Sunday, December 12, 2010

[sERiUS]

“How serious i am?” antara sedar atau tidak, aku terperangkap dengan soalan yang berkisar pada darjah keseriusan. Otak jadi beku. Lidah jadi kelu. Ianya tidak hanya terhenti di situ tetapi soalan itu menyerang benakku bertalu-talu sebelum merebak ke paru-paru dan memusnahkan sistem pernafasan sekaligus memaksa berlakunya komplikasi di mana jantung gagal berfungsi dan otak mati  kerana tiada lagi oksigen yang dipam masuk ke situ (otak).

Semua yang di atas hanyalah khayalan aku kerana terlalu addicted dengan IRYU @ TEAM MEDICAL DRAGON SEASON 1,2 & 3 serta GOD HAND TERU. Agak tidak serius di situ.

Seserius manakah aku?

Soalan ini kembali aku aju.

Ini bukan soalan biasa. Ini soalan yang melibatkan masa depan aku sebenarnya. Cukup seruiskah aku untuk buat segala keputusan ini? Atau itu hanya satu manifestasi yang aku sendiri belum pasti? Atau mungkin satu keputusan yang aku buat dengan menggunakan khidmat kuasa sub-conscious mind (minda bawah sedar) yang aku pelajari tetapi hasilnya belum juga pasti?

S.E.R.I.U.S.

Walau dieja berulang kali, bunyinya masih kekal SERIUS dan tidak akan sesekali berubah menjadi SITI NURHALIZA atau LISA SURIHANI  atau juga SPAGHETTI, melainkan mereka yang ‘bijak’ mengeja setiap butir huruf itu memang mengalami masalah rabun yang serius sehingga tidak mampu menyebut perkataan tersebut (walaupun setelah dieja dengan jayanya) dengan betul. Atau (mungkin) lebih teruk lagi, mereka yang tersebut tergolong dalam kategori BUTA HURUF, BUTA KAYU. Ops, itu bukan ayat aku, tapi aku pinjam dialog Pendekar Mustar dalam filem P.Ramlee yang terdahulu (Pendekar Bujang Lapok).
Ingin aku nyatakan di sini betapa aku ingin sekali berkenalan dengan pakar linguistik (pakar bahasa), berjabat tangan dan bertemu muka dengan mereka yang telah berusaha sedaya upaya untuk mendaftarkan perkataan SERIUS ke dalam bahasa-bahasa yang menjadi lingua franca dan meniti bibir hampir berbillion umat manusia sejak diperkenalkan entah di kurun yang ke berapa dan diperturunkan dari generasi ke generasi sehinggalah kini dan yang nyatanya ia menyukarkan aku pada hari ini untuk menterjemahkan dan mentafsir makna kata SERIUS itu sendiri ke satu bahasa yang lebih mudah difahami agar ianya tidak lagi hadir ke dalam mimpi-mimpi aku hampir setiap hari dalam bentuk igauan dan mimpi ngeri. (cuba ulang baca dalam satu nafas!)

[BLUR]

Belum sempat mindaku mencerna soalan yang pada aku sangat mencabar,timbul soalan baru yang memerlukan aku untuk memusatkan seluruh tenaga dan usaha aku kepada persoalan baru yang timbul kerana persoalannya kini ada kaitannya dengan komitmen dan tanggungjawab aku, samada kecil atau besar.

“Bagaimana/Macamana caranya untuk aku buktikan keseriusan?”

Tidakkah soalan ini nampak seperti berkaitan? Cuma paten soalan sahaja yang ditukar. Dan aku percaya, selagimana wujud WH-Question, aku yakin soalan-soalan yang berkisar tentang keseriusan ini akan terus dimanipulasi sehingga akhirnya aku kering idea atau mungkin mati kering kerana kekurangan isi dan modal jawapan untuk menjawab soalan-soalan yang bakal diajukan pada aku nanti.

Kritis tak cara aku berfikir? (*cuba lihat ke bawah meja anda)

Sebenarnya apa yang cuba aku nyatakan di sini adalah segala tindakan dan perlakuan yang telah atau akan aku lakukan sebenarnya adalah berdasarkan pengamatan yang teliti (tapi sebagai human beings, kita tetap ada kelemahan walau kita cuba lari) dan aku rasa ianya mencerminkan peribadi aku sendiri. Itulah Kamarul Abadi.

Tapi semua perlu tahu, aku adalah individu yang selalu menyembunyikan perasaan dan agak sukar untuk aku luahkan dan lebih baik aku simpan. Tapi untuk satu-satu perkara, adakalanya lebih baik untuk aku luahkan dari sembunyikan.

Reflection?

Im an observer .

Im a thinker.


*setelah anda mengangkat muka dari memandang bawah meja, maknanya anda bersetuju bahawa aku seorang yang kritis.


1 comment: