Tuesday, April 30, 2013

Nota Untuk Dia - Awak

Assalamualaikum.
 Sebagai nelayan laut dalam yang komited tentang kerja, selalu aku diajukan soalan-soalan yang aku klasifikasikan sebagai mudah untuk aku jawab. Dan kadangkala, ada je soalan yang menguji minda. Yang mana soalannya kita klasifikasikan tak masuk akal dan tahap kesukarannya adalah lebih tinggi dari menyelesaikan permainan sudoku tahap sukar.

 Tapi aku maintain tenang. Hanya yang tenang akan beroleh kemenangan. Dan hanya yang tenang akan berjaya menemukan jawapan. *eceh

Memandangkan yang bertanya perlukan jawapan. Tugas aku cuma memberikan jawapan. Betul atau tidak, logik atau tidak itu cerita belakang. 

Kerja apapun yang kita lakukan, biar ikhlas.dari situ datangnya keberkatan. Ye dak?

"Awak, apa yang ada kat tengah-tengah laut?"

"Kenapa awak tanya soalan tu?"

"Thehehe...saja je nak tahu. Awak kan kerja kat tengah laut. So saya nak tahu kat tengah laut tu ada apa. Tak boleh ea?"

"Sape cakap tak boleh? Boleh je. Selagi mana soalan tu tak susah dan tak memerlukan pengiraan yang kompleks saya akan cuba jawab setiap persoalan yang bermain di fikiran awak dan berikan jawapan yang terbaik untuk setiap soalan tu. So,awak boleh tanya apa pun. Tapi pastikan ianya bukan soalan-soalan sukar."

"Eleh...habis tu soalan tadi tu susah ke nak jawab?"

"Soalan mana?"

"Hisy...tengok tu. Lupa ea? Baru je kejap tadi tanya."

"Owh...soalan tadi tu ke? Ingatkan soalan mana...er, sori. Lupa tu kadang-kadang boleh datang tanpa perlukan permit atau surat kelulusan."

"Yelah. Soalan tadi. Apa yang ada kat tengah-tengah laut?"

"Mudahnya soalan."

"Eeee...berlagak!!! Jawablah cepat kalau soalan tu mudah sangat. Huh!"
"Hahahaha...tomey bila buat awak buat muncung macam tu. Macam angsa. Hahahaha..."

"Okay...okay, nak tahu tak ni jawapan dia apa?"

"Ala,merajuk ke? Em, tak perlu la kot saya jawab soalan awak tadi, kan?"

"Eeee...jawab je la. Saya dengar je ni. Saya tanya betul-betul, awak main-main. Benci!"

"Yela...saya salah. Saya minta maaf."

"Okay, kalau awak nak tahu,dekat tengah-tengah laut tu ada apa. Jawapannya ada AWAK."

"Ada saya?"

"Yela, ada awak."

"Hah? Tak faham. Maksudnya?"

"Kan saya kerja tengah laut. So mestilah saya ada kat situ. Tapi awak kena tahu bahawa sesungguhnya saya tak pergi sorang-sorang tengah-tengah laut biru tu. Saya selalu bawa awak setiap kali saya ke situ sebagai teman. Saya tak pernah tinggal awak. Awak selalu ada dalam hati saya. Awak perlu tahu hakikat itu. "


"Huh...mengada. Tak nak tanya apa-apa dah lepas ni..."

"Haha...macam tu pulak."

*p/s : Kalau tetiba lepas korang baca cerita ni korang rasa nk muntah atau demam atau mungkin tiba-tiba je meningkat suhu badan, aku sarankan klik je icon x pada penjuru atas sebelah kanan

Tuesday, April 23, 2013

Nota Untuk Dia - Pensil & Pemadam

Aku mengaku, aku seorang pelupa. Ya. Pelupa yang setia. Dek kerana sifat lupa aku, sering aku libatkan orang lain untuk turut sama merasa susah mengingatkan pada sesuatu perkara yang mereka sendiri tidak tahu titik kepastiannya. Kunci kereta yang selalu aku tinggalkan merata, wallet yang kerap aku tinggal dalam kereta, dokumen yang aku tinggal tak bertanda adalah antara cebisan dari ratusan atau mungkin ribuan kes-kes lupa yang kerap melanda. Paling ketara, aku ada masalah untuk mengingati nama. Kadangkala makan masa berhari-hari untuk aku ketuk dan buka pintu memori lama untuk mengingat semula. Jujur,aku mengharapkan ada seseorang yang akan selalu ingatkan aku bila penyakit lupa tu datang menyapa sekali-sekala. Kelam kelibut kesannya. Haru biru  dibuatnya.

