Thursday, November 22, 2012

KTK : Monolog







"seriously, kalau hati aku adalah mekanisme yang boleh di control, dah lama aku beri remote control tu pada perempuan yang aku suka supaya dia boleh control hati aku dari jauh supaya aku tak terjatuh hati melihat wanita-wanita cantik yang ada di setiap penjuru dunia...Tapi hati aku bukan boleh dikawal dengan alat kawalan jauh, hati ni mudah benar tersentuh."

                                                                                                        |Zarir|



"yang nyata, ayat kau memang sweet talker. Bahasa kau kalah sasterawan negara..."

                                                                                                          |Shafiq|

Saturday, November 3, 2012

KTK Chapter 1

"Kita putus!!!" 

Talian dimatikan.

Jari-jemari berlari menekan-nekan nombor yang melekat pada pad kekunci. Sepuluh digit yang tertera di skrin telefon sekali lagi direnung, sambil mulutnya kumat kumit mengucapkan sesuatu. Mungkin memastikan nombor yang dipanggil bertepatan bagi mengelakkan timbul masalah di masa depan. Kesilapan mendail nombor orang yang tidak dikenali bukanlah perkara yang boleh dibangga-banggakan. Kesilapan begitu boleh memberi kesan dan impak yang besar.

Mana tidaknya, jika sudah beria-ia bersembang dengan tangan yang tak boleh duduk diam tanpa sempat mengutus salam tiba-tiba kedengaran suara dari balik sana talian tenang mengucapkan, "Maaf ye cik, adik/abang salah nombor ni...Saya bukan si polan bin/binti si polan." Bukankah itu sesuatu yang memalukan?
Jadi, berhati-hati ketika mendail itu perlu. Jangan terlalu rigid pada jalanraya semata.

Setelah dipastikan nombor yang tertera di skrin adalah nombor yang dimaksudkan, pad kekunci bewarna hijau ditekan penuh gaya dan keterampilan. 

Tidak menunggu lama, hanya beberapa saat cuma tanpa perlu membuat cubaan kedua, ketiga, keempat ataupun seterusnya, panggilan itu kini bersambung. 

Nafas ditarik dalam-dalam. "Kita putus!" Sama seperti sebelumnya, hanya ucapan itu yang diulang, pendek dan tegas. Tapi ucapan itu bukan dilafazkan pada individu yang sama.

Talian telefon kemudian dimatikan bersama segumpal nafas yang tadinya menyesakkan. Kedua kelopak matanya dipejam. Nafas kembali ditarik dalam-dalam memenuhi ruang pernafasan. Dia cuba untuk mengumpul kekuatan. Ini adalah apa yang dia inginkan. 

Kelopak mata dibuka. Kekuatan yang tadinya ditagih semacam datang bersama silau cahaya yang datang berlumba-lumba menerjah ruang kornea. 

Selang beberapa minit, ibu jari kirinya sekali lagi kembali galak berlari di pad kekunci Nokia 5610 Xpress Music rona hitam merah. Punat hijau sebelah kiri sekali lagi ditekan. Telefon bimbit kemudian diangkat selaras dengan telinga sebelah kiri dan dilekapkan hampir di cuping telinga. Perlakuan yang hampir sama seperti sebelumnya.

Talian bersambung.

Belum sempat satu suara di hujung talian sana mengalunkan suara menjawab panggilan, pantas si pemanggil menyatakan tujuan. "Kita putus!!! Saya tak nak ada apa-apa hubungan istimewa dengan lagi. Anggap saja kita tak ada jodoh." kali ini butir kata yang keluar dari mulutnya sedikit panjang. Tidak seperti tadi, pendek dan tidak punya huraian dan penjelasan. Betapa konsep WH Question tidak begitu dititik beratkan.
Tuutttt... Bunyi talian telefon yang telah dimatikan bergema masuk menyapa koklea sebelum berdenting di gegendang telinga.

Sama seperti sebelumnya, si pemanggil tidak sedikit pun memberi ruang untuk yang dipanggil menyoal balas. Talian telah pun dimatikan sejurus menuturkan kata. Dia tidak mahu rasa simpati dan bersalah menguasai diri. Takut kalau rasa-rasa itu akan mempengaruhi setiap apa yang telah dirancang. Bukan mudah untuk dia membuat keputusan sepertimana yang dia lakukan sekarang. Berbulan masa yang diambil sebelum membuat keputusan yang besar sepertimana yang dia lakukan sekarang.

Suasana hening.

