Aku mengaku, aku seorang pelupa. Ya. Pelupa yang setia. Dek kerana sifat lupa aku, sering aku libatkan orang lain untuk turut sama merasa susah mengingatkan pada sesuatu perkara yang mereka sendiri tidak tahu titik kepastiannya. Kunci kereta yang selalu aku tinggalkan merata, wallet yang kerap aku tinggal dalam kereta, dokumen yang aku tinggal tak bertanda adalah antara cebisan dari ratusan atau mungkin ribuan kes-kes lupa yang kerap melanda. Paling ketara, aku ada masalah untuk mengingati nama. Kadangkala makan masa berhari-hari untuk aku ketuk dan buka pintu memori lama untuk mengingat semula. Jujur,aku mengharapkan ada seseorang yang akan selalu ingatkan aku bila penyakit lupa tu datang menyapa sekali-sekala. Kelam kelibut kesannya. Haru biru dibuatnya.
Ada seorang ustaz pernah berpesan secara tidak sengaja. Nak tajamkan minda, "Amalkan minum/makan madu dan selalu berdamping dengan Al-Quran untuk elak nyanyuk di masa tua..."
Sedikit 'keras' tegurannya buat yang terasa (*tunduk mengalir air mata). Ye lah, orang melayu islam hari ini lebih prefer untuk hafal lagu-lagu korea dari hafal juz amma. Ye dak? *terasa lagi.
Tapi cerita Korea 'A Moment To Remember' mungkin boleh bikin lelaki bermuka Hitler mengalir air mata.
"Awak...."
"Ye saya. Kenapa awak?"
"Kita rasa macam ada pemadam dalam otak kita."
"Hah? Apa maksud awak? Kenapa awak cakap macam tu?"
"Entahlah, kita selalu lupa. Susah nak ingat sesuatu benda. Kadang-kadang tu kita nak sebut pintu pun kita lupa. Sampaikan kena ambil masa yang lama baru boleh ingat semula. Teruk kan kita?"
"Hah? Sampai macam tu sekali? Tak buat medical check up ke?"
"Dah buat dah. Dah go trough MRI and CT Scan, based on result, doktor cakap kita okay. Tak ada apa-apa masalah. Tapi sometimes, kita tetap lupa jugak."
"Tapi awak tak lupa nama kita, kan?"
"Isy...kita serius dia main-main pulak..."
"Awak...janganlah marah. Kita gurau je."
"Kalau satu hari nanti kita betul-betul lupa nama awak, siapa awak dan apa yang pernah berlaku antara awak dan saya macamana?"
Awak...jangan cakap macam tu. Jangan buat prediction yang bukan-bukan. Please..."
"Saya bukan buat prediction yang bukan-bukan. Saya memang pelupa dan saya takut pemadam yang ada dalam otak saya akan terus padam segala memori saya yang ada."
"Tapi doktor dah sah kan yang awak tak ada apa-apa masalah, kan?"
"Betul. Memang doktor dah sah kan yang saya tak ada apa-apa masalah. Tapi kalau saya betul-betul lupa macamana? Kalau pemadam ni kekal dalam otak saya dan padam memori hingga saya lupa segala, adakah awak akan kekal jaga saya dan sayang saya sepenuh jiwa?"
"Kalau awak tu tak realistik. Kita belum tahu apa yang akan berlaku esok hari. Apa yang perlu kita lakukan adalah buat sehabis baik untuk sempurnakan hari ini. Dan kita akan hadapi hari esok dan hari-hari yang akan datang bersama-sama. Kalaupun pemadam tu padam segala memori awak hingga awak lupa segala, saya akan jadi pensil dan tulis semula supaya awak tak terus lupa. Saya akan terus-terusan menulis sampai ke tua. Dan kita akan mulakan setiap babak yang sama yang awak lupa beratus atau mungkin beribu kali, kerana dalam kisah cinta kita jalan ceritanya adalah infiniti. Selagi mana udara yang kita sedut hari ni kita kongsi selagi itu saya akan setia menemani. Ini bokan soal janji ditepati, tapi ini adalah soal janji saya depan saksi, wali dan tok kadi tak termasuk jiran tetangga, sanak saudara, sahabat handai, rakan taulan dan mereka-mereka yang namanya tidak dapat saya sebutkan di sini kerana ia akan mengambil masa berhari-hari."
Cik perempuan senyum meleret.
"Awak...terima kasih."
"Kasih anda diterima tanpa perlu melalui sebarang proses atau karenah birokrasi."
"Mengada-ngada!!!"
"Itu memang saya. Baru kenal ke?"
No comments:
Post a Comment