Ada seorang ustaz pernah berpesan secara tidak sengaja. Nak tajamkan minda, "Amalkan minum/makan madu dan selalu berdamping dengan Al-Quran untuk elak nyanyuk di masa tua..."

Sedikit 'keras' tegurannya buat yang terasa (*tunduk mengalir air mata). Ye lah, orang melayu islam hari ini lebih prefer untuk hafal lagu-lagu korea dari hafal juz amma. Ye dak? *terasa lagi.

Tapi cerita Korea 'A Moment To Remember' mungkin boleh bikin lelaki bermuka Hitler mengalir air mata. 


"Awak...."

"Ye saya. Kenapa awak?"

"Kita rasa macam ada pemadam dalam otak kita."

"Hah? Apa maksud awak? Kenapa awak cakap macam tu?"

"Entahlah, kita selalu lupa. Susah nak ingat sesuatu benda. Kadang-kadang tu kita nak sebut pintu pun kita lupa. Sampaikan kena ambil masa yang lama baru boleh ingat semula. Teruk kan kita?"

"Hah? Sampai macam tu sekali? Tak buat medical check up ke?"

"Dah buat dah. Dah go trough MRI and CT Scan, based on result, doktor cakap kita okay. Tak ada apa-apa masalah. Tapi sometimes, kita tetap lupa jugak."

"Tapi awak tak lupa nama kita, kan?"

"Isy...kita serius dia main-main pulak..."

"Awak...janganlah marah. Kita gurau je."

"Kalau satu hari nanti kita betul-betul lupa nama awak, siapa awak dan apa yang pernah berlaku antara awak dan saya macamana?"

Awak...jangan cakap macam tu. Jangan buat prediction yang bukan-bukan. Please..."

"Saya bukan buat prediction yang bukan-bukan. Saya memang pelupa dan saya takut pemadam yang ada dalam otak saya akan terus padam segala memori saya yang ada."

"Tapi doktor dah sah kan yang awak tak ada apa-apa masalah, kan?"

"Betul. Memang doktor dah sah kan yang saya tak ada apa-apa masalah. Tapi kalau saya betul-betul lupa macamana? Kalau pemadam ni kekal dalam otak saya dan padam memori hingga saya lupa segala, adakah awak akan kekal jaga saya dan sayang saya sepenuh jiwa?"

"Kalau awak tu tak realistik. Kita belum tahu apa yang akan berlaku esok hari. Apa yang perlu kita lakukan adalah buat sehabis baik untuk sempurnakan hari ini. Dan kita akan hadapi hari esok dan hari-hari yang akan datang bersama-sama. Kalaupun pemadam tu padam segala memori awak hingga awak lupa segala, saya akan jadi pensil dan tulis semula supaya awak tak terus lupa. Saya akan terus-terusan menulis sampai ke tua. Dan kita akan mulakan setiap babak yang sama yang awak lupa beratus atau mungkin beribu kali, kerana dalam kisah cinta kita jalan ceritanya adalah infiniti. Selagi mana udara yang kita sedut hari ni kita kongsi selagi itu saya akan setia menemani. Ini bokan soal janji ditepati, tapi ini adalah soal janji saya depan saksi, wali dan tok kadi tak termasuk jiran tetangga, sanak saudara, sahabat handai, rakan taulan dan mereka-mereka yang namanya tidak dapat saya sebutkan di sini kerana ia akan mengambil masa berhari-hari."

Cik perempuan senyum meleret.

"Awak...terima kasih."

"Kasih anda diterima tanpa perlu melalui sebarang proses atau karenah birokrasi."

