Sunday, August 1, 2010

[bERtUkAR wARN4]

Seronok. Happy. Riang Ria Hari Raya.

Kenapa?
- sebabnya aku dah berjaya kurangkan tabiat aku yang pada aku, aku sendiri benci. Tabiat menyakiti. Walaupun ketidakberasapan handphone buat aku rasa macam hilang jasad, separuh mati tetapi sekurang2nya aku dah berjaya kurangkan habit yang patut aku tinggalkan sejak zaman mesopotamia lagi. Habit yang selalu menyakiti hati2. Alhamdulillah. Aku rasa ini adalah titik perubahan. Langkah perlu aku susun, ibarat kata Awie dalam teledrama Buta Warna:

    " Kalau kau tak suka skrip atau jalan cerita kau hari ini, rombak dan buatlah skrip atau jalan cerita baru..."

Sekarang adalah masanya, perlu konsisten walau datang masalah bertimpa-timpa. Aku ingin kekal di landasan ini selamanya.  Buat masa sekarang, biarlah aku menghirup udara kerjaya. Beri aku tempoh dan masa. Bertemu kita pada 31313...InsyaAllah. Jika diizinkan dan masih lagi berada dibawah lembayung rahmat Tuhan.


Masanya untuk kembali menulis, selepas laptopku yang demam kembali pulih!

No comments:

Post a Comment