Monday, December 20, 2010

[mEL0di]

Tika itu sunyi
Saat itu sepi
Tiada melodi yang menyanyi

Waktu bergulir,
Senyum sinis terukir
Lupakah janji yang  diukir?
Hanya dengan teh secangkir

Tewas?
Sebelum semua kudrat  kau pulas
Sebelum keringat gugur di tanah luas
Sebelum berakhir nafas

Pasrah?
Atau helah?
Kerana jelas, kau mula menukar langkah
Atau mungkin amarah?
Kerana bola mata sudah menjadi merah.

Sunyi merantai diri
Sepi menjerut hati
Melodi? ... Hanya lagu pilu menyanyi


Thursday, December 16, 2010

[tApi bUK4N aKU]

CERITA 1

"Nor, masa kecik-kecik Di ni nakal tak?" Itu soalan yang ibu ajukan pada ma masa waktu kitorang sama-sama dalam kereta nak balik dari Kelantan ke Terengganu. Aku diam. Soalan berkisar kehidupan waktu kecil. Soalan cepu cemas.

"Tak. Dia dengan kakak dia yang paling senang nak jaga. Letak je kat situ, kat situ lah duduknya sampai bila-bila. Jauh beza kalau nak dibandingkan dengan Habibi dan Bakhtiar. Degil yang amat." Terang ma aku. "...Habibi tu apa yang tak pernah buat, kena air panas waktu kat rumah pengasuh, berdarah bawah dagu, tapi tak tahu main apa, sampai pengasuh pon takot nak jaga dia." bersungguh-sungguh mak aku bercerita.

Alhamdulillah. Nasib baik Di [aku] ni tak nakal masa kecik2. Bagus2.
 *Gosok2 kepala.


CERITA 2

Masa aku form three.

"Di, mintak rokok sebatang..." Suara parau sahabatku kedengaran waktu kami sedang ralit berbincang. Suara paraunya sengaja dikuatkan untuk menarik perhatian. Aku terkedu. Perbualan aku dan sahabatku terhenti di situ. Yang menjadi persoalan, kenapa waktu-waktu sekarang, saat dan ketika mak aku ada di situ memerhatikan perbincangan?

Mak aku hanya memandang.

Senyum.

"Ma, Di tak hisap rokok pon. Dia saja je gurau tadi." aku cuba menerangkan setelah sahabatku yang satu itu pulang.

"Ma tahu..."

Alhamdulillah. Aku memanjatkan syukur.
*senyum kambing.


CERITA 3

Waktu aku dah kerja.

"Kak, semalam anak kak ada keluar rumah tak?" tika itu ma ada di kedai saat dia didatangi seorang pemuda berumur lingkungan awal 40-an.

"Ada, dia keluar beli top up pastu terus balik. Kenapa?" jawab emakku. Dahinya dikerutkan. Menanti penerangan atau mungkin ada persoalan seterusnya yang akan diajukan.

"Kak biar betul. Semalam saya nampak dia dengan perempuan kat bengkel belakang. Dah lewat malam." pemuda itu cuba menerangkan sesuatu. Dahi ma berkerut seribu.

"Eh, tak lah. Dia ada kat rumah semalam. Dengan Fahmi tengok bola. Bila masa dia keluar." ma aku cuba untuk bersikap tenang walau tika itu, perasaannya saling berperang.

"Habis tu tak kan lah saya silap orang. Anak akak bawa kereta warna merah kan?"

"Hah, memang silap pun. Tu anak tiri kak. Anak Kak yang kerja kat Kemaman ni jarang keluar. Balik kerja duduk rumah je. Kalau dia keluar pun orang tak tahu yang dia tu anak akak. Dia baru je habis belajar." Ma menarik nafas lega. Hilang segala rona pucat yang tadinya bertandang di muka.

Diakui, aku bukanlah golongan yang dikenali. Berbanding Kamarul Habibi dan Kamarul Azmi, aku lebih low profile dari mereka. Jarang keluar bersosial. Kehidupanku lebih berkisar pada buku-buku, komik-komik, pokok bunga, serai, cili, daun kesum, limau purut dan segala benda kerja rumah. Sebab itulah, kadangkala aku dilabel sebagai 'anak perempuan ke-2' Kak Nor [nama panggilan ma].

Sepanjang kakak, abang, dan aku bersekolah. Ma dijemput untuk menerima anugerah. Tetapi sepanjang adik-adikku menyarung uniform sekoalh, banyak kali Ma dijemput untuk menyelesaikan masalah berikutan kenakalan adik-adikku mengenakan cikgu-cikgu dan melanggar pelbagai peraturan sekolah. Mereka hanya atlit sekolah bermasalah yang menempa sejarah.

Dua fasa berbeza.

