membelek helaian nota di tangan. Minggu-minggu ujian adalah minggu yang memenatkan. Sofea turut menerima lempias kesan daripada ujian yang dijalankan bagi menguji sejauh mana kefahaman dan kemampuan setiap pelajar. Ujian sebegini adalah ukuran kepada kemampuan pelajar sebelum menempuh peperiksaan yang sebenar.

Wajah Shazwani dipandang Sofea sekilas. Kemudian kembali membelek nota.  “Plan?” Sofea masih leka dengan nota-notanya.  

Tugasan yang bertimbun memaksa Sofea untuk berjaga malam mengulangkaji pelajaran. Dia tidak mahu ketinggalan walau satu bab pun. Sebolehnya dia cuba untuk kekal fokus dalam pelajaran. Tambahan pula, kursus Farmasi yang diambilnya sekarang  adalah antara kursus sukar yang memerlukan konsentrasi. Mana tidaknya, dia perlu lulus dengan gred purata kumulatif (CGPA) 3.5 dan keatas untuk melayakkan dia menyambung pelajaran ke peringkat sarjana muda. Jika tidak, dia perlu bekerja selama satu tahun sebagai syarat untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi.

 “Yelah plan. Plan nak kenakan mamat kerek tu la. So far macamana?”

Shazwani memeluk bantal. Erat. Sesekali dia menguap. Disekanya dengan belakang tangan. Rasa mengantuk masih lagi bergayutan. Tetapi dia tetap cuba menahan. Dia ingin tahu perkembangan rancangan yang telah mereka aturkan.  Mereka telah merangka strategi sekian lama. Baru kini mereka mendapat peluang. Senang kata, Sofea adalah umpan. Kebetulan, Kamarul dan Sofea telah dipadankan di dalam satu kumpulan sebagai fasilitator untuk Program Semarak Kasih 11, dan peluang itu telah Sofea gunakan sebaik mungkin untuk menarik perhatian Kamarul. Hasilnya memberansangkan. Dia berjaya mengumpan jerung itu untuk masuk perangkap yang telah mereka sediakan.

Sepanjang program tersebut berlangsung, Kamarul tidak putus-putus menguntum senyum walaupun Sofea yang terpaksa memulakan perbualan. Dan di akhir program, Kamarul telah meminta nombor telefonnya. Sekadar untuk berkawan katanya. Dengan perasaan segan dan malu yang dibuat-buat, Sofea memberikan nombor telefonnya pada Kamarul. Dalam hatinya, dia menjerit riang. Sofea akan terus-terusan melayan sikap buaya Kamarul. Itu adalah sebahagian dari rancangan asal mereka untuk mengenakan Kamarul.

“Semuanya berjalan lancar. Sepertimana yang kita rancang.” Sofea berbasa-basi.

Shazwani jadi seronok.  “Hahahaha...serius?”

“Shhhh...control sikit gelak tu. Orang lain tidur tu.” Sofea menegur bilamana gelak Shazwani terburai memecah keheningan malam. Jika tidak ditegah, suaranya boleh didengari dari jarak 40 batu dari tempat dia berdiri sekarang. Gema suaranya mampu meratakan busut-busut kecil dan menyebabkan laut bergelora dengan ombak mencecah ketinggian 178 milimeter. Lebih parah lagi, ia pasti menganggu konsentrasi sahabat-sahabat lain untuk terus berdengkur kala dinihari.

Shazwani menekup mulut. Dia terlalu seronok. Seronok kerana rancangannya untuk mengenakan Kamarul sudah hampir berjaya. Baginya itu adalah pengajaran yang terbaik. Kamarul yang sebelum ini pernah memaki-hamun dan mengherdik Sofea perlu diajar tentang adat dan budaya serta tatacara budi bahasa. Dia begitu teruja untuk mengajar Kamarul yang kurang kesedaran sivik dan moral.

“Dia dah admit dia suka kau ke Sofea?”

“Belum. Tapi dia tu sweet talker. Pandai main ayat. Bahasanya penuh kiasan. Silap-silap aku boleh jatuh cinta dibuatnya.”

“Please dear, jangan cakap yang kau dah start suka dia.” Shazwani menjegilkan biji mata.

“Tak ada maknanya. Not my taste, okay!”

“Good girl.”

Tawa mereka berdua berderai. Tapi ditahan-tahan. Bimbang kalau-kalau menggangu rakan-rakan mereka yang lain. Sofea segera mengemaskan nota-notanya yang berselerakan di meja dan dikumpulkan di satu tempat. 

[ERrRrrR]

Kejap-kejap...
Perhatian kepada sesiapa yang singgah dan ada selongkar blog ini,
Untuk pengetahuan semua, entry NOTA HATI adalah rekaan semata-mata, 
dan sedikitpun tidak ada kena mengena dengan sesiapa yang masih hidup atau telah meninggal dunia...
entry tersebut adalah percubaan pertama penulis setelah dipaksa oleh SYAFIYAH HAMIDON,
dan entry itu diwujudkan bertujuan untuk bercerita tentang perihal hati seorang LELAKI buaya darat!
so, jangan terkeliru, okeh~
apapun, selamat menyelongkar dan membaca.
penulis masih lagi menyiapkan chapter-chapter seterusnya untuk mini novel NOTA HATI...
maaf, diatas kekeliruan yang berlaku.
em~

Sunday, September 5, 2010

[oWh]

"kejap, lagi lima minit..." aku beralasan saat aku dikejutkan. Rasa mengantuk masih lagi bergayutan. Susah betul untuk aku bangun, buka mata bilamana diulit sensasi sejuk yang sememangnya mengasyikkan.

"dah la tu, bangun, xpayah lima minit-lima minit..."

"Lima minit je, nanti ngantuk atas motor..." alasan lagi. Emak aku hanya ketawa. Berlalu meninggalkan aku.

Lima minit kemudian.

"Hei budak, Ya Allah tak bangun lagi?" sekali lagi kedengaran suara mak aku membelah kedinginan pagi. 

"Jap!"

"Bangun!!!"

Aku bingkas. Memisat-misat biji mata dan kemudiannya berlalu dengan tuala yang melingkar di bahu.

Aku memang begitu. 

Susah untuk bangun. Tetapi ketabahan ibu seharusnya diberikan pujian. Tidak pernah dia berputus asa mengejutkan anaknya yang memang diakui sangat sukar untuk membuka mata bila dia terlena. 

...ZzzZZZz...


