LARI atau HADAPI???
Berkali aku diajukan soalan berkaitan hati dan perasaan. Jujur, aku bukanlah yang terbaik untuk semua orang (
"Sebenarnya macam ni, Aisha (bukan nama sebenar) ada masalah dengan boy. Kenapa lelaki selalu lari dari masalah? Kenapa mereka tak sanggup untuk hadapi?" getar suara di hujung talian tidak dapat dia sembunyikan.
Itu adalah salah satu dari puluhan masalah yang selalu aku dengar. Dan, kebanyakannya dari mulut Hawa. Adam hanya diam membisu. Lebih baik mulut dikunci dari berbicara. Takut ada yang terluka, atau mungkin takut hilang upaya untuk mengawal deruman adrenalin yang akhirnya membawa kepada terma mangsa dan pemangsa. Takut ada yang tercedera!!!
Lari. Aku mungkin salah seorang dari ratusan atau ribuan 'peserta' yang sentiasa memilih 'jalan pintas' untuk pertandingan lari dari masalah yang dianjurkan. Cara terbaik, diam! Ya, aku lebih selesa untuk diam dan menyerah kalah. Aku bukanlah defender yang bagus untuk bercakap soal hak, mempertahankan sesuatu yang betul atau tidak. Itu bagi aku, dan aku tahu itu tidak memberikan sebarang implikasi positif sebenarnya dan ianya langsung tidak membantu aku menyelesaikan sebarang masalah yang melingkar. Itu hanya menambah beban sedia ada dan lebih mengusutkan kepala.
Hadapi. Sabda Nabi: "berkata benar walaupun ia pahit...". Mungkin ini yang terbaik.
Masalah itu ada untuk kita hadapi. Caranya, bergantung kepada kreatif dan kritisnya diri. Paling utama aku rasa adalah komunikasi, kerana ia adalah terapi terbaik untuk semua jenis masalah yang timbul. Kurangnya komunikasi hanya akan membejatkan sesebuah perhubungan. Kurangnya komunikasi juga membuatkan suasana terang benderang bertukar menjadi gelap dan kelam!
Hidup adalah pilihan.
"Aisha lebih prefer untuk cakap dengan Kamarul sebab Aisha tahu, perbincangan ini lebih bersifat profesional." tutur Aisha diakhir perbualan kami. Jam menunjukkan 2.35 minit pagi.
"Maksud Aisha?" aku kurang jelas dengan maksud Aisha. Profesional yang macam mana yang Aisha maksudkan.
"Profesional sebab Kamarul tidak libatkan soal hati dan perasaan untuk selesaikan masalah ini." jelasnya.
Aku senyum sendiri.
"Kamarul memang best!!!" dia memuji.
"Taklah. Biasa je." aku berbasa basi. Takut bunga-bunga riak bercambah dalam diri.
Carilah saat untuk berkongsi saat indah bersama. Selesaikan segala masalah problem yang ada.
dalam hidup ini,sentiasa belajar menghargai insan yang menyayangimu lebih dari mereka menyayangi diri mereka..rasullulah pernah berkata,sebuah hati yang kau lukai ibarat seratus ribu hati kau celai..imbaslah kembali zaman lampau mu...
ReplyDeletetanx...
ReplyDeletelebih kepada peringatan untuk diri sendiri sebenarnya...
pe nk sedey2 ni...chill2
ReplyDeletepeace no war... da memg cam tu nk wat lagu mane??? lagu rock?? :)
ReplyDeletehargailah hati yang akan kau miliki selepas ini...
ReplyDelete