"Mengada-ngada!!!"

"Itu memang saya. Baru kenal ke?"

Saturday, April 20, 2013

Nota Untuk Dia - Hensem


Ramai lelaki sekarang bersifat metroseksual di mana penampilan diri adalah salah satu faktor yang perlu diberikan penekanan utama demi menjaga imej dan ketrampilan diri di hadapan khalayak yang sama atau berlainan jantina sehinggakan kelompok baru ini (lelaki metroseksual) dilihat cenderung untuk kelihatan sempurna tanpa ada cacat celanya. 

Hensem itu ....... (isikan tempat kosong).

Hensemkan hati, insyaAllah perempuan tak akan lari. Malah ramai yang akan berkejar mencari. Eh!


*****

"Awak...saya nak tanya satu soalan boleh tak? Tapi awak kena jawab dengan jujur taw...tak nak tipu-tipu."

 "Macam serius je bunyinya. Em, awak nak tanya apa?"

 "Tak seserius mana. Tapi saya cuma perlukan jawapan yang jujur. Itu saja."

"Okay...awak nak tanya apa?"

 "Errr...jangan gelak taw..."

 "Kenapa? Soalan awak lucu sangat ke?"

"Mungkin lucu pada awak, tapi tak lucu langsung pada saya..."

"Hahaha...okay. Baiklah, saya tak akan gelak. Zziiiipp!!! Saya dah kunci mulut saya. Apa soalannya?"

"Saya hensem tak? Jujur."

 "Bhahahaahahahahah...."

"Amboi gelak sakan nampak. Nak jadi orang munafik ke sampai sanggup mungkir janji?"

"Huhuhu...sorrriii."

"Em, nak jawab ke tak?"

"Mestilah nak."

"So, apa jawapannya?"

"Kejap nak fikir jap. Susah nak bagi jawapan ni. Karang kalau silap bagi jawapan merajuk pulak nanti..."

 "Saya tak kisahlah. Saya dah bersedia terima apapun jawapannya. Sebab tu saya tanya."

"Tapi kenapa tiba-tiba je tanya soalan tu? Sebelum ni tak pernah pulak nak tanya. Mimpi apa semalam?"

"Awak....saya tanya awak satu soalan je. Tu pun saya masih belum dapat jawapan, tapi awak dah ajukan pada saya dua soalan. Bertubi-tubi. Siapa tanya siapa ni?"

 "Hisy...Okay. Jujur. Awak memang hensem. Dan sejujurnya awak adalah lelaki paling hensem pernah saya jumpa selepas ayah saya."

"Ehemmm...dah agak dah. Saya memang tahu saya seorang yang hensem, kacak, macho, bergaya dan baik hati. Terima kasih untuk pujian tu."

"Euwww...jangan nak bangga diri sangat."

"Hahaha...taklah. Saya mensyukuri nikmat."

"Huh!!! Yelah tu. Syukurlah sangat. Tak macam bersyukur pun. Bangga diri adalah."

Cik perempuan tarik nafas. Tangan kanannya menongkat dagu.

"Em, tapi kan..."

 "Tapi apa?"

"Awak tahu tak yang perempuan akan rasa tak secure bila bersama lelaki hensem?"

"Macam tu ke? Kenapa perempuan nak kena rasa tak secure? Bukan diaorang patut bangga ke sebab dapat berdampingan dengan lelaki hensem?"

 "Bangga tu ya. Tapi dalam masa yang sama perempuan akan tetap rasa tak selamat."

"Tapi kenapa?"

"Sabarlah...saya nak terangkan ni."

"Thehehe...okay-okay. Silakan."

"Perempuan akan rasa tak selamat sebab lelaki hensem ni cenderung untuk mencari pasangan yang pada dia lebih ideal dan sepadan dengan dia dengan cara membandingkan apa yang dia ada sekarang (baca : isteri/awek/gf/makwe/tunang) dengan perempuan lain yang berlegar disekeliling. So, dalam keadaan yang sebegitu, kebarangkalian untuk lelaki hensem ni date dengan perempuan yang lebih pedas dan panas (baca : hot) adalah tinggi. Faham?"

