Sunday, December 12, 2010

[mAMPuKAh]

Benarkah kata pepatah,

“...seorang ibu boleh jaga sepuluh (atau mungkin lebih dari itu) anak? Tetapi sepuluh anak belum tentu dapat menjaga seorang ibu?”

Jika benar sepertimana yang diperkata, aku rasa mereka-mereka yang sengaja hilangkan ‘upaya’ untuk menjaga ibu dan bapa bolehlah dilabelkan sebagai derhaka!

Aku bukanlah anak yang baik aku rasa, tapi aku cuba sedaya upaya aku untuk sentiasa ada dekat dengan orang tua, agar aku dapat pantau dan tahu setiap pergerakan  mereka, agar aku dapat lihat dengan jelas raut wajah dan urat tua yang mula mengendur  di muka serta uban memutih yang tumbuh di kepala, kerana pada aku mereka terlalu berharga dan aku terlalu menyayangi mereka. Mereka tiada galang gantinya!

Biar aku dilabel sebagai anak manja.
Itu tidak akan sesekali menggugah pendirian aku untuk terus setia menjaga  mereka hingga hujung nyawa, dan semoga aku yang lebih awal menutup mata kerana aku belum tentu mampu untuk menghadapi semua kemungkinan yang tiba

Biar aku dilabel sebagai anak manja,
Aku ingin terus merasai dan menikmati serta menghirup kasih sayang yang tiada penghujungnya dan sememangnya diakui ketulusan serta kejujurannya; bukannya pura-pura.

Biar aku dilabel sebagai anak manja,
Kerna aku tidak sanggup meratap pemergian mereka dan menyesali setiap satu perkara. Biarlah setiap momen yang tercipta akan menjadi saat paling bermakna yang pernah aku rasa.

Saat Ma demam,

Aku gamam,

bercelaru akal fikiran.

Jadi tak keruan,

Dikerah segala usaha,

Tapi apakah kan sama hasilnya?

Mampukah aku untuk menjaga si tua yang cermat dan teliti yang pernah ‘membawa’ aku ke mana sahaja dan sanggup memberi peluang untuk aku melihat dunia tanpa memikirkan risiko yang bakal menimpa bilamana 6666 urat putus saat dirinya sedang bertarung nyawa?

Mampukah?

1 comment: