Showing posts with label [kiSah kAsiH]. Show all posts
Showing posts with label [kiSah kAsiH]. Show all posts

Thursday, May 5, 2011

Kapal Terbang Kertas 4


TELEFON bimbit bewarna pink buatan China itu berdering dan menari mengikut mod getaran yang telah ditetapkan  menandakan pemilik telefon bimbit bewarna pink itu menerima mesej yang dihantar kepadanya entah dari siapa. Sesungguhnya, hanya dia yang tahu siapa empunya mesej yang dihantar ke telefon bimbit miliknya itu.

Telefon bimbit yang berada diatas dada meja dicapai.

 Mesej yang diterima dibuka.

Senyum.

Kepala digelengkan.

Kembali senyum.

Kemudian, jemari runcingnya bergerak laju di pad kekunci telefon bimbit bewarna pink miliknya yang dihadiahkan ayahnya. Dia berhenti seketika dengan kerutan di wajah dan dahinya yang dibuat-buat menandakan yang dia sedang memikirkan sesuatu. Bibir mungil miliknya digigit lembut. Larian jemarinya bersambung setelah hampir 30 saat lamanya dia berhenti mencari ilham untuk memberikan jawapan balas kepada si penghantar mesej.

Sementara itu, di suatu tempat yang lain, Zarir yang ketika itu sedang menonton rancangan Hawaii Five – O di saluran AXN mengukir senyum setelah menerima mesej menandakan mesejnya yang dihantar tadi diterima oleh pihak di sebelah sana dunia. Jika tidak,masakan dia menerima jawapan balas.  Tertera di skrin telefon bimbitnya gambar Fatimah Zahrah yang mengenakan headphone bersaiz mega di kepala. Gambar itu adalah gambar candid, juga diistilahkan dalam bahasa pasar sebagai gambar curi, dan sesungguhnya jika Fatimah Zahrah mengetahui hal yang demikian, pastilah dia dimarahi. Pastinya dia akan dibentak Fatimah Zahrah sepanjang hari tanpa ada  rasa simpati. Tapi dia bernasib baik. Fatimah Zahrah belum mengetahui. Jauh sekali menyedari.

Jarum jam yang berputar hampir menginjak ke pukul 12.00 tengah malam.Tetapi jemari Zarir dan Fatimah Zahrah masih lagi aktif ‘bersukan’ walaupun mereka dipisahkan oleh jarak. Zarir ketika ini berada di rumah kakaknya di Kajang, manakala Fatimah Zahrah pula berada di TTDI Jaya Shah Alam. Namun jarak yang memisahkan tidak menjadi penghalang buat jemari mereka terusan berlari-lari di sekitar pad kekunci telefon bimbit masing-masing yang menjadi medan balapan. Jika bukan kerana waktu sekarang adalah cuti semester, pastinya kedua mereka telah lena dibuai mimpi, samada mimpi sedih, gembira, lucu atau seram. Bergantung kepada keadaan.

Telefon milik Zarir memekik memecahkan keheningan malam. Mesej yang diterima dibuka dan dibaca tanpa ada suara yang keluar. Hanya dibaca di dalam hati.

Mesej dari Fatimah Zahrah.

 ‘Salam. Oi, handsome buat apa tu?’

Zarir meleret senyum. Jemarinya pantas menaip sesuatu. Sebelum menghantar, dia memastikan perkataan yang digunakan betul dari segi ejaan dan nahu. Takut timbul perdebatan jika dia salah dalam penggunaan dan pemilihan perkataan.

‘Salam. Oi, tengok Hawaii Five – O kat Axn.Sweetie?’

Setelah berpuas hati dengan jawapan balas, dia kemudiannya menekan butang hijau. Tertera ikon sampul surat yang terbuka dan kemudiannya ditutup terbang melayang entah ke mana. Ikonik menandakan mesej tersebut telah dihantar kepada pihak kedua.

Zarir bingkas menuju dapur. Peti sejuk yang berdiri bersebelahan dengan rak makanan kering dibuka. Kemudian, dia mencapai sebotol jus oren Tropicana Twister dan dituangkan ke dalam mug yang tersedia di atas meja. Usai menyimpan jus tersebut ke tempat asal, dia menyelongkar pula isi perut peti sejuk dan mengeluarkan sebiji epal hijau bagi mengalas perutnya yang sudah sedia terisi sebenarnya dengan juadah makan malam sejak dari tadi. Dasar perut belanga.

Zarir kembali ke ruang tamu dengan tangan kiri memegang mug dan tangan kanan mengenggam sebiji epal. Sesekali dia melambung-lambung epal di tangannya sebelum menyua epal itu ke mulut bagi menikmati kelazatan isi epal.