 "Maafkan saya, izinkan saya membuat celahan."

"Em, silakan."

"Saya mewakili lelaki hensem yang berada di luar sana di mana klasifikasi dan justifikasi 'handsome' keluar dari mulut seorang perempuan, ingin saya tekankan di sini bahawa bukan semua lelaki hensem bersifat sebegitu. Mungkin hanya segelintir lelaki hensem yang perasan dirinya hensem sahaja yang bersikap demikian dan bukan kesemuanya. Saya tekankan sekali lagi bukan semua."

"Euwww...tak payahlah nak cakap macam tu. Saya tahu awak tu pendebat. Tapi awak dah lama pencen. Cakap biasa je...saya ketuk kang!"

"Thehehehe...sori. Dah lama tak berhujah Rindu."

 "Okay, berbalik kepada pernyataan yang awak keluarkan tadi, saya rasa tanggapan tu hanya valid untuk segelintir lelaki sahaja. Kerana, saya melihat bahawa hensem itu adalah subjektif sifatnya. Ia bergantung kepada pemerhatian individu itu sendiri. Sebagai contoh, saya yang awak kata hensem, dimana titik rujukan untuk awak menilai darjah kehenseman saya? Kayu ukurnya apa. Atau dimana indikatornya? Mungkin awak beranggapan bahawa mata saya yang sepet ni yang buat saya nampak hensem bergaya tapi pada pandangan mata orang lain mungkin tak. Itu yang saya katakan sebagai subjektif. Soal cenderung untuk cari yang lain pada saya itu adalah asbab lain. Ketidakpuasan dalam sesebuah perhubungan memungkinkan berlakunya kecurangan. Apa yang saya maksudkan ketidakpuasan di sini adalah dari aspek keserasian, kepekaan terhadap pasangan, pemahaman, tatacara, tuturkata, atau mungkin rasa tidak selesa yang wujud di antara pasangan. Itu adalah antara faktor penyumbang. Lelaki, samada dia hensem atau tidak, kacak atau tidak cenderung untuk memilih yang terbaik untuk dijadikan pasangan. Begitu juga perempuan. Makanya, adakah menjadi satu kesalahan untuk lelaki ini memilih sebutir berlian di balik kemilau jutaan kaca? Sebagaimana perempuan menginginkan pasangan ideal untuk dijadikan teman hidup, sama lah halnya dengan lelaki. Besar hajat mereka untuk menyunting bunga yang santun budi, halus pekerti, molek tingkah, baik hati, lembut bicaranya untuk dijadikan calon isteri. Bukan untuk sehari cuma, tapi untuk selama hayat mereka. Itu signifikannya."

Inche lelaki tarik nafas perlahan-lahan. Kemudiannya dihembus. Semput barangkali.

"Awak nak ke hidup dengan lelaki yang hensem tapi panas baran, suka marah-marah, kaki pukul, kaki botol, pengotor, malas beribadah, pentingkan diri untuk awak jadikan calon suami?"

 "Tak nak!"

"Begitu juga lelaki."

 "Awak nak tak hidup dengan lelaki hensem yang baik budi, penuh diplomasi, romantik, penyayang, selalu dekat dengan Tuhannya untuk awak jadikan calon suami?"

"Mestilah nak. Siapa yang tak nak lelaki yang boleh memberikan kebahagiaan. Kan?"

"Tahu pun. Begitu juga lelaki."

Inche lelaki pula yang tarik nafas sekali lagi.

 "Hensem bukan dinilai dari susuk fizikal yang tegap, cerah atau tinggi, tapi hati. Bila hensem hati sang lelaki, maka tak ada lagi kecenderungan untuk lelaki memilih atau membuat perbandingan sesuka hati. Tapi dengan syarat, perempuan perlu turut sama sekaki. Perlu cantik hati. Faham cik isteri?"

"Faham inche suami."

"Alhamdulillah."

"Awak tak nak tanya saya ke tang mana awak nampak hensem menurut kacamata saya?"

"Huhu...tang mana?"

"Semua yang ada pada awak."

" Dan setiap apa yang awak buat akan menyerlahkan kehenseman awak yang sedia ada."

