Tuesday, October 19, 2010

[n0tA 8]








NOTA 8




PULAU PINANG.

ENJIN kereta Hyundai Getz SE rona hitam milik Syafiq dihidupkan.  Tingkap kiri dan kanan diturunkan. Membantu memberikan pengudaraan yang lebih baik. Kereta itulah yang telah banyak berjasa kepada Syafiq dan Kamarul kerana kereta itulah yang selama ini ‘berpenat-lelah’ mengusung jisim mereka berdua ke mana sahaja tanpa ada sebarang rungutan, cuma minta tangki diisi. Itulah syarat utama yang perlu dipatuhi atau mereka perlu membuat pilihan samada menapak berkilometer jauhnya atau menaiki kereta felari yang menggunakan kuasa kaki. Sesuai untuk mereka yang bersaiz kecil atau sederhana, manakala yang besar anda digalakkan untuk memerhatikan papan tanda “Kenderaan Berat Ikut Kiri.”

Kereta yang dipandu kemudiannya keluar ke susur kiri setelah mereka melepasi pintu pagar utama kampus. Syafiq menekan pedal minyak bagi meningkatkan kelajuan kereta yang tadinya bergerak pada kelajuan 20 KM/SEJAM.Kelajuan sebegitu hanya akan menimbulkan kemarahan pemandu lain yang juga sedang memandu di lorong sealiran. Jarak antara rumah mereka dengan kampus tidak sampai 1 kilometer sebenarnya tapi oleh kerana jalanraya yang dibina berliku jarak di antara rumah mereka bertambah.2000 meter. Semestinya ia memaksa mereka untuk menggunakan kenderaan sebagai pengangkutan alternatif utama.

Kamarul mencapai botol yang berisi air RO atau Reverse Osmosis dalam bahasa pasarnya di tempat duduk penumpang bahagian belakang. Air itu selalu menjadi pilihan kerana disamping dapat menghilangkan dahaga, ianya membuatkan wajah mereka berdua kelihatan muda remaja. Itu teori Syafiq. Kepenatan bermain tenis selama hampir dua jam membuatkan tekaknya terasa kontang. Mungkin kerana proses hidrasi yang berlaku.

Buka.

Minum.

Kemudian, botol hijau berkapasiti dua liter itu disuakan pada Syafiq. Dia mencapai dan meneguk baki air dengan satu tangan lagi memegang stereng sehingga habis. Botol kosong itu diserahkan kembali kepada Kamarul.

Skrin telefon bimbit Nokia Xpressmusic milik Kamarul dipandangnya sekilas. Tiada apa yang menarik perhatiannya ketika itu. Tapi perasaannya membuak-buak. Sejak usai bermain tenis sebentar tadi Kamarul tidak pernah berenggang dengan telefon bimbitnya, dan telefon bimbitnya itu sentiasa berada dalam genggamannya. Dia seolah-olah sedang menantikan sesuatu.

Dia menekan-nekan papan kekunci telefon.

Mesej.

Inbox.

Mesej yang dihantar Fiya sebentar tadi dibuka. Dia mengulang baca di dalam hati. Mengulang baca tanpa henti. Tanpa rasa jemu.

‘Salam...buat apa? Sihat?’ mesej ini menganggu emosi Kamarul tika ini. Mesej ini diulang baca acap kali. Entah apa yang menarik perhatiannya kali ini.

Reply.

Dia kemudiannya termangu seketika sebelum mula menaip sesuatu.

‘Salam...main tenis tadi. Sihat Alhamdulillah. Fiya?’ Kamarul membuat pemeriksaan tatabahasa sebelum menekan butang pilihan Send. Kesalahan tatabahasa akan memberikan impak yang besar dalam dirinya. Di tambah pula dengan profesion Fiya sekarang yang mengambil jurusan pengkhususan bahasa atau TESL di Universiti Islam Antarabangsa.

Send.

Kamarul menanti penuh debar. Seketika mesejnya mendapat reaksi balas. Servis bertukar tangan.
‘Owh. Fiya ganggu ke ni?’ itu isi mesej yang dihantar Fiya. Kamarul meleret senyum. Kemudian menaip sesuatu sebagai mesej balas.

‘Tak lah. Dah habis pun. Dah dekat maghrib ni. Nak balik. Fiya buat apa ni?’ soal Kamarul seolah-olah mengambil berat. Walaupun hakikat sebenar Kamarul tidak mengetahui berat sebenar Fiya.

On the way balik kolej. Pergi shopping tadi.’ Balas Fiya.

Shopping? Dengan siapa? Teman istimewa ke?’ saat ini jantung Kamarul berdetak kencang. Kalau benar seperti sangkaan pasti hatinya akan hancur luluh.

‘Eh tak ada lah. Dengan Laila. Classmate Fiya. Main tenis dengan siapa? Girlfriend baru?’ Kamarul menarik nafas lega. Dia senyum gembira. Hasratnya untuk melabuhkan pukat tunda di laut dalam hampir-hampir berjaya. Dia kemudiannya membalas mesej dalam senyum lebar.

‘Hahaha...Girlfriend apanya. Main tenis dengan Si Bulat ni ha.’

‘Bulat? Siapa tu? Comelnya nama dia.’

‘Hahaha. Bukan setakat nama, tuan dia pun tersangatlah handsomenya.’

‘Betul  ke? Dia ada girlfriend tak?’

‘Sayang sekali. Bola keluar. Dia sudah dimiliki. Fiya lewat 3 minit je.’

‘Ala, ruginya.’

‘Em. Rugi. Rugi. Rugi.’

Diam.

Tidak berbalas.

Masih tidak berbalas. Kerap kali Kamarul memandang skri telefon bimbitnya. Bimbang kalau-kalau ada mesej masuk.

Tiada.

Kamarul hampa. Konservasi tadi berlangsung tidak sampai 10 minit.

“Pendek, jom makan nak?” tegur Syafiq mematikan lamunan Kamarul yang ketika itu memandang ke luar tingkap. Melihat sekumpulan pelajar perempuan yang berjalan pulang menuju kampus dengan membimbit beg plastik di tangan.  Matanya meliar. Mencari mangsa.

“Makan kat mana?” Kamarul menjawab berbasa basi. Matanya masih lagi melirik pada sekumpulan pelajar perempuan yang berjalan beriringan di bahu jalan.

“Neverdie, ok?” soal Syafiq. Dia memandang ulas Kamarul yang sedari tadi asyik memandang pelajar perempuan.

“Balik mandilah dulu. Tak kan nak pergi makan dengan bau ayam ni hah.” Celah Kamarul. Kali ini dia memalingkan wajahnya melihat Syafiq setelah dia memastikan tiada dari kalangan pelajar perempuan tadi yang boleh dijadikan mangsa. GPSnya tidak dapat mengesan pelajar perempuan yang boleh dikategorikan sebagai golongan ‘pedas’.

“Yes sir!!!”


KUALA LUMPUR


FIYA menghenyakkan sekujur tubuhnya ke tilam. Serasa tegang seluruh uratnya. Kepenatan berdiri hampir setengah jam di dalam tren benar-benar menyiksa tubuhnya. Sementara itu di satu sudut Laila sedang menanggalkan shawl yang melilit kepalanya. Dia hanya memandang keletah Fiya yang sedang bermalasan di katil. Kesian dia melihat Fiya yang seolah unta yang kehausan di padang pasir.

                “Tuan puteri, sudikah kiranya jika patik mengajak tuan puteri pergi bersiram?” Laila menyoal dalam alunan suara yang dibuat-buat.

                “Beta penat. Beta inigin beradu sebentar. Hahahaha.”

                “Tapi tuan puteri, bau badan tuan puteri dah macam gamat dah.  Jom lah ikut hamba.”

                “Sungguh manis tuan hamba berkata. Amboi, gamat ea?”

                “Hahaha. Dah lah tu, jom mandi. Badan aku da melekit ni.”

                “Ok. Kejap. Beta ingin menukar persalinan.”

                “Baiklah tuan puteri.”

***********************
               
                USAI menunaikan solat Isya’ Fiya bingkas menuju meja studi. Telefon bimbit yang berada di tengah meja dicapai. Matanya tertancap pada skrin telefon bimbit.

                “Oh my God!!! Tak perasan!!!” Jerit Fiya dalam nada yang masih dikawal. Namun dek kerana kawalannya yang longgar menyebabkan lontaran vokalnya tadi dapat didengari oleh Laila yang sedang asyik membelek majalah yang baru dibelinya petang tadi di Kinokuniya KLCC. Laila pantas memalingkan wajah.