Wednesday, September 1, 2010

[n0tA 3]



NOTA 3



mungkin ini memang jalan takdirku
mengagumi tanpa di cintai
tak mengapa bagiku asal kau pun bahagia
dengan hidupmu, dengan hidupmu
telah lama kupendam perasaan itu
menunggu hatimu menyambut diriku
tak mengapa bagiku cintaimu pun adalah
bahagia untukku, bahagia untukku

ku ingin kau tahu diriku di sini menanti dirimu
meski ku tunggu hingga ujung waktuku
dan berharap rasa ini kan abadi untuk selamanya
dan ijinkan aku memeluk dirimu kali ini saja
tuk ucapkan selamat tinggal untuk selamanya
dan biarkan rasa ini bahagia untuk sekejab saja

Jelas kedengaran lagu Cinta Dalam Hati dendangan kumpulan Ungu melatari segenap inci ruang bilik kecil berukuran 8 kaki x 6 kaki yang terletak begitu hampir dengan ruang tamu sebuah rumah pangsa yang terletak di tingkat dua. Lagu tersebut adalah lagu kegemaran Syafiq dan Kamarul. Ini dibuktikan dengan kadar kekerapan mereka menyanyikan lagu tersebut di pusat-pusat karaoke berhampiran sehingga mengundang rasa senang hati dan gembira kepada pemilik premis Pusat Nyayian Keluarga berikutan Syafiq dan Kamarul boleh dikatakan antara pelanggan tetap yang kerap dan sentiasa menyumbang kekayaan secara langsung kepada  premis tersebut. (Bayangkan berapa kerap mereka menjejakkan kaki ke sana?)

 Berbeza pula halnya dirumah, lagu itu mengundang rasa muak dan jelak pada penghuni-penghuni rumah yang lain. Hal ini kerana, mereka terpaksa menadah telinga hampir setiap hari mendengarkan vokal-vokal sumbang Syafiq dan Kamarul dari pagi sampai malam. Tidak kira di mana mereka berada, lagu itu akan didendangkan penuh perasaan sedangkan penghuni rumah sewa yang lain  tidak. Walau berbuih mulut menasihati, tetapi nasihat itu umpama masuk telinga kanan, keluar telinga kiri. Langsung tidak diendahkan oleh dua sahabat yang perasan suara mereka lebih sedap dari Pasha yakni vokalis kumpulan Ungu itu sendiri.

“Confirm ke ni dude? Atau kau just nak permainkan perasaan aku sebagai anak tunggal?” Syafiq buat muka tidak percaya. Matanya membulat memerhati lagak Kamarul yang serius. Sesekali, dahinya dikerutkan. Masih diasak rasa tidak percaya. Ini bukan soal-main-main, tapi soal hati dan perasaan. Volume pembesar suara diperlahankan bertujuan untuk memberi fokus kepada perbualan mereka berdua.

Baru sebentar tadi Kamarul meluahkan perasaan melalui satu sesi perbincangan yang tidaklah sehangat sepertimana perbincangan yang berlangsung di dewan parlimen atau sidang dewan undangan negeri (DUN). Itu hanya permainan atau agenda politik semata. Tapi dalam soal Kamarul, ianya melibatkan soal jiwa. Tidak mudah sepertimana yang disangka. Tidak boleh diremehkan. Perlu ada kepakaran untuk menyelesaikannya tetapi tidaklah sampai perlu menggunakan khidmat CSI, FBI atau SWAT.

“Apa pulak, betul lah. Aku serius. Ni bukan lagi kes main-main.” Kamarul menekan butir bicara. Cuba meyakinkan Syafiq yang masih lagi diasak rasa tidak percaya.

“Siapa minah malang tu?” persoalan yang berkelajuan 178 KM/H  itu meluncur keluar dari mulut Syafiq. Mungkin kerana tiada sekatan ‘jalan-raya’ ditambah pula keadaan jalanraya yang agak lengang menyuntik keberanian pada Syafiq untuk menekan ‘pedal minyak’ dan memecut laju tidak sepertimana biasa.

Diam.

“Bapak kau dah bayar insurans kau untuk bulan ni?” Kamarul memulangkan soalan Syafiq dengan soalan baru yang hanya boleh difahami oleh mereka yang belajar ilmu-ilmu makrifat. Dengan diiringi renungan tajam bak helang ianya sudah cukup untuk membuatkan sesiapa yang memandang Kamarul kala itu hilang pedoman. Mengundang trauma dan ketakutan.

“Kenapa kau tanya?” Syafiq masih tidak faham. Mungkin kerana faktor dia tidak belajar ilmu-ilmu makrifat.

Message pending.

 Belum lagi delivered.

“Saja. Aku nak confirmkan. Kalau ada apa-apa yang berlaku nanti bapak kau boleh terus claim.” Tutur Kamarul jujur dengan seraut wajah penuh luhur.

Message delivered.

Syafiq sengih seperti kerang busuk. Wajah Kamarul ditatapnya sekilas. Masih senyum.

 “Er...Belum aku rasa.”

“Ouh? Kalau macam tu tak apalah.”

Diam. Sepi.

“Siapa minah malang tu?” Syafiq kembali menyoal setelah kesepian meraja hampir beberapa minit lamanya. Wajah Kamarul nampak serius. Keruh. Seolah-olah dia sedang bersedia untuk menghadapi musuh yang menyerang dari depan dengan jumlahnya yang beratus-ratus.

Diam lagi. Hanya kedengaran vokal Pasha yang melatari ruang legar bilik kecil itu.

Kamarul masih lagi begitu. Masih kekal dengan posisi sama. Kekal serius. Wajah Syafiq direnung dalam. Seolah-olah mahu ditelan seluruh susuk tubuh Syafiq walau hakikatnya Kamarul tahu dia tidak akan mampu untuk menelan isi tubuh Syafiq yang membulat macam belon, sedangkan dia kurus kering. Oleh kerana bentuk fizikal Syafiq yang seperti itu, Syafiq digelar Bulat, manakala Kamarul mendapat gelaran Pendek dan kadangkala digelar Rendang.  Begitulah kreatifnya pemikiran mereka berdua dalam menghargai peranan sahabat dalam kehidupan masing-masing. Panggilan-panggilan manja sebegitu adalah medium terbaik untuk merapatkan ukhwah.

Dek kerana kekreatifan itulah persahabatan yang terjalin anatara mereka kekal utuh. Segala masalah yang dihadapi dikongsi dan mereka sama-sama mencari solusi. Bukan mereka tidak pernah bergaduh atau bertengkar. Syafiq misalnya, pernah dihalau Kamarul keluar dari bilik dan merempat selama dua hari gara-gara salah faham yang timbul antara mereka. Namun, kerana persahabatan yang sedia ada terjalin mereka leburkan ego yang meninggi dalam diri.

 “Kau nak aku cuci mulut kau dengan cili ke Bulat?”

“Hehehe...Tak nak. Minta ampun Pendek. Aku gurau-gurau je. Siapa gadis melayu terakhir yang berjaya buat kau jatuh cinta ni dude?” Tone suara Syafiq kali ini serius. Mukanya dikerutkan. Entah untuk berapa kali. Baginya, kes ini boleh diklasifikasikan sebagai kes luar biasa. Kamarul bukanlah jenis makhluk Tuhan yang suka bercinta. Kamarul adalah player. Kamarul adalah sweet talker. Kamarul adalah heart breaker. Malah, dia sudah didaftarkan sebagai kasanova kecil sejak tingkatan lima oleh guru kelasnya, Cikgu Massuza Suffian dek kerana rekodnya mempermainkan ramai pelajar sejak dia bersekolah di Sekolah Menengah Teknik Dungun. Sudah ramai perempuan yang menjadi mangsa. Sudah ramai juga perempuan yang berendam air mata bilamana Kamarul menolak cinta dan mengingkari ikrar janji mereka. Juga sudah ramai perempuan yang trauma dan fobia untuk bercinta penangan cinta palsu dan janji manis yang ditaburkan Kamarul yang nyatanya palsu belaka.