"So, awak rasa tak selamat?"

 "Entah. Tapi saya rasa selamat."

"Hahaha..."

"Kenapa gelak?"

"Saya masih rasa saya tak cukup hensem sebab awak rasa selamat. Tapi itu bukanlah menjadi satu masalah bagi saya. Hensem atau tidak keselamatan awak tetap di bawah jagaan saya. Kemampuan untuk memberikan awak rasa bahagia dan selamat itu yang utama, kerana pada saya itu yang didefinisikan sebagai hensem yang sebenar-sebenarnya."

Friday, April 19, 2013

Nota Untuk Dia - Beza

Tak semua orang suka apa yang kita suka, tapi kita selalu cakap, 'Ada aku kisah?' Kalau aku diberi peluang untuk jumpa mereka yang macam ni, aku akan cakap, 'Ya, kau memang perlu kisah. Sebab bila dah masuk fasa berumah-tangga nanti, 'kisah' tu lah yang akan menentukan hala tuju samada kekal utuh atau jadi ranap dan punah ranah. 

Maaf, beremosi sikit. Tapi harap tak ada yang hatinya sakit.

Masih belajar dan bertatih untuk terus ambil 'kisah'. 




"Tengok apa tu?"

"Kucing? Kenapa dengan kucing?"

 "Saja tengok-tengok...Mana lah tahu nanti awak bagi saya bela seekor dua..."

"Hah?"

"Kalau saya di beri peluang untuk bela kucing, saya nak bela kucing jenis American Short Hair dengan Bengal. Cantik!"

 "Tak ada maknanya. Cantik tak cantik. Awak tahu kan saya takut kucing? Awak tak kesiankan saya?"

"Sebab kesian lah saya nak bela kucing. Dapat juga dia teman awak dan si kecik tu nanti bila saya tak ada. Tak adalah awak dan si kecik sunyi sangat."

 "Hisy...tak nak lah...cerewet. Buatnya dia cakar semua sofa dan langsir yang ada ni macamana?"

"Potonglah kuku dia setiap minggu. Trim jangan bagi panjang dan tajam."

"Mengarut..."

"Bhahahahaha..."

"Jangan gelak...saya serius ni."

 "Ala, kalau dah kucing tu cakar sofa dan langsir awak, sekurangnya dia dah membantu awak. Kira bagus apa?"

"Bagus apanya kalau dah asyik mencakar."

 "Baguslah. Sekurang-kurangnya awak ada alasan untuk minta tukar sofa dan langsir baru."

"Eeeee....pandai lah awak."

"Baru tahu ke?"

"Dah tu awak nak saya cukur ke semua bulu-bulu kucing awak tu kalau bulu dia gugur merata? Nak?"

"Awak ni, kan saya dah hadiahkan vacum cleaner untuk awak. Guna la vacum cleaner tu. Tak baik taw membazir."

 "Ada je idea awak, kan?"

"Hahaha...awak marah?"

"Tak. Geram!"

"Thehehehe...comelnya."

"Awak betul ke ni nak bela kucing?"

 "Tak lah betul sangat. Tunggu saya dah kerja full time kat darat nanti. Time tu baru fikir. Saya tak nak susahkan awak."

 "Susahkan? Maksud awak, awak tak nak susahkan saya jaga dia kalau awak tak ada. Macam tu?"

"Em...itu satu hal. Hal yang lainnya saya tak nak dera psikologi awak untuk terus-menerus terima dan hadam apa yang saya suka dan tak suka dalam satu masa. Takut nanti awak tak boleh terima dan 'muntahkan' balik semua. Lagi haru nanti jadinya. Benda-benda yang melibatkan penerimaan ni memerlukan masa. Perlu diperkenalkan secara berperingkat. Awak takut kucing, tak kan tiba-tiba saya nak bela dan letak kucing tu dalam rumah. Tak cukup tanah awak lari nanti. So, apa yang perlu saya buat, kenalkan awak pada haiwan yang bernama kucing tu dulu. Terangkan sifat dan tabiat dia. Jelaskan ciri-ciri fizikal dia. Apa yang kucing tu suka dan tak suka. Dari situ baru boleh pupuk minat awak untuk membelanya. Bukan dengan menakutkan awak atau momokkan awak dengan benda yang tak sepatutnya. Kucing ni pun beremosi macam manusia. Adakalanya dia bad mood sebab putus cinta dan adakalanya dia hepi sebab dapat keluar date dengan kucing yang berlainan jantina. Jadi, kenalah belajar untuk memahami emosinya. Tak boleh main terjah je. Dia tak agan gigit atau cakar kalau dia rasa tak terancam. Kalau terancam, barulah dia terkam."