Jika sepanjang kakak, abang dan aku, jarang Ma menggunakan pencuci klorin untuk menghapuskan dan mencuci kotoran, tetapi sepanjang Kamarul Habibi dan Kamarul Azmi melewati zaman, berbotol pencuci klorin digunakan, berpasang baju sekolah menjadi korban, juga berpasang kasut sekolah dibuang kerana tapaknya yang haus, terkoyak di hadapan sebelum sempat kasut itu berusia sebulan.

Jika dahulunya, apa sahaja yang dimasak menjadi hidangan pasti menjadi habuan, tetapi kini berbeza. Kamal Bakhtiar tidak lagi seperti dahulu. Cerewetnya pada sesuatu mengalahkan aku. Kamarul Habibi dan Azmi juga begitu, makanan laut sebolehnya dikurangkan bagi mengelakkan alahan. Cuma tinggal aku dan kakak yang bebas menikmati apa sahaja tanpa perlu takutkan ini dan itu. Dan ma masih mampu berkompromi dengan masakan. Berhati-hati bila menghidangkan juadah, takut ada yang berkecil hati atau marah.

Tapi sekarang Ma dah boleh tarik nafas lega, anak-anaknya yang dahulunya nakal tidak terkira sekarang sudah punya kerjaya berbeza.

Semuanya hasil bidikkan tepat yang berupa leteran yang akan membidik sesiapa sahaja walau salahnya sekelumit cuma. Ma tidak pernah menggunakan kekerasan. Senjatanya hanya leteran. Itu lebih menyakitkan, tetapi itulah pelali kepada kehidupan kami yang mendatang.

Terima kasih
  Siti Nor Binti Wan Mat

we do LOVE you.
selamat menyambut ulang tahun ke 50
semoga di panjangkan umur di murahkan rezeki.
insyaAllah.

Tuesday, December 14, 2010

[mEL4Nk0LiK]

Melankolik? 

Dalam bahasa pasar, ianya disebut sebagai mendayu-dayu (betul ke?)

Tapi aku rasa sama je sepertimana yang tertulis di bawah 

"Pusat Rujukan Persuratan Melayu, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) juga telah menerangkan maksud melankolik atau melankolis sebagai berasa atau memperlihatkan perasaan sedih, dukacita, sugul, mengharukan dan seumpama dengannya. Manakala dalam bahasa Mat Leh pula Melancholic di terangkan melalui perkataan depress atau sorrow."


Sebenarnya, ia lebih kepada eksperi bagi menyuarakan sesuatu. 
Itu pendapat aku. Tak lebih dari itu.
Melankolik sebenarnya membantu. 
Itu juga pendapat aku. 
Tiada sebarang fakta yang menyokong pendapat aku. 
Tapi aku rasa ia cukup membantu. 
Membantu kita untuk meyakinkan sebelah pihak bahawa kita benar-benar serius ketika itu.

 Kendatipun melankolik akan menjadikan seseorang (kelihatan) jiwang, dengan tutur kata yang diselang-selikan dengan bunga-bunga bahasa yang mungkin hanya dia seorang sahaja yang faham, juga dengan intonasi suara yang mendatar, rendah dan perlahan, namun melankolik akan merubah atmosfera seseorang. Itu juga pendapat aku. Ingin sekali lagi aku tegaskan.

Monday, December 13, 2010

[k4RaMEL]



Buat pertama kalinya dalam sejarah, aku update pic family kat blog aku.

Keterangan Gambar.
Berdiri dari kiri : Abang ipar, anak sedara abang ipar, adik bongsu aku (Kamarul Azmi) , AKU, adik aku yg 2nd last (Kamarul Habibi) and bakal menantu?
Duduk dari kiri : My lovely mom, My cheerish sister.
Duduk atas riba : Cik Man (Aiman si pelakon)

Gambar di atas adalah family potrait pas aku konvo hari tu. 
Jangan percaya dengan senyum Aiman, itu hanya lakonan, kerana itu semua terukir selepas my sister aka ibu dia terpaksa bertarung untuk memastikan Aiman tidak dapat meloloskan diri dan merangkak laju untuk menggigit cameraman, serta krew yang bertugas di studio ketika itu.

Jika anda amati, anda akan menemui sesuatu.
.
.
.
Belum jumpa?
Sebabnya, aku rasa ia mungkin terjadi kesan akibat dari camera trick yang menjadikan aku lebih rendah daripada adik-adik aku.
= ='
sob...sob...
jadi, jangan percaya dengan teknik camera trick yang digunakan.

Sunday, December 12, 2010

[mAMPuKAh]

Benarkah kata pepatah,

“...seorang ibu boleh jaga sepuluh (atau mungkin lebih dari itu) anak? Tetapi sepuluh anak belum tentu dapat menjaga seorang ibu?”