Hanya kelihatan beberapa ekor semut hitam yang sibuk memikul barang makanan berupa serdak biskut jagung cap ping pong dan beberapa ketul gula yang jatuh bertebaran lantai kembali ke sarang buat santapan permaisuri mereka. Sesekali semut-semut itu melagakan sesungut sesama mereka yang datang dari arah bertentangan. Itu cara mereka berkomunikasi, kata saintis. Sedikitpun semut-semut itu tidak menghiraukan si dia yang sdang berduka lara di bilik bujang yang disewa yang luasnya hanya sekangkang kera.

Kelantangan suara G-Dragon dari kumpulan Big Bang mengalunkan lagu Tonight yang dijadikan sebagai caller ringtone langsung tidak diendahkan. Tertera di skrin nama pemanggil yang membuat panggilan. Berturutan. Tapi tidak ada satu pun dari panggilan yang masuk dilayan. Dibiarkan sahaja sehingga panggilan itu mati sendiri.


 notakaki : menulis dari laut memang bnyk karenah.

Tuesday, October 30, 2012

KTK Previu


Assalamualaikum...

Agak lama menyepi, cuba membawa ceritera KTK kembali.

*****


"Bukan susah pun nak cairkan hati perempuan, cuma perlu panaskan dalam ketuhar. Dengan suhu sederhana, gunakan kombinasi kukus, grill, panggang, kukus,grill, panggang..."
                                                                                       |    Zarir    |



____________________________


"Cinta bukan pada siapa yg memiliki, tetapi siapa yg memberi..."
                                                                                       |   fatimah zahrah   |

Saturday, August 11, 2012

Kebetulan

Assalamualaikum...

Begini kisahnya.

Tapi sebelum tu guwa nak wish Selamat Berpuasa. Okeh, guwa tahu guwa lambat! Tapi guwa tetap nak wish jugak.

Okeh, sambung cerita.

Di satu petang yang hening, sedang guwa duduk melepak layan novel Sperma Cinta sesambil senyum sumbing, secara tiba-tiba henpon guwa terpekik bagai orang kena histeria. Guwa syak henpon guwa lemah semangat mungkin. Guwa jeling sekilas, ada panggilan dari nombor yang guwa tak kenali. Tak familiar kata omputih. Patutlah henpon guwa meracau-racau. Jarang benar henpon guwa berkelakuan demikian. Guwa tenung henpon guwa tenang sambil ibu jari kanan guwa mula melompat terkinja-kinja mahu menekan keypad warna hijau. Tak menyempat. Guwa ikutkan saja perangai ibu jari tu. Nak tegur kan takut pulak terasa hati. Ye dak?

Henpon nokia faveret guwa, guwa lekapkan di telinga.

Kemudian, guwa terdengar satu suara. "Weyy Kam, ko da publish novel ke sekarang?" hampir bergegar gegendang telinga guwa mendengarkan suara yang mirip pelaka. Guwa tidak mengambil masa yang lama untuk membuat sesi pengecaman, kerana gua memang 100% cam ini suara. Pemilik suara yang punya budi tapi sedikit cetek bahasanya.

Novel? Guwa dah mula hairan. Dada guwa mula berombak kencang. Nafas guwa pula berhembus bagai taufan. "Hah??? Bila pulak aku publish novel??? guwa angkat kening gaya Ziana Zain dalam cerita Maria Mariana. Dahi  guwa time tu berkerut-kerut semacam baju sutera tak pernah bertemu seterika.

"Then yang aku jumpa dekat kedai-kedai buku ada novel Kapal Terbang Kertas tu hapa? Bukan novel kau ke? soal pemilik suara. Level bahasanya masih sama. Saing-saing budak darjah dua, darjah tiga.

Guwa tambah lagi kerut di dahi. Menjiwai watak la katakan. "Er...novel kapal terbang kertas?" jawab guwa sambil garu-garu kepala. "Bro, Aku tulis cerpen je kot. Tu pun baru sampai chapter 17." lanjut guwa lagi.

"Hah??? kali ini giliran pemilik suara pula buat suara orang terkejut! Guwa sendiri kompius samada dia memang terkejut atau buat-buat terkejut. "...Huh, nasib baik aku tak beli. kalau tak mesti rugi..."

Guwa tepuk dahi!

Okeh, makluman kepada semua. Novel Kapal Terbang Kertas tu bukan novel guwa. Guwa sendiri kompius, samada guwa terciplak nama dari novel dia, atau dia menciplak nama cerpen guwa. Tapi guwa rasa kebetulan. Sedangkan manusia punya 7 kembar serupa, inikan pula tajuk novel cerita. Apa ada hal?

