Sunday, September 19, 2010

[n0tA 6]


NOTA 6





SEKOLAH MENENGAH TEKNIK DUNGUN
2004

“Betul kau tak suka dia?” Soal Amir. Matanya memandang tepat wajah Kamarul yang duduk di lantai dorm. Badannya disandarkan pada birai katil. Kepalanya ditundukkan memandang lantai.  Sesekali dia menyatukan tangannya yang dikepal.

“Betul la, kau ingat aku serius ke dengan dia?” Kamarul mendongak memandang Amir yang duduk di katilnya. Seketika, dia kembali merenung lantai simen saat mula menyambung bicara. “ ...Wei, tak ada maknanya. Daripada aku pilih dia untuk jadi awek aku, baik aku couple dengan singa kat hutan tu hah, lagi bagus!” jelas Kamarul panjang lebar.

Amir meleretkan senyuman. Pandangannya masih lagi terarah pada susuk tubuh yang berada di hadapannya. Sesekali pandangannya dilontarkan ke luar tingkap yang menjadi pemisah antara bilik dan koridor, sekadar memandang penghuni asrama yang lalu lalang di luar bilik. Suasana bilik yang kelam hanya diterangi limpahan lampu pendaflor yang dilekatkan pada syiling koridor.  Biasan cahaya dari lampu sedikit menerangi perbualan mereka kala malam semakin larut. Amir kemudiannya merebahkan badan. Bermalas-malasan di katil. Bantal yang berada di hujung kepala dicapai, ditepuknya beberapa kali dan kemudiannya didakap.

SEBENTAR tadi Kamarul datang padanya untuk mengadu masalah yang menimpanya. Amir yang tika itu hampir melelapkan mata kembali segar tatkala mendengar setiap butir perbualan yang keluar dari mulut Kamarul. Telinganya cekap menangkap setiap patah kata untuk dihadam dan dicerna. Sesekali tawanya berhamburan mengejutkan isi bilik lain yang sedang leka di buai mimpi. Dia kemudiannya menekup mulut dengan kedua tangan sebagai menahan tawa yang masih lagi bersisa.

                Ini bukan kali pertama sahabatnya itu datang dan bercerita masalah yang melingkar hidupnya. Boleh dikatakan hampir setiap malam biliknya akan menjadi destinasi wajib singgah Kamarul yang menginap di bilik di tingkat tiga untuk menceritakan pelbagai masalah dan dia adalah pendengar setia kepada setiap masalah yang sering menimpa sahabatnya itu. Kebiasaannya Kamarul akan muncul di biliknya selepas lampu bilik dipadamkan. Memang begitu tabiatnya. Adalah menjadi satu keajaiban jika kelibat Ketua Pelajar itu tidak kelihatan selepas lampu dipadamkan.

                Ketua Pelajar?

                Ya. Ketua Pelajar. Kamarul adalah Ketua Pelajar merangkap Ketua Pengawas sekolahnya. Sekolah Menengah Teknik Dungun yang letaknya bersebelahan dengan Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin adalah sekolah menengah Teknik yang keempat dibina di Terengganu setelah Sekolah Menengah Teknik Wakaf Tembusu, Sekolah Menengah Teknik Kuala Terengganu, dan Sekolah Menengah Teknik Kemaman yang berlatarbelakangkan keindahan dan kehijauan Rimba Bandar Bukit Bauk.

                Bakat dan kepimpinan yang dianugerahkan dipraktiskan sebaik mungkin. Amir mengakui, dari segi kepimpinan Kamarul memang punya kekuatan dan abiliti di mana dia berupaya memimpin satu-satu organisasi dengan baik. Kemahirannya dalam pengucapan awam memberikan nilai tambah kepadanya. Kolam ideanya tidak pernah kering dan dia sebolehnya cuba untuk membawa pembaharuan dalam struktur pentadbiran organisasi badan pengawas itu sendiri.

Mereka adalah generasi ke-3 yang meneruskan legasi kesinambungan pendidikan teknik di sekolah tersebut di mana penerapan budaya dan disiplin yang tinggi menjadi wadah utama dalam meningkatkan kredibiliti dan kualiti pelajr selaras dengan moto sekolah ‘Kualiti Teras Kecemerlangan’.