                “Why dear?” soal Laila cemas. Matanya tidak berkelip.

                “Nothinglah. Tak perasan ada mesej kat phone ni hah.”

                “Hisy, aku ingatkan kenapalah tadi. Mesej siapa?”

                “Kamarul.”

                “Kamarul? Is it him?”

                “Yeah. Kamarul. Petang tadi aku ada mesej dia masa kita dalam tren.”

                “Untuk apa kau mesej dia? Rindu?”

                “Hahaha. Tak adalah. Saja je. Tanya khabar. Tak kan tak boleh.” Fiya cuba megelak dari terperangkap dalam soalan yang lebih bersifat serkap jarang yang diajukan.

                “Fiya, just admit it. You miss him, right?”

                “No!” pantas Fiya menggeleng.

Laila meletakkan buku yang dibaca di atas katil tempat dia berada sekarang dan duduk di birai katil. Dia menyebak ke belakang rambut yang berjuntaian dengan tangan. Kemudian kembali memandang Fiya.

“Ok then. Tapi kalau aku nak tahu cerita cinta kau dengan dia boleh tak? Macamana kau boleh jatuh cinta dengan dia.” Laila sekali lagi menyoal. Dia pernah mendengar nama Kamarul sebelum ini dari mulut Fiya sendiri. Pernah melihat gambar Kamarul sebelum ini. Dari akaun Facebook Fiya juga sebelum ini. Tapi dia tidak pernah berdepan atau menemui Kamarul yang dulunya pernah bercucuk tanam di taman hati milik Fiya. Yang Laila tahu, Fiya begitu setia dengan cinta pertamanya, tetapi Kamarul sebaliknya. Tapi Laila tidak pernah mengetahui bagaimana kisah cinta ‘Buaya dan Dara’ itu bermula.

“Cerita cinta aku dengan dia? No..No..No...”

“Fiya, please....”

“Buat apa?”

“Aku nak filemkan, macam filem Cinta.”

“Ngek!!!”

“Please....” Laila sebolehnya memujuk. Dia ingin tahu, dan perasaan ingin tahu itu mendahului segalanya.

PULAU PINANG

                Malam itu tenang. Semilir angin yang bertiup mendamaikan. Dingin. Kamarul dan Syafiq baru sahaja selesai menjamu selera di restoran Neverdie yang terletak di hadapan pintu pagar kampus.

                Nasi goreng paprik.

                Kuey teow kungfu.

                Mereka tersandar kekenyangan. Syafiq mula menyalakan sebatang rokok. Asap nipis sekejap-sekejap dihembus keluar dari mulut.

                “Lat, kalau ex-girlfriend kau contact kau balik, apa tindakan kau?” Kamarul mengajukan soalan cepu yang bersifat cemas kepada Syafiq. Saat itu, kepulan asap bulat keluar dari mulutnya. Syafiq ketika itu sedang bereksperimentasi. Sedang beremosi dengan asap. Dia kemudian berhenti, memandang wajah Kamarul sekilas dan mematikan api rokok sedangkan ianya masih bersisa kira-kira suku batang. Satu pembaziran.

                “Ni mesti fasal petang tadi. Fasal Fiya, kan?” Syafiq cuba menduga. Sangkaannya tepat. Kamarul mengangguk tanda setuju.

                “Depend sebenarnya. Mungkin dia saja nak tanya khabar kau. Atau mungkin juga dia rindu!” Syafiq cuba bermain kata. Cuba untuk menelah apa yang Kamarul rasa.

                “Em. Okay.”

                “Dah lah, kau jangan fikir sangat. Nanti migrain pulak. Aku yang susah.”

                “Aku tak fikir pun. Aku tanya je.”

                “Aku pun nak tanya kau, boleh?”

“Apa dia?”

“Makanan aku kau dah bayar?”

“Tengeng!!! Dah, aku dah settle dah dengan brother Kelantan tu.”

“Bagus-bagus. Sayanggg pendek!!! Syafiq cuba memprovokasi Kamarul dengan wajah seksi.   Kamarul buat gaya geli.  “...Sebenarnya tu bukan soalan aku. Soalan aku, macamana kau boleh fall in love dulu? Maksud aku, kau kan b.u.a.y.a. So, macamana boleh jatuh cinta?”

Kamarul diam.

Lama.

No comments:

Post a Comment