 Mana mungkin seorang player berjaya seperti Kamarul boleh jatuh cinta. Itu perkara gila. Berbagai persoalan bermain di kepala Syafiq. Adakah hati Kamarul sudah boleh menerima cinta. Adakah hijab yang selama ini membutakan mata Kamarul telah terbuka? Apakah keistimewaan gadis tersebut sehingga berjaya membuka mata Kamarul melihat cinta?

“Kalau aku cakap, kau mesti tak percaya.” Kendur suara Kamarul. Riak wajah yang tadinya tegang kembali tenang. Pandangannya dilontarkan kehadapan. Kosong. Dia seolah-olah hilang dalam terang. Panah cinta yang menebak hatinya benar menyakitkan, tetapi masih mendamaikan. Menenangkan. Sekali-sekala ulas bibirnya menguntum senyum yang tiada berkesudahan. Panahan itu membawa bersama sinaran yang bergemerlapan berjuta-juta kali lebih ganda lebih terang sinarnya dari sinaran passport kegemilangan. Dan berbillion-billion lebih terang sinarnya dari kemilau cahaya lampu limpah stadium.

Lagi-lagi diam.

“Siapa? Kau jangan cakap kau jatuh cinta dengan lecturer kau, atau anak Auntie Syan pulak. Aku hempuk kepala kau nanti dengan akuarium ni.” Suara Syafiq kembali bergema, menghalau bersama kesepian yang singgah.

“Bukanlah...”

Syafiq mengerut dahi lagi. Seolah-olah itu hobinya yang baru bila berada dalam situasi sekarang. “Habis tu siapa?”

“Sofea.” Terpacul nama seorang perempuan dari mulut Kamarul.

Syafiq terpempan.

 Ianya satu kejutan.

“Sofea?!!!” Syafiq separuh menjerit. “ Aku tak silap dengar kan? Budak junior yang kau maki-hamun hari tu??” Syafiq kenal benar dengan nama itu. Dan sangat mengenali perempuan yang Kamarul maksudkan. Perempuan itu bukan lagi asing dalam diri mereka berdua. Perempuan itulah yang pernah mengundang amarah Kamarul satu ketika dahulu. Syafiq masih ingat butir kejadian yang berlaku, itu pun setelah diberitahu Kamarul.
Syafiq masih ingat bagaimana suatu hari Kamarul pulang ke rumah dengan riak wajah masam-mencuka. Mungkin lebih masam dari cuka-cuka yang biasa digunakan untuk masakan. Apabila ditanya, Syafiq pula yang menjadi mangsa. Dia dimarahi tanpa dia sendiri ketahui apa kesalahan yang telah dia lakukan. Dia hanya mendengar setiap hamburan yang keluar dari mulut Kamarul dalam keterpaksaan. Sesekali menelan liur. Kamarul ketika itu dilihat seolah-olah seperti seorang bapa yang memiliki susuk tubuh seperti Sazali Samad sedang memarahi anaknya yang telah melakukan kesalahan merosakkan telefon bimbit pintar Iphone atau mungkin telah melakukan kesalahan mencalarkan kereta Toyota Caldina kesayangan.

“Kau biar betik Pendek. Kau dah lupa ke apa yang kau dah buat pada dia dulu? Dekat sebakul lebih kau maki hamun dia. Tup...tup, kau cakap kau jatuh cinta kat dia. Kau biar benar ni? Syaitan apa yang merasuk kau ni?” Syafiq inginkan kepastian. Bertubi soalan diajukan. Langsung tidak memberi peluang dan ruang untuk Kamarul menangkis serangan.

“Aku serius. Aku rasa pintu hati aku sudah diketuk...”

Syafiq memintas percakapan Kamarul. “Siapa yang ketuk? Sofea tu ke yang ketuk?”

“Yup.”

“Dia guna apa? Hammer ke? Sakit tak?”

“Lat, aku serius ni.”

“Sori. Kau fall in love la ni?”

“Haah. Aku pun tak tahu macamana aku boleh fall in love dengan dia.” Kamarul masih keliru dengan perasaan sendiri. “ Dia buat aku rasa bahagia.” Kamarul menambah walau berbagai soalan hadir mengasak fikirannya kini. Bagaimana dia boleh jatuh cinta pada Sofea? Kenapa Sofea? Dia sendiri tiada jawapan untuk setiap persoalan yang semakin kerap menujal fikiran. Yang nyatanya, perasaannya pada Sofea berbunga-bunga. Penuh warna. Wajah Sofea seolah-olah memancarkan cahaya keemasan sepertimana biasa iklan-iklan kecantikan kebanyakan yang dipaparkan di skrin televisyen telah berjaya menarik perhatiannya. Sofea bagaikan bidadari syurga yang di turunkan di dunia bagi menghiasi kehidupan suramnya.

“Bahagia? Dia tahu kau suka dia?” soal Syafiq. Cuba menduga laut dalam walau dia tahu kail yang diguna hanya sejengkal panjangnya.

Kamarul memandang wajah Syafiq. Sekilas, dia kembali menundukkan pandangan. “Tak.” Jawab Kamarul. Lemah. Memang benar. Sesungguhnya dalam situasi sekarang Kamarul boleh diibaratkan seperti bertepuk sebelah tangan. ( Bidalan-bidalan lain yang berkaitan juga boleh digunakan asalkan bersesuaian dan bertepatan dengan keadaan).

“Kau angau ni sahabat. Entah-entah dia dah ada balak yang jauh lagi handsome dari kau.” Kali ini Syafiq mencuba pula membaling umpan setelah berjaya menduga laut dalam dengan jayanya. Dia merasakan misinya kali ini untuk memancing ikan bersaiz mega akan berjaya berdasarkan penaakulan yang dibuat setelah mengambil-kira faktor seperti cuaca, kadar tiupan angin dan keadaan laut yang tenang, tidak bergelora.

“Kau benarkan aku untuk sebat mulut kau yang celupar tu tak?” Kamarul mula hilang sabar. Bantal peluk yang berada di hujung katil dicapainya. Bersedia untuk membuat serangan bertali-arus. Mungkin ada jasad yang akan bermandi darah dan ada yang kehilangan nyawa malam ini. Dia tidak kisah semua itu.

“Hehehe...sorry. Aku Cuma buat andaian je berdasarkan basic instinct aku yang power ni.”

Kamarul menarik muka. Malas melayan karenah Syafiq. “Banyak lah kau punya power.”

“Ala, rileks la dude. Tak kan la dah jadi mat kuntum sekarang ni?”

“Malaslah aku nak story dengan kau. Buang masa aku je.”

“Ala dude, sabarla. Kau ni macam perempuan. Muka zalim mengalahkan Adolf Hitler, dalam hati penuh taman.”

“Ada aku kisah?”

“Ok, kali ini kita suntik kembali mood serius dalam perbualan yang tergendala sebentar tadi, boleh Saudara Kamarul?”

Kamarul diam.

“Kau tahu tak Sofea ada 3 C dan kau ada 2G?.” Syafiq menguji. Menduga Kamarul.

Lekas Kamarul berpaling. Wajah Syafiq ditenung dalam-dalam mencari pengertian dari butir percakapannya sebentar tadi. Tiada ketemu jawapan. Ditenungnya lagi. Masih tiada jawapan.

“3 C, 2G maksud kau?”

Syafiq senyum kepuasan. Kamarul termakan umpan.

“Sofea tu...Cantik. Comel. Cute. Kau pula Goblok. Gelabah.” tawa Syafiq berhamburan tanpa ditahan. Belum sempat dia menghabiskan sisa tawanya, dia diserang bertubi-tubi. Serangan hendap. Kamarul adalah penggempur utama. Dia tidak lagi mampu menahan sabar. Bantal yang berada dalam genggamannya dijadikan senjata. Susuk tubuh Syafiq dipukul, dilibas, dihentak, dipukul tanpa ada rasa belas. Syafiq hampir hilang nafas.

“Pendek!!! Aku minta maaf!!! Bergema suara Syafiq memohon ampun.

Setelah puas Syafiq dibelasah, Kamarul berhenti mengumpul tenaga dan nafas. Mengah. Bantal yang berada di genggaman dilepaskan. Kesian dia melihat Syafiq.

“Dude, aku ada satu soalan cepu cemas nak tanya kau. Tapi kau kena jawab jujur. Boleh?” Syafiq masih mampu lagi bersuara walau diri sebenarnya penat diserang bertubi-tubi.

“Soalan logik ke tak?” Kamarul kembali mencapai bantal. Bersedia untuk sebarang kemungkinan.

“Logik.”

“Apa dia?”

“Apa sebenarnya yang berlaku antara kau dan Sofea sampai buat kau jatuh cinta sekaligus angau tak ingat dunia?” Syafiq bersuara setelah bangkit dan membetulkan duduk. Lagak percakapannya seperti seorang moderator sebuah rancangan yang mengendalikan segmen nikah kahwin yang bersiaran secara langsung di kaca televisyen. Intonasinya beralun. Bahasanya kemas tersusun menyamai bahasa yang sering digunakan oleh sasterawan-sasterawan negara yang ulung. Dan Kamarul tika itu adalah seorang tetamu jemputan dalam segmen tersebut yang bakal diajukan dengan pelbagai bentuk soalan.

“Kalau aku cerita kau nak buat apa?”.

“Aku buat-buat sibuk!.”

“Blahla kau. Banyaklah kau punya buat sibuk.”

“Habis tu, kau nak suruh aku buat apa?”

“Buatlah kopi ke, nesvita 3 dalam 1 ke ok lah jugak.”

“Nah, minum ni je.” Syafiq menyuakan sebotol Tropicana Twister yang terisi di dalamnya air kosong. “Jimat.” Sambungnya lagi.

“Air kosong je?”

“ Jangan nak demand lebih-lebih. Orang kat Afghanistan tu lagi teruk. Tak ada sumber air bersih.” Syarah Syafiq.

“Baik Ustaz.”

“Bagus. Cepat cerita.”

“Kejap ustaz, nak minum sumber air bersih ni kejap. Dahaga.”

Usai meneguk beberapa kali minuman yang diberikan, Kamarul menarik nafas sebelum mula mengarang cerita. Dia menceritakan segala apa yang telah berlaku. Perihal bagaimana dia boleh jatuh cinta pandang pertama pada Sofea. Raut wajahnya bersungguh-sungguh. Sesekali dia menekan-nekan suaranya bagi meyakinkan Syafiq akan kebenaran ceritanya. Syafiq hanya mengangguk. Tidak menyampuk, tetapi mendengar dan menghayati dengan penuh khusyuk. Sesekali dia menyoal Kamarul bila timbul keraguan dan persoalan di benaknya. Dan seketika dia mengangguk kembali setelah persoalannya diperjelas dengan terperinci dan teliti oleh sahababtnya yang angau itu.

Kamarul dan Sofea semakin rapat setelah mereka sama-sama mengikuti Program Semarak Kasih 11 di Sekolah Menengah Haji Mohammad Taib, Perak. Dari situ segalanya bermula. Mereka ditemukan secara tidak sengaja. Pada awalnya, Kamarul segan untuk menegur. Walaubagaimanapun, Sofea bijak merencana, dia mengambil inisiatif untuk ‘membuka’ mulut Kamarul yang ‘terkunci’. Dan sepanjang program itu mereka kerap dilihat bersama. Berkongsi pendapat dan idea. Dari situ timbul rasa suka. Tapi Kamarul hanya memendam rasa. Malu untuk meluahkan apa yang terbuku di dada. Mana tidaknya, Sofea pernah dimaki hamun, diherdiknya. Namun Sofea kekal profesional. Tetap menegur dan menghormatinya sebagai senior kelab. Pada Sofea, Kamarul miliki dua karekter berbeza. Adakalanya serius, dan kadangkala bersikap keanak-anakan. Perlu bijak jika mahu melihat tawa ria pada wajahnya.

Berbeza pula pada Kamarul. Sofea adalah cahaya padanya yang senantiasa ada menerangi jalannya yang gelap gelita. ( mungkin kerana bil elektrik yang tetunggak ). Tutur Sofea mendamaikan. Tawa Sofea menghiburkan. Senyum Sofea mampu buat Kamarul sawan. Segala apa yang terlahir dari tindakan dan perlakuan Sofea semuanya menyenangkan.

Wednesday, August 25, 2010

[sUkAsUka]

 10 PERKARA YANG ANDA TAK TAHU PASAL KAMARUL.

1. Kuat tidur 
er, yang ni mungkin bulat n adik beradik je yang tahu. Tambah-tambah kalau dia ada masalah. Lagi la haru, bantai tido sampai dari khamis sampai rabu.

2. Pelupa 
Kamarul ni memang selalu sangat lupa. Bila dia balik, dia main letak je mana2 kunci motor ke, rumah ke, kereta. Last2 dia plak yang duk menggelabah cari merata-rata. Tak jumpa dia buat muka. 

3. Suka melalak @ bercakap sorang-sorang.
Yang ni memang bakat dia yang terpendam. Kalau ada masa terluang, pasti diisinya dengan suaranya yang taklah sumbang tapi cukup untuk membuatkan sesiapa yang dengar naik bengang. Tapi biasanya dia akan menyanyi atau melalak time dia sorang diri, sebab dia sedar kelemahan diri kot. er~

4. Suka buat kerja-kerja perempuan.
Bos dia gelarkan dia, 'spesies yang sangat jarang ditemui di muka bumi'. Bukan jenis lelaki tipikal. Im straight, ok! Mungkin sebab dia ni cenderung untuk duduk dapur, kemas2 rumah, gosip2 petang dgn mak jah2 sebelah rumah menyebabkan berlakunya konflik identiti. Hah???~

5. Bersikap pemerhati.
Kamarul sangat teliti? Entahla. Hanya dia yang ada jawapan pada persoalan yang dia sendiri ajukan. Tapi mungkin kerana sikapnya yang suka membuat pemerhatian dan kajian tentang sikap dan habit manusia menjadikan dia makhluk yang agak cerewet sebenarnya. Sangat cerewet!!!