Jika benar sepertimana yang diperkata, aku rasa mereka-mereka yang sengaja hilangkan ‘upaya’ untuk menjaga ibu dan bapa bolehlah dilabelkan sebagai derhaka!

Aku bukanlah anak yang baik aku rasa, tapi aku cuba sedaya upaya aku untuk sentiasa ada dekat dengan orang tua, agar aku dapat pantau dan tahu setiap pergerakan  mereka, agar aku dapat lihat dengan jelas raut wajah dan urat tua yang mula mengendur  di muka serta uban memutih yang tumbuh di kepala, kerana pada aku mereka terlalu berharga dan aku terlalu menyayangi mereka. Mereka tiada galang gantinya!

Biar aku dilabel sebagai anak manja.
Itu tidak akan sesekali menggugah pendirian aku untuk terus setia menjaga  mereka hingga hujung nyawa, dan semoga aku yang lebih awal menutup mata kerana aku belum tentu mampu untuk menghadapi semua kemungkinan yang tiba

Biar aku dilabel sebagai anak manja,
Aku ingin terus merasai dan menikmati serta menghirup kasih sayang yang tiada penghujungnya dan sememangnya diakui ketulusan serta kejujurannya; bukannya pura-pura.

Biar aku dilabel sebagai anak manja,
Kerna aku tidak sanggup meratap pemergian mereka dan menyesali setiap satu perkara. Biarlah setiap momen yang tercipta akan menjadi saat paling bermakna yang pernah aku rasa.

Saat Ma demam,

Aku gamam,

bercelaru akal fikiran.

Jadi tak keruan,

Dikerah segala usaha,

Tapi apakah kan sama hasilnya?

Mampukah aku untuk menjaga si tua yang cermat dan teliti yang pernah ‘membawa’ aku ke mana sahaja dan sanggup memberi peluang untuk aku melihat dunia tanpa memikirkan risiko yang bakal menimpa bilamana 6666 urat putus saat dirinya sedang bertarung nyawa?

Mampukah?

[sERiUS]

“How serious i am?” antara sedar atau tidak, aku terperangkap dengan soalan yang berkisar pada darjah keseriusan. Otak jadi beku. Lidah jadi kelu. Ianya tidak hanya terhenti di situ tetapi soalan itu menyerang benakku bertalu-talu sebelum merebak ke paru-paru dan memusnahkan sistem pernafasan sekaligus memaksa berlakunya komplikasi di mana jantung gagal berfungsi dan otak mati  kerana tiada lagi oksigen yang dipam masuk ke situ (otak).

Semua yang di atas hanyalah khayalan aku kerana terlalu addicted dengan IRYU @ TEAM MEDICAL DRAGON SEASON 1,2 & 3 serta GOD HAND TERU. Agak tidak serius di situ.

Seserius manakah aku?

Soalan ini kembali aku aju.

Ini bukan soalan biasa. Ini soalan yang melibatkan masa depan aku sebenarnya. Cukup seruiskah aku untuk buat segala keputusan ini? Atau itu hanya satu manifestasi yang aku sendiri belum pasti? Atau mungkin satu keputusan yang aku buat dengan menggunakan khidmat kuasa sub-conscious mind (minda bawah sedar) yang aku pelajari tetapi hasilnya belum juga pasti?

S.E.R.I.U.S.

Walau dieja berulang kali, bunyinya masih kekal SERIUS dan tidak akan sesekali berubah menjadi SITI NURHALIZA atau LISA SURIHANI  atau juga SPAGHETTI, melainkan mereka yang ‘bijak’ mengeja setiap butir huruf itu memang mengalami masalah rabun yang serius sehingga tidak mampu menyebut perkataan tersebut (walaupun setelah dieja dengan jayanya) dengan betul. Atau (mungkin) lebih teruk lagi, mereka yang tersebut tergolong dalam kategori BUTA HURUF, BUTA KAYU. Ops, itu bukan ayat aku, tapi aku pinjam dialog Pendekar Mustar dalam filem P.Ramlee yang terdahulu (Pendekar Bujang Lapok).
Ingin aku nyatakan di sini betapa aku ingin sekali berkenalan dengan pakar linguistik (pakar bahasa), berjabat tangan dan bertemu muka dengan mereka yang telah berusaha sedaya upaya untuk mendaftarkan perkataan SERIUS ke dalam bahasa-bahasa yang menjadi lingua franca dan meniti bibir hampir berbillion umat manusia sejak diperkenalkan entah di kurun yang ke berapa dan diperturunkan dari generasi ke generasi sehinggalah kini dan yang nyatanya ia menyukarkan aku pada hari ini untuk menterjemahkan dan mentafsir makna kata SERIUS itu sendiri ke satu bahasa yang lebih mudah difahami agar ianya tidak lagi hadir ke dalam mimpi-mimpi aku hampir setiap hari dalam bentuk igauan dan mimpi ngeri. (cuba ulang baca dalam satu nafas!)

