Wednesday, May 5, 2010

[kHiLAf]

Heartbreaker + sweet talker = KAMARUL ABADI.

Mungkin itu adalah patah perkataan yang sesuai untuk menggambarkan keseluruhan sikap serta sifat aku, dan aku akui.

Mudah untuk aku melukai sekeping hati. Mudah untuk aku hancurkan rasa sayang yang hinggap dihati. Mudah juga untuk aku leburkan setiap angan dan impian murni.

Aku benci mengenali sisi 'gelap' Kamarul Abadi. Aku jadi sakit. Rawan dihati. Akukah lelaki yang sentiasa, terus menerus menyakiti, atau mungkin meranapkan kepercayaan yang diberi? Akukah? Sukar untuk aku terima kenyataan, tetapi itulah sisi gelap Kamarul Abadi yang perlu aku sedari.

Aku malu bila melangkah, dan lebih malu jika aku lihat setiap derap langkah yang berbekas. Setiap kesan atau bekas yang aku tinggalkan semuanya melumpurkan diri. Semakin kotor aku rasa. Semuanya menyiksa jiwa. Menyakitkan! Aku harapkan sebuah pengakhiran yang lebih sempurna sebenarnya kerana aku benci jadi aku yang sentiasa melukai hati-hati yang tidak pernah jemu memberi. Kembalikan aku pada saat dan ketika aku masih belum mampu mencerna atau mengerti erti sebenar hidup ini.

Maafkan aku.

Maaf untuk setiap apa yang aku pernah lakukan. Untuk setiap perlakuan atau tindakan. Aku tahu ianya amat menyakitkan tetapi aku berharap masih ada ruang untuk aku ungkapkan kata maaf walau ruangnya hanya sebesar zarah.

Pada hati-hati yang pernah aku sakiti, lukai, aku susun sepuluh jari. Aku mohon maaf seikhlas hati. Aku cuba perbaiki diri. Aku harap kamu semua sentiasa disisi, biar langkah aku selepas ini bukan lagi tempangyang mengisi.

Buat Kamarul Abadi,

"Jangan di butakan mata, Jangan di pekakkan telinga, Jangan di matikan hati, dan yakinlah suatu hari, akan
di hitung, buku amalan,
KANAN dan KIRI..."

                                                                                                                                  dari,

                                                                                                 KAMARUL ABADI

5 comments:

  1. kita semua hidup sekali ja...layakkah kita lukakan hati lain utk kepentingan kita sendiri?

    ReplyDelete
  2. ayat org x sedap pun.xperlu la thanks 4 it.huhu

    ReplyDelete
  3. semua orang pernah melakukan kesilapan dan tugas kita untuk menginsafi dan melakukan perubahan...

    btw, u r still the great man!

    ReplyDelete
  4. kita memg xlyk melukai org lain...tp hakikatnya..
    manusia tu sering terluka dan melukakan...jgn slhkn org lain...percayalah..=)

    ReplyDelete