Thursday, June 7, 2012

Seribu Makna

Assalamualaikum...




source : google


Aku buka post kali ni dengan gambar sebab aku tak tahu nak mula dengan muqaddimah yang macam mana. Akhir-akhir ni aku rasa skill menulis aku da semacam berkarat. Sibuk sangat duk layan running man, ulang alik dari kuantan ke dungun, dari kemaman ke dungun dan sekarang dari kemaman/dungun ke kuala terengganu sampai tak ada masa nak mengasah bakat menulis. Biasalah pelajar separuh masa + lelaki bekerjaya + weekend husband yang kacak memang macam tu kot gayanya.  Kekadang tidur pon dah tak sedar apa, sikit punya lena biarpun bom atom ada kat sebelah telinga. Okeh, itu tipu. Heh!

Untuk pengetahuan semua, gambar di atas adalah snapshot dari filem UP terbitan Disney & Pixar
(kalau xsalah aku. pada yang tak tonton lagi, sila download kt torrent!)

So, persoalan yang aku cuba timbulkan kat sini,

"Will you be the Carl to Ellie?"

atau mungkin,

"Will you be the Ellie to Carl?"



So, tuan-tuan dan puan-puan sekalian. Adik-adik, abang-abang, kakak-kakak, makcik-makcik, pakcik-pakcik yang dihormati sekalian,


"adventure is out there!!!" 







Tuesday, May 15, 2012

Mentaliti

Assalamualaikum,



"kopi itu pahit, tapi adakah kita akan mengetahui pahitnya tanpa mencubanya barang secubit..."


Situasi 1 :

"Kau tu muda lagi kot. Rileks la der. Tak perlu nak tergesa-gesa. Cukup umur 30 kita settle down la..."

Situasi 2 :

"Aku belum sedia lagi la bhai. Gila kau, nak jaga anak orang ni bukan perkara senang. Makan pakai aku tak berapa nak terjaga ni pulak nak bina keluarga..."

Dan banyak lagi situasi serupa yang mungkin diterjemahkan dan diolah secara berbeza ^^

Selalunya bila aku bawakan soal mendirikan rumah tangga sebagai satu isu untuk dibahaskan, ramai  (tidak kira samada lelaki atau perempuan) yang menolak untuk mengupas isu ini atas alasan aku dan mereka masih lagi hijau untuk menelah masa depan bersama pasangan.

Masing-masing punya pendirian berbeza. Hitam rambutnya sama, tapi belum tentu hati punya warna serupa.

Sekarang, aku cuba analisis setiap dari jawapan kepada setiap situasi yang aku nyatakan di atas,

Situasi 1 : 







Sedar atau tidak, terlalu ramai yang berani memberi jaminan kepada hayat atau umur mereka. Mereka seolah-olah yakin bahawa mereka akan dapat menikmati kehidupan sebagaimana yang mereka imaginasikan di layar minda dan kepala sehinggakan mereka lupa siapa sebenarnya yang meminjamkan nyawa.

Tanpa sedar, sebenarnya kita telah memberikan harapan palsu kepada diri sendiri dengan menetapkan had umur sebagai satu pra-syarat untuk melakukan sesuatu perkara. Sebagai contoh, "Saya belum bersedia untuk bertudung. Belum tiba masanya..." Jawab Senah bangga dengan belahan senyuman bila diajukan soal menutup aurat oleh wartawan.


"Hidup adalah sebuah perjalanan yang panjangnya bukan kita yang tentukan..."

Jadi, kau nak semua orang berputus asa atas apa yang mereka usahakan selama ini semata-mata umur yang tiada jaminan, macam tu? - Sabar dulu. Bukan macam tu maksud aku, berbalik kepada persoalan utama berdasarkan situasi yang berlaku, aku nak terangkan kat sini bahawa ramai antara kita yang suka mempersendakan apa yang sedia tertulis di Luh Mahfuz sana. Soal ajal maut itu bukan kerja kita. So, kenapa tak grab a chance untuk berbuat baik sebelum kita dijemput malaikat maut? Kenapa terus-terusan leka dan cuai dengan janji taghut.


