Thursday, April 8, 2010

[L4Ra jiWA]

Aku terkesima saat melihat 'anak-anak' papa mengalirkan air mata. Walau tidak diseka, aku tahu masalah yang ada sudah lama berbekam dijiwa. Masakan tidak, mudah sekali untuk butir jernih jatuh gugur dari tubir mata saat mulut berbicara berkongsi rasa. Anak-anak papa yang selama ini tabah dan kuat, tewas saat beban dan tekanan semakin memberat.

Getar dijiwaku mula mendendangkan lagu. Sebolehnya, aku mahu melihat mereka tabah, setabah Siti Khadijah. Sebolehnya aku mahu melihat mereka sabar, sama seperti Hajar. Sebolehnya aku tidak mahu melihat mereka diulit resah, aku ingin mereka mencontohi Aisyah. Sebolehnya ingin ku untai rasa marah dan geram yang lilitannya semakin mencengkam, kerana aku ingin melihat mereka menelusuri sirah Mariam.

Buat anak-anak papa,

"Tidak akan sesekali kamu berperasaan gundah, jika kamu tahu apa yang dicari...". Selama mana nafas masih bersisa, jangan pernah timbul rasa putus asa. Jangan, difikir soal derita yang singgah sekelumit cuma, bangkitlah dan terus berjuang selagi ada daya. Deritalah yang menjadikan kita lebih dewasa. Derita itu juga mungkin penawar bagi semua 'racun' yang berbisa.
"Jangan difikir derita akan berpanjangan, kelak akan membawa putus asa pada Tuhan..."~petikan dari lirik Kehidupan (Nazrey ft In - Team)

Anak-anak papa,

Masalah itu sentiasa ada, hadir disetiap nafas yang dihela. Masalah itu sentiasa ada, hingga penghujung usia.  Masalah itu sentiasa ada, selagi mana kita hidup didunia.
'"Walau anak papa rentas seribu padang..."
"Walau anak papa tempuh seribu rimba..."
"Walau anak papa harung seribu paya..."
"jika niat anak papa untuk lari dari masalah yang datang bertimpa,
anak papa akan tetap jumpa masalah di hari muka..."

Anak-anak papa,

Tuhan tidak akan menguji sesuatu yang diluar kemampuan umatnya.
"Kadang-kadang, Allah sembunyikan matahari,
Dia datangkan petir dan kilat,
KIta tertanya-tanya, kemana hilangnya matahri,
Rupa-rupanya tanpa kita sedar Allah kurniakan kita pelangi.."

"Ya Allah, kau hadirkanlah sinar dalam hidup kami, agar kami tidak tersasar dari jalanmu. Jika ini ujian yang Engkau timpakan pada kami, kami terima dengan hati yang rela, kerana engkau lebih mengetahui setiap isi langit dan bumi. Kepadamu kami berserah, dan kepadamu kami memohon pertolongan. Janganlah engkau sisipkan sifat yang dicela dalam diri kami, sesungguhnya, kami hamba yang lemah..."

anak-anak papa, kuatkan semangat, bulatkan tekad...

3 comments:

  1. segalanya telah terungkai

    sejujurnya: trimas for your wisdom ;)

    ReplyDelete
  2. papa slalu ad utk kakak n adik~
    Tq..kakak bakal terus melangkah..sehingga mampu berlari lg..

    ReplyDelete
  3. pecut 100 meter,,hehe

    ReplyDelete