KAPAL TERBANG KERTAS
KEADAAN gegak gempita di Laman Siswa tidak sedikit pun menganggu konsentrasinya. Dia begitu leka dalam penghayatan. Hanyut dalam ketekunan. Helaian demi helaian, lembaran demi lembaran nota diselaknya. Penuh kekhusyukan. Langsung tidak mempedulikan keriuhan yang meraja tika itu. Dia kekal begitu, membatu. Matanya masih lekat di buku.
Dengan bantuan headphone bersaiz mega yang kedap di telinga, Fatimah Zahrah langsung tidak menghiraukan keadaan sekeliling. Seolah-olah hanya dia seorang sahaja yang berada di situ. Sesekali dia menyanyi kecil megikut lirik lagu dendangan kumpulan Super Junior yang memang digemarinya. Kerapkali lagu dendangan kumpulan itu menjadi peneman saat dia bersendirian mentelaah pelajaran di tengah-tengah keriuhan. Bertemankan komputer riba di hadapan, dia langsung tidak menghiraukan mata-mata yang memandang, mulut-mulut yang deras lancang.
Fatimah Zahrah membetulkan letak cermin matanya sambil tangan ligat mencatit sesuatu di kumal putih yang berada betul-betul di bawah tangan kanan. Pen Pilot yang berada di tangan kadang-kadang dimainkan dengan jari, dan adakalanya belakang pen digigit bilamana dia memikirkan sesuatu.
Dari tingkat dua bangunan Perdana, seorang pelajar lelaki kelihatan sedang leka memerhatikan tingkah Fatimah Zahrah, kemudian dia meleret senyum. Hatinya berbunga riang bilamana dapat melihat kelibat Fatimah Zahrah yang selalu ada di situ. Dia tidak pernah jemu untuk menunggu, dan dia sanggup berdiri berjam-jam lamanya disitu semata-mata untuk menemani Fatimah Zahrah dari kejauhan. Kerana baginya, Fatimah Zahrah adalah ratu. Hari-harinya hampir tidak sempurna jika tidak dapat melihat seulas wajah Fatimah Zahrah.
Sementara itu, Fatimah Zahrah yang sedang tekun mengulangkaji langsung tidak menyedari perihal pelajar lelaki yang sedang asyik memandangnya. Dia masih leka dengan nota-notanya.
Pelajar lelaki itu meraba-raba mencari sesuatu dari dalam beg galasnya. Jumpa. Dia mengeluarkan sehelai kertas dan sebatang pen. Dia menulis sesuatu. Dia berharap caranya itu akan membuahkan hasil. Tekadnya untuk meluahkan isi hati semakin membuak. Dia benar berharap. Usai menulis, dia melipat kertas membentuk origami.
Kapal terbang.
Kapal terbang kertas.
Dengan lafaz basmallah, pelajar lelaki itu menerbangkan kapal terbang kertas menuju Fatimah Zahrah. Dia berkira-kira kapal terbang kertas itu akan mendarat betul-betul di atas meja Fatimah Zahrah berdasarkan pengiraan logik akal dan hukum penerbangan yang dipraktikkan. Namun jangkaannya sama sekali meleset.
Kapal terbang kertas itu terbang rendah sebelum hilang kawalan dan ‘melanggar’ kepala Fatimah Zahrah. Namun, tiada kemalangan jiwa dilaporkan.
Pelajar lelaki itu cepat-cepat menyorok. Mulutnya kumat-kumit melantunkan doa. Peluh dingin mula berkampung di dahi. Dia menyumpah seranah dirinya dalam hati. Beberapa pelajar yang lalu-lalang hanya melihat gerak geri pelajar lelaki itu dengan riak penuh kehairanan.
Sewelkah mamat ini?
Senget kot mamat ni!
Mungkin itu yang dipersoalkan oleh pelajar-pelajar yang lalu lalang.
Namun pelajar lelaki itu tetap berlagak seperti biasa. Dia memalingkan wajahnya menghadap dinding, seolah-olah sedang membuat pemeriksaan ke atas permukaan dinding konkrit di hadapannya. Tangannya meraba-raba dinding. Mencari kalau-kalau ada keretakan yang terbentuk pada sinding. Sesekali, dia mengangguk. Seolah-olah telah telah menjumpai sesuatu di permukaan dinding tersebut.