Memetik kata-kata Imam Al-Ghazali : "Yang jauh itu WAKTU / MASA LALU, yang dekat itu MATI, yang besar itu NAFSU, yang berat AMANAH, yang mudah itu BERBUAT DOSA / MENINGGALKAN SOLAT, yang panjang itu AMAL SOLEH, dan yang indah itu SALING MEMAAFKAN"


Situasi 2 :




Pernah tengok cerita hantu? Takut tak bila tengok hantu-hantu yang divisualkan atau dijelmakan melalui imginasi dari kalangan kita sendiri?

Seringkali kita mendengar kisah atau cerita gagal sebuah insitusi keluarga yang 'diarahkan' oleh 'pengarah' tersohor dan dijelmakan kepada masayarakat dalam bentuk cerita-duka-lara-yang tiada-bahagia, dan dek kerana kegagalan itulah, maka minda anak-anak muda yang sebelum ini terbuka jumud jadinya, masakan tidak, mereka dimomokkan dengan keperitan dan kepayahan, kesukaran dan kepincangan serta seribu satu macam cerita yang diperindah dengan tokok tambah supaya sisi insitusi perkahwinan itu tampak goyah. Mudah rebah.



 Kenapa tidak dibawa cerita epik suka-duka pasangan yang berjaya meredah samudera, menongkah arus dan gelombang bersama untuk dijadikan iktibar bersama? Bukan sedikit mereka yang berjaya mengecap bahagia biarpun tidak memiliki emas permata atau wang berjuta. Kenapa tidak mereka dijadikan contoh teladan? Tidak menjadi ikutan? Sebetulnya, kita ini penakut dan kadangkala begitu setia menjadi pak turut. Hanya mengangguk saat kepala dihantuk. Bukannya cuba untuk beralih takuk, jauh sekali memanjangkan leher dan tengkok.




"Kita adalah apa yang kita fikirkan..."

Tanggungjawab itu bukan perkara yang perlu kita tunggu, yang akan datang bergolek sampai di depanmu. Ianya adalah perilaku yang bermula dalam diri, bukan boleh dibeli atau ditimbang kati.
-ka.ariffin-


  







Saturday, March 24, 2012

Bebelan Panjang

Assalamualaikum,


Hari tu ada orang tanya aku. Betul ke kalau nak kenal hati budi seseorang tu perlu ke tahap bersosial? Pergi clubbing dan sebagainya? 


Termangu sekejap. Gila padat dan sarat makna soalan ni.


Macam mana nak jawab?


Okay, sejujurnya macam ni. Pada pendapat aku, tafsiran sosial tu perlu terang dan jelas maksudnya biar mereka yang diluar sana mengerti dan ikut sama memahami makna sosial yang sebenar. Tak nak lah nanti ramai yang tersesat jalan bila aku salah memberi penghujahan.


Kalau di ikutkan kata Inche Wikipedia, sosial dedifinasikan sebagai hal-hal yang berkaitan dengan masyarakat dan kemasyarakatan.


Yup. 


Masyarakat dan kemasyarakatan!


So, perlu ke sampai ke clubbing bagai semata-mata nak bersosial atau melibatkan diri dengan masyarakat dan aktiviti kemasyarakatan sedangkan jiran sebelah rumah pun belum tentu kita kenal muka, bertegur sapa pun hanya bila berlaku malapetaka! Saat itulah baru bermula sesi introduksi memperkenalkan diri. 


Itu baru asas.


Jangan meletakkan sempadan beza antara kampung dan juga bandar. Jangan sesekali dibezakan suasana bila kebanyakan sempadan rumah di bandar hanya dipisahkan tingginya tembok pagar. 


Ramai yang beranggapan bahawa, nilai kemasyarakatan di kampung lebih menebal berbanding di bandar. Ramai juga beranggapan bahawa suasana di kampung jauh lebih meriah dari bandar. Masyarakat kampung lebih mesra. Masyarakat kampung murak senyumnya.Gadis-gadis kampung lebih manis dan lawa. Itu hanya stigma. Di canang dan di beduk ke serata pelosok semata-mata memberi alasan semata.


