Thursday, March 17, 2011

[TRANSiSi]

Perhatian kepada semua pembaca yang menghadapi masalah komplikasi buah pinggang, sakit sendi, hidung berdarah, dan kekejangan otot. Anda DILARANG sama sekali untuk membaca butiran POST kali ini bagi mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini daripada berlaku.

Sekian.

Harap Maklum.

-Penulis-

Ada sebab kenapa dan mengapa aku bertindak mengeluarkan arahan sedemikian. Bukan niat untuk mencari publisiti murahan. Tapi apa yang bakal korang saksikan selepas ini adalah sisi lembut KAMARUL ABADI selepas transformasi. Bukan lembut yang sepertimana korang semua bayangkan (mintak jauh nyah!!!). Tapi lembut yang pada aku masih lagi bertepatan dan relevan dengan gaya lelaki maskulin sekarang (ayat cover...==')

Cuba perhatikan gambar yang tertera.


Ok. 
Kalau korang rasa nak gelak, aku rasa baik korang batalkan je niat suci lagi murni korang tu. Sebabnya, korang dah dikira terlambat atas alasan mak aku adalah manusia yang pertama yang berbuat demikian.
Gelak sakan bila nampak aku 'berdandan'.

Aku?
Hanya mampu diam.
hmphhhh...

Kenapa?

Sebenarnya, ada sebab kenapa aku bertindak sedemikian. Kebelakangan ni, masa aku banyak di habiskan di tapak kerja berbanding duduk menghadap komputer riba dan menyiapkan tugasan serta laporan di koran pejabat sehingga memberi kesan luar jangka. Habis hangus terbakar kulit muka aku yang dulu putih, gebu, halus serta mulus juga.

Aku tak kisah sebenarnya kalau dipaksa berjemur di bawah terik mentari walau peluh merenik di dahi dan turun membasahi lantai bumi. Tapi aku jadi kisah bila terpaksa berjemur sepanjang hari dengan suhu yang mencecah 48 darjah celcius saat matahari mula meninggi.

Sehari.

Dua hari.

Tak beri kesan apa-apa. Tapi bila dah seminggu berada di tapak kerja dengan panas terik tahap gaban punya, memang confirm mak aku sendiri tak dapat nak cam muka anaknya.

So, aku buat keputusan nekad.

1. Dapatkan nasihat dari kawan-kawan.

" Ko jangan buat gila. Aku tak pernah tengok mana-mana engineer turun pergi site pakai losyen badan bagai. Tak pernah aku jumpa engineer yang pergi kerja kat tengah panas pakai sunblock sebab nak jaga kulit muka. Hello dude, kita ni memang kerja dalam field yang macam ni, kena berjemur tengah panas, kalau kau rasa nak jaga kulit muka baik ko kerja je jadi pharmacist" - itu antara nasihat yang aku terima.

2. Dengar nasihat dari pakar.

"Awak kena pakai sunblock. Sebab cahaya matahari boleh bagi kesan buruk pada jangka masa panjang. Kulit awak boleh rosak. Silap-silap boleh kena kanser. Awak ingat sinaran cahaya matahari ni tak bahaya ke? Bahaya tahu tak. Tapi kalau awak rasa nak dengar nasihat dari geng-geng engineer awak, then tak apa lah. Jangan cakap saya tak nasihat pula nanti kalau jadi apa-apa."

Dan setelah membuat pertimbangan yang wajar, maka aku gagahkan jua langkah kaki menuju ke Watsons dan menyelongkar mencari produk-produk yang mampu memberikan perlindungan dari sinaran dan kesan pendedahan berterusan terhadap matahari.

Maka, wujudlah produk sepertimana berikut.


Tak perlu diperjelas satu persatu.

Cuma apa yang perlu korang tahu, aku rasa produk2 ini sedikit membantu.

ok.

Anda boleh gelak sekarang...






2 comments:

  1. so..kam,,

    mmm..nak kerja di bawah terik mentari kene pakai sunblock jugaklah..xkire laki ke perempuan..?mmm..

    ReplyDelete
  2. sunflower n ciderella moden: rasanya xperlu kot, nama kamu pon da sunflower tp kadang2 tu kena pakai la,sebab kamu tu cinderella moden, takut alah je nanti...huuuuu

    ReplyDelete