 "Em...okay. Tapi kalau saya tetap tak boleh bela kucing tu nanti macamana?"

"Saya akan hormati keputusan awak. Itu namanya meraikan perbezaan. Kerana perbezaan itulah yang menyatukan kita. Perbezaan tu perlu ada, sekurang-kurangnya nanti kita boleh gaduh-gaduh manja bila berdebat tentang sesuatu perkara."

"Macam tu ke? Tapi kenapa ramai je pasangan (lelaki/perempuan) yang tak suka bila pasangan (perempuan/lelaki) mereka punya pendapat atau minat yang berbeza antara mereka?"

"Sebab mereka tak meraikan perbezaan yang sedia ada. Awak tak akan jumpa waima awak ronda keliling dunia dengan pasangan yang berkongsi rasa yang sama. Awak, kopi tu sifatnya hitam pekat, likat. Kelat. Kalau kita minum kosong macam tu sah-sah herot muka, silap-silap boleh tersedak. Tapi cuba campur susu. Tak ke berbeza rasa dan sifatnya. Kopi yang tadinya hitam pekat akan berubah warna. Kopi yang tadinya kelat tu akan berubah rasa. Rasa kopi yang tadinya kelat akan berkurang, diganti pula dengan rasa manis, lemak berkrim yang memberi umphhh yang sukar untuk kita gambarkan."

"Betul juga. Sebab tu Allah ciptakan siang dan malam. Kan?"

 "Em...Sebagaimana diturunkan hujan selepas kemarau yang panjang."

 "Setuju..."

"Kalau setuju, buatkan saya kopi secawan. Boleh?"

"Boleh. Nak campur susu?"

"Tak nak. Saya tak suka susu."

Nota Untuk Dia - Rindu


Aku semakin malas menulis. Dicampak dari satu projek ke satu projek buat aku rasa menulis bukan lagi boleh dijadikan sebagai hobi, mengisi masa terluang bercerita itu dan ini.

 Tapi sejujurnya, kerap rasa ralat datang hinggap, idea yang bemain di layar minda sikit punya kerap, cuma aku tak sempat rencanakan atau catat. Segala idea yang segar bugar,  aku biar lenyap. 

Tapi, lately idea tu datang mencurah. Siang malam, pagi petang, samada gelap atau cerah. Masa kerja, masa makan, mandi, tidur pun dia singgah. Buat aku rasa tak tentu arah kalau tak segera transfer data (baca : idea) yang sentiasa masuk ke storan minda yang berserabut, tak bersusun dan bersepah-sepah. 

*gaya bahasa aku dah macam sasterawan negara. Mungkin kesan langsung dari kemasukan idea yang bertalu tak kira masa.

Buat senang baca, aku susun dan tulis dalam bentuk dialog bersahaja. Tanpa perlu ada latar masa, tempat atau suasana. Kerana apa yang aku tulis ni mungkin boleh berlaku pada sesiapa sahaja yang menghirup udara dari atmosfera yang sama, yang merasa erti cinta, yang diulit rasa bahagia, diasak rindu yang menggila, dibadai masalah yang bergelora.

 Sebagai bonus, aku kirimkan sekali bab dua. Kalau cerita ni tak 'umphh' boleh bagi cadangan atau kritikan membina.

Ini nota aku untuk Dia yang setia. 





"Awak, saya rindu..."

"Thehehehe...saya tahu awak rindu saya."

"Macamana awak tahu saya rindu awak?"