6. Sukar Senang-senang je nak tidur untuk tidur.
Itu mungkin dulu. Pusing kanan. Pusing kiri. Mata tetap tak boleh nak katup. Makin mencuba, semakin luas pula mata ni terbuka. Tapi sekarang? Dia hanya memerlukan masa selama 0.034 saat untuk melelapkan mata. Pernah berkecimpung dalam kerjaya tidur bawah meja, katil, sofa selama hampir 2 tahun. Dan pernah dipraktikkan ketika berprogram di sekolah-sekolah. Sangat praktikal.

7. Tak suka crowd
Kamarul adalah makhluk yang suka bersendiri. Tidak boleh menghampiri mana-mana event yang di dalamnya terdapat selautan manusia yang menjerit-jerit bagai tersampuk hantu tinggi. Confirm dia akan lari.

8. Suka makan.
Bagi je apa kat dia. Semua dia telan. Tak memilih budak ni. Asalkan sesuai dengan citarasa lidah dan boleh masuk tengkuk. Tapi dia paling suka 2 benda. 2 benda ni akan menambah kelajuan makan dia dari 76 HP kepada 786 HP. Budu durian + petai jeruk!

9. Takut tinggi dan air.
Tu mak dia yang cakap. Dia tak tahu nak komen. 

10. Badak.
Mesti pelik kan? Panggilan ni kakak aku yang bagi kat aku. Aku pun tak tahu macam mana boleh wujud term badak tu melihatkan pada susuk tubuh aku yang 'sasa' ni. Paling sadis, mak aku pon boleh ikut join sekali panggil aku dengan panggilan 'manja' tu. Adeh~


Tuesday, August 24, 2010

[n0tA 2]







NOTA 2







"Kau ni gila ke apa?" terpacul soalan dari mulut Kamarul. Air bandung yang disisipnya sebentar tadi berhamburan di meja makan. Kamarul mengesat sisa air yang meleleh keluar dari mulutnya dengan belakang tangan. Dia memandang sekeliling takut-takut ada mata yang memandang. Setelah memastikan tiada mata yang memandang, dia kembali memalingkan muka dan menatap seraut wajah temannya yang duduk berhadapan. Kawasan kafetaria kala itu lengang. Hanya segelintir pelajar yang kelihatan sedang asyik menikamati hidangan tanpa mempedulikan palajar-pelajar lain yang lalu – lalang. Ada juga segelintir pelajar yang mengambil peluang untuk mengisi masa terluang dengan insan tersayang. Menikmati hidangan bersama pasangan tersayang adalah saat paling mendamaikan pada pandangan mata mereka tanpa mempedulikan cakap-cakap belakang tentang apa yang mereka lakukan. Kuasa cinta.

"Kau dah gila ke?" Kamarul mengulangi persoalan. Dia mengambil beberapa helai tisu dan kemudian mengelap titisan air bandung yang terpercik di hampir keseluruhan meja.

"Kau tu yang gila, minum pun habis nak sembur sana-sini. Habis basah baju aku." ujar Faris geram sambil tangannya asyik mengelap sisa percikan yang terkena bajunya.

"Salah kau jugak, yang kau bagi aku soalan cepu cemas siapa suruh." Kamarul mencemik. Geli hatinya melihat gelagat sahabatnya yang asyik mengelap sisa tumpahan.

"Tunggu kejap. Aku nak basuh baju aku ni. Habis bau bandung satu badan. Sia-sia aku pakai One Drop pagi tadi." Faris bingkas bangun meninggalkan meja makan menuju sinki. Kamarul yang duduk di hadapannya hanya memandang dengan ekor mata.

Sebentar kemudian Faris kembali, menarik dan melabuhkan punggungnya di kerusi. Hampir suku bajunya basah. Kamarul yang sedari tadi memerhati tergelak kecil.

"Sorry dude, aku memang tak sengaja. Lain kali kalau nak tanya soalan tu agak-agak la." Kamarul menghulurkan tisu pada Faris.

"Ey, apa da. Aku jugak yang salah. Tapi betul kan apa yang aku tanya tadi?" Faris kembali menyambung perbualan yang terhenti. Bajunya yang basah dibiarkan kering sendiri. Dia menyisip minumannya yang masih berbaki.

"Tak ado makno ea jang. Aku dengan Sofea tu kenal pun tak, nak couple apa ke bendanya. Kau gila ke apa? Dari mana lah kau dengar cerita-cerita tahyul ni. Cuba story kat aku. Siapa yang bagitahu kau? Daus? Shafiq? Lah? Meh sini biar aku starlite dahi diorang laju-laju." getus Kamarul geram. Dia ingin tahu siapakah gerangan yang membawa mulut bercerita itu dan ini tentang dirinya dan mahasiswi bernama Sofea. Mindanya ligat merakam dan mencerna imej segelintir sahabatnya yang nakal yang mungkin berniat untuk menyakatnya.

"Kau jangan nak tipu aku la Kam. Aku dengar dari satu sumber yang rapat dengan Sofea tau. Kira memang confirm leh cayo punyolah." Faris membuat muka. Ada riak gembira terpancar dari wajahnya melihat sahabatnya yang satu itu tidak senang duduk mendengar perkhabaran. Khabar angin yang bertiup mengatakan bahawa sahabatnya itu menjalinkan hubungan dengan Sofea semakin kencang. Sesekali membawa bersama haruman dan wangian cinta yang memenuhi ruang angkasaraya. Faris meleretkan senyuman untuk menambah derita di hati Kamarul. Kali ini terperangkap. Dia tidak mampu lagi mengelak. Sebagai Pengerusi Kelab Ikatan Kasih Rumpun Anak-Anak Melayu (IKRAM), Faris sememangnya mengambil berat kebajikan setiap anak buah yang berada di bawah jagaannya. Walaupun Kamarul adalah senior, tapi senioriti itu sendiri tidak pernah menjadi halangan buat Faris dan ahli kelab lain untuk saling mengenali dan mendalami hati budi setiap ahli.

Sepanjang keberadaan Kamarul dalam kelab, dia dapat melihat ‘keluarga’ yang dahulunya kecil semakin membesar. Fokus kelab bukan hanya kepada pembangunan akademik semata, tetapi juga pada pembangunan sahsiah. Kelab IKRAM sendiri adalah perintis kepada program-program yang berbentuk akademik dan motivasi di mana setiap ahli dilatih untuk menjadi fasilitator atau pemudah cara. Sasaran kelab adalah pelajar-pelajar sekolah. Ibarat kata pepatah, melentur buluh biarlah dari rebungnya. Inisiatif sebegini diambil bertujuan untuk memperkasa jati diri dan memperbaharui azam dan iltizam anak bangsa agar terus bangkit maju menongkah arus perdana yang  penuh variasi tanpa mengenakan sebarang bayaran. Semuanya dijalankan atas dasar memberi. Ikhlas dari hati.