Tak perlu menjelajah sampai ke sana (kelab-kelab malam) jika niat untuk mengenali bangsa manusia. Di sana hanya wujud kelompok manusia yang terdidik dengan budaya hedonisme berpaksikan liberalisasi di bawah langit terbuka. Anda tidak akan menemui jemaah-jemaah yang tebal adat dan budaya timurnya di sana. 


Untuk mengenali manusia, perhatikan amalan mereka. Apa yang mereka lakukan, apa yang mereka tuturkan adalah cerminan kepada peribadi. Betul, sekarang ini ramai yang suka bermuka-muka. Mengenakan 'topeng' untuk menyembunyikan akhlak yang tercela. Sukar untuk dikenal pasti mereka yang benar-benar luhur budi pekerti dan suci hati. Terlalu sukar untuk membuat perbezaan. Terkadang, mereka ini lebih baik dari yang disangkakan, riak wajahnya manis memukau dan tuturnya lembut menikam. Tetapi terkadang wujud kelompongan kerana mereka ini akan kelihatan janggal melakukan sesuatu yang tidak biasa mereka kerjakan.


Jangan mudah bersimpati. Juga, jangan mudah memberi puji. Bimbang, kalau-kalau anjing tersepit yang dilepaskan menggigit kaki. Jadikan filem Ali Baba Bujang Lapok sebagai contoh. 


Kampung atau bandar bukan ada beza. Masih wujud kelompok atau komuniti yang sama dalam masyarakat berbilang bangsa. Cuma, perlu ada kesedaran untuk menerapkan budaya kampung di bandar. Dan mungkin juga ada amalan yang baik dari bandar yang boleh dibawa dan diaplikasikan di desa. Itu, asimilasi budaya.  


Ringan-ringankanlah mulut mulakan bicara. Ringan-ringankanlah tulang bantu apa yang terdaya. Masyarakat akan menerima anda. Juga, jaringan sosial anda akan lebih kuat jika anda bijak menempatkan diri dalam kelompok mereka.


Dan manusia, masih juga manusia. Mengenali mereka bukan mengambil masa sesaat dua, tetapi berterusan hingga hujung nyawa.

Monday, December 5, 2011

Ombak Yang Tak Di Rindui

Assalamualaikum,
Hello u’olls *mood gedik tak habis2.
Hari tu punya cerita, tapi saja aku qada’ bawak ke hari ni sebab internet slow sangat mengalahkan siput sedut patah kaki tak dapat berlari berganti-ganti.  Aku pulak tak dapat nak post entry walaupun aku berjaga hingga lewat pagi. Dem!
Lebih teruk, bila tenet merajuk tak nak berkhidmat selama beberapa hari. Time tu serius aku rasa macam nak pukul je inche internet tu sebab emosi ngalahkan perempuan, nak ngajuk2 bagai. Kutuk sikit da nangis. Huh! menci!!!
Aku bukan marah pasal tak dapat nak post entry, tapi aku marah sebab semalam aku sampai lewat kat mother platform. Hampir pukul 11 malam padahal seawal 6.15 pagi aku dan yang lain dah tercongok macam pekerja kilang tunggu bas kat deck utama semata-mata nak tunggu sector boat bawak kitorang ke satellite platform.
  Ye, aku buat kerja kat satellite platform, so seawal pukul 6 pagi aku da kena get ready utk inter-rig ke sana via sector boat. Seawal  6 pagi. Macam budak sekolah dah aku rasa nak kena tunggu boat datang ambik. Tu satu perkara.
Perkara yang ke dua yang ingin saya tekankan di sini yang arif *tetiba activate mode debate, swell masih lagi tinggi. Aku agak dalam 2 – 4 meter. Boleh tak korang bayangkan macamana keadaan bila duduk dalam boat dalam keadaan boat tu dilambung ombak?
"Ala, rilek ar...kena lambung ombak je kot. Bukan kena lambung ngan Mael Lambong pon. Tu pon nak bising! Kecoh la lu mat..."
Dem!!!
Susah aku nak gambarkan dengan kata-kata macamana feeling di lambung ombak cane. Cuba korang cuba,try, test bayangkan. Tak dapat? Pernah naik roller-coaster? Pening tak? Macam tu la rasanya. Tapi lebih teruk. Dia punya motion ke kiri dan ke kanan memang buat aku surrender. Tak boleh aku berdiri lama-lama atas bot kalau dia da berolek macam tu. Silap-silap boleh terkeluar semua isi perut. Tak ke haru?
So, sebelum benda-benda yang tak diingini berlaku, aku ambik langkah drastik. Turun je dari personal transfer basket terus aku tuju port biasa. Capai ipod, bukak life jacket, bentang leklok pastu terus letak kepala. Baiknya punya bersidai atas sector boat. Sebelum sempat sector boat tu belayar, aku da belayar dulu dah. Nak elak pening punya pasal.
Okeh,mungkin aku emo lebih sebab aku mabuk laut. Aku ngaku.  Tapi aku belum pernah muntah lagi setakat ni. Cuma pening-pening sikit je. Pening-pening manja. Tapi disebabkan pening yang selalu nak bermanja dengan aku tu la, maka aku tak dapat nak fokus pada kerja (ecece, salahkan keadaan pulak, padahal diri sendiri tu malas). Jalan pon rasa macam kat bulan je...toin..toing...toing di udara. Tak selesa. Tapi tu la, kalau dah namanya nature kerja, nak tak nak kena lah terima. Nak ngomel banyak, ngadu kat mak pun tak guna. Ye dok? Kalau tak nak dilambung ombak, janganlah beremosinye pun dengan ombak itu ee. Duduk je lah kat ofis. *tunduk memandang lantai. Hampa!
Dah, pergi sambung kerja. Cakap nak balik awal. Sembang kat sini tak guna. Shuh2...