 Dia adalah public figure sekolah. Setiap tindak tanduk dan perlakuannya diperhatikan. Tidak hairanlah jika dia diminati ramai pelajar perempuan sehinggakan ada pelajar-pelajar perempuan yang sanggup bertikam lidah semata-mata berebutkan Kamarul. Masing-masing bertegas menyatakan bahawa Kamarul adalah milik mereka walhal Kamarul sendiri langsung tidak ambil peduli akan hal itu. Perempuan padanya adalah objek atau bahan eksperimentasi semata-mata. Mudah untuk didekati dan didapatkan. Itu adalah doktrin yang telah sedia ada tertanam di mindanya sejak berada di tingkatan tiga. Doktrin yang diguguskan oleh sahabat karibnya, Zul Mohd Izzuddin. Pada mereka, perempuan adalah objek.

“Serius ni dude?” Amir kembali menyoal dalam tawanya. Geli-hati dia mendengar cerita dan penjelasan Kamarul.

Kamarul memandang Amir dengan wajah mencuka. Sakit hatinya melihat derai tawa Amir bilamana dia mula bercerita. Kamarul merasakan tiada sebarang unsur humor yang disuntik dalam cerita yang disampaikannya, plot penceritaannya kekal serius dan melibatkan soal hati, melibatkanperasaan dan maruahnya, namun tawa Amir yang beria-ia mebuatkan Kamarul tebal muka.

“Yup! Serius, apasal, kau tak percaya ke apa yang aku cakap?” getus Kamarul.

“Bukan tak percaya, tapi ada sikit kureng la bro...” ulas Amir membentuk-bentuk bibir dengan tujuan mahu mengusik Kamarul. Senyumannya sekejap-sekejap dileretkan.

“Kureng apa pulak?” Kamarul menyoal. Matanya terbuntang luas. Pandagannya dilemparkan pada Amir yang asyik mengesat air mata dengan belakang tangan kanan kesan akibat hilai tawanya yang menggila sebentar tadi.

“Kureng yakin.” celah Amir. Tangan kanannya menepuk bahu kiri Kamarul. Faris menambah ”... yela, kau juga yang baut first move dulu. Bukan main lagi berkirim surat. Sekarang dah tak suka bila penampar dia singgah di muka?  Lagipun aku tengok kau dan dia sama cantik, sama padan apa? Kira ok la tu.” Lancar Amir menuturkan kata tanpa mengira bala yang bakal menimpa. Celuparnya malam itu semakin menjadi-jadi.Sebolehnya dia cuba untuk menyelesaikan masalah sahabatnya itu yang dikira tidaklah serumit mana. Kamarul mengangkat muka memandang ketua kelasnya.

“Woit, jap-jap.” tingkah Kamarul. Kedua tangannya diangkat dengan telapak tangan menghadap ke luar. Dia kembali menyambung bicara.  “...apa kau cakap, sama cantik? Sama padan? Woo... aku rasa kau punya mata allignment ada sikit lari la Mir. Aku dengan dia tu langsung tak sesuai. Padan? Jauh sekali. Aku ni 800 kali lebih kacak dan langsung tak sesuai dengan dia yang 3678 kali lagi garang dari singa betina. Dah la, kau jangan nak merepek, ok? Aku dah malas nak layan soalan kekunak-kunakan kau nih. Buang masa aku je story masalah aku kat kau...”ujar Kamarul menamatkan bicaranya.

 Kamarul bingkas bangun dari duduknya. Tangannya menampar-nampar habuk yang melekat pada belakang seluar dan kemudian berjalan meninggalkan Faris yang masih terbaring di katil.  Amir hanya memerhatikan ulah sahabatnya dari birai katil.

“Ala, dia tu cantik apa?” suara Amir separuh menjerit.  “...hot jugak aku tengok. Cuma garang tu je terlebih sikit. Tapi tu boleh tune bro, tak ada hal...”. Dia sebolehnya cuba mengusik sahabatnya itu. Seronok melihat keletah Kamarul apabila diusik.

Kamarul kembali menoleh Amir yang terlentang di katil beralaskan lengan tangan kanan manakala tangan kirinya mengusap-usap perutnya yang tidak gatal. Geram dengan perlakuan selamba sahabatnya, Kamarul mencapai satu bantal yang berada di hujung salah satu katil dan dilayangkan ke muka Amir. Terkocoh-kocoh Amir mengelak. Kamarul tersenyum puas.

“Woit, apa ni? Mana aci main serang hendap!” jerit Amir.

