CERITA 1
"Nor, masa kecik-kecik Di ni nakal tak?" Itu soalan yang ibu ajukan pada ma masa waktu kitorang sama-sama dalam kereta nak balik dari Kelantan ke Terengganu. Aku diam. Soalan berkisar kehidupan waktu kecil. Soalan cepu cemas.
"Tak. Dia dengan kakak dia yang paling senang nak jaga. Letak je kat situ, kat situ lah duduknya sampai bila-bila. Jauh beza kalau nak dibandingkan dengan Habibi dan Bakhtiar. Degil yang amat." Terang ma aku. "...Habibi tu apa yang tak pernah buat, kena air panas waktu kat rumah pengasuh, berdarah bawah dagu, tapi tak tahu main apa, sampai pengasuh pon takot nak jaga dia." bersungguh-sungguh mak aku bercerita.
Alhamdulillah. Nasib baik Di [aku] ni tak nakal masa kecik2. Bagus2.
*Gosok2 kepala.
CERITA 2
Masa aku form three.
"Di, mintak rokok sebatang..." Suara parau sahabatku kedengaran waktu kami sedang ralit berbincang. Suara paraunya sengaja dikuatkan untuk menarik perhatian. Aku terkedu. Perbualan aku dan sahabatku terhenti di situ. Yang menjadi persoalan, kenapa waktu-waktu sekarang, saat dan ketika mak aku ada di situ memerhatikan perbincangan?
Mak aku hanya memandang.
Senyum.
"Ma, Di tak hisap rokok pon. Dia saja je gurau tadi." aku cuba menerangkan setelah sahabatku yang satu itu pulang.
"Ma tahu..."
Alhamdulillah. Aku memanjatkan syukur.
*senyum kambing.
CERITA 3
Waktu aku dah kerja.
"Kak, semalam anak kak ada keluar rumah tak?" tika itu ma ada di kedai saat dia didatangi seorang pemuda berumur lingkungan awal 40-an.
"Ada, dia keluar beli top up pastu terus balik. Kenapa?" jawab emakku. Dahinya dikerutkan. Menanti penerangan atau mungkin ada persoalan seterusnya yang akan diajukan.
"Kak biar betul. Semalam saya nampak dia dengan perempuan kat bengkel belakang. Dah lewat malam." pemuda itu cuba menerangkan sesuatu. Dahi ma berkerut seribu.
"Eh, tak lah. Dia ada kat rumah semalam. Dengan Fahmi tengok bola. Bila masa dia keluar." ma aku cuba untuk bersikap tenang walau tika itu, perasaannya saling berperang.
"Habis tu tak kan lah saya silap orang. Anak akak bawa kereta warna merah kan?"
"Hah, memang silap pun. Tu anak tiri kak. Anak Kak yang kerja kat Kemaman ni jarang keluar. Balik kerja duduk rumah je. Kalau dia keluar pun orang tak tahu yang dia tu anak akak. Dia baru je habis belajar." Ma menarik nafas lega. Hilang segala rona pucat yang tadinya bertandang di muka.
Diakui, aku bukanlah golongan yang dikenali. Berbanding Kamarul Habibi dan Kamarul Azmi, aku lebih low profile dari mereka. Jarang keluar bersosial. Kehidupanku lebih berkisar pada buku-buku, komik-komik, pokok bunga, serai, cili, daun kesum, limau purut dan segala benda kerja rumah. Sebab itulah, kadangkala aku dilabel sebagai 'anak perempuan ke-2' Kak Nor [nama panggilan ma].
Sepanjang kakak, abang, dan aku bersekolah. Ma dijemput untuk menerima anugerah. Tetapi sepanjang adik-adikku menyarung uniform sekoalh, banyak kali Ma dijemput untuk menyelesaikan masalah berikutan kenakalan adik-adikku mengenakan cikgu-cikgu dan melanggar pelbagai peraturan sekolah. Mereka hanya atlit sekolah bermasalah yang menempa sejarah.
Dua fasa berbeza.
Jika sepanjang kakak, abang dan aku, jarang Ma menggunakan pencuci klorin untuk menghapuskan dan mencuci kotoran, tetapi sepanjang Kamarul Habibi dan Kamarul Azmi melewati zaman, berbotol pencuci klorin digunakan, berpasang baju sekolah menjadi korban, juga berpasang kasut sekolah dibuang kerana tapaknya yang haus, terkoyak di hadapan sebelum sempat kasut itu berusia sebulan.
Jika dahulunya, apa sahaja yang dimasak menjadi hidangan pasti menjadi habuan, tetapi kini berbeza. Kamal Bakhtiar tidak lagi seperti dahulu. Cerewetnya pada sesuatu mengalahkan aku. Kamarul Habibi dan Azmi juga begitu, makanan laut sebolehnya dikurangkan bagi mengelakkan alahan. Cuma tinggal aku dan kakak yang bebas menikmati apa sahaja tanpa perlu takutkan ini dan itu. Dan ma masih mampu berkompromi dengan masakan. Berhati-hati bila menghidangkan juadah, takut ada yang berkecil hati atau marah.
Tapi sekarang Ma dah boleh tarik nafas lega, anak-anaknya yang dahulunya nakal tidak terkira sekarang sudah punya kerjaya berbeza.
Semuanya hasil bidikkan tepat yang berupa leteran yang akan membidik sesiapa sahaja walau salahnya sekelumit cuma. Ma tidak pernah menggunakan kekerasan. Senjatanya hanya leteran. Itu lebih menyakitkan, tetapi itulah pelali kepada kehidupan kami yang mendatang.
Terima kasih
Siti Nor Binti Wan Mat
we do LOVE you.
selamat menyambut ulang tahun ke 50
semoga di panjangkan umur di murahkan rezeki.
insyaAllah.
No comments:
Post a Comment