Ini cerita semalam.
Aku rasa masih belum lagi basi dan masih lagi relevan untuk aku ceritakan pada hari ini.
Usai solat Maghrib, aku bingkas menuju ke rak2 buku yang aku sendiri buat.
Rak yang menempatkan pelbagai jenis genre buku.
Komik [paling banyak]
Motivasi [paling suka]
Novel [paling minat]
semuanya aku himpunkan dalam satu rak dan aku bezakan mengikut genre.
aku pernah pesan kat ma,
"Ma, tolong tengokkan buku-buku Di."
dan hasilnya,
Ma aku tak berani kemas rak buku aku.
takut hilang katanya.
dan sesiapa yang nak pinjam, hanya boleh membuat pinjaman melaluinya sahaja dan bukan orang lain.
berbalik pada isi cerita.
aku meniliti hampir setiap buku-buku yang tersusun rapi di situ.
kemudian, mataku tertancap pada kulit buku hijau yang berbalut plastik lutsinar.
"Nota Hati Seorang Lelaki"
karya Pahrol Mohd Juoi.
Aku belek muka suratnya satu persatu.
Buku ini telah aku khatamkan saat aku masih menutut di Pulau Pinang dahulu.
Tapi ia masih berjaya menarik minat aku untuk membacanya.
"Hati seorang lelaki,
Kekadang perlu sekeras waja,
Ada masanya mesti lembut seperti sutera,
Ah lelaki,
Jika jiwamu tulus kerana Ilahi,
Pasti lurus perananmu sebagai Lelaki..."
Perlu untuk aku nyatakan di sini, buku ini adalah buku yang harus dimiliki oleh setiap lelaki sebagai rujukan kerana ianya mencakupi seluruh aspek kehidupan dan peranan lelaki itu sendiri sebagai anak, ayah, suami dan da'i. Buku ini pada aku memberikan satu input baru yang mana ianya mampu untuk menjadi hidangan dan santapan rohani, juga mampu bertindak sebagai vaksin untuk menghapuskan 'virus-virus' baru yang sentiasa berevolusi.
"Zaman dulu lain, sekarang lain..."
"Alah, pak cik cakap senang, sebab dulu zaman pak cik apa pun tak ada. Gelap pun hanya bersuluh cahaya pelita."
Ada saja suara sumbang yang sentiasa beralasan. Kenapa tidak mereka mencari jalan untuk sama-sama menyelesaikan masalah-masalah yang sentiasa bertandang? Kenapa perlu beralasan?
Lelaki, dalam meniti titian perjalanan terlalu banyak ranjau yang perlu kau tempuh.
Cukup kah dengan hanya berpeluk tubuh?
terlalu banyak cabaran yang mendatang,
Cukup kah dengan ilmu yang kau ada sekarang?
Membina peribadi memerlukan usaha yang berterusan [istiqamah], bukan hanya duduk melangut mengharapkan datangnya keajaiban. Penentuan masa hadapan kita yang tentukan. Perlu kita ingat, hidup adalah pilihan.
"Great man willing to be little..."
Ungkapan ini ada benarnya.
Jadilah lelaki biasa yang bersifat luar biasa,
dan,
jadilah lelaki luar biasa yang juga mampu untuk melaksanakan kerja-kerja biasa.
Takut nanti, bila tinggi duduknya,
terus lupa, terus leka, terus alpa.
No comments:
Post a Comment