“Ada aku kisah?” giliran Kamarul membentuk-bentuk perbualan untuk di sesuaikan dengan slanga percakapan.  “... garang sikit kau cakap? Sikit apanya kalau dah berbirat muka aku ni hah dapat ‘tanda tangan’ dari dia?” Kamarul menunjukkan kesan merah yang masih berbekas di pipi kiri dengan jari telunjuk. Matanya dibulatkan. Bicaranya diteruskan. “...nasib baik dia tu perempuan, kalau tak memang dia tu di kira arwah seorang yang baik la...” dengus Kamarul.

“Tapi kau yang provok dia, kau yang cari pasal. Bukan dia.” selamba Amir menjawab. Kamarul hanya memandang dengan ekor mata. Pelik.

“Cari pasal apanya? Mana ada aku cari pasal dengan dia. Aku duduk elok je hah kat dewan tu. Tiba-tiba je aku dapat ‘cenderahati’ ni dari dia. Apa kes? Apa salah aku?.” Soal Kamarul. Dia merasakan seolah berlaku ketidakadilan dalam kesnya kali ini.  Solah-olah dia diheret dan dibacarakan tanpa dia mengetahui kesilapan yang dia lakukan.

“Hahahaha...dude, aku kenal kau dah lama tau. Kau jangan nak kelentong aku. Jangan nak buat drama samarinda kat sini. Kau yang buat dia hangin satu badan, kau tak tahu ke?” Amir mencampakkan kembali bantal yang dilayangkan padanya ke tubuh Kamarul. Kamarul hanya menyambut dan kemudiannya meletakkan kembali bantal itu ke kedudukan asal.

“Bila pulak aku buat dia hangin? Apa yang aku dah buat?” Kamarul mengerutkan dahi memandang Amir.

“Woi pandai, semua orang tahu kau tu kasanova besar kat sekolah ni. Anak mak cik kantin yang sekolah tadika kat depan tu pun tahu.” Amir cuba menyampaikan hujah untuk membuka hijab yang menutupi mata hati sahabatnya. Nafasnya ditarik dalam-dalam dan kemudian menyambung kembali kata-kata.  “...dia marah kau sebab dia ingat kau main-mainkan dia. Kau tu selamba badak layan semua junior, pantang nampak dahi licin, laju je kau ayat diorang. Memang lah berbulu dia tengok. Nasib baik dia bagi satu je cenderahati, kalau dia bagi lagi 2 3 biji, tak ke haru kau. Hilang macho segala.” tutur Amir jujur. Dia cuba untuk menerangkan hakikat sebenar. Padanya, Kamarul itu buta dan hilang upaya untuk melihat kebenaran. Cepat benar matanya kabur bila melihat gerak dan lenggok makhluk Tuhan bernama perempuan. Bagai kucing kelaparan yang nampak ikan di hadapan.

“Chop!”Kamarul meningkah.  Tangan kirinya dibawa kehadapan dengan jemari disatukan di bahagian hujung. “ ...Aku dengan dia tak pernah declare apa-apa pun ok. So what the heck dia nak berbulu dengan aku pulak?” kali ini Kamarul sedikit menekan suaranya.

Declare ke tak itu aku tak tahu. Tapi yang pastinya kau dah beri dia harapan...” tenang Amir menjawab.
“Harapan? Harapan apa pulak ni?” Kamarul bertanya.
“Harapan apa kau tanya?” Amir menjegilkan anak mata. Dia memandang Kamarul dan kemudian kembali menyusun kata. “...Kau layan dia sikit punya baik, kau treat dia macam awek kau, tu bukan beri harapan ke, pandai? “ suara Amir separuh berbisik. “...kalau aku ni perempuan pun aku boleh cair kau tahu tak dengar ayat-ayat manis kau tu. Perempuan ni hati dia lembut la, tak kan tu pun kau tak tahu. Mengayat pandai, nak menjaga bukan main liat lagi.” kata-kata Amir membuatkan Kamarul terpaku. Lidahnya jadi kelu. Kaku. Dia hilang punca untuk membela nasibnya sendiri. Kata-kata Faris seolah mata pedang yang menikam ulu hatinya, dan kemudian ulu hati itu dicincang halus, dipotong dadu sebelum dimasak tumis.
“Argh...tak ada maknannya. Aku layan sama je semua.” ujar Kamarul untuk menyelamatkan diri. Kata-kata Amir ada kebenarannya, Cuma dia tidak mahu mengakui. Mengiyakan semua itu seolah-olah mencalarkan ego sendiri.

