Straight to the da point~
Hari ini, officially aku jadi penjaga kepada anak saudara aku yang superb hensem macam uncle dia nih. Muhammad Aiman Hamizan. Sebabnya, pengasuh dia balik kampung sebab ada hal-hal keluarga katanya. So, bangun pagi tadi aku diamanahkan untuk menjaga baby Aiman yang masih lagi lena di peraduan. Gila chomey dia nih. Tidur pun style je.
Bila Aiman bangun dan buka mata dia terus senyum dan buat muka hensem bila pandang aku. Akulah satu-satunya pakcik yang tak ada gelaran. Bukan pak ngah, pak teh, atau pak su. Hanya pak cik sahaja. Tapi aku tak kisah memandangkan aku adalah pakcik yang hensem dan tabah.
Bila Aiman mula merengek nak susu aku mula kaget. Tadi abang ipar aku ada pesan dan ajar aku cara buat susu. Tapi tu hanya teori, praktikalnya???? Mati aku kali ini. Aku panjangkan langkah kaki ke dapur bila Aiman start buka 'radio'. Aku mula kalut. Macamana nih??? Belum pernah dalam sejarah hidup aku bancuh susu. Minum susu je aku tahu. Akhirnya, dengan peluh yang berjejeran di dahi (saja-saja nak tambah rencah cerita) aku berjaya selesaikan misi mustahil yang diberikan. Aiman mula diam tatkala botol susu berada di tangan. Senyum memanjang.
Tuga aku belum terhenti di situ. Aiman sekali lagi mernegek. cepat-cepat aku dail nombor telefon ibuku.
"Dia panas la tu kot. Mandikan dia." telah ibuku.
"Macam mana?" Aku bertanya macam orang bodoh.
"Mandi macam biasa la. Macam mana lagi." hlilai tawa ma aku bergema di talian.
"Lepas tu?"
"Pakaikan baju. Sapu minyak yu yee kat perut dengan kaki dia."
"Ok."
Aku bawa Aiman ke bilik air. Mandikan dia penuh berhati-hati. Hasilnya, aku pula yang hampir lencun. Bukan tak ada pengalaman. Aku pernah mandikan Afiq. Tapi bezanya, Afiq dah taw mandi sendiri. Aku hanya tolong buka pili.
Aku pakaikan Aiman baju setelah selesai semua misi aku. Aku baringkan dia. Dia tarik muka. Nak menangis. Kali ini tanpa perlukan bantuan pakar kanank-kanak aku dapat meneka Aiman mengantuk sebenarnya. Susu kembali aku sua. Belum tidur juga. Aku dukung Aiman. Dakap dia, dan perlahan-lahan dia lelapkan mata tanpa aku sangka. Lena dalam dakapan aku. Terharu.
Begitulah tugas sukar aku. Lebih sukar dari segala misi yang pernah aku laksanakan sebelum ini.
~End of story~
hahaha....gud job
ReplyDeletehee...de kelas...
ReplyDelete