Berapa besar ujian yang pernah kau selindung?
Berapa berat dugaan yang mampu kau tampung?
Berapa berat cabaran yang mampu kau tanggung?
Tinggi menggunung?
Tak terhitung?
Ujian. Dugaan. Cabaran.
Intipatinya kekal sama. Yang membezakan adalah kapasiti dan abiliti atau kemampuan untuk kita mengatasinya. Samada secara berhikmah (bijaksana) atau terus-terusan melatah, meggelabah, tak tentu arah. Ada antara kita yang menyambut ujian, cabaran atau dugaan dengan tangan terbuka dan menganggap ianya sebagai batu loncatan untuk membuat anjakan, merubah paradigma fikiran, tetapi ada yang bersifat sebaliknya. Ujian, cabaran, dugaan pada mereka membebankan. Membejatkan akal fikiran. Itulah stigma yang telah sekian lama diprogramkan dalam setiap minda awam.
Ujian itu rahsia Allah.
Setuju?
Hanya DIA yang lebih mengetahui, pemilik segala isi bumi dan DIA lah yang berupaya membolak-balikkan hati-hati.
"Allah tidak akan sekali-kali menguji hambaNya diluar kemampuan hambaNya"
Kerana sesungguhnya rahmat dan kasih sayang Allah itu maha luas. Dilimpahkan dari segenap cara dan segi. Sifat Ar-Rahman dan Ar-Rahim membatasi segala, betapa Allah kasih dan sayangkan hamba-hambaNya kerana sesungguhnya Nabi Muhammad S.A.W pernah bersabda:
"Barangsiapa yang Allah mahukan kebaikan untuknya, nescaya DIA akan menguji dengan kesusahan."
(Hadis Riwayat Al-Bukhari)
Imam Ghazali ada menulis didalam kitabnya(Mukasyafah Al-Qulub)
“Sesungguhnya bala merupakan pelita bagi orang arif, menyedarkan orang murtad, memperbaiki orang mukmin dan menghancurkan orang yang lupa. Tidak seorang pun akan mendapat manisnya iman sebelum dia ditimpa bala, rela dan bersabar."
dan ingatlah:
JALAN YANG MENUJU KEBAHAGIAN ITU BUKAN DITABURI DENGAN KELOPAK MAWAR YANG HARUM,BUKAN JG DIPENUHI RUMPUT KILAUAN MUTIARA TETAPI PENUH DENGAN DURI MENYAKITKAN.
No comments:
Post a Comment