SHUTTER
KLIK!!!
BIDIKAN dari kamera DSLR (Digital Single-Lens Reflex) model Canon D3000 menghasilkan paparan imej di LCD (Liquis Crystal Display) skrin. Terpapar imej bunga Orkid Renanthera Imschootiana yang banyak di dapati di timur Himalaya mengunjur ke China dan Vietnam di skrin kamera. Shahrul Bahiyyah memerhatikan gambar penuh khusyuk. Kemudian dia mengangguk. Berpuas hati dengan hasil yang diperolehi. Menakjubkan.
Kemudian, derap langkah Shahrul Bahiyyah dimulai. Memerhatikan bunga-bunga lain yang turut ada ditanam di Kam’s Nursery. Sebentar tadi, dia telah memperkenalkan diri kepada pemilik premis sebelum memulai tugasnya. Syukur, kerana pemilik tersebut memberikan kebenaran setelah mereka berbincang hampir sepuluh minit. Setelah mendapat kebenaran, dia mula bergerak mencari sudut pandang paling menarik untuk mengambil gambar. Lepas satu, satu gambar diambilnya.
Dalam pada Shahrul Bahiyyah megambil gambar, datang seorang lagi lelaki yang turut sama membawa kamera DSLR menuju pemilik premis. Shahrul Bahiyyah hanya memandang dengan ekor mata. Bunga-bunga yang berwarna-warni di hadapannya jauh lebih menarik dari susuk tubuh lelaki tinggi lampai dan berkulit sawo matang tersebut. Shahrul Bahiyyah meneruskan bidikan.
Setelah puas membidik, Shahrul Bahiyyah memohon diri untuk pulang ke kolejnya yang terletak berdekatan Kam’s Nursery sejurus mengucapkan terima kasih kepada pemilik nursery tersebut. Mereka saling bertukar senyum sebelum Shahrul Bahiyyah hilang di dalam perut kereta pulang ke kampusnya.
******
“Cantiknya gambar ni. Mana kau ambil?” Fatimah Zahrah menegur Shahrul dari belakang. Dia yang tadinya sibuk memindahkan fail gambar dari kad memori kamera ke ruang storan komputer ribanya tidak menyedari kepulangan Fatimah Zahrah yang ketika itu berada di belakangnya.
“Em. Aku captured kat nursery petang tadi. Lewat balik. Pergi mana?” Shahrul Bahiyyah memusingkan badannya memandang Fatimah Zahrah. Dia pelik dengan riak gembira yang jelas terpancar pada wajah Fatimah Zahrah. Keningnya dikerutkan.
Tanpa diminta, Fatimah Zahrah mengunjukkan sebuah kotak bersaiz sederhana dengan senyum lebar yang hampir mencecah hujung telinga. Sebuah kotak yang pada keempat-empat dindingnya dihiasi dengan bentuk hati bewarna-warni. Hampir juling mata Shahrul Bahiyyah.
“Apa ni?”
“Kau buka dan lihat sendiri.” Fatimah Zahrah menyerahkan kotak itu kepada Shahrul Bahiyyah dan kemudiannya disambut dengan wajah pelik Shahrul Bahiyyah. Dengan senyum yang masih bersisa, Fatimah Zahrah berjalan menuju almari. Shahrul Bahiyyah hanya menyaksikan gelagat Fatimah Zahrah dengan riak geli sebelum kembali menumpukan fokus kepada kotak yang berada di pangkuannya.
Penutup kotak itu dibuka.
“Wow!!! Banyaknya. Siapa bagi ni?” soal Shahrul Bahiyyah separuh menjerit. Dia terkejut bilamana kotak yang dibuka berisi beratus-ratus kapal terbang kertas yang juga bewarna-warni. Sekali lagi, mata Shahrul Bahiyyah hampir sahaja juling.
“Zarir!”
“Zarir? Siapa?”
“Pilot kepada kapal terbang kertas tu. So, kau dengan mamat yang ada sekali dengan kad matrik kau macamana? Baik kau cepat-cepat propose dia. Boleh dia temankan kau ambil gambar dekat mana-mana nanti. Takut melepas.” Fatimah Zahrah memberikan saranan. Mamat yang dimaksudkan adalah senior mereka. Tapi namanya bukanlah mamat. Mereka sendiri tidak mengetahui lebih lanjut sisi mamat itu. Cuma mamat itu ‘pedas’. Itu yang menjadi prioriti utama. Shahrul Bahiyyah ada menyimpan gambar mamat pedas yang diambilnya sebelum ini ketika mamat itu sedang memberi ceramah motivasi, dan gambar mamat dikepilkan bersama kad matriknya.
