Tuesday, September 29, 2009

[RELUNg h4t!]

Bukan mudah,
Merubah duka jadi suka,
Membawa tawa kala hiba,
Mengusir rasa kelam,
Yang meraja....

Bukan mudah,
Merawat luka di hati,
Kala sendu mula bermelodi,
Menyanyi lagu sepi,
Penuh emosi...

Degup jantung ini,
Tak akan berhenti,
Selagi relung hati,
Sarat merasai,
Cinta yang kau beri...

Bukan mudah,
Rindu terhenti,
Kasih dicampak ke tepi,
Sayang dijual beli,
Cinta ditukar ganti....

[kERN4MU]

Walau jauh,
Kaki tetap ku hayun,
Langkah tetap ku susun,
Kerana kasihmu yang ku pohon…


Walau tinggi,
Masih tetap ku daki,
Masih tetap ku jejaki,
Biar keringat memercik di dahi,
Biar penat menjerut diri,
Kerana rindu merantai hati…


Walau dalam,
Akan tetap ku selam,
Biar kelam,
Biar karam,
Kerana cintamu yang ku idam

[bEN4R]

Benar,
Dalam senyum ada sendu,
Dalam tawa ada pilu,
Bergolak penuh syahdu….

Benar,
Kata bersulam dusta,
Hati larut dalam sengsara,
Jiwa hanyut dalam derita…

Benar,
Bicara penuh bermadah,
Janji penuh berhelah,
Luka kembali bernanah,
Makin parah…

Tapi benar,
Kau selalu ku rindu,
Selalu hadir dalam mimpiku,
Temani aku….

Memang benar,
Kau selalu ku cinta,
Tak pernah ku lupa,
Engkau sentiasa ada…