Sekujur tubuhnya disandarkan pada kerusi Cleopatra yang mengisi hampir suku dari ruang tamu. Matanya kembali bersatu dengan kaca televisyen menyaksikan aksi tembak-menembak yang berlaku di antara pihak polis dan penjenayah.

Lima minit kemudian telefon bimbit miliknya memekik lagi. Lagu OST Full House bergema memecah sunyi suasana. Mata Zarir yang tadinya lekat di kaca televisyen kini beralih arah. Memandang tepat telefon bimbitnya yang masih galak memekik. Cepat-cepat Zarir menyambar sekaligus mematikan deringan dari berterusan mengilai di malam hari. Jika tidak, free-free aje dia terpaksa menadah telinga mendengar siaran radio tidak berbayar dari kakaknya yang mewarisi DNA kehandalan emaknya berleter tanpa henti.

‘Handsome dah tidur ke?’

Zarir mengerutkan kening. “Dia tak dapat mesej yang aku hantar tadi ke?” Gumam Zarir sendiri. Dia lupa kot. Ke dia ada short term memory? Lupa apa yang aku dah beritahu dia tadi. Zarir mengoyak senyum.  Jemarinya pantas berlari di sekitar pad kekunci menekan dan mencipta perkataan di telefon bimbit miliknya.

‘Belum. Tengok cerita ni.’

Butang SEND ditekan. Epal hijau yang masih berbaki ditangan disua ke mulut seiring dengan tindakan.

Sepuluh minit kemudian.

‘Ok. Sorry ganggu. Mungkin awak sibuk kot mesej dengan girls lain. Sorry.N8...’

Zarir jatuh rahang bawah. “Mesej perempuan lain? Bila pulak aku mesej perempuan lain?” Soalnya sendiri. Nalurinya merasakan ada sesuatu yang tidak kena sedang berlaku ketika ini. Jemarinya menekan-nekan butang di pad kekunci telefon bimbit.

Message sending failed!

Mesej yang dihantarnya sepuluh minit tadi dan yang terbaru masih berada di peti keluar mesej. Masih lagi menghuni sent items.

Tidak dihantar.

Butang *124# didailnya. Cuba memeriksa baki kredit panggilan.

Baki 013XXXXXXX : RM 0.00, sah sehingga 19/05/2010

Terbaik! Sangkaannya tepat.

Zarir garu kepala. “Awat la time-time camni hang nak putuih kredit? Awat tak bagi warning awal-awal? Hadoi la...” Bebel Zarir sendiri, walau dia sedar telefon bimbit miliknya tidak akan memberikan sebarang reaksi balas atas apa yang terjadi.

Patutla Fatimah Zahrah asyik dok Tanya. Rupa-rupanya engkau yang buat hal ye. Tak boleh diharap sungguh la kau ni inche kredit. Sia-sia je aku bayar kau mahal-mahal untuk berkhidmat pada aku. Aku bagi kau makan, bagi kau minum. At least, bagi la warning awal-awal, boleh la aku bersedia. Sungai Golok kalau air dia naik paras bahaya pun dia bagitahu apa. Ini tak, malam-malam buta macam ni la baru kau nak bagitahu kau da expired la, out of credit la. Cit!

 ‘Message girls lain?’ Zarir tahu ini petanda yang tidak baik.

Fatimah Zahrah sudah mula berprasangka. Itu apa yang difikirkannya sekarang, melihatkan kepada turutan mesej yang dihantar Fatimah Zahrah.

“Awak, saya tak mesej any other girls pun. Please, believe in me.” Walaupun Zarir sedar yang suaranya tidak dapat didengari Fatimah Zahrah tetapi dia tetap mencuba untuk menerangkan kondisi yang sebenar. Dia kehabisan kredit sebenarnya. Itulah punca utama kenapa Fatimah Zahrah tidak menerima mesej balas darinya. Skrin telefon bimbit miliknya ditatap lama-lama. Seolah-olah mengharapkan ada keajaiban akan berlaku, mengharapkan Fatimah Zahrah dapat mendengar suaranya dan berkomunikasi dengannya tika itu.

Seketika, telefon bimbitnya kembali menyanyikan OST Full House. Cepat-cepat Zarir mencapai.

Ada mesej baru dari Fatimah Zahrah. Apa lagi kali ini?

 ‘Ok fine. Kalau awak tak nak reply message saya, lepas ni jangan cari saya lagi! Awak tak pernah serius pun kan? Stay away from me!!!’

Zarir kaget. Matanya dipejamkan. Dia menggigit bibir bawah. Tak sanggup rasanya membaca dan menghadam setiap patah kata yang kini menghuni inbox telefon bimbit miliknya.

Stay away???

Ayat terakhir dari mesej yang dihantar benar-benar menguji. Adakah Fatimah Zahrah sudah jauh hati? Adakah Fatimah Zahrah sudah mula membenci? Dan bermacam lagi andaian yang kini sarat menujal fikiran dari kiri dan kanan, depan serta belakang. Dia perlu mencari jalan bagaimana caranya untuk menyiram api kemarahan Fatimah Zahrah yang kini sedang menjulang tinggi. Marak membakar setiap apa yang ada berhampiran, dan Zarir adalah antara yang menjadi mangsa kebakaran tanpa sempat dia membuat panggilan kecemasan untuk memohon pertolongan.


15 MINIT kemudian di 7-Eleven selepas kejadian.


                ZARIR mengetuk dahi sendiri berulang kali. “Adoi, macamana boleh terlupa pulak ni? Time-time macam ni la semua menda nak jadik!!!” Tadinya, selepas membuat perkiraan, dia nekad untuk ke 7-Eleven berdekatan untuk membeli kad tambah nilai sekaligus menerangkan situasi sebenar kepada Fatimah Zahrah. Tapi, malang sememangnya tidak berbau. Untuk kes Zarir, dia terlupa untuk membawa dompet yang tadinya diletakkan di sofa ruang tamu. Zarir ibarat sudah jatuh ditimpa eskalator. 

DUMM!!!

Saat itu, bumbung kereta yang tidak bersalah menjadi mangsa.


*****


                SEMENTARA itu, di TTDI Jaya. Fatimah Zahrah yang masih lagi marah dengan tindakan Zarir kekal bermasam muka. Dia duduk di kerusi yang menjadi medan studinya memandang ke luar jendela. Terang bulan tidak dapat mengembalikan ketenangan yang telah digugat. Hatinya terasa disiat-siat. Jikalau Zarir ada didepannya sekarang, semestinya mamat itu akan menerima jurus backhand peringkat ke-3 darinya yang belum singgah ke muka sesiapa.

 Segumpal nafas berat dilepaskan melewati rengkungan, cuba menghalau rasa galau yang sedari tadi bertandang.

I hate him...Lelaki semua sama. Dasar potassium cyanide, hydrogen peroxide!!!” bebelnya sendiri.

Seketika, Fatimah Zahrah kembali sedar. Cepat-cepat dia mengalunkan istghfar. Syaitan-syaitan pastinya sedang berpesta kerana berjaya menggula-gulakannya sebentar tadi. Wajahnya diraup beberapa kali seiring dengan lafaz istighfar. “Aku berlindung daripada-Mu Ya Tuhanku dari syaitan yang direjam...”.


*****


Zarir membelokkan keretanya ke kanan. Kawasan perumahan itu hanya diterangi lampu jalan yang setia berdiri di bahu-bahu jalan. Sebentar tadi, dirinya hampir disangka penceroboh kerana masuk kawasan perumahan itu tanpa membuat sebarang laporan di pondok keselamatan. Nasib baiklah dia bijak memberi jawapan kepada pengawal keselamatan warga Bangladesh yang hampir tidak dia fahami apa yang mereka tuturkan.

“Saya nak pergi rumah saudara saya. Ada kes kecemasan.” Dan dia dibenarkan meneruskan perjalanan setelah pengawal keselamatan memastikan tiada apa-apa yang mencurigakan pada dirinya.

“Phuhh...Nasib baik selamat...” Zarir mengurut dada.

Kereta Perodua Kelisa rona ungu itu kemudian diparkir di bahu jalan. Dan sesungguhnya, kereta itu adalah milik kakaknya, dan Zarir tidak pula meminta izin untuk menggunakan kereta tersebut. Tahu-tahu dia kini berada di sebuah rumah teres dua tingkat di hujung jalan.

Zarir meninjau-ninjau keadaan. “Sah, rumah ni. Tapi macamana aku nak masuk?”  Zarir mengetuk-ngetuk stereng kereta dengan jemarinya. Otaknya ligat mencari idea.


*****


“Kakak, ada orang nak jumpa. Dia ada kat bawah.” Suara Zakir mematikan lamunan Fatimah Zahrah yang asyik memintal hujung bantal. Sedari tadi dia cuba untuk mencari idea untuk menulis seuatu dalam diari miliknya sambil meniarap di atas katil. Fatimah Zahrah mengerutkan kening. Siapa pula yang nak jumpa aku malam-malam buta macam ni?

“Siapa?” soal Fatimah Zahrah.