Sehati sejiwa. Kononnya.
“Oh no! Idok le saya berminat dengan itu semua. Buang masa.” Balas Shahrul Bahiyyah. Dia tidak berminat untuk dimiliki olah mana-mana lelaki buat masa sekarang. Belum masanya. Biarlah masa yang menetukan. Cintanya sekarang hanya pada Canon D3000 kesayangan.
Shahrul Bahiyyah kemudiannya mengambil dan membuka satu daripada origami kapal terbang kertas yang melambak di dalam kotak.
“Hati-hati tahu, jangan sampai terkoyak!” Fatimah Zahrah memeberikan amaran saat Shahrul mula membuka lipatan. “...dan pastikan kapal terbang kertas yang ada dalam kotak tu cukup. 143 buah semuanya.”
“Baiklah mak incik.” Shahrul Bahiyyah menyambut. “...tetapi kenapa sampai 143? Gila rajin mamat Zahir, eh Zarir ni.”
Belum sempat Fatimah Zahrah menjawab. Shahrul Bahiyyah menyambung kata. “...okay. Dah faham. Which mean, I LOVE YOU. Am i right?” Shahrul Bahiyyah sekadar menduga.
Tiada jawapan.
Shahrul Bahiyyah mengangkat muka memandang.
Fatimah Zahrah tiada di situ, dia sudah berlalu menuju tandas. Shahrul Bahiyyah mendengus keras.
“Baik aku sambung kerja aku. Nanti tak sempat siap pulak. Karang nak submit email pulak.” Shahrul Bahiyyah berbicara sendirian. Dia tidak jadi untuk membuka origami berbentuk kapal terbang tadi. Dia kemudiannya kembali memulangkan kapal terbang kertas itu ke dalam kotak sebelum meneruskan kerja-kerjanya yang tertangguh sebentar tadi.
******
"Pergh!!! Cantik siot! Mana dapat ni Dil?” Aidil memandang Zarir yang muncul tiba-tiba entah dari mana. Kemudian kembali meneruskan kerja-kerjanya. Matanya tertancap pada skrin komputer sambil tangan kanannya mengerakkan tetikus untuk megerakkan cursor bagi memilih gambar.
“Kat nursery tepi jalan tu.” Balas Aidil.
“Cantik betul. Pandai kau ambil gambar. Bila exhibition tu start?” Zarir sekali lagi menyoal.
“Next week. Aku nak kena submit by tonight. So, nak pilih yang mana yang paling terbaik dari ladang. Tolong aku jom!”
“No hal. Hari ni mood aku sangat-sangat baik. Anyway, thanks sebab tolong aku buat kapal terbang kertas tu semalam.”
“Kenapa? Misi berjaya?”
“Semestinya.”
“Congratulations!!!”
“Terima kasih sahabat.”
“Ok. Jadi malam ni kau tolong aku pulak. Boleh?”
“No worries. I owe you bro!”
*****
HARI PAMERAN
“Timah, kau tolong aku bawa laptop aku ke Laman Perdana, boleh?. Aku nak hantar assignment Thermodynamic ni jap.” Shahrul Bahiyyah menyerahkan beg bimbit berisi komputer ribanya kepada Fatimah Zahrah saat mereka melangkah keluar dari kereta.
Beg bimbit bewarna hitam itu bertukar tangan.
“Aku tungguko dekat LP eh?”
“Okay. Roger da power rangers!”
Mereka kemudiannya berpecah. Fatimah Zahrah mengatur langkah perlahannya menuju bangunan pentadbiran yang mana di situlah letaknya Laman Perdana; tempat di mana pameran itu berlangsung. Manakala Shahrul Bahiyyah menyusun langkah menuju Fakulti Kejuruteraan Kimia yang terletak di tingkat tiga bangunan Kejuruteraan.
Laman perdana pagi itu dibanjiri ribuan pelajar yang ingin menyaksikan pameran yang julung kalinya diadakan. Pihak penganjur, Kelab Ikatan Kasih Rumpun Anak-Anak Melayu (IKRAM) mendapat maklum balas yang positif dari semua pihak termasuk pihak pengurusan kampus.
Sebentar tadi, telah berlangsungnya Majlis Perasmian Pembukaan Pameran yang berjaya mengumpul hampir 500 penyertaan pelajar tetapi hanya 100 gambar terbaik telah dipamerkan. Setiap gambar yang dipertontonkankan telah diadili oleh juri profesional. Dan gambar yang memenangi tempat pertama telah dicetak dalam imej yang cukup besar dan diletakkan di tengah-tengah laman.
