Thursday, February 25, 2010

[ciNta si TuK4Ng kEbUN]

           "Jadi, ni lah kerja kau selama mana aku keluar outstation! Harapkan pagar, pagar makan padi. Tak guna!!!" Deras suara tuan rumah bagaikan halilintar membelah sepi malam yang semakin larut. Matanya dijegilkan pada susuk tubuh tukang kebun yang terhenyuk di sofa seolah-olah ingin ditelan. Ekor matanya dapat menangkap sekujur tubuh isterinya yang masih tidak sedarkan diri.


            "Ma..maafkan saya tu... tuan. Saya tak...tak bermaksud macam tu." Rayu si tukang kebun cuba membela diri. Peluh dingin memercik di dahinya. Selama dia sepuluh tahun dia berkhidmat dengan tuan besar, baru malam ini dia dapat melihat sisi baran tuannya. Dia benar terkejut. Benar takut.


           "Maaf? Kau ingat aku buta? Kau ingat aku tak nampak apa yang kau cuba buat pada isteri aku?" marah tuan besar makin marak. Tangannya yang menggigil dikepalkan. Sedia untuk dilayangkan bila-bila masa.


             "Tapi tu..tuan, ini hanya salah faham. Saya memang tak bermaksud macam tu dengan cik puan. Saya berani bersumpah atas nama Tuhan." Kali ini tukang kebun cuba bangun dari duduk. Dia cuba meleraikan kekusutan yang berlaku antara dia dan tuannya.


             Belum sempat dia berdiri merapati tuan besar, satu tumbukan padu hinggap di muka. Tepat mengenai hidungnya. Dia merasakan ada cecair panas mengalir keluar. Darah!


            "Tuan..." belum sempat tukang kebun habis berbicara, satu lagi tumbukan singgah diperutnya. Dia tertunduk menahan kesakitan. Sakit yang belum pernah dia rasakan sebelum ini. Tuan rumah masih belum puas, direnggusnya kolar tukang kebun dengan kasar. Dia ingin melepaskan hajatnya. Tuan rumah bagaikan dirasuk. Matanya kemerahan. Dia mengangkat dan menghayun penumbuknya tinggi-tinggi.


           "Papa!!! Apa yang papa dah buat kat uncle Shafiq? Uncle buat salah apa?." Terdengar satu suara dari belakang. Cepat-cepat tuan rumah berpaling untuk melihat. Kelibat dua anaknya yang baru pulang dari menghadiri majlis makan malam menghentikan segala perbuatannnya. Tuan rumah bingkas, kolar baju tukang kebun dilepaskan. Tukang kebun yang masih kesakitan ditolaknya ke lantai. Lelaki itu mengerang.


           "Azie, Fatimah..." panggil tuan besar. Suaranya tersekat di halkum.


           "Apa yang papa dah buat ni? Kenapa papa jadi macam ni? Azie, anaknya yang sulung merapati. Seumur hidupnya, dia tidak pernah melihat papanya berkasar dengan sesiapa. Tetapi malam ini, papanya berlainan sekali. Hatinya yang melonjak girang bilamana mengetahui papanya yang baru pulang dari Dubai hampir luluh pabila melihat apa yang terjadi sebentar tadi. Papanya kini kaki pukul. Ada butir jernih yang bergenang di lopak mata.


            "Kakak!!!, mama..." kali ini Fatimah bersuara. Jarinya ditudingkan ke satu arah. Alangkah terkejut mereka melihat sekujur tubuh yang pengsan tidak sedarkan diri. Mata mereka dibuntangkan. Azie dan Fatimah berlari mendapatkan mama mereka yang terjelopok di lantai berdekatan dengan sofa.

           "Papa bukan papa kami. Papa bukan papa kami!!!" kedua beradik itu meraung sekuat hati. Mereka berdiri menjauhi.


