Monday, August 9, 2010

[sEM4LaM]

"Kamarul, ada satu pesanan untuk kau."

One New Message.

"Nak aku bacakan ke?"
"Xpe2, aku baca sendiri."
"Ok. Tapi story la kat aku jugak."
"Kejap."

Selepas 5 Minit.

"Apa isi kandungan mesej tu?"
"Tak ada pape."
"Takkanlah."
"Tak. Betul."
"Tipu."
"Muka aku ada tulis macam tu ke?"
"Haah."
"Ada ke?"
"Yup!"
"Adoi, kantoi. "
"Pasal apa?"
"Hati."
"Kau demam ke?"
"Kenapa"
"Ada pulak mesej pasal hati. Betul-betullah."
"Betul. Pasal hati."

Itu antara konversasi atau dialog di antara diri dan hati. Terkeliru?
Sama halnya yang berlaku pada aku. Aku tak tahu macamana nak selesaikan bila ditujah soal hati dan perasaan yang macam-macam. Serius, aku menyerah. Sebab aku bukanlah pakar dalam hal-hal yang melibatkan hati. Mungkin boleh dirujuk pada pakar lain.

Pernah kau dihambat dengan satu perasaan yang meresahkan? Tetapi kau suka akan perasaan itu. Kegelisahan yang wujud kesan daripada kecelaruan fikiran, emosi yang bergelandangan dan segala macam perasaan yang seolah dicampurkan dalam satu bekas dan kemudiannya diadunkan. Sebati atau tidak itu perkara kemudian. Itulah CINTA punya penangan. Pelik kan? Tapi itulah realiti sebuah kehidupan dan perasaan. Walau pahit untuk ditelan, tetap kau untuk gagahkan.

Sekadar mengimbau kenangan silam. Rasa macam baru aku laluinya semalam.

*nota pengarang : Bercinta tu bukan senang. Perlu ada kesedaran dari dalam macamana nak menjaga cinta. Perlu ada komitmen yang tidak terhingga. Jangan hanya hangat pada awalnya, dingin di pertengahan dan kemudian sejuk beku di pengakhiran. Bercinta dengan sepenuh hati, bukan kerana hanya dipengaruhi faktor fizikal atau material kerana itu pinjaman duniawi. Takut nanti cinta itu hilang seri.
p/s : peringatan utk Kamarul Abadi.

No comments:

Post a Comment