p/s:aku nak upload gambar waktu dlm boat, tapi xdpt.lain kali je la.


Friday, November 25, 2011

Bossang!!!

Assalamualaikum,

hai *lambai tgn kanan sambil tgn kiri sorok blkg badan.bajet cute dan comel.

mesti korang tertanya-tanya kan kenapa aku selalu pulak hupdate belog lately. *walau korang tak tanya pon aku tetap nak cakap jugak. So, baik korang tanya je kenapa aku selalu hupdate belog ni. Tanya cepat!!! sambil hunus chopstick.

Ekcelly (actually), aku tak ada pape nak buat sekarang ni. Hari ni masuk hari ke-5 aku kena standby kat platform dan tak boley nk proceed dengan kerja-kerja aku macam biasa sebab keadaan cuaca yang tak berapa nak mengizinkan. Ye,kalau nak buat keje memang ko kena minta izin dengan inche cuaca dulu. So,kalau inche cuaca tak benarkan, maka korang tak payah nak bermimpi di siang hari untuk buat kerja. Karang, inche cuaca murka, susah pulah. *agak berbaur tahyul disini.

So, serius bosan. Bosang dooh-dooh...

Sebenarnya cenggini, dalam apa jua keadaan sekalipun, untuk melakukan kerja-kerja amal di platform kite kena taw keadaan cuaca untuk hari tersebut untuk memastikan keselamatan kite senantiasa terjamin. Tengah-tengah laut ni bukan boleh sesedap hati je nak main langgar buat kerja. Maw kena hantar balik kalo selalu praktis mcm tu. Dekat platform ni kte ada undeng-undeng *ajuk dialog Ahmad Nisfu dalam citer Tiga Abdul, yang patut atau mesti kita patuhi. By hook or by crook. *zalim ngat bunyinya ork?

Okeh, berbalik pada cerita asal aku tadi. Pasal kerja dan cuaca. Mengikutkan pada weather forecast yang dikeluarkan oleh jabatan kaji cuaca, memang jelas dinyatakan bahawa keadaan cuaca sekarang tidak menentu. Angin bertiup kencang dengan kelajuan angin mencecah sehingga 50 knot. Ombak pulak tak payah cerita, nak jugak menyelit. Swell dia sampai 4-5 meter. Sikit punya tinggi. Memang berbahaya untuk bot-bot kecil. Korang jangan salah anggap pulak, ni bukan ombak rindu taw, ni ombak betul-betul. Yang macam dalam iklan raya petronas tu. Yang ada budak jerit, "Ombak jahat, ombak jahat!!!" Hah, ombak tu la.