Isu yang diperdebatkan hari ini antara Kamarul dan Faris berkisar pada seorang mahasiswi yang Kamarul sendiri tidak pasti siapa empunya diri. Nama siswi itu begitu asing padanya. Sangat asing. Dia langsung tidak mengenali Sofea. Tetapi warga kampus heboh memperkatakan hubungannya dengan Sofea. Kamarul hilang punca. Entah siapa gerangan Sofea? Kamarul kadangkala menjadi titk  fokal warga kampus. Dia adalah antara public figure yang bermasalah. Dan kebanyakan masalahnya melibatkan lawan sejenisnya. Dalam bahasa mudahnya, perempuan. Kamarul adalah player tetapi dia juga adalah ketua fasilitator kelab selain memegang jawatan Exco Majlis dan Protokol Jawatankuasa Perwakilan kolej serta memegang portfolio sebagai Exco Aktiviti Komander Kesatria. Sisi gelap dan terang disatukan bersama membentuk prisma warna dan membiaskan cahaya yang menyilaukan mata.

"Siapa?" soal Kamarul serius. Matanya dibulatkan. Soalan yang diajukan tadi masih belum dijawab Faris. Dia masih setia menanti Faris menjawab persoalan yang diajukan.

"Kau beritahu aku dulu, betul ke idak?" Faris berbasa-basi. Sesekali terdengar loghat Kuala Kangsar meniti bibirnya. Faris cuba melancarkan perang psikologi terhadap ketua fasilitator kelab yang selama ini kebal dengan segala bentuk emosi walau diasak dari segenap sisi.

"Aku pun tak tahu pape la Ris, nak beritahu apanya." tegas Kamarul. Dia sebolehnya cuba untuk berlagak tenang. Seolah-olah tiada apa yang berlaku. Dia cuba menyembunyikan getar rasa yang mula bersarang, sedangkan pada hakikatnya paluan gendang di hatinya tidak lagi memainkan irama seragam. Temponya tidak lagi sehaluan.

"Kau cuba ingat balik, aku rasa kau mesti dah lupa ni. Kau kan player. Semua perempuan cantik kat kampus ni kau kenal." Faris cuba mengusik. Dihadapannya, Kamarul kelihatan ligat berfikir. Dagunya ditongkah dengan kedua tangannya. Mencari helah bagi menangkis setiap persoalan yang diajukan.

"Amboi, manis mulut berbicara nampak. Nak rasa makan bersuap minum pakai wayar ke?" canda Kamarul.

"Eh, tak. Aku gurau je."

"Nasib baik. Kalau tak, memang arwah seorang yang baik lah jadinya. Sambung balik cerita, aku nak tahu siapa Sofea tu? Kamarul kembali menyoal. Fikirannya kusut saat nama Sofea disebut-sebut. Dia langsung tidak mengenali gerangan siswi tersebut. Dia cuba untuk mengingati setiap inci wajah kawan-kawan perempuan yng dia ada. Wajah Sofea tiada disitu.



"Budak yang kau tarbiah kat library hari tu. Ingat?" tingkah Faris. Dia cuba mengembalikan kembali ingatan Kamarul yang telah hilang. Mungkin terlalu banyak nama siswi yang mengisi ruang storan di mindanya. Mungkin juga memorinya sudah tidak lagi mampu menampung kapasiti nama Sofea kerana telah penuh.

"Eh, jap..jap. Nama dia Sofea ke? Mana kau kenal dia?" Kamarul kembali menyoal. Terbayang jelas diwajahnya kelibat siswi yang dimarahi tempohari. Masih segar diingatan. Mana mungkin dia melupakan peristiwa ‘bersejarah’ yang telah menghiasi sebahagian dari lipatan sejarah hidupnya.

"Tak kenal apanya, dia junior kelab kita. Kau tu yang senget. Kau lupa ke dia ada masa induksi kita hari tu?" Faris cuba memberi gambaran. Cuba mengingatkan.

Kamarul mula gelabah. Tidak senang duduk.

"Alamak. Betul ke? Masak la aku macam ni. Tapi serius dude, aku memang tak perasan dan aku memang tak ingat langsung muka junior-junior kelab. Aku tak tahu pun dia tu budak kelab kita. Dia ada bagitahu apa-apa kat kau?"

"Mestila ada.”

“Apa dia cakap?” pintas Kamarul.

“Dia cakap kau maki dia berbakul-bakul sampai dia menangis pun kau boleh blah masuk library macam tu je.”
“Lagi, apa dia cakap?” Kamarul seolah-olah tidak sabar untuk mendengar setiap penjelasan dari Faris.

“Dia cakap kau pun salah sebenarnya."

"Apa pulak. Dia tu yang buta. Jalan bukan nak pandang depan. Salahkan aku pulak. Nasib baik aku bagi bakul, kalau aku bagi dulang ke, tempayan ke, lagi haru."

"Tapi kau tak patut buat macam tu. Dia tu perempuan." Faris cuba berhujah. Tindakan Kamarul dirasakan tidak wajar.

"Tak patut sebab dia perempuan?” Kamarul meraup muka. “ Sebab dia perempuan lah aku buat macam tu, kalau lelaki, tak ada maknanya aku nak maki hamun. Tak pasal-pasal lobam biji mato den ni hah..." tungkas Kamarul. Jari telunjuk di tunjukkan ke mata kanannya. Dia cuba mempertahankan apa yang telah dia lakukan sebelum ini. Langsung tidak menyesali apa yang telah dia lakukan.


**********


               “Woi, jalan tengok depan la. Tak ada mata ke?!!!”.  Bentak si jejaka. Marah benar dia dengan apa yang berlaku. Buku dan kertas yang dikeleknya tadi,  jatuh bertaburan di lantai. Bertebaran disana-sini.

“Menyusahkan orang je. Ada mata, gunalah!!!”. Omelnya. Mulutnya kumat-kumit melantunkan leteran tanpa henti. Hatinya masih panas.  Tangannya pantas mengutip dan mengumpulkan buku dan kertas yang bertebaran. Langsung tidak mengangkat muka atau memandang wajah si gadis yang kelihatan masih terkejut kerana ditengking dan dimarahi atas apa yang terjadi.








15 Minit sebelumnya.
               
“Ok kelas, jangan lupa. Submit your assignment  sebelum jam 12 tengahari. Sesiapa yang lewat,  jangan harap saya akan terima ‘sampah’ you all semua! Ucap Profesor Amir  dalam nada penuh tegas.

“Prof, kalau submit petang nanti, boleh tak?” Seorang pelajar siswi mengutarakan soalan.

“Before noon. Ok? Got a problem?”

“Tapi prof...”