“Apa-apa je la Kam. Aku cakap je, nak dengar atau tak, terpulang.” luah Amir dengan mata yang sudah terpejam. Suaranya semakin mendatar dan perlahan.  Matanya semakin memberat. Seolah-olah ada gam yang melekat. Membuatkan kelopak matanya semakin terkatup rapat.

Kamarul mengatur langkah keluar dari dorm Amir. Kelihatan di kiri dan kanan, isi bilik lain telah lama lena diulit mimpi. Terkadang, kedengaran dengkuran-dengkuran kecil  berselang-seli yang menjadi album runut bunyi saat malam semakin sunyi dan sepi.

“Kam!” kedengaran suara Amir memanggil sahabatnya. Kamarul lekas berpaling. Hanya kaki Amir yang kelihatan terlunjur keluar di hujung katil.

“Apa dia?” soal Kamarul.

“Renung-renungkan dan selamat beramal...”. Seketika suasana kembali sunyi.

Sepi.

PAPPP!!!

“Woi, apa ni? Agak kasar cara tuan hamba bergurau...” suara Amir kembali memecahkan keheningan malam. Kamarul berlalu meninggalkan dorm dengan tawa yang ditahan. Sebelum keluar dari dorm Amir sebentar tadi,  sempat dia mecapai dan membaling selipar jepun ke katil dimana Amir berada. Selipar itu betul-betul hinggap di muka.  Akibatnya, Amir  yang tadinya hampir melelapkan mata bingkas terjaga mencari-cari kelibatnya kalau ada.  Amir mengurut-urut dada. Selipar disisi dicapainya.

“Nasib baik aku tak ada kencing malam. Kalau tak...” Amir meletakkan selipar yang dibaling Kamarul tadi di lantai dan merebahkan kembali badannya ke katil. “...karang ada juga yang makan solipar masak rondang ni hah...”. getus Amir sejurus sebelum melelapkan mata.

KAMARUL menutup daun pintu dorm perlahan-lahan bagi mengelakkan sebarang gangguan kepada penghuni bilik yang lain yang sedang nyenyak tidur. Sesekali terdengar dengkuran-dengkuran yang bermelodi berselang –seli. Bunyinya seolah-olah sebuah orkestra yang dimainkan oleh sekumpulan pemuzik yang buta hatinya tentang seni. Jam yang melingkar di tangannya menunjukkan jam 1.30 pagi. Sejurus keluar dari bilik Amir, langkah kakinya dihayun menuju ke hujung koridor hostel berdekatan tangga. Bangunan hostel tiga tingkat ini hanya menempatkan pelajar tingkatan lima manakala pelajar tingkatan empat diasingkan dan ditempatkan di blok bersebelahan. Bangunan hostel yang dibina sejajar hanya dipisahkan dengan laluan gajah menyusur bagi membezakan bangunan hostel pelajar tingkatan lima dan tingkatan empat. Ia juga bertujuan bagi mengelakkan berlakunya kes-kes disiplin seperti buli di kalangan pelajar yang semakin meningkat peratusannya kebelakangan ini.

                Kamarul mendongak memandang dada langit. Gugusan bintang yang bertaburan begitu menarik minatnya. Matanya tidak berkelip memandang kilauan yang terbit dari gugusan bintang yang memenuhi seluruh ruang langit. Kemilau cahayanya mendamaikan. Kamarul kerap berteleku di situ andai hatinya rawan. Setidak-tidaknya kemilau kerlipan bintang sedikit mendamaikan, juga bisa mengusir walang yang membelengu diri. Kemilau itu mampu menerangi hari-harinya yang suram dan kelam. Menyuluh jalan kehidupan yang penuh ranjau dan liku.

                Perlahan-lahan, Kamarul menarik nafas dalam-dalam dan kemudiannya dihembuskan. Gumpalan nafas yang keluar dari mulutnya terasa berat. Wajahnya diraup beberapa kali. Gusar masih lagi menghuni ruang hati walau cuba diusir. Kamarul menundukkan pandangan. Matanya dipejamkan. Sebolehnya, hatinya cuba untuk ditenangkan, dan sebolehnya dia cuba untuk mengosongkan fikiran. Dia cuba membuang segala kerisauan yang mula bertandang.

                “Harapan?” perkataan itu keluar dari mulut Kamarul. Perlahan.  Antara dengar dengan tidak. Suaranya hanya bergetar di halkum.


**********

PANG!!!!

Satu tamparan deras hinggap di pipi kiri Kamarul.

Keras. 

Pedas.

Panas.

Kamarul mengangkat muka. Perit yang menggigit-gigit pipi kirinya terasa berdenyut-denyut. Dia mengusap-usap pipinya dengan tangan kiri perlahan-lahan. Tamparan deras yang hinggap di pipi terasa seperti api yang membakar kulit muka. Bahangnya hangat.

“Apahal ni? Angin tak, ribut tak, tiba-tiba je tampar saya kenapa?” soal Kamarul. Tangannya masih lagi mengusap pipi. Peritnya masih lagi terasa. Masih lagi bersisa. Kamarul bingkas. Seulas wajah gadis yang berdiri di hadapannya direnung dengan anak mata bersama persoalan yang sarat bermain di kepala.

Lama.

Tiada kata yang terluah. Hanya pandangan mata yang saling bertingkah.

“Fiya, jom lah. Jangan dilayan sangat mamat senget ni.” Surya menarik tangan Fiya supaya berundur. Dia takut kalau-kalau Kamarul bertindak di luar batasan. Dia takut Fiya akan di apa-apakan. Surya yang sedari tadi berdiri di belakang Fiya sebolehnya cuba meredakan keadaan yang dilihat semakin tegang.

“Dasar buaya!!!” Getus Fiya. Marahnya sudah tidak dapat ditahan. Membuak-buak. Dia langsung tidak mempedulikan pelajar-pelajar lain yang tika itu menyaksikan pertelingkahan yang berlaku antara dia dan Kamarul.

“Buaya apanya? Buaya dekat sungai lah. Mana ada buaya dalam area sekolah ni!”

Shut Up!!!” suara Fiya semakin meninggi.  “Jangan nak loyar buruk. Penipu!!!”

“Hah, Fiya, apa kesnya ni? Explain boleh?” Kamarul terpempan. Segera dia meminta penjelasan. Sawan apakah yang menyerang Fiya hingga dia berani bertindak demikian : menamparnya tanpaterlebih dahulu memberi salam.

“Liar!!!”

“What? Liar?” Kamarul hairan. Dia terus-terusan dipersalahkan. Fiya seolah-olah sudah hilang pertimbangan.  “...Fiya, please. Do tell me. Apa salah saya?” soal Kamarul. Dia buntu.

“Do tell me first, siapa Izzati? Syuhada? Engku Akmal? Idayu?” Fiya menjawab persoalan Kamarul dengan persoalan baru. Persoalan yang mampu mengundang peluh dingin. Soalan cepu cemas. Kamarul terperangkap.

“Er...”

“Kenapa, gagap?”

“Saya dengan diorang tak ada apa-apa pun. Kami kawan je.” Kamarul cuba beralasan.

“Kawan? Oh, kawan...”

“Yup. Kawan. Saya tak ada apa-apa dengan diorang.” Kamarul cuba menjelaskan. Fiya perlu ditenangkan. Dalam keadaan sekarang, bukan masanya untuk dia dan Fiya bertegang urat, bukan masanya untuk mencari siapa salah, tetapi bagaimana perlu untuk dia dan Fiya menyelesaikan masalah.

“Tipu!!! I hate u damn much!!!” sekali lagi suara Fiya bergema. Kamarul memalingkan wajahnya. Dia tidak sanggup berhadapan dengan Fiya dalam keadaan Fiya yang begitu. Fiya memang keras kepala. Dia tahu itu. Tambah-tambah jika berada dalam keadaan sekarang. Selama ini Fiya hanya digelarnya singa betina, dan hari ini Kamarul dapat melihat dengan mata kepalanya sendiri betapa singanya Fiya. Tiada lagi wajah redup lembut, senyum manis yang wujud. Hanya pekikan yang keluar dari mulut, hanya kebencian yang berpuput dari wajah redup lembut sekaligus menutup segala senyum manis yang wujud.



               


2 comments:

  1. errrrrr...pernh ke sya buat cmtu..? [wlpun dlm hati tringin jgk cmtu]hehe

    ReplyDelete
  2. Kisah Benar or what???

    ReplyDelete