          "Papa jahat!!! Papa pukul mama! Papa pukul uncle Shafiq! Papa jahat!!!" kedua beradik itu kembali menjerit sekuat hati bersama esak tangis yang semakin menggila. Sekujur tubuh mama mereka dakap bersama.

         "Maafkan papa. Maafkan papa anakku..." tuan rumah cuba merayu. Dia cuba meraih simpati          anak-anaknya.


          "Papa pergi dari sini!!! Papa pergi. Kami tak nak tengok muka papa kat sini. Papa pergi!!!" jerit Azie. Kali ini dia tidak dapat membendung rasa sakit hati dan benci pada papa yang selama ini menjadi idola dia dan adiknnya sejak kecil. Papa yang selalu sabar dengan keletah dia dan adiknya yang pelbagai. Papa yang sanggup menemani saat guruh dan halilintar menyambar.


           Tuan rumah masih berdiri. Tubir matanya tidak lagi mampu menampung air mata yang semakin memberat. Dia cuba menyeka juraian airmata dari gugur kebumi. Namun, air mata lelakinya gugur jua. Dia menangis. Tidak disangka, tindakannya untuk membela nasib keluarga disalah-erti anak sendiri.


           "Azie, Fatimah...Bukan...bukan pa..papa yang pukul mama. Mama pengsan tadi. Uncle cuba nak tolong. Tapi..." kedengaran satu suara dari satu sudut. Azie, Fatimah dan tuan rumah segera berpaling. Tukang kebun yang masih cedera cuba menjelaskan segala. Dia masih menahan kesakitan yang masih bersisa. Darah merah yang mengalir keluar dari rongga hidung disekanya dengan ibu jari.


           Tukang kebun cuba mengimbau kembali apa yang berlaku.


           PRANG!!!!


         Kedengaran bunyi derapan kaca yang terhempas. Tukang kebun cepat-cepat berlari masuk kedalam rumah. Matanya melilau-lilau mencari-cari dari mana datangnya bunyi tadi. Jumpa. Alangkah terperanjatnya dia bilamana melihat sekujur tubuh yang terbaring kaku di kaki sofa.


          "Masya-Allah!!! Puan, apa dah jadi ni?" tukang kebun kaget. Serpihan kaca yang bertaburan di lantai masih berselerakan. Tukang kebun cuba mebantu. Dia membersihkan serpihan-serpihan kaca dan meletakkannya di satu sudut. Penuh berhati-hati.


           "Puan..." tukang kebun cuba mengejutkan puan rumah. Tiada reaksi. Sekujur tubuh masih lagi kaku tanpa meberikan sebarang respons.


            "Bibik!!!" jerit tukang kebun. Suaranya lantang dan boleh didengari hingga ke ruang belakang rumah.


             "Bibik!!! Dia mengulangi. Menjerit memanggil nama pembantu rumah yang hampir seusia dengannya. Tiba-tiba dia teringatkan sesuatu.


             "Ya Allah, bibik kan cuti..." tukang kebun bermonolog sendirian. Dia menggaru dahinya yang tidak gatal. Pembantu rumah itu telah memohon cuti untuk beberapa hari atas hal yang tidak dapat dielakkan. Pemandu pula keluar mengambil anak-anak tuan rumah yang menghadiri makan malam.


           "Puan..." tukang kebun cuba memanggil sekali lagi. Masih tiada reaksi. Wajah puan kelihatan pucat lesi.


           Akhirnya tukang kebun membuat keputusan untuk mengangkat puan untuk dibawa ke hospital. Hanya itu caranya. Ketika cuba menganggkat puan rumah itulah dia disergah dari arah belakang. Dia mengenali suara itu seraya berpaling. Dia melihat wajah bengis tuan rumah sarat menyorotinya. Dia berdiri menghadap tuan rumah dan tika itulah dia ditendang dan jatuh terperosok ke sofa.


           "Tapi papa dah salah anggap. Papa pukul Uncle Shafiq sebelum sempat Uncle Shafiq jelaskan semuanya. Papa ingat uncle nak apa-apakan mama. Papa yang salah." Ucap tuan rumah. Dia kesal dengan perbuatannya yang menyerang tanpa usul periksa.


           "Tuan tak salah..."


           "Tapi saya da lukai hati anak-anak saya, dan mungkin isteri saya. Saya dah takutkan mereka semua." Getus tuan rumah lagi memotong kata tukang kebun. Dia tidak dapat menahan perasaan sebak yang menggila. Tangisnya terus-terusan meraja.


           "Maafkan papa..." tuan rumah lantas berpusing dan melangkah keluar. Mungkin dengan cara itu dia dapat menenangkan kedua anak kesayangannya. Dan mungkin dengan cara itu juga dia dapat menebus segala kesalahan yang telah dia lakukan.


            "Papa!!!" serentak Fatimah dan Azie berlari mendapatkan papa mereka. Mereka memeluk lengan papa seerat mungkin.


           "Jangan tinggalkan kami..." tutur Azie dalam esaknya.


           "Kami sayangkan Papa." Giliran Fatimah pula bersuara. Sepertimana kakanya, Fatimah juga tenggelam dalam esak tangisnya yang masih belum reda.


           Tuan rumah mengelus rambut kedua anaknya dan kemudian mengucup ubun-ubun mereka bergilir-gilir. Rasa kasih dan sayangnya tertumpah di situ. Dia benar menyayangi dan mengasihi kedua anaknya. Seketika, tuan rumah mendakap kedua anaknya erat.


           "Maafkan papa. Papa sayangkan kamu berdua. Azie, Fatimah maafkan papa." Kendur suara tuan rumah meminta maaf. Tukang kebun hanya menyaksikan drama keluarga itu dari jauh. Dia meleretkan senyum bahagia melihat keakraban dan kasih sayang yang terjalin antara ahli keluarga tuan tumahnya. Kadangkala timbul rasa cemburu dalam hati. Namun semua itu hilang bilamana kasih sayang itu juga tumpah padanya. Hampir sama. Perlahan, airmatanya menitis.


           "Abang Shafiq ok?" Shafiq mengangkat muka. Azie duduk melutut betul-betul di hadapannya. Mata bening Azie ditatapnya. Mata bening itulah yang telah sekian lama memukau hatinya dan pemilik mata bening itulah yang juga telah mencuri hatinya.


          "Em...ok. Sikit je." Balas Shafiq.


           "Darah tu..." ada riak bimbang di raut wajah Azie. Dia melihat kelibat papa dan adiknya berjalan bergandingan menuju ke arah mama yang sedari tadi tidak sedarkan diri. Dengan pantas, papanya merangkul erat mama dan mengucup ubun-ubunnya.


            Azie kembali berpalin menatap wajah Shafiq. Kali ini dia cuba menyeka linangan airmata yang gugur dari tubir mata Shafiq. Namun pantas Shafiq menghalang. Dia mengenggam tangan Azie erat. Lembut. Kesakitan yang ditanggung seolah hilang. Shafiq terbuai oleh pesona kecantikan dan keayuan yang terpancar pada wajah Azie. Tangannya masih menggengam erat tangan Azie dan membawa ke dadanya.


         "Woi...kau ni kenapa? Dah buang tabiat nak mampus ke apa? Tangan aku yang sekasar kulit kayu ni pun kau boleh angau?" jerkah satu suara. Shafiq terpempan. Cepat-cepat dia melepaskan genggaman tangan. Kamarul menarik tangannya kembali.


        "Eh...Eh, Kam...silap. Sori Kam..." Shafiq malu sendiri. Dia meraup wajahnya beberapa kali. Kelibat Azie hilang dari pandangan. Kamarul yang duduk di hadapannya memandang penuh hairan.


         "Ey..apa da...kau ok ke Fiq." tungkas Kamarul. Dia pelik melihat tingkah laku kawannya itu.


          "Aku mimpi..." ujar Shafiq dalam hilai tawa.


         " Apa maksud kau?" tambah Kamarul lagi.


         "Aku mimpi aku jadi tukang kebun kau. Kau belasah aku sebab kau ingat aku ada skandal dengan isteri kau." Shafiq bersungguh-sungguh memulakan cerita. Cermin matanya dibetulkan.


         "Habis tu yang kau pegang tangan aku, kenapa???"


         "Aku syok kat anak kau. Tu yang aku bantai pegang tangan kau tadi. Aku ingatkan tangan anak kau. Sekali kulit kayu lah..." Shafiq mencebik.


         "Siapa anak aku?"

         "Azie..." pantas Shafiq menjawab.


         "Lalalalala...." Kamarul menekup kedua telinganya dengan tapak tangan. Dia malas melayan karenah Shafiq yang padanya mereng dan sedikit senget dan memerlukan talaan semula. Kamarul berlalu meninggalkan Shafiq yang masih bersungguh-sungguh bercerita.


          "Kam, tunggu. Aku tak habis cerita lagi." Shafiq membontoti Kamarul dari belakang. Mereka berjalan beriringan. Tawa Shafiq masih lagi bersisa. Serentak mereka ketawa bersama.

Monday, February 22, 2010

[ciNtA dALAm hATi]


“Woi, jalan tengok depan la. Tak ada mata ke?!!!”.  Bentak si jejaka. Marah benar dia dengan apa yang berlaku. Buku dan kertas yang dikeleknya tadi,  jatuh bertaburan di lantai. Bertebaran disana-sini.

“Menyusahkan orang je. Ada mata, gunalah!!!”. Omelnya. Mulutnya kumat-kumit melantunkan leteran tanpa henti. Hatinya masih panas.  Tangannya pantas mengutip dan mengumpulkan buku dan kertas yang bertebaran.

15 Minit sebelumnya.
               
“Ok kelas, jangan lupa. Submit assignment  sebelum jam 12 tengahari. Sesiapa yang lewat,  jangan harap saya akan terima ‘sampah’ you all semua! Ucap Profesor Amir  dalam nada penuh tegas.

“Prof, kalau submit petang nanti, boleh tak?” Seorang pelajar siswi mengutarakan soalan.

“Before noon. Ok? Got a problem?”

“Tapi prof...”

“Tak ada tapi-tapi. Submit before noon. Atau, just drop your piece of scrap into the dustbin!!!” Tingkah Profesor Amir.  Kali ini nadanya sedikit tinggi.  Ianya cukup untuk membuatkan kelas pagi itu sepi tanpa ada satu suara yang berani membantah.  Jika ada bantahan sekalipun, ianya hanya berlegar di relung hati.  Bantahan hanya akan menimbulkan padah.   Sesiapa yang membantah juga tidak terkecuali menerima nasib buruk dan ‘sumpahan’ dari MSK.  ‘Mr Silent Killer’.  Pernah suatu ketika, seorang pelajar digagalkan keputusan peperiksaan akhir hanya kerana membantah arahan yang keluar dari mulut “Mr Silent Killer”. 

“Baik prof.” Luah pelajar siswi tadi.  Ada riak kecewa yang berbekas di wajahnya. 

 Ok,so we dismiss our class today. See you soon guys.”  Profesor Amir berlalu meninggalkan dewan kuliah tanpa menghiraukan sebarang permasalahan yang timbul dari kalangan kami. Jelas kedengaran keluhan suara-suara halus yang membisikkan rasa tidak puas hati dengan tindakan Profesor Amir.  Namun keluhan mereka tenggelam di halkum saat berdepan dengan  ‘pembunuh senyap’ sebentar tadi.

Aku juga tidak terkecuali.

Cepat-cepat aku kemaskan segala buku dan nota yang aku salin sebentar tadi.  Aku ingin ke perpustakaan mencari sedikit bahan untuk assignment yang diberi.  Jam di tangan ku kerling.