Ikut prosedur, kalau angin yang bergerak selaju tu dan ombak pulak naik setinggi tu tak perlulah gigih sangat nak turun site buat kerja segala. Baik duduk je dalam living quarters layan citer Boboi Boy. Lagi better. Kang tak pasal-pasal kena tiup angin, pastu jatuh masuk laut then keluar dekat...dekat...hah, keluar dekat paper! Tak ke haru. Dan aku, bila da tak boleh buat kerja, satu tempat je yang aku nampak seolah-olah bercahaya. Menggamit aku datang. Yes! ianya adalah katil mewah aku yang diperbuat dari keluli tahan karat. Sepanjang hari aku bantai tido je.Tapi aku akan pastikan aku akan terjaga setiap 3 jam. Sebab tiime tu time makan. Mata ni jangan cerita la, dah macam bola golf dah gayanya. Muka bengkak macam kena bantai dengan wrestler. Bengkak gila-gila. Mana tak bengkak kalau asyik duduk berhibernasi je.

Bila dah dalam keadaan macam ni, dah tak tahu nak buat apa, dah terdesak orang kata, hanya aktiviti semacam itu je lah yang mampu untuk dilaksana. Heaven sebab tak payah buat kerja? Memang pun. Sehari je aku rasa heaven, hari-hari berikutnya aku rasa macam apa je. Tak boleh nak digambarkan dengan kata-kata. Mak aku pun sempat gelakkan aku bila aku cakap aku tak boleh buat kerja. Aku tak faham, kat mana lawak yang terselit ketika sesi luahan perasaan itu berlangsung. Cit!!!

Jadi, apa yang dapat aku simpulkan kat sini, aku pun tak tahu apa sebenarnya yang aku merepek sekarang ni. Aku saja je tak nak bagi labah-labah yang gangster conquer balik kawasan ni. Tu je. so, sori la kalau aku da buang masa korang semua. Aku cuma nak bagitahu yang aku tak boleh buat kerja. *ada nampak macam berbangga tak? Tak kan???, sambil hunus chopstick diiringi dengan pandangan yang bening.

Sekian.

Thursday, November 24, 2011

Air Mata Pengantin

Assalamualaikum...
Hello readers,
Acane nak mula ea?  *buat gaya comel  gigit hujung pen.
Btw, sila abaikan tajuk entry kali ini. Saja je buat kepoh. Ini bukan kisah pengantin lelaki kena tinggal dengan pengantin perempuan sebab pengantin perempuan tak dapat terima hakikat bakal suaminya begitu menggemari petai,sedangkan dia tidak. Apakah???
Blur...
Aku rasa topik yang aku nak bawa kali ini agak berat. Er, tak...maksud aku memang sangat berat hinggakan aku tak mampu nak angkat. Okeh, aku melalut.*raup muka dengan jari. Tapi serius wei, topik ni sangat berat sehinggakan ia selalu menjadi mimpi ngeri dalam hidup aku. *musik tema drama bersiri x-files dimainkan perlahan-lahan bagi menambahkan kesan mistik pada jalan cerita.
Okeh, macam ni. Cuba korang pejam mata kejap. Amik feel dulu. Tarik nafas dalam-dalam,then lepas. Ulang lagi ye. Tarik nafas....lepas. Dush!!!
So, apa yang korang nampak? *panggg!!! Dapat penampor sebijik sebab tanya soalan tak masuk akal.
Okeh, macam ni.
Apa perasaan korang bila korang pandang sekeliling dan tengok semua kawan-kawan sebaya korang da mendirikan rumah tangga, da ada keluarga sendiri, da ada anak sorang dua yang panggil kawan korang mummy atau daddy? Apa yang bermain di fikiran korang saat tu? Jeles? Tumpang gembira? Tak nak amik tahu? Atau mungkin korang akan gunakan klausa “ada aku kisah?” untuk menjawab soalan aku kali ni. *soalan ni valid untuk mereka yang berumur 18 tahun dan keatas macam aku pada 6 tahun yang lepas. Tetiba je rasa macam da sangat tua.Ye, da tua. ==’

aku nak try guna bunga tayar time kahwin utk deco.

