Saturday, April 24, 2010

[SeMiNGgU]

Seminggu.

Tempoh yang pada aku cukup lama. Cukup seksa aku rasa. Memang, ini bukan yang pertama kali. Tapi entah kenapa, masalah yang menimpa aku kali ini cukup menguji. Mencabar akal waras KAMARUL ABADI.

1. Malam.
         Sebelum aku tidur, laptop yang selama ini setiasa menemani aku 'tidurkan' seketika setelah seharian penat bekerja. Sebelum itu, aku sempat siapkan apa yang patut untuk aku persembahkan pada Encik MUHAMMAD ABD RAZAK memandangkan aku menerima satu tugasan yang mana memerlukan aku membuat pengiraan berkaitan dengan sistem penghawa dingin. Cooling Load Estimation. Terima kasih Mr Blacky, jasamu sentiasa terpahat dihati kerana sentiasa sudi menabur budi dan bakti.

2.Petang.
          Aku mula hangin satu badan. Aku cuba 'beri nyawa' pada Mr Blacky tetapi gagal. Aku mencuba bermacam cara, dari CPR hinggalah aku cabut jantungnya (internal hard disk). Namun usahaku nyata sia-sia. Aku biarkan amarahku reda seketika bagi mengelakkan kejadian tidak diingini daripada berlaku. Aku mengukir senyum.

3.Malam.
        1 Mesej diterima.
        Aku buka. Aku baca isinya.

        "Kam, ko tunggu aku depan surau dekat pasar malam. Kejap lagi aku sampai." itu antara pesanan yang aku terima dari Syafiq Jamaludin. Lantas aku bersiap, aku tidak mahu lewat untuk ulangkaji malam itu.

        "Mana pulak makhluk Tuhan paling mengantuk ni. Janji depan surau, tak ada pun." rungutku apabila bayang Syafiq masih tidak kelihatan. Motosikalku, ku parkir di birai jalan dan aku labuhkan punggungku pada pangkin kayu yang ada di situ. Beg yang terisi segala nota kuliah aku letakkan di atas pangkin yang sama.

         Aku menarik keluar telefon nokia dari poket jeans ku seraya menghubungi Syafiq.

         "Kat mana? Aku ada depan surau ni."

         "Kau jalan depan sikit amik simpang kanan, lepas tu kiri, lepas tu kanan, lepas tu kiri balik..." arah Syafiq dengan tawa yang masih bersisa di hujung talian.

         "Kau da sampai ke? Kejap, tunggu aku kat situ." jawabku. Talian aku matikan tanpa sempat memberi salam. Saat aku mencapai beg, tanpa sedar aku melepaskan telefon bimbitku.

         "DAM...SREEETTT!!!"
      
         Saat telefon nokiaku aku capai, aku dapat lihat skrinnya mengalami perubahan ketara. Skrin yang tadinya memaparkan resolusi warna tapi kini kelam. Gelap. Hitam. Sayu. Pilu. Semuanya bersatu menjadi satu.

Lengkap aku rasa penderitaan ini.

Seminggu.

Sangat best disitu.

2 comments:

  1. kam sme la kte..sem lepas pun aku dpt tjuk 2 gak..ko sambung x nnti?

    ReplyDelete
  2. hahhaha.. len kali hati2.. x maki hamun amik kau skrin phone jd mgsa..:) peace je

    ReplyDelete