“Gila apa orang tua ni?! Satu jam untuk assignment, period ke apa? Mana sempat nak siap.” rungut aku sendiri. 

Aku menyandang begku dan kemudiannya melangkah keluar meninggalkan dewan kuliah yang semakin lengang. Hanya tinggal beberapa pelajar siswi dan siswa yang masih berborak sesama sendiri tanpa aku tahu butir bicara dan topik perbincangan mereka.  Mungkin masing-masing merencana strategi untuk menyiapkan tugasan yang diberi.  Mungkin.

Langkah kaki aku cepatkan.  Aku cuba mengejar masa. Apa yang membimbangkan aku, kalau-kalau tika ini perpustakaan dipenuhi pelajar lain yang juga sepertiku.  Ingin mencari bahan bacaan dan mengulangkaji, dan ada juga segelintir pasangan yang mabuk cinta mengambil kesempatan untuk menganyam rasa kasih dan sayang, merakam gambar pasangan dan kemudiannya bergelak-tawa dari membelek dan meneliti nota kuliah. Suasana begitu adalah rutin harian yang dapat disaksikan dan nyatanya, ianya amat menjengkelkan.

Setibanya di perkarangan perpustakaan,aku  mengeluarkan buku dan salinan nota dari beg sandang yang aku bawa, sebagai rujukan bagi menyiapkan tugasan yang dibekalkan sebelum meletakkannya di dalam loker yang disediakan.  Dan sebelum sempat aku membuka pintu utama perpustakaan, aku terjatuh akibat daripada dorongan pintu kaca yang ditolak dengan kuat oleh seseorang dari dalam.

“Woi!!!, agak-agak la, jalan tengok depan. Tak ada mata ke?!!!”.  Aku membentak pada gadis ‘buta’ yang membuatkan aku terjelopok jatuh. Marah benar  dengan apa yang berlaku. Buku dan kertas yang aku kelek sebentar tadi,  jatuh bertaburan di lantai. Bertebaran disana-sini.  Mata-mata yang melihat kejadian itu hanya memerhati dari jauh dan ada di antara mereka yang datang mendekati.

“Menyusahkan orang je. Ada mata, gunalah, jangan letak kat lutut!!!”. Omelku. Mulutku kumat-kumit melantunkan leteran tanpa henti. Hatiku benar panas.  Langsung aku tidak pedulikan pada mereka yang memerhati.  Belum sempat masalah Profesor Amir aku selesaikan, timbul pula masalah baru.

“Yang kau tercegat je kat situ apahal, tak reti-reti nak tolong?!!! Bentakku lagi.  Terkonyoh-konyoh si gadis tadi tunduk menolong mengutip kertas yang bertaburan, menyusunnya dan menyerahkan kembali padaku.   Takut benar dia untuk bersemuka denganku.  Dia hanya menundukkan wajah tanpa memandang aku.

“Ma..ma..maaf.  Saya tak sengaja.” Tersekat-sekat gadis itu menuturkan bicara.  Masih tunduk.  Aku hanya merengus.

“Kau bawa maaf kau tu, kau cuba jual kat pasar. Nak tengok berapa ringgit kau dapat!!!”

“Tapi, bu...bu...bukan sa...saya je yang salah.  Awak pun salah sebenarnya, awak sepatutnya beri peluang kami keluar dulu.” Tutur si gadis itu lagi.  Ada sedikit keberanian yang disuntik dalam tuturnya.

“Kau langgar aku, lepas tu kau salahkan aku tak tengok kiri-kanan.  Kau tu yang buta.  Ni pintu kaca la mak cik, bukannya kayu.  Kau boleh nampak aku kat luar ni.  Mata kau tu da campak kat mana, hah???” aku menuding dua jariku hampir ke matanya.  Dia cepat-cepat tunduk menutup mata bila aku berbuat demikian.  Wajahnya kemerahan.