Aku yakin ramai di antara korang terutamanya girls yang comey lottey out there akan cakap korang tumpang gembira bila tengok sahabat-sahabat korang dah jejak jinjang pelamin walaupun leher tak ada la sejinjang mana. *Er...tak ada kaitan. Abaikan. Tapi, korang jangan la nak menidakkan perasaan cemburu yang mula beranak pinak dalam hati korang bilamana melihat kebahagiaan yang telah kawan kau kecapi. Tipu la kalau korang tak jeles bila tengok dua cerpelai mempelai bersanding kat atas pelamin. Tambah korang jeles bila taw kawan korang tu kahwin dengan ex-girl atau ex-boy korang masa darjah 3. Ye idak? Confirm balik rumah sambar tisu satu kotak pastu nangis dalam toilet. Kan? Hahaha...jangan la cuba nak menegakkan tiang bendera yang patah.
Let us make it simple,
I’m a thinker. So, setiap kali aku terima undangan ke majlis perkahwinan member-member aku semacam ada satu perasaan yang membuak-buak dalam diri. Aku seolah berperang dengan perasaan sendiri. Nak menangis pon ada. Tapi sebagai seorang lelaki yang cool, aku ngaku, aku jeles. Buat apa nak tipu-tipu kan? Lelaki yang selalu jeles bertempat akan nampak lebih macho dan maskulin di mata awek-awek hot dan chumel dan sentiasa menjadi buruan makcik-makcik yang ingin menjodohkan anak dara mereka dengan this type of men. Itu fakta! Sebab jeles tu menunjukkan tahap sayang korang pada pasangan. Tapi sebagai seorang member, aku ketepikan dulu rasa jeles tu walaupun cik jeles tu senantiasa cuba menggoda aku dengan bermacam cara. Aku tetap buat bodoh je. *buat gaya tampan ala Remy Ishak dalam iklan Dashing.

cincin cincau?

Sebab apa aku tak join dieorang kahwin?
Sebab apa?
Sebab tak ada awek hot yang nak kat aku? *sila pandang cermin. Okeh, aku tak hensem macam Remy.
Jika difikirkan dan diperhalusi semula mungkin aku belum mampu aku untuk menggalas tanggungjawab sebagai seorang ketua keluarga sekaligus memikul beban dosa si isteri dan mungkin bakal cahaya mata yang yang menjadi permata keluarga. Mungkin juga aku belum  mampu berdiri teguh untuk mengimami solat kami sekeluarga dan menjadi tunjang kepada sebuah insitusi kekeluargaan yang di dalamnya terisi dengan mawaddah dan rahmah. Atau mungkin, aku belum cukup bersedia dari segi mental juga fizikal bagi mendasari kemuliaan sebuah keluarga.
Hensem itu bukan kayu ukur untuk bina sebuah keluarga bahagia. Bukan tiket untuk bawak satu family ke syurga!
Sebab itu aku ingin perjelaskan setiap rencana Tuhan itu bersebab dan bukannya berlaku dengan sia-sia.
Jangan pernah menyesali dan menangisi nasib diri. Kekal istiqamah. Ambil masa untuk perbaiki diri. *tuding jari kat diri sendiri. Belajar untuk menjadi si suami/isteri yang terbaik untuk pasangan-pasangan kamu suatu hari nanti. Janji Allah itu pasti, jodoh itu telah ditentukan dan telah sedia terpahat di Arasy-Nya.
Kahwin bukanlah sekadar ikatan biasa yang disahkan melalui pengucapan “ aku terima nikahnya” sewaktu majlis akad, tetapi ia lebih berupa medan dakwah untuk meneruskan kelangsungan umat Muhammad s.a.w.  Medan untuk kita saling member, baik suami ataupun isteri. Kerana mereka ini saling melengkapi.
“Saya nakkan suami yang boleh menjadi pemimpin dan memimpin saya dan anak-anak saya ke syurga...”
Aku rasa itu harapan paling besar yang diletakkan oleh seorang wanita untuk seorang lelaki yang akan menjadi pendamping mereka. Biarkan mereka menangisi hari bahagia mereka mengetahui bahawasanya lelaki yang bakal menemani hidup mereka nanti adalah lelaki yang benar-benar bersediadari segi mental dan fizikalnya. Juga cukup amal dan ilmu di dada. Romantik? lebih berupa bonus aku rasa.
Humans are simply born weak. So, there’s no need to act strong. Leaning when you need to. Crying when you want to. That’s the right things. Because, everyone does!