[BLUR]

Belum sempat mindaku mencerna soalan yang pada aku sangat mencabar,timbul soalan baru yang memerlukan aku untuk memusatkan seluruh tenaga dan usaha aku kepada persoalan baru yang timbul kerana persoalannya kini ada kaitannya dengan komitmen dan tanggungjawab aku, samada kecil atau besar.

“Bagaimana/Macamana caranya untuk aku buktikan keseriusan?”

Tidakkah soalan ini nampak seperti berkaitan? Cuma paten soalan sahaja yang ditukar. Dan aku percaya, selagimana wujud WH-Question, aku yakin soalan-soalan yang berkisar tentang keseriusan ini akan terus dimanipulasi sehingga akhirnya aku kering idea atau mungkin mati kering kerana kekurangan isi dan modal jawapan untuk menjawab soalan-soalan yang bakal diajukan pada aku nanti.

Kritis tak cara aku berfikir? (*cuba lihat ke bawah meja anda)

Sebenarnya apa yang cuba aku nyatakan di sini adalah segala tindakan dan perlakuan yang telah atau akan aku lakukan sebenarnya adalah berdasarkan pengamatan yang teliti (tapi sebagai human beings, kita tetap ada kelemahan walau kita cuba lari) dan aku rasa ianya mencerminkan peribadi aku sendiri. Itulah Kamarul Abadi.

Tapi semua perlu tahu, aku adalah individu yang selalu menyembunyikan perasaan dan agak sukar untuk aku luahkan dan lebih baik aku simpan. Tapi untuk satu-satu perkara, adakalanya lebih baik untuk aku luahkan dari sembunyikan.

Reflection?

Im an observer .

Im a thinker.


*setelah anda mengangkat muka dari memandang bawah meja, maknanya anda bersetuju bahawa aku seorang yang kritis.


Tuesday, December 7, 2010

[hEbAt]

Ini kali pertama.
Pertama kali aku ditinggalkan berseorangan untuk satu tempoh yang agak lama.(seminggu tu da cukup lama aku kira)
Ma aku ada di Puchong.
Bergembira bersama Aiman yang selalu tinggal kesan liur kat pipi bila dia kish!(Buah sebenarnya mwah!!! - tu bunyi yang di buat sebagai sound effect pas dia cium seseorang) 
so bagaimana aku sebagai anak uda (lelaki kan, xkn anak dara plak) mendepani masa depan tanpa ma dirumah.
siapa nak sediakan horlicks taw hot choc aku?
siapa nak basuh baju?
Siapa nak kejutkan aku?
adeh~

Hari tu aku sampai pagi (4.30 pagi) dari KL
xtidur sebab kena siapkan pelan baru untuk warehouse and blasting section plus, kena bt orientation tuk storage. 
dan pagi tu aku gagahkan diri pergi kerja cz aku tahu, ada banyak kerja sedang menunggu.
Dalam perjalanan tu hanya Tuhan yang tahu, betapa aku tawakkal andai ada sesuatu yang berlaku.
Jalanraya pada pandangan mata aku bukan lagi satu.
lebih dari itu.
Kereta motor yang bersimpang-siur beratur hanya menunggu masa untuk aku punch dan mungkin tersadai di bahu jalan yang bukanlah selesa pada aku.
Alhamdulillah.
selamat sampai.
Lencun buat kerja.
dan bila aku buka lappy aku, aku terharu
lappy rusak!!!
tak ley nak ON.
UrghHHHhHhHHH!!!
habis sema keja-keja aku.
Habis sema movie2 dan drama2 aku.
huh~mengeluh sebab dah buntu.
Dan petang tu aku tertidur di kerusi.
Penat~

Waktu balik,
aku singgah beli ikan.
Walhal ma aku bukan ada pun tuk siang,
Tak kesah.
Setibanya dirumah, aku kemaskan diri mana yang patut.
Start buat kerja dapur.
Masak
Menu xnak kalah : ikan panggang
 jarang aku tunjuk bakat bila mak aku ada dirumah, takut sebenarnya
takut mak aku cakap aku terer.
and,
takut mak aku kutuk aku masak entah pape.
huuuuu~
= = '
tapi siapa ckp aku tak boleh masak?
aku malas sebenarnya nak tunjuk bakat.
aku kan tester je.
sebab tu selalu duk rehat.
n kadang-kadang je sediakan bahan2 masak.
biasala, orang hebat.
(sambil kuis2 idung yang tak gatal)