 "Habis tu tadi awak sendiri yang beritahu awak rindu saya, so mestilah saya tahu. Kalau awak tak rindu saya mesti awak tak beritahu saya dan saya sendiri tak akan tahu yang awak rindu saya. Betul tak?"

"Ceh...ingatkan betul-betul tahu tadi. Poyo je awak ni."

 "Aik, saya salah?"

"Bukan salahkan awak. Saya ingatkan awak tahu yang saya betul-betul rindukan awak tanpa perlu saya beritahu awak. Dalam erti kata lain awak tahu apa yang bermain difikiran saya. Itu maksud saya. Faham tak inche abang oi?"

 "Owh...dah faham. Seriously saya tak nak tahu apa yang bermain di fikiran awak..."

"Hukkk...sampai hati. Awak tak ambil tahu langsung fasal perasaan saya, kan? Awak tak kisah pun apa yang saya rasa, kan?"

 "Bukan macam tu. Awak jangan salah faham."

"Saya salah faham? Okay, kalau saya salah faham then please tolong buat saya faham apa yang saya tak faham tentang pemahaman awak."

"Awak ni kelakar lah. Beruntung saya dapat awak. Boleh jugak awak hiburkan hati saya bila hati saya kurang hiburan. Hahahaha..."

Sepi. 

Sunyi.

 Hanya kedengaran bunyi cengkerik yang menyanyi. 

Cicak di dinding sedang leka bermain polis sentri.

 "Okay, saya memang tak nak ambil tahu langsung apa yang bermain di fikiran awak. Tak nak! Sebab pada saya, kalau saya dah tahu makanya saya dah hilang salah satu nikmat dalam berkasih sayang. Sebaliknya saya mengharapkan awak beritahu saya apa yang awak rasa tentang kita. Sebab, saya harapkan kemanisan dalam perhubungan akan terus kekal samada melalui lisan ataupun pengucapan. Setiap kali awak lafaz kata rindu dan awak ucap kata sayang, saya rafakkan kesyukuran pada DIA yang maha penyayang kerana telah kurniakan kita dengan rasa bahagia yang berpanjangan. Awak mesti tak suka kalau saya hanya berdiam dan anggap awak dah faham dan sedia tahu apa yang tersirat di sebalik hati kecil saya yang paling dalam, kan? Cinta, kasih, rindu, sayang, benci dan dendam perlu kepada pengucapan supaya yang menyampaikan dapat memberi kefahaman betapa dia sayang, kasih, cinta,rindu atau mungkin benci dan dendam supaya pihak yang satu lagi faham. Itu pentingnya pengucapan. Sekarang awak faham kan kenapa saya menghargai pengucapan dari mengagak yang bukan-bukan atau sekadar angguk tanda faham bila melibatkan soal hati dan perasaan? Sebab saya tersangat sayangkan awak dan sebolehnya saya nak dengar kata rindu tu keluar dari mulut awak sendiri tanpa perlu saya scan hati awak yang tulus suci..."

"Em..."

"Dah, jangan nangis. Awak tak perlu bayar apa-apa pun untuk rasa rindu awak pada saya. So,jangan risau. Saya tak akan minta apa-apa bayaran. Cuma kalau boleh saya pohon sebungkus kasih sayang. Nak rindu lebih. Benci letak asing."

"Cukup ke sebungkus?"

"Cukup untuk buat saya senyum. Kalau tak cukup, nanti saya minta lagi. Boleh?"

"Hahahaha...mengada-ngada."

"Mengada yang berpada tak apa. Saya ada satu pesanan penaja."

"Pesanan penaja? Apa dia?"

"Pendek je pesanannya. Kalau boleh saya tak nak rindu awak pada saya melalaikan awak dari mengingati DIA. DIA yang mengurniakan rasa rindu. Sandarkan rasa rindu tu pada DIA. Dapat juga kita pahala. Dan, sekurang-kurangnya awak tak kecewa kalau rindu awak pada saya tak deliver. Boleh?"

 "Boleh. Terima kasih."

"Kasih anda telah diterima tanpa perlu melalui sebarang proses birokrasi saat tok kadi ijab dan kabulkan kita tempohari."