“Tak ada tapi-tapi. Submit before noon. Atau, just drop your piece of scrap into the dustbin!!!” Tingkah Profesor Madya Encik Muhammad bin Abdul Razak.  Kali ini nadanya sedikit tinggi.  Ianya cukup untuk membuatkan kelas pagi itu sepi tanpa ada satu suara yang berani membantah.  Jika ada bantahan sekalipun, ianya hanya berlegar di relung hati.  Bantahan hanya akan menimbulkan padah.   Sesiapa yang membantah juga tidak terkecuali menerima nasib buruk dan ‘sumpahan’ dari MSK.  ‘Mr Silent Killer’.  Pernah suatu ketika, seorang pelajar digagalkan keputusan peperiksaan akhir hanya kerana membantah arahan yang keluar dari mulut “Mr Silent Killer”. 

“Baik prof.” Luah pelajar siswi tadi.  Ada riak kecewa yang berbekas di wajahnya. 

 Ok,so we dismiss our class today. See you soon guys.”  Profesor Madya Encik Muhammad Abdul Razak berlalu meninggalkan dewan kuliah tanpa menghiraukan sebarang permasalahan yang timbul dari kalangan kami. Jelas kedengaran keluhan suara-suara halus yang membisikkan rasa tidak puas hati dengan tindakan Profesor Madya Encik Muhammad Abdul Razak.  Namun keluhan mereka tenggelam di halkum saat berdepan dengan  ‘pembunuh senyap’ sebentar tadi.

Kamarul juga tidak terkecuali.

Cepat-cepat dia kemaskan segala buku dan nota yang dia salin sepanjang pembelajaran sebentar tadi.  Dia ingin segara ke perpustakaan mencari sedikit bahan untuk assignment yang diberi.  Jam yang melingkar di tangan dikerling.

“Gila apa orang tua ni?! Satu jam untuk assignment, period ke apa? Mana sempat nak siap.” rungut Kamarul sendiri. Mulutnya kumat-kamit mengalunkan ‘zikir; yang hanya dia mengerti.

Kamarul menyandang beg dan kemudiannya melangkah keluar meninggalkan dewan kuliah yang semakin lengang. Hanya tinggal beberapa pelajar siswi dan siswa yang masih berborak sesama sendiri tanpa dia tahu butir bicara dan topik perbincangan mereka.  Mungkin masing-masing merencana strategi untuk menyiapkan tugasan yang diberi.  Mungkin.

Langkah kaki  dipercepat.  Kamarul cuba mengejar masa. Tempoh masa satu jam adalah amat berharga padanya. Apa yang dia bimbangkan, kalau-kalau tika ini perpustakaan dipenuhi pelajar lain yang juga sepertinya.  Ingin mencari bahan bacaan dan mengulangkaji, dan ada juga segelintir pasangan yang mabuk cinta mengambil kesempatan untuk menganyam rasa kasih dan sayang, merakam gambar pasangan dan kemudiannya bergelak-tawa dari membelek dan meneliti nota kuliah. Suasana begitu adalah rutin harian yang dapat disaksikan dan nyatanya, ianya amat menjengkelkan.

Setibanya di perkarangan perpustakaan, Kamarul mengeluarkan buku dan salinan nota dari beg sandang yang dia bawa, sebagai rujukan bagi menyiapkan tugasan yang dibekalkan sebelum meletakkannya di dalam loker yang telah disediakan.  Dan sebelum sempat dia membuka pintu utama perpustakaan, Kamarul terjatuh akibat daripada dorongan pintu kaca yang ditolak dengan kuat oleh seseorang dari dalam.



“Woi!!!, agak-agak la, jalan tengok depan. Tak ada mata ke?!!!”.  Kamarul membentak pada gadis ‘buta’ yang membuatkannya terjelopok jatuh menyembah lantai. Marah benar  dengan apa yang berlaku. Buku dan kertas yang dia kelek sebentar tadi,  jatuh bertaburan di lantai. Bertebaran disana-sini.  Mata-mata yang melihat kejadian itu hanya memerhati dari jauh dan ada di antara mereka yang datang mendekati.

“Menyusahkan orang je. Ada mata, gunalah, jangan letak kat lutut!!!”. Omelnya. Mulutnya tidak henti-henti melantunkan leteran. Hatinya benar panas.  Dia angsung tidak mempedulikan pada mereka-mereka yang memerhati.  Belum sempat masalah Profesor Madya Encik Muhammad Abdul Razak diselesaikan, timbul pula masalah baru.

“Yang kau tercegat je kat situ apahal, tak reti-reti nak tolong?!!! Bentak Kamarul lagi.  Terkonyoh-konyoh si gadis tadi tunduk menolong mengutip kertas yang bertaburan, menyusunnya dan menyerahkan kembali pada Kamarul.   Takut benar dia untuk bersemuka dengan Kamarul.  Dia hanya menundukkan wajah tanpa memandang ulas wajah Kamarul yang merona merah menahan amarah.

“Ma..ma..maaf.  Saya tak sengaja.” Tersekat-sekat gadis itu menuturkan bicara.  Masih tunduk.  Kamarul hanya merengus.

“Kau bawa maaf kau tu, kau cuba jual kat pasar. Nak tengok berapa ringgit kau dapat!!!”

“Tapi, bu...bu...bukan sa...saya je yang salah.  Awak pun salah sebenarnya, awak sepatutnya beri peluang kami keluar dulu.” Tutur si gadis itu lagi.  Ada sedikit keberanian yang disuntik dalam tuturnya.

“Kau langgar aku, lepas tu kau salahkan aku tak tengok kiri-kanan.  Kau tu yang buta.  Ni pintu kaca la mak cik, bukannya kayu.  Kau boleh nampak aku kat luar ni.  Mata kau tu da campak kat mana, hah???” Kamarul menuding dua jari hampir ke mata siswi tadi.  Dia cepat-cepat tunduk menutup mata bila Kamarul berbuat demikian.  Wajahnya kemerahan. Malu mungkin setelah diperlakukan demikian.

“Agak-agakla saudara, kawan saya tu.” Kedengaran satu suara cuba menempelak tindakan Kamarul.

Kamarul bingkas bangun.  Menepuk-nepuk habuk dan debu yang tertempel di seluar. Sebahagian daripada nota yang ada pada tangan si siswi direntapnya deras. Gadis itu terkejut dengan tindakan kasar Kamarul. Kamarul hanya memandang si siswi dengan ekor mata, meninggalkan si siswi tadi yang masih terduduk di muka pintu.  

“Kau jangan sibuk boleh? Ini hal aku dan si buta ni. Lepas ni, kau tolong ajar kawan kau ni berjalan dengan lebih beretika supaya tak menyusahkan orang lain.” Tegas Kamarul sambil berlalu melintasi si gadis. Rakan-rakannya yang lain memandangnya penuh benci.  Mungkin mereka marah pada Kamarul kerna tidak menerima lafaz maaf sahabatnya dan juga menolak untuk menerima kesalahannya sendiri.

“Kereknya mamat tu.  Berlagak habis.” Luah seorang rakan siswi tersebut.

“Dia tu bukan ke...” belum sempat si gadis tadi meneruskan bicara, timbul pula suara siswi lain memotong percakapannya.

“Dia dengan poyo dia tu sama tinggi je, pegi mati je orang macam tu.”