“Agak-agakla saudara, kawan saya tu.” Kedengaran satu suara cuba menempelakku.

Aku bingkas bangun.  Menepuk-nepuk habuk dan debu yang tertempel di seluar meninggalkan si gadis tadi yang masih terduduk di muka pintu.  

“Kau jangan sibuk boleh? Ini hal aku dan si buta ni. Lepas ni, kau tolong ajar kawan kau ni berjalan dengan lebih beretika supaya tak menyusahkan orang lain.” Tegasku sambil berlalu melintasi si gadis. Rakan-rakannya yang lain memandangku penuh benci.  Mungkin mereka marah padaku kerna tidak menerima lafaz maaf sahabatnya dan juga menolak untuk menerima kesalahanku.

“Kereknya mamat tu.  Berlagak habis.” Luah seorang rakan gadis itu.

“Dia dengan poyo dia tu sama tinggi je, pegi mati je orang macam tu. Sofea, kau ok?” Salah seorang rakan si gadis cuba membantu Sofea untuk berdiri.  Mereka sama-sama memapah Sofea dan kemudiannya berlalu meninggalkan perpustakaan.

Di dalam perpustakaan, aku mengambil meja di satu sudut paling hujung.  Sebolehnya aku cuba untuk menenangkan diri.  Dan sebolehnya aku cuba mencari ketenangan agar dapat aku sejukkan sekeping hati.  Masih ada mata yang memerhati, tetapi aku langsung tidak ambil peduli.  Ku capai sehelai kertas dan terus larut dalam tugasan yang diberi tanpa menghiraukan kelibat yang lalu lalang.  Aku larut dalam penghayatan.

Fuh...siap akhirnya. Harap orang tua tu puas hati.  Kalau dia reject, masak aku dibuatnya.  Tapi minta-minta  semuanya selamat.  Aku akan pastikan aku grad semester ni.”

Usai menghantar tugasan, aku melangkah meninggalkan bangunan pentadbiran menuju kawasan parkir motosikal untuk keluar makan tengahari.  Terik mentari tengahari itu benar-benar menyengat. Udara panas semilir mengalir.  Meghembuskan bahang panas.   Jelas kelihatan hampir keseluruhan rumput yang baru di tanam di kawasan kampus layu kekuningan kesan dibakar hangat mentari.

                Di kejauhan, tampak berbalam-balam susuk tubuh siswa dan siswi berjalan bergandingan menuju kenderaan masing-masing.  Tika ini, siswa dan siswi berpusu-pusu keluar untuk menikmati hidangan tengahari dan menyisip segelas air bagi menghilangkan rasa haus dan dahaga yang menjalar.

“Bumi semakin panas. Makin gering.” Getusku dalam hati.  Butir-butir jernih mula berbunga di dahi. Mengalir dan kemudian titisan jernih itu gugur ke bumi.  Titis jernih berbau keringat.

Sementara itu di sebuah gerai makan berhampiran kampus, kelihatan Sofea yang sedang menangis ditenangkan rakan-rakannya. Dia menangisi perihal yang menimpanya sebentar tadi.   Benar, dalam soal tadi, dialah yang bersalah.  Tapi baginya, dia tidak berhak untuk dimarahi apatah lagi diherdik dengan penuh berani oleh siswa yang langsung tidak dia kenali.

           “Fiya, sabarlah. Yang lepas tu biarkan je lepas. Lepas ni kalau aku jumpa mamat yang buat kau menangis sekarang ni, aku akan buat dia melutut dan minta maaf dengan kau.”  Ujar Fatimah dalam loghat Sabah cuba menenangkan.  Dia mengusap rambut dan belakang badan Sofea.  Kasihnya pada Sofea tetumpah di situ.  Geram benar dia dengan tindakan dan sikap siswa yang padanya dianggap biadab dan berlagak yang telah menyakitkan hati sahabat karibnya.

“Betul kata Fatimah, yang lepas biarkan lepas. Paling penting kita kena ajar mamat poyo tu...”ulas Ayuni.

“Aku setuju!!!” kedengaran suara Fatimah, Shazwani dan Azie separa menjerit.  Hampir serentak.  Mereka mula berkira-kira apakah hukuman terbaik yang perlu dikenakan pada siswa biadab tersebut.

“Apa maksud kau???” ujar Sofea menginginkan kepastian.  Kedua matanya yang bundar memandang tepat wajah Ayuni. Susana hening seketika.  Mereka berlima cuba merencana.

“Aku ada cara.” Shazwani mula bersuara menghalau keheningan yang hampir meraja di antara mereka.

Sejenak mereka berlima ketawa tanpa menghiraukan pelanggan lain yang turut sama menikmati hidangan makan tengahari.  Tangis Sofea hilang di sebalik perancangan yang telah diaturkan untuk tujuan balas.  Sakit hatinya sedikit terubat.  Dia melemparkan pandangannya ke jalanraya yang sibuk dengan kenderaan yang lalu-lalang.  Pandangannya kosong tika itu.  Masih jelas tergambar setiap apa yang berlaku sebentar tadi di ruang matanya.

“Assalamualaikum, pak cik” aku menghulurkan salam pada pemilik kedai yang berusia hampir separuh abad usai memarkir motosikalku.  Aku melemparkan senyum seraya berjabat tangan.  Aku adalah antara pelanggan tetap yang selalu mengunjungi warung yang lokasinya hampir 1 kilometer dari pintu utama kampus.  Letaknya betul-betul di hadapan papan tanda Kampung Pertama dan Masjid Batu Kampung Pertama.

“Wa’alaikumussalam.  Lama tak jumpa.  Sibuk ke?”  Soalnya selepas menjawab salam yang diberi.

“Biasalah pak cik, student macam saya ni mana penah nak senang.  Sibuk je memanjang.”  aku menjawab persoalan.  Sekadar berbasa-basi.

“Mai sorang ja ka?” soalnya lagi dalam pekat loghat Pulau Pinang.  Tangannya pantas mencedok nasi ke dalam pinggan dan menyerahkannya padaku.

“Haah.  Datang sorang je.  Orang rumah sibuk.” Aku cuba bergurau.  Perkataan orang rumah yang keluar dari mulutku sengaja aku tekankan.  Seketika, kedengaran hilai-tawa kami berdua berhamburan.

Tengahari itu aku makan dengan penuh nafsu.  Masakan tidak, lauk-pauk yang  terhidang dalam pingganku cukup untuk membuat sesiapa yang memandang kecur liur.  Ikan bakar, air asam, sedikit ulaman, sayur kangkung masak belacan dan air durian belanda.  Juadah yang selalu aku inginkan.  Sesekali, juadah sebegini mengingatkan aku pada kampung halaman.  Mengingatkan aku pada susuk tubuh tua yang selalu setia menyediakan juadah dan hidangan kegemaranku bilamana aku pulang kampung halaman. Betapa aku rindu pada air tangan ibuku.  Emosiku mula berkecamuk.

*****

Tuesday, February 9, 2010

'Abang Kamarul sensitif...'. Itu antara komen yang aku terima sepanjang 3 hari 2 malam aku berkampung di Sekolah Menengah Haji Mohd Taib, Chemor Perak.

Sensitif pada aku terlalu subjektif. Benar, akhir-akhir ini aku mudah tersentuh. Setiap apa yang berlaku dan jika ia menggetar rasa jiwa, pasti air mata yang akan mengalir keluar dari tubir mata. Mudah untuk hati ini terusik. Tapi itu bukanlah satu paksaan, tapi ia lebih kepada suatu luahan. Betapa aku benar 'memandang'.

Sunday, February 7, 2010

iNd4HNyA jiKA

Indahnya bila kita dilamun cinta, semuanya indah tanpa ada cacat cela. Sempurna sifat dan peribadinya buat kita 'gila' dan sentiasa berada di satu sisi dunia yang ironinya hanya yang bercinta dapat merasakan indahnya cinta. Dari riak wajah yang mempesona, untaian senyum penuh makna, getar rasa yang berlagu di dada, kita dapat lihat betapa cinta itu punya sentuhan magis bilamana ianya dapat menukarkan transisi dunia gelap kepada satu ruang yang penuh cahaya cinta dan transformasi sebaliknya berlaku dari terang langit kepada kelam bilamana cinta itu pudar warnanya. Cinta juga mampu merawat kisah duka kepada suka dan mungkin meracuni sebuah kisah suka kepada sebuah kisah yang melara jiwa sang pencinta.

Ada pendapat yang mengatakan cinta itu buta dan ianya boleh membutakan. Buta atau tidak cinta itu tidak siapa yang tahu, zat cinta itu juga bersifat universal dan tidak junub maknanya. Bergantung kepada pemikiran individu dalam mencari tafsiran makna cinta dalam ertikata yang lebih khusus. Tenggelam dalam arus cinta dunia seorang adam kepada hawa. Seorang Romeo kepada Julietnya. Cinta agung yang membutakan mata, yang membuat telinga jadi pekak dan tuli dan menjadikan hati keras dan mati. Mati untuk menilai kewajaran harga cinta sejati yang hakiki.

Dalam mengharungi dan melayari bahtera kehidupan, mata tidak akan lepas memandang dan sering diperdengarkan dengan alunan bait-bait cinta yang berlagu dan melodinya cukup untuk meruntun sebuah jiwa dan kita juga sering diperlihat dan dipersembahkan dengan kisah cinta Adam yang sanggup berkorban demi mencari cinta Hawa, sanggup bergadai nyawa,berkorban jiwa dan raga untuk si jantung hatinya, seorang Romeo yang sanggup melakukan apa sahaja untuk mendapatkan cinta Julietnya, dan sanggup untuk sehidup semati bersama kekasih hatinya, kisah duka Uda dan Dara, kisah Shah Jahan, seorang raja yang sanggup membina istana Taj Mahal dalam pembuktian cinta kepada Mumtaznya.

Harfiahnya, kisah cinta manusia kepada Allah lebih kepada segala kisah cinta agung dunia. Ianya bersifat hakiki dan sempurna. Cinta kepada Allah tidak pernah membawa lara kepada sebuah jiwa, tidak pernah menukarkan terangnya cahaya kepada satu sisi dunia yang gelap gelita tetapi kisah cinta manusia terlalu banyak kelemahannya. Cerdik pandai ada menyebut 'Cinta kepada bunga tiada gunanya kerana bunga itu pastikan layu, gugur penuh syahdu...'

[k3MbAL!]

Masih sempat untuk kita kembali, selagi mana rasa sesal dan insaf masih bisa menyelinap masuk dan meresap dalam hati. Istiqamah, agar kita tidak mudah goyah membelah badai ombak yang  gelombangnya kadangkala menggila. Agar kita terus tabah menghadapi hidup yang kadangkala penuh dengan warna nista dan dusta. Dan semoga kita terus cekal untuk hidup berdiri, atau mungkin berlari mengikut arus perdana masa kini. Jangan sesekali kita dirasuk dengan asak tari yang hanya akan membunuh diri. Jangan!!!

[pErMULaAN sEgAL4]

"Ya Tuhanku, janganlah kau bolak-balikkan hati-hati kami setelah kau beri petunjuk dan hidayah pada kami."

Biar setinggi mana ego yang bersarang di dada, aku harapkan agar masih ada ruang untuk rasa malu membenih di jiwa. Biar ia tumbuh subur, dan terus subur. Ego, sombong, bongkak, riak, hanya pakaian orang yang mata hatinya dibutakan, telinganya dipekakkan dan hatinya dimatikan!