p/s : Selamat penganti baru kepada semua sahabat-sahabat, sorry xdapat nak attend majlis korang. Ketahuilah bahawa aku bertemankan tisu sewaktu menulis entry ini. Okeh. Itu propa. Semoga berbahagia hingga ke anak cucu. InsyaAllah.


Kisah Labah-labah Yang Gangster

Assalamualaikum....
Er..., hai.
Gila lama (lama ke?) aku tak hupdate blog aku. Lama sangat-sangat sampaikan ada cute boys and sweet girls duk tanya aku awat aku stop menulis? Awat aku tak meroyan kat dinding blog dah? Awat aku berenti buat cerita-cerita cinta-mangkin-pengoksidaan-pengaratan? Aku da retire ke dari bidang ni?
Thanks to you guys.
Korang memang prihatin (mode : terharu), cumanya...aku jer yang tak nak bekerja keras memaksa jari jemari yang tak lah seruncing tunang Khairul Fahmi untuk menulis dan menghasilkan entry-entry sebagus Mr K ataupun se-tak-serius Zack Zukhairi.. Okeh, make it simple. Aku malas. Sori. Aku angkat tangan siap-siap dan aku mengaku yang aku ni taklah serajin diorang yang shalu je hupdate blog ngan citer-citer yang funny yang boleh menggeletek pangkal hati korang, citer-citer yang kiut-miut, jiwang-karang-tahap-tak-hengat  yang boleh buat korang tangkap cintan dan mungkin gak ada drama airmata yang boleh buat korang tangkap leleh dan menangis dengan penuh perasaan.  Kan?  Kan? Kan?.
Idea tu ada je. Mencurah-curah ke ladang gandum...eh tak, mencurah-curah kat kolam minda aku. Tapi aku malas nak elaborate idea tu jadi cerita yang boleh dijadikan tatapan untuk pembaca. Teruk kan aku?
So, nak dijadikan cerita, ada satu hari tu aku bukak belog dan aku nampak dengan jelas ada dua tiga ekor labah-labah masing-masing mengenakan cermin mata hitam jenama Oakley Frogskin sikit punya cantik duduk bertenggek sambil pekena shisha perisa strawberry dengan kaki bersilang antara kiri dan kanan. Sungguh tidak sopan. So, dengan gaya cekak pinggang, aku halau dieorang dgn cara terhormat. Tapi ada sekor labah-labah tu kan tenang je tarik muka tak puas hati kat aku. Dengan sebelah kening yang diangkat tinggi ala-ala kak Ziana Zain,  selamba je dia sound aku, “Oi mat, lu pehal kacau port gua? Lu jgn sampai gua hentak lu nanti! Arwah lu kang...” luah labah-labah tu dengan nada tak puas hati ala-ala skrip filem KL Gangster. Baki asap shisha tadi dihembus hampir ke muka aku. Gila. Terkedu aku bila diperlakukan sebegitu. *mata tak berkelip.