“Sofea, kau ok?” Salah seorang rakan si siswi cuba membantu Sofea untuk berdiri.  Mereka sama-sama memapah Sofea dan kemudiannya berlalu meninggalkan perpustakaan.

Di dalam perpustakaan, Kamarul mengambil meja di satu sudut paling hujung.  Sebolehnya dia cuba untuk menenangkan diri.  Memeberi ruang dan privasi yang cukup untuk diri sendiri. Dan sebolehnya dia cuba mencari ketenangan agar dapat dia sejukkan sekeping hati yang takat didihnya masih lagi berbaki.  Masih ada mata yang memerhati, tetapi Kamarul langsung tidak ambil peduli.  Dia capai sehelai kertas dan terus larut dalam tugasan yang diberi tanpa menghiraukan kelibat yang lalu lalang.  Dia benar-benar larut dalam penghayatan.

Fuh...siap akhirnya. Harap orang tua tu puas hati.  Kalau dia reject, masak aku dibuatnya.  Tapi minta-minta  semuanya selamat.  Aku akan pastikan aku grad semester ni.”

Usai menghantar tugasan, Kamarul melangkah meninggalkan bangunan pentadbiran menuju kawasan parkir motosikal untuk keluar makan tengahari.  Terik mentari tengahari itu benar-benar menyengat. Udara panas semilir mengalir.  Meghembuskan bahang panas.   Jelas kelihatan hampir keseluruhan rumput yang baru di tanam di kawasan kampus layu kekuningan kesan dibakar hangat mentari. Seolah-olah tidak mampu hidup dan bertahan dengan darjah kepanasan yang kadangkala mengalami peningkatan melampau.

                Di kejauhan, tampak berbalam-balam susuk tubuh siswa dan siswi berjalan bergandingan menuju kenderaan masing-masing.  Tika ini, siswa dan siswi berpusu-pusu keluar untuk menikmati hidangan tengahari dan menyisip segelas air bagi menghilangkan rasa haus dan dahaga yang menjalar.

“Bumi semakin panas. Makin gering.” Getus Kamarul dalam hati.  Butir-butir jernih mula berbunga di dahi. Mengalir dan kemudian titisan jernih itu gugur ke bumi.  Titis jernih berbau keringat.

Sementara itu di sebuah gerai makan berhampiran kampus, kelihatan Sofea yang sedang menangis ditenangkan rakan-rakannya. Dia menangisi perihal yang menimpanya sebentar tadi.   Benar, dalam soal tadi, dialah yang bersalah.  Tapi baginya, dia tidak berhak untuk dimarahi apatah lagi diherdik dengan penuh berani oleh siswa yang langsung tidak dia kenali.

           “Fiya, sabarlah. Yang lepas tu biarkan je lepas. Lepas ni kalau aku jumpa mamat yang buat kau menangis sekarang ni, aku akan buat dia melutut dan minta maaf dengan kau.”  Ujar Fatimah dalam loghat Sabah cuba menenangkan.  Dia mengusap rambut dan belakang badan Sofea.  Kasihnya pada Sofea tetumpah di situ.  Geram benar dia dengan tindakan dan sikap siswa yang padanya dianggap biadab dan berlagak yang telah menyakitkan hati sahabat karibnya.

“Betul kata Fatimah, yang lepas biarkan lepas. Paling penting kita kena ajar mamat poyo tu...”ulas Ayuni.

“Aku setuju!!!” kedengaran suara Fatimah, Shazwani dan Azie separa menjerit.  Hampir serentak.  Mereka mula berkira-kira apakah hukuman terbaik yang perlu dikenakan pada siswa biadab tersebut.

“Apa maksud kau???” ujar Sofea menginginkan kepastian.  Kedua matanya yang bundar memandang tepat wajah Ayuni. Susana hening seketika.  Mereka berlima cuba merencana.

“Aku ada cara.” Shazwani mula bersuara menghalau keheningan yang hampir meraja di antara mereka.

Sejenak mereka berlima ketawa tanpa menghiraukan pelanggan lain yang turut sama menikmati hidangan makan tengahari.  Tangis Sofea hilang di sebalik perancangan yang telah diaturkan untuk tujuan balas.  Sakit hatinya sedikit terubat.  Dia melemparkan pandangannya ke jalanraya yang sibuk dengan kenderaan yang lalu-lalang.  Pandangannya kosong tika itu.  Masih jelas tergambar setiap apa yang berlaku sebentar tadi di ruang matanya.

“Assalamualaikum, pak cik” Kamarul menghulurkan salam pada pemilik kedai yang berusia hampir separuh abad usai memarkir motosikalnya dibawah pokok mangga yang merendang.  Sempat dia melemparkan senyum seraya berjabat tangan.  Kamarul adalah antara pelanggan tetap yang selalu mengunjungi warung yang lokasinya hampir 1 kilometer dari pintu utama kampus.  Letaknya betul-betul di hadapan papan tanda Kampung Pertama dan Masjid Batu Kampung Pertama.

“Wa’alaikumussalam.  Lama tak jumpa.  Sibuk ke?”  Soalnya selepas menjawab salam yang diberi.

“Biasalah pak cik, student macam saya ni mana penah nak senang.  Sibuk je memanjang.”  
Kamarul menjawab persoalan.  Sekadar berbasa-basi.

“Mai sorang ja ka?” soalnya lagi dalam pekat loghat Pulau Pinang.  Tangannya pantas mencedok nasi ke dalam pinggan dan menyerahkannya pada Kamarul.

“Haah.  Datang sorang je.  Orang rumah sibuk.” Kamarul cuba bergurau.  Perkataan orang rumah yang keluar dari mulutnya sengaja dia tekankan.  Seketika, kedengaran hilai-tawa mereka berdua berhamburan.

Tengahari itu Kamarul makan dengan penuh nafsu.  Masakan tidak, lauk-pauk yang  terhidang dalam pinggannya cukup untuk membuat sesiapa yang memandang kecur liur.  Ikan bakar, air asam, sedikit ulaman, sayur kangkung masak belacan dan air durian belanda.  Juadah yang selalu dia inginkan.  Sesekali, juadah sebegini mengingatkannya pada kampung halaman.  Mengingatkannya pada susuk tubuh tua yang selalu setia menyediakan juadah dan hidangan kegemarannnya bilamana dia pulang kampung halaman. Betapa dia rindu pada air tangan ibunya.  Emosi Kamarul mula berkecamuk.

“Kam...woi Kam!” Faris separa menjerit. Kamarul di hadapan tetap tidak memberi sebarang reaksi. Masih kayu. Membatu. Faris mengambil seketul ais di dalam gelas di hadapannya dan bersedia untuk membuat balingan jarak dekat. Sasarannya adalah Kamarul yang kekal berteleku di hadapan.

“Woi Kam!!! Jauh mengelamun!.” Kamarul tersentak. Lamunannya terhenti. Kembali ke alam nyata setelah beberapa minit lamanya dia hanyut dalam khayalan. Ketulan ais yang dilemparkan Faris sebentar tadi tepat mengenai dahi Kamarul. Headshot!



*****