Monday, June 11, 2012

Buaya

Assalamualaikum...


Cik Emak selalu teruja bila nampak signboard biru kuning ni bila aku lalu ikut LDP


Itu hari aku dan family pergi IKEA. Ni semua plan Cik Emak dan Cik Kakak yang kononnya nak having a great time together. Padahal tu semua trick lama yang aku memang dah boleh baca, da tersimpan kemas dalam poket seluar. Having fun tu betul, tapi bukan dengan aku atau yang lainnya. Tapi hanya mereka berdua. Pernah ke jumpa golongan mak-mak dan kakak-kakak (bagi yang dah kawen) yang pergi IKEA semata-mata nak makan meatballs? Kalau jumpa sila bagitau aku, boleh jugak buat geng lepak-lepak kat foodcourt IKEA tu nanti. Tak adalah bosan sangat menunggu. Kalau bukan sebab nak membeli dan membelah setiap laluan dari pasuan, bungaan hingga ke sebesar-besar peralatan rumah sekaligus mengopak wallet, itu bukan perempuan namanya. 



SALE : salah satu sebab kenapa Cik Kakak dan Cik Emak kelabu mata


Aku yang bertindak sebagai driver yang dilantik melalui kuasa diktator (biasanya Cik Kakak), hanya mampu menuruti setiap arahan tanpa boleh melawan. Mana nak cari adik yang baik macam aku nih? Dah la baik, hensem pulak tu, ye dak? Okeh! aku tau, ada bauran perasan di situ.

Tapi itu bukanlah klimaks pada cerita aku ni.

Sudah menjadi kebiasaan, kalau nak pergi mall mana-mana dengan kakak, jantung aku pasti berdegup kencang. Bukan sebab takut kena pow dengan Cik Kakak bila time nak buat bayaran, tapi aku lemah bila nak diajak main aci kejar dengan Aiman. Ya, Aiman. Anak buah aku yang super aktif. So, nampak tak peranan aku dalam misi having fun together ni? Secara simboliknya, aku terpaksa menjaga Aiman. Nampak tak kebijaksanaan Cik Kakak dan Cik Emak? 

Setakat ni Aiman tak pernah mengecewakan aku bila main aci kejar. Selalu je aku dibasahi peluh dalam ruangan berhawa dingin. Aku ulang, selalu sangat!

Aiman juga sedikit sebanyak menjejaki langkah ibunya yang gemar menggunakan kuasa diktator. Selalu sahaja aku disuruh menolak troli menyusuri segenap inci kawasan tanpa sebarang upah atau gaji! Aku ulang, selalu sangat!

So, hari tu Aiman pakai baju warna oren dengan short pants sebagai persediaan nak buat marathon dalam IKEA nanti. Dekat depan baju Aiman ada gambar buaya cute yang sedang nganga mulut. Seingat aku, baju tu aku yang beli. Sebab aku buaya tu comel sangat.

Sebelum memulakan sesi shopping, macam biasa, aktiviti mengisi perut adalah suatu kemestian bagi mengelakkan masalah kelaparan sewaktu sedang asyik memilih barangan. Satu hal pulak nanti. Dan menu faveret yang dijadikan santapan adalah meatballs selain 2 cawan mushroom soup dan beberapa ketul chicken wings!


meatballs!!!


Nak dijadikan cerita, ketika sesi makan-makan, Aiman dah mula buat stretching, panaskan badan! Mula-mula dia tarik troli. Tapi sebab aku larang, dia tolak balik troli tu dengan satu jelingan maut yang diberikan. Kemudian dia pergi ke kid's centre kat tengah-tengah foodcourt setelah yakin di situ ada certain things yang lebih menguji minda. 

Dalam kid's centre tu ada tv. Siarannya pula semestinya siaran kartun.  Dah nama pun kid's centre. Tak kids la kalau bukak channel AXN, ye dak? Kartun Oggy & The Cockroaches mengambil tempat di kaca TV, antara cerita kartun faveret aku dolu-dolu. Aiman tarik kerusi dan port paling depan. Aku lepak kat belakang. Sebelah Aiman ada seorang awek (umur dalam 3-4 tahun) yang juga sedang menonton TV.

Aiman tengok cerita tak berkelip.

Awek tu usha-usha Aiman yang ada sedikit suntikan gaya K-POP sambil senyum-senyum comel.

Aiman masih maintain tengok TV. Awek melayu berbaju purple disebelahnya langsung tidak menarik perhatiannya. Gila high taste si Aiman.

Awek tu jeling lagi.

Aiman buat-buat tak reti.

Kali ni  awek baju purple buat tindakan drastik. Tindakan berani mati. "...awak nama apa?" tegur si awek.

Aiman jeling sebelah mata. Aku hanya bertindak sebagai pemerhati. Keadaan masih lagi terkawal setakat ini.

"awak nama apa?" si awek mencuba untuk kali ke dua setelah percubaan pertamanya semacam tiada reaksi balas dari jejaka yang duduk di sisi kiri.

Si awek setia menunggu jawapan. Aiman pusingkan badan. Mata mereka saling bertentang.

"...buaya..." Dengan sekali nafas Aiman memberikan jawapan, sambil menunjukkan karikatur di baju yang melekap pada badan.

Si awek tercengang. Terus dipalingkan wajahnya menonton aksi Oggy dan lipas saling berkejaran. Aku kat belakang tekan perut ketawa keseorangan.

Aiman bingkas. Barangkali rimas. 

Begitukah cara kasanova junior K-POP memperkenalkan diri?

Aku senyum sendiri.


Thursday, June 7, 2012

Jatuh Cinta

Assalamualaikum...




Harap je tajuk entry gah macam tu, tapi hakikatnya bukan guwa jatuh cinta ke jatuh hati apa pun. guwa jatuh cinta pada KUFI. Kufi bukanlah seorang gadis litar atau awek hot yang jambu sepertimana yang korang bayangkan. Itu SUFI mungkin. Ini KUFI. Walaupun ejaannya tak banyak beza, tapi maksudnya dah jadi lain.  Jangan sampai guwa bukak tuisyen bahasa melayu ngajo tatabahasa pulak nanti. Guwa saja je nak suntik elemen propa siket. mana taw, untung-untung dapat ganti Zizan jadi pengacara Melodi. Ye dak?

(untuk keterangan lanjut klik je kat pautan di atas, jgn malas!)

serius amazing weh. guwa macam terkagum (jangan tiru tatabahasa guwa) seketika bilamana guwa google seni khat yang ada kat alam semesta ni, tetapi  khat kufi lebih menarik perhatian guwa, dan buat guwa terpaku di dinding rumah. Melihatkan pada bentuk da lekuknya saja da buat guwa super teruja.Belum cuba buat lagi tu. Sikit punya true feel guwa kat KUFI ni. FYI, khat kufi adalah seni khat paling lama yang wujud dan ianya pernah digunakan untuk penulisan Quran pada zaman dolu-dolu. Jom belajar khat jom!!!

Daripada duk gantung gambaq-gambaq artis kat dinding kan elok letak interior yang macam ni. Dahla cool, dapat pahala pulak bila orang baca. Saham akhirat tu.

Contoh khat KUFI.guwa dah try buat, hampir bertemu dua mata hitam guwa bila tengok grid.



KUFI yang tergantung, SUFI yang tersenyum! ^^



awesome kan? ^^



*p/s : guwa xdapat nak upload hasil karya guwa. takut korang berebut mintak guwa buatkan. 


Seribu Makna

Assalamualaikum...




source : google


Aku buka post kali ni dengan gambar sebab aku tak tahu nak mula dengan muqaddimah yang macam mana. Akhir-akhir ni aku rasa skill menulis aku da semacam berkarat. Sibuk sangat duk layan running man, ulang alik dari kuantan ke dungun, dari kemaman ke dungun dan sekarang dari kemaman/dungun ke kuala terengganu sampai tak ada masa nak mengasah bakat menulis. Biasalah pelajar separuh masa + lelaki bekerjaya + weekend husband yang kacak memang macam tu kot gayanya.  Kekadang tidur pon dah tak sedar apa, sikit punya lena biarpun bom atom ada kat sebelah telinga. Okeh, itu tipu. Heh!

Untuk pengetahuan semua, gambar di atas adalah snapshot dari filem UP terbitan Disney & Pixar
(kalau xsalah aku. pada yang tak tonton lagi, sila download kt torrent!)

So, persoalan yang aku cuba timbulkan kat sini,

"Will you be the Carl to Ellie?"

atau mungkin,

"Will you be the Ellie to Carl?"



So, tuan-tuan dan puan-puan sekalian. Adik-adik, abang-abang, kakak-kakak, makcik-makcik, pakcik-pakcik yang dihormati sekalian,


"adventure is out there!!!"