Tika itu sunyi
Saat itu sepi
Tiada melodi yang menyanyi
Waktu bergulir,
Senyum sinis terukir
Lupakah janji yang diukir?
Hanya dengan teh secangkir
Tewas?
Sebelum semua kudrat kau pulas
Sebelum keringat gugur di tanah luas
Sebelum berakhir nafas
Pasrah?
Atau helah?
Kerana jelas, kau mula menukar langkah
Atau mungkin amarah?
Kerana bola mata sudah menjadi merah.
Sunyi merantai diri
Sepi menjerut hati
Melodi? ... Hanya lagu pilu menyanyi
jiwa kacau~
ReplyDeleteyup...
ReplyDeletesangat kacau...
tapi sekarang da semakin ok...
penawarnya, bebel tanpa henti selama 3 minit.