"Dah, pokok tu bukan ada buah pun." alasan yang aku rasa cukup bijak. Geliga untuk menepis soalan yang keluar dari mulut ibuku bertimpa-timpa.
"Hari tu dah ada bunga dah. Arwah ayah kau kutip tanam, kau kutip tebang." aku diam. Terkesima. Mati akal untuk menjawab. Aku memang anti. Anti bila tengok pokok-pokok tumbuh menjulang tinggi. Akhirnya aku ambil keputusan sendiri tanpa ada konsultasi. Aku tebang semua pokok-pokok yang pada aku tidak memberi sebarang erti. Sukun, nangka, duku, ciku, mangga dan mungkin nanti rambutan, akan aku tumbangkan. Walau tangan melecet, aku masih mampu senyum meleret. Puas bila kawasan rumah jadi terang.
Aku memang jenis yang bukan boleh duduk diam. Ada saja aktiviti yang aku jalankan. Ada saja misi
Banyak lagi perancangan. Hanya menunggu masa untuk aku laksanakan. Itulah bahananya kalau aku duduk dekat. Habis semua benda aku nak buat.
No comments:
Post a Comment