Aku usha je labah-labah tu lama-lama. Saja nak gertak dia. Nak bagi dia takut. Nak kasitaw dia yang sekarang dia berada di kawasan aku. This is my celcom territory. Jangan nak sesedap oren je ngaku tu port dia.
Melihatkan aku yang berkeadaan begitu, labah-labah tadi bangkit berdiri dari perbaringan. Dia tenung aku dari lens Oakley tak berkelip. Sikit punya hardcore labah-labah ni. Pastu, pelan-pelan dia tanggalkan cermin mata dia ala Tom Cruise dalam cite Mission Impossible pastu baling kt aku.
BOOOMMM!!! *buat bunyi letupan untuk menambahkan kesan dramatic semasa membaca entry ini.
Meletup kaww...nasib baik sempat je aku elak. Kalau tak mahu terbakar rambut gaya kpop aku. Aku yang sedia tak puas hati dengan labah-labah itu tadi tanpa berfikir panjang terus mempraktikkan jurus tendangan tanpa bayang peringkat ke-3 kat labah-labah yang  sengaja mencetuskan provokasi. Berkali-kali aku melepaskan tendangan ke arah labah-labah yang bersikap kurang ajar itu, tapi tendangan aku hanya disambut dengan sebelah tangan gaya Jackie Chan yang bertahan dari diserang lawan. Rilek je dia tahan setiap tendangan aku tanpa ada sedikitpun rasa gusar dan gentar. Siap sempat hisap shisha lagi. Aku yang keletihan terus berundur ke belakang untuk menarik nafas panjang sebelum membuat perkiraan untuk kembali melakukan serangan.
Belum sempat aku membuat serangan kali ke-2 , tiba-tiba aku rasa ada objek keras menimpa kepala. Aku tertunduk dek kerana pukulan padu yang baru sahaja aku terima. Botol shisha yang tadi digunakan kini menjadi senjata labah-labah durjana. Sejurus dengan itu, bergema sorakan dari penonton yang terdiri dari labah-labah yang lain yang duduk santai menyaksikan perlawanan kami berdua. Ada dari kalangan mereka yang melakukan tarian samba bagi meraikan kejayaan ketua mereka dan tidak lupa untuk membuat wave setiap kali ketua mereka berjaya melakukan serangan dengan penuh gaya.
Nampaknya, labah-labah yang sedang berhadapan denganku sekarang bukanlah labah-labah biasa. Aku perlu bijak mengatur strategi jika tidak mahu kecundang di lapan tangan labah-labah tersebut.
Sambil itu, kepala yang menerima hentakan aku gosok dengan tangan kanan bagi mengimbangi sekaligus mengurangkan kesakitan yang aku hadapi sekarang. Dalam pada aku menggosok kepala yang membengkak, akalku ligat mencari idea untuk mengalahkan labah-labah yang berlagak itu.
TING!!! *ini bukan bunyi lif, tapi bunyi dapat idea.
Yes, aku dah dapat idea. Aku rasa kali ini aku pasti dapat menewaskan labah-labah itu dengan penuh jaya dan bergaya. *nyanyian lagu-lagu patriotic mula bergema. Takkan blogger hilang upaya!
Aku bingkas menuju ruang tamu dan kelibatku tika itu hilang disebalik pintu. Beberapa detik kemudian aku kembali dengan membawa senjata rahsia. Pada saat labah-labah itu mula menyusun langkah untuk menyerang, aku bawakan senjata rahsia yang tadinya ku sorokkan di belakang badan.
PSSSSTTTTT!!!!
Spray aerosol yang boleh membunuh kebanyakan serangga ku tekan picunya. Serentak itu juga, berdesir cecair putih keluar dalam bentuk semburan tepat mengenai keseluruhan anggota badan ketua labah-labah itu. Melihatkan ketua mereka telah kecundang di medan pertarungan, bertempiaranlah lari labah-labah lain cuba menyembunyikan diri. Tapi sepantas itu juga aku bertindak. Setiap dari mereka turut menerima nasib yang sama sepertimana ketua mereka.  Menngelupur sebelum menghembuskan nafas mereka yang terakhir.
Aku kemudian berpaling untuk melihat reaksi balasdari ketua labah-labah tersebut. Nyata, ketua labah-labah itu masih kuat semangat. Masih cuba untuk bangkit berdiri walau ternyata goyah. Dengan penuh kepayahan, labah-labah itu sempat berkata sesuatu sebelum menghembuskan nafasnya yang terakhir.
“I’ll be back...” gaya Arnold Susahnakeja cakap dalam citer Terminator.



Sekian.