Ditengah-tengah keriuhan, Aidil selaku pemenang utama mendapat pujian melambung dari rakan-rakan. Mereka mengagumi karya yang ditonjolkan oleh Aidil. Natural.
“Congratulation dude. So ‘dia’ dah tahu?” Zarir datang dari belakang menepuk bahu Aidil yang ketika itu sedang asyik melayan sahabat-sahabatnya yang datang melihat hasil karyanya.
“Belum, aku rasa.”
“Kau memang berani mati la dude!”
“Salah ke aku memuji ciptaan Tuhan?”
Zarir terdiam.
Saat Fatimah Zahrah tiba di perkarangan Laman Perdana, dia boleh melihat dengan jelas berduyun-duyun manusia memenuhi Laman Perdana kala itu. Dia memandang sekeliling. Mencari kalau-kalau ada tempat kosong.
Tiba-tiba, Fatimah Zahrah terpaku. Kakinya lekat disitu. Mulutnya terlopong.
“Oh my God!!! Chaol?!!!” Fatimah Zahrah menjerit. Chaol adalah panggilan manja untuk Shahrul Bahiyyah.
Fatimah Zahrah lekas-lekas mendail nombor.
Panggilan bersahut.
“Chaol, cepat datang sini.Kau mesti tak percaya dengan apa yang aku nampak.” Fatimah Zahrah beria-ia. “...ok, aku tunggu. Tapi cepat sikit.”
*****
Chaol terpana. Dia seolah-olah tidak percaya dengan apa yang terlihat di depan mata.
“Woish, siapa punya kerja ni? Agak kurang ajar di situ ya!” Shahrul Bahiyyah meletus geram. Fatimah Zahrah di sisinya buat muka kagum. Mata mereka berdua tidak lepas dari memandang imej yang dicetak dalam saiz besar yang terletak betul-betul di tengah-tengah laman.
Imej Shahrul Bahiyyah.
Imej Shahrul Bahiyyah yang sedang membidik gambar. Imejnya tampak natural. Imej candid.
Shahrul Bahiyyah sendiri tidak mengetahui bila gambar itu diambil. Tapi dia tahu, di mana imej itu diambil. Kam’s Nursery. Dia cuba mengingati sesuatu.
Gagal.
“Err...sorry. Sorry sebab saya tak minta izin untuk tangkap gambar awak.” Aidil muncul dari belakang. Mengejutkan Fatimah Zahrah dan Shahrul Bahiyyah.
Fatimah Zahrah dan Shahrul Bahiyyah terpempan.
“Good luck! He’s here. Mamat matrik kad kau.” Fatimah Zahrah berbisik di telinga Shahrul Bahiyyah sebelum melangkah meninggalkan Shahrul Bahiyyah dan Aidil berdua.
“Timah, come here!!!” Shahrul Bahiyyah sempat menarik lengan baju Fatimah Zahrah, tapi gadis becermin mata itu sempat mengelak.
Shahrul Bahiyyah buat muka kelat. Di hadapannya kini berdiri seorang lelaki yang dia minati. Tapi hanya dari jauh. Tidak terlalu obses. Lelaki itu tidak pernah menyedari. Tidak pernah mengetahui. Shahrul Bahiyyah tertunduk malu.
“Mungkin saya bukan makhluk Tuhan paling handsome yang ada di muka bumi, tapi saya rasa tak salah kalau saya mengagumi dan mengangkat martabat makhluk Tuhan paling cantik pernah saya temui. Maafkan saya kerana meminjam kecantikan awak untuk saya abadikan dalam potret cinta saya.” Terang Aidil panjang lebar. Gambar yang dipotretkan adalah sebagai aprisiasi seni, juga inspirasi kepada dirinya.
“Sebenarnya ini adalah simbolik kepada perkenalan kita saya rasa.” Tambah Aidil lagi. Dia cuba menyatakan sesuatu. Tetapi dia bukanlah lelaki tipikal biasa, yang begitu mudah menyulam kata, dia adalah spesies manusia yang begitu berhati-hati merencana sesuatu.
“Er...mungkin awak perlu tahu sesuatu.” Shahrul Bahiyyah memberanikan diri untuk bersuara. Dia kemudian memalingkan kad matriknya untuk seketika dan diperlihatkan kepada Aidil sebelum dia mengangkat kaki beredar dari situ dengan perasaan tersipu-sipu.
“Yes!!!!!”
Aidil melonjak kegembiraan. Dia tidak bertepuk sebelah tangan.
fz likes this! ^^
ReplyDelete