Kapal terbang kertas yang tepat mengenai kepala Fatimah Zahrah dicapai. Dia membuka headphone yang bersaiz mega yang mampu menarik perhatian sesiapa pun yang melingkar di kepala. Kapal terbang kertas itu dibelek-belek sebelum dia berkira-kira untuk membuangnya ke dalam tong sampah yang sedia menanti di sisi tiang berdekatan. Namun, dia membatalkan hasratnya bilamana terlihatkan sesuatu.
Sila baca.
Fatimah Zahrah mengerutkan kening. Dia memandang sekeliling. Menoleh kiri dan kanan, depan dan belakang. Atas. Namun tiada sesiapa yang memberikan respons atau maksud merekalah pemilik kapal terbang kertas itu.
Origami berbentuk kapal terbang kertas itu dibuka . Perlahan-lahan. Penuh berhati-hati. Dia takut kalau-kalau ada penyerang hendap yang memasang perangkap. Mungkin di dalam origami kapal terbang kertas itu mengandungi serbuk Anthrax yang akan mengancam nyawanya nanti. Siapa tahu?
Assalamualaikum Fatimah Zahrah...
Salam perkenalan.
Mungkin awak tak kenal saya, tapi saya kenal awak. Saya cuma nak cakap, saya selalu perhatikan awak.
Ikhlas.
Zarir
Itu antara kandungan surat berupa kapal terbang kertas yang entah dipandu siapa. Fatimah Zahrah sekali lagi memandang sekeliling. Mencari-cari siapakah gerangan pilot kapal terbang kertas yang singgah mengenai kepalanya sebentar tadi. Gagal dijumpai.
Dia senyum sendiri. Diulang baca nota yang tertulis pada helaian kapal terbang kertas itu berulang kali.
“Zarir? Siapa Zarir?” Fatimah Zahrah menyoal dirinya sendiri, namun akhirnya dia sendiri yang terpinga-pinga kerana dia sendiri tidak memiliki jawapan kepada soalan yang terpacul keluar dari mulutnya. Sekali lagi dia memandang dan melihat sekeliling. Tiada sesiapa yang boleh dikaitkan sebagai dalang.
Di tingkat dua, Zarir yang hampir putus nyawa setelah menyedari Fatimah Zahrah melilaukan anak mata mencari-cari siapa pemilik kapal terbang kertas cuba berlagak seperti biasa. Dia tidak mahu perbuatannya tadi dihidu oleh pihak lawan. Berbagai kemungkinan boleh terjadi. Dia berjalan menuruni anak tangga sambil bersiul-siul kecil. Telefon bimbit yang berada dari poket kiri dikeluarkan kemudian dilekapkan di terlinga.
Seolah-olah sedang menjawab panggilan.
Saat melintasi Fatimah Zahrah, dadanya berdegup kencang. Pundi kencingnya hampir tidak stabil, seolah-olah tidak lagi berfungsi untuk menampung dan memproses urea.Tetapi Zarir masih seperti tadi, berlagak seolah-olah sedang berinteraksi melalui telefon. Dalam debar yang masih menggila dia sempat melirik Fatimah Zahrah yang ketika itu sedang membaca suratnya dengan ekor mata.
‘Yes!!! Misi berjaya.’ Zarir berteriak di dalam hati.
*********
Hari kedua, Fatimah Zahrah menerima satu lagi pendaratan cemas dari kapal terbang kertas entah milik siapa. Menara kawalannya tidak dihubungi terlebih dahulu bagi memaklumkan pendaratan yang akan dilakukan. Kapal terbang kertas itu mendarat betul-betul di atas meja kayu yang menjadi medan studinya.
Buka.
Salam.
Maaf menganggu.
Tension? Em, saya rasa senyum awak mampu jadi penawar.
Cuba senyum. Dan teruskan senyum.
Pilot Zarir
HARI-HARI berikutnya, kapal terbang kertas Zarir masih lagi ‘mendarat’ di landasan sama seperti biasa. Cuma waktunya tidak tetap, adakalanya waktu pagi, adakalanya tengahari dan kadangkala petang bergantung kepada kebenaran dari ‘menara kawalan’ Fatimah Zahrah.
Kepadatan jadual kelas membataskan Fatimah Zahrah untuk kekal berada di situ setiap masa. Melainkan, dia adalah pecahan dari makcik-makcik cleaner yang memang tugas mereka memantau kebersihan kawasan Laman Siswa yang tidak pernah sunyi dari menerima kunjungan.
Selama hampi sebulan, Fatimah Zahrah sudah menerima sebanyak 15 biji kapal terbang kertas yang tertulis di atasnya kata-kata pendorong, adakalanya kosong, dan adakalanya terisi dengan kata-kata yang membelai jiwa. Setiap hari (kecuali Sabtu dan Ahad) Fatimah Zahrah pasti akan menerima pendaratan kapal terbang kertas. Kadangkala, dia pula yang sedia menunggu. Fatimah Zahrah selesa dengan keadaan itu. Setidak-tidaknya kapal terbang kertas itu mampu untuk meleraikan kekusutan yang melanda jiwa (biasanya masa test atau ketika merancang program) walaupun dia sendiri tidak mengetahui lebih lanjut siapa juruterbangnya.
Genap sebulan.
Fatimah Zahrah setia menunggu di Laman siswa. Di tengah-tengah keriuhan. Dia menanti, kalau-kalau ada lagi kapal terbang kertas yang akan mendarat hari ini. Sambil mengenakan headphone bersaiz mega di kepala yang di sambung ke komputer riba Fatimah Zahrah membuka akaun Facebooknya. Dia menaip sesuatu di ruangan share.
‘Menunggu ketibaan pendaratan kapal terbang kertas . ;)’
Tidak sampai lima saat, statusnya itu menerima komen dari pembaca lain.
‘Kapal terbang kertas atau juruterbang?’
Fatimah Zahrah senyum sendiri. Dia kemudiannya menarikan jemarinya di lantai kekunci komputer
riba.
‘Dua-dua sekali. Ngehehehe... ;)’
Hampir satu jam menunggu, Fatimah Zahrah masih belum mendapat isyarat dari kapal terbang kertas. Tiada tanda-tanda yang kapal terbang kertas akan mendarat hari ini. Fatimah Zahrah hampa. Dia mengemaskan barang-barangnya dan kemudian berlalu menuju kelas. Derap langkahnya perlahan. Derap langkah yang diiringi kesedihan dan kehampaan.
Keesokan harinya juga begitu. Tiada lagi pendaratan dari kapal terbang kertas yang selalunya singgah saat dia berteleku menghadap buku. Fatimah Zahrah sedar dengan perubahannya sekarang, dia seolah-olah disihir oleh jurupandu kapal terbang kertas itu. Jurupandu misteri. Tetapi mengapa perlu dia mengharapkan sesuatu yang dia sendiri tidak tahu. Dia sendiri tidak pasti dengan permasalahan itu.
Sekali lagi Fatimah Zahrah hampa.
Hari Ketiga.
Fatimah Zahrah yang ketika itu leka mengisi Borang Aktiviti langsung tidak menyedari yang kali ini dirinya diperhatikan. Zarir yang berdiri di tingkat dua sudah bersedia dengan sebuah kotak bersaiz sederhana di sisinya. Zarir mengambil sesuatu dari dalam kotak.
Kapal terbang kertas.
Fatimah Zahrah memandang ke langit ruang legar Laman Siswa. Mereka yang ada disitu ketika itu turut sama memandang dada langit laman. Kini, ruang legar Laman Siswa dipenuhi kapal terbang kertas yang bewarna-warni. Bebas berterbangan ke sana sini. Fatimah Zahrah melebar senyum. Dari tingkat dua, Zarir menyusun langkah menuruni anak tangga. Dia mengenggam erat sebuah kapal terbang kertas berwarna pink di tangan kanannya. Kali ini dia tekad, dia mahu berdepan dengan Fatimah Zahrah dan meluahkan isi hatinya. Zarir menyusun langkah berani.
Setibanya di hadapan Fatimah Zahrah, Zarir melutut. Kapal terbang kertas berwarna pink diserahkan kepada Fatimah Zahrah yang duduk di kerusi bersama sekuntum ros merah yang tadinya di sorokkan di belakang badan.
Saat itu, banyak mata-mata yang memerhati. Semuanya bersorak menghasilkan gema yang gamat. Fatimah Zahrah terkedu. Wajahnya merona merah. Hatinya benar-benar tersentuh. Dia tidak pernah mengalami keadaan sepertimana sekarang. Diraikan bagai puteri kayangan.
“Saya suka awak!” kata-kata itu meluncur keluar dari mulut Zarir.
Fatimah Zahrah terpana. Mulutnya kaku tika itu. Dia tidak tahu apa yang perlu dia lakukan. Perlahan-lahan, tangannya mencapai kuntuman bunga dan kapal terbang kertas yan Zarir hulurkan. Bunga ros itu kemudiannya dicium. Harumannya menusuk hidung.
“Thanks...” hanya itu yang keluar dari mulut mungil Fatimah Zahrah. Dia benar-benar kaku. Situasi ini pertama kali berlaku.
Tanpa diminta, kemudiannya Zahir berdiri dan menatap ke dalam mata Fatimah Zahrah. Fatimah Zahrah tertunduk malu. Rona wajahnya semakin memerah.
Dalam keadaan begitu, Zarir membuka mulutnya, menyanyikan sesuatu. Lagu Kapal Terbang Kertas, dendangan kumpulan Exist bersiulan di bibirnya.
Tolonglah angin
Bawa kapal terbang kertasku
Kepadanya
Supaya ternyata jelas
Isi hati ku
Yang sebenar-benar ikhlas
Dengan cintaku
Hanya dia satu
Bawa kapal terbang kertasku
Kepadanya
Supaya ternyata jelas
Isi hati ku
Yang sebenar-benar ikhlas
Dengan cintaku
Hanya dia satu
Maafkan aku
Andainya warkahku mengganggumu
Di awal pagi ini gadisku
Andainya warkahku mengganggumu
Di awal pagi ini gadisku
Ku tak berdaya
Menahan rinduku lebih lama
Ku harap dapatlah sekiranya
Ku kau terima
Menahan rinduku lebih lama
Ku harap dapatlah sekiranya
Ku kau terima
Tolonglah kawan aku ingin tidur lena
Layan bermimpi bukan jadi orang gila
[ Kapal Terbang Kertas lyric found on www.lirik.my ]
Terus meracau dirasuki rindu dia
Ayam berkokok baru nak mengantuk
Layan bermimpi bukan jadi orang gila
[ Kapal Terbang Kertas lyric found on www.lirik.my ]
Terus meracau dirasuki rindu dia
Ayam berkokok baru nak mengantuk
Maafkan aku
Andainya warkahku mengganggumu
Di awal pagi ini gadisku
Andainya warkahku mengganggumu
Di awal pagi ini gadisku
Ku tak berdaya
Menahan rinduku lebih lama
Ku harap dapatlah oh kiranya
Kau terima
Menahan rinduku lebih lama
Ku harap dapatlah oh kiranya
Kau terima
Kau di sisi gantikan bantal gulingku
Kau di sisi temankan ku sepanjnag malam
Kau di sisi bisikan cinta sucimu
Kau di sisi pabila api kamarku padam
Kau di sisi temankan ku sepanjnag malam
Kau di sisi bisikan cinta sucimu
Kau di sisi pabila api kamarku padam
Kau kan terima
Yang kau terima
Ku kau terima
Yang kau terima
Ku kau terima
Saat ini, Fatimah Zahrah mengalirkan air mata.
adakah ini berdasarkan kisah sebenar??
ReplyDeletewaa~
ReplyDeletekalau tetiba lelaki tu mintak kawen lagi syok.. hehee
damia:haha...
ReplyDeleteer, entahla.
fina:mintak kawen?
laki tu akan buat kejutan lain kot utk propose
tolonglah angin bawa kapal terbangnya kepadaku~~
ReplyDeleteheehee^^