Monday, November 29, 2010

[s4Kit]

Mood                    a.  Berdebar-debar tak tentu pasal.

b. Jantung berdegup kencang. Seolah-olah baru sahaja menamatkan larian.

Masalah fizikal      a.  Lutut menggigil tapi disahkan tidak menghidapi parkinson.

b.  Lidah hampir beku. Tak mampu berbicara. Kalaupun ada kata-  kata yang keluar, langsung tidak dapat didengari. Memerlukan khidmat pembesar suara atau mungkin orang ketiga untuk menterjemahkan apa yg diperkata.

c. Peluh dingin mula berkampung di dahi.

d. Keadaan jadi serba tak kena, dalam erti kata lain kurang selesa. Semua benda yang ada di hadapan terasa hendak dipintalnya.

e. Mata tidak mampu bertentang. Hanya mampu memandang lantai bumi. Sungguh sopan dan ayu sekali.

f. Organ-organ dalaman tidak mampu berfungsi dengan cemerlang, gemilang dan terbilang.

g. Kadangkala masalah gagap tiba-tiba sahaja berlaku. Ini kerana tiada lagi idea bernas lagi jitu yang bersarang dalam itu punya kepala batu.


Masalah sebegini kerap berlaku kepada sesiapa yang sahaja yang menemui cinta baru. Adalah dinasihatkan supaya anda mengambil langkah berjaga-jaga bagi mengelakkan daripada masalah ini terus berulang kerana khuatir boleh memudaratkan kerana kesannya amat besar kepada penghidap penyakit ini.

Antara kesan-kesan yang biasa berlaku atau terjadi kepada pesakit yang berada pada tahap serius adalah seperti berikut.

1.     Mandi tak basah.
2.     Makan tak kenyang.
3.     Tidur tak lena.

Cegah sebelum terlambat.


1 comment:

  1. Dr Chenta:
    anda mengahadapi kanser chenta tahap pertama...
    ubat2 kanser ni sgt mahal.
    sebelum barah ni merebak, segerala rawat hati anda dengan ubat melepaskan perasaan sbelum kanser anda meletop.

    hahaha...

    ReplyDelete