Monday, March 28, 2011

Jangan Di salah Erti


"Sudah jatuh ditimpa tangga..."

Mungkin bidalan lama ini sesuai untuk aku gambarkan keadaan sebenar, sesuai untuk aku terangkan dan jelaskan malapetaka apa yang datang menjengah tanpa aku pinta.

Serius dude, aku rasa kali ini jatuh aku bertimpa-timpa, bukan hanya tangga tapi ada binaan lain yang turut serta jatuh menghempap semua anggota. 

Sakit?

Bukan hanya pada fizikalnya sahaja, tapi hati turut merasa perit.

Kawan.
Sebenarnya itu yang memaknakan sebuah perhubungan. Walau terpisah jauh seberang lautan, istilah 'kawan' itu akan tetap malar segar dan hijau dalam ingatan. Sesekali kembang mekar dalam kotak kenangan. Menggamit kembali memoir semalam yang telah hilang dimamah zaman. 

Aku berniat untuk membantu, cuba untuk mendengar setiap rintihan dan keluhan yang kau nukilkan dari kalbu hatimu, cuba untuk menyelesaikan masalah yang datang menyerbu dan bukan untuk ku berikan sekeping hati milik aku padamu. Sudah aku jelaskan seawal perkenalan kita dahulu. Itu pra-syarat yang kita sama-sama setuju. 

Bukan menolak, tapi aku rasa bukan aku yang paling layak. Bukankah dirimu milik yang lebih berhak?

Maaf jika ada untaian harapan yang tanpa sedar telah aku berikan. Itu bukan niat atau tujuan. 
Jangan disalah-ertikan. 
Aku hanya menjalankan tanggungjawab sebagai seorang teman yang sentiasa ada saat sahabatnya memerlukan. Tidak mahu dianggap sebagai teman yang hanya bersifat berkepentingan! 

Dendam bukanlah cara penyelesaian, apatah lagi kata-kata yang memburuk-burukkan.

Sejenak aku pinta untuk kau guna akal warasmu, jangan dipandu hati yang melulu, jangan dipandu nafsu yang terburu-buru, jangan diikutkan bisikan syaitan yang memandu amarahmu.

Aku bukanlah yang terbaik dalam memberi solusi. Masih terlalu banyak salah dan silap seindiri yang perlu aku perbetul dan buat koreksi.

Bukan mahuku untuk mencipta LAWAN. Kerana, aku masih memandang susuk tubuhmu sebagai seorang rakan berbanding LAWAN yang hanya kelak akan membinasakan!

"Sesungguhnya mukmin itu bersaudara" (Surah al-Hujuraat:ayat 10)




2 comments:

  1. Kesimpulan dia...kalo nmpak pmpuan tu tb2 n mcm...cpt2 ingatkan...mgkin 1st time mmg la tau just kwn..kotnye lm2 ble suka..pmpuan ni snsitip trhdp perubhn n sk bt ksimpulan sndiri... Ini komen dr tonchet;p

    ReplyDelete
  2. Pmbetulan...'n mcm' tu ditukar kpd 'semacam'...typing error..huhu

    ReplyDelete