*Amaran oleh penulis : Membaca boleh, tapi jangan fikir bukan-bukan.
CERMIN MATA.
apa yang special ada padanya?
selain bingkai dan kanta yang kadang berwarna?
selain corak pada bingkai atau jenama?
selain ketebalan kanta, dan kuasa kantanya?
apa yang istimewa?
ini adalah kisah benar yang diolah jalan ceritanya agar identiti sebenar pelaku tidak terdedah.
Bukan dia tidak pernah turut sama. Zaman remaja adalah kemuncak,dan dia yang pernah melalui dan menempuhi zaman remaja juga pernah turut sama serta. Dia adalah antara kalangan lelaki yang sedia dan setia berteleku di daun tingkap ketika waktu rehat bermula. Melihat gerak laku dan ragam 'mangsa' yang lalu-lalang di hadapan kelas mereka. Seketika, gelak dan siul melatari suasana. Gegak-gempita. Tapi dia hanya bersikap selamba. Gelak tawa dan siulan yang bermelodi seolah-olah tidak berjaya menembusi gegendang telinganya. Hanya menyapa cuping telinganya sahaja.
Biarpun dia berada dalam kalangan mereka yang sentiasa setia di posisi sama hampir setiap hari, namun bukanlah dengan ikhlas hati. Dia lebih berminat untuk membuat pemerhatian yang lebih teliti jikalau ada pelajar perempuan yang bercermin mata melintasi. lebih teliti dari penaakulan tika bereksperimentasi. Dia sendiri tidak punya jawapan, kenapa dan mengapa dia begitu berminat pada mereka yang bercermin mata. Padanya, mereka yang bercermin mata jauh lebih cantik dari mereka yang tidak memakainya. Itu teori tanpa bersandarkan bukti dan fakta. Hanya, dari pemerhatian sahaja. Biarpun mungkin teorinya akan diperdebatkan satu hari nanti, tapi dia optimis. Sangat yakin bahawa mereka yang bercermin mata lebih cantik. Punya karisma!
"Sebab aku rasa, mereka yang pakai cermin mata punya mata yang sangat cantik. Tapi kita tak kan dapat lihat kecantikan tu selagimana mereka tak buka cermin mata tu. Itu pendapat aku." dalam nada separa berhujah, dia sempat menegaskan teori mengapa dia katakan wanita bercermin mata itu cantik.
bercermin mata itu lebih cantik??ehehe.. cermin mata adalah aksesori yg sgt berharga. jagalah mata anda sebelum menjadi r.a.b.u.n
ReplyDeletesetuju!!! mesti org yg bercermin mata berbangga bila baca post ni kan..lalala(~.^)
ReplyDelete