“Entah...” Jawab Zakir sebelum berlalu menuruni tangga menuju tingkat bawah. “Lelaki taw...” jerit Zakir dari tingkat bawah. Fatimah Zahrah kaget. Siapa pulak yang buat lawak antarabangsa datang buat lawatan sambil belajr malam-malam buta macam ni.


*****


“Kenapa datang sini malam-malam buta? Tak boleh tunggu besok dah?” Aju Fatimah Zahrah saat pandangan mata mereka bertemu. Hampir terjatuh dia saat melihat kelibat Zarir yang berdiri menyandar di kereta. Zakir yang menjadi peneman hanya menunggu di garaj dengan wajah masam mencuka. Sebentar tadi dia sedang asyik bermain Playstation 3 bersama Iqbal sebelum diarah Hassan memanggil kakaknya. Kini dia sekali lagi terpaksu melakukan tugas paksa-rela oleh kakaknya setelah diugut dengan ugutan berbisa. “Esok kakak tak nak masak, Zakir makan je PS3 tu, nak?”.  Dalam keterpaksaan, dia terpaksa berdiri menunggu sehingga kakaknya habis berdiskusi.

“Tak boleh. Sebab ada orang tu merajuk. Siap warning orang suruh orang stay away from her siap.” Jawab Zarir selamba. Tangannya melambai pada Zakir di belakang Fatimah Zahrah.

"Macamana tahu rumah kat sini? Pernah datang ke sebelum ni?" Sesungguhnya Fatimah Zahrah lagi musykil. Serasanya, dia tidak pernah menjemput Zarir datang ke rumahnya. Tidak pula pernah menceritakan kedudukan rumahnya secara tepat.Tapi bagaimana si Zarir boleh drive ke sini awal-awal pagi macam ni? Atau memang alamat rumahnya ada tertera pada signboard-signboard jalan yang ditampal merata?

Zarir hanya menggeleng. Seketika dia meraba sesuatu dari poket seluar khakisnya sebelum mengunjukkan telefon bimbit miliknya. Fatimah Zahrah angkat kening. Orang tanya betul-betul dia main-main pulak. Ni ada yang balik bertongkat ni karang.

"Orang tanya Inche Garmin GPS. Dia yang tunjuk jalan..." Zarir yang dapat menangkap persoalan yang bermain di benak Fatimah Zahrah segera merungkai segala permasalahan itu.

"Garmin GPS? Apa tu?" Biar benar. Moden sungguh nama pemandu teksi..eh pemandu teksi ke? Ah, apa-apa jela. Yang penting nama itu cukup moden dan jarang didengar. Inche Garmin GPS.

"Global Positioning System..." lancar Zarir menjawab. Seolah sudah berlatih berulang kali untuk menyebut patah perkataan itu. Fatimah Zahrah hanya mengangguk.

“Nak apa ni?”

“Nak minta maaf...”

“Kenapa tak reply mesej?”

“Kredit orang habis la. Bukan orang tak nak reply.” Jujur Zarir menutur. “Ni pun terlupa bawak wallet. Nasib baik tak ada road block, kalau tak, free-free je kena lepak kat bilik besi.” Tambahnya. Fatimah Zahrah di hadapannya dipandangnya sebelum membuang pandang pada pokok mangga yang tumbuh subur di tepi pagar.

“Tipu...mesej perempuan lain kan?”

“Ya Allah, mana ada. Orang tak tipu. Betul, orang habis kredit.” Zarir angkat tangan kanan buat gaya orang bersumpah.

“Em...” datar suara Fatimah Zahrah. Antar percaya dan tidak.

“Awak, sorry...”

Bulat mata Fatimah Zahrah. “Apa sorry-sorry?” Cermin mata yang terletak di pangka hidung dilurut ke atas bagi membetulkan tempat letak.

Zarir hanya menunduk. Gaya budak tadika kena marah dengan cikgu sebab bersikap hiperaktif.
“Dah, pergi balik. Dah lewat ni. Karang kena tangkap dengan polis susah pulak. Saya tak nak anak-anak saya nanti tahu ayah dia pernah masuk lokap sebab buat kerja gila malam-malam buta.” Fatimah Zahrah masih bertegas.

Zarir menguntum senyum.

Saya tak nak anak-anak saya nanti tahu ayah dia pernah masuk lokap sebab buat kerja gila malam-malam buta.

Itu sudah cukup sebagai tanda Fatimah Zahrah memaafkan dia. “Ala, kena tangkap sebab nak pujuk ibu dia yang merajuk tak tentu hala, salah ke?” balas Zarir dengan muka comel beserta pakej senyum tujuh juta megawatt.

“Cheesy...”

Zarir masih senyum.

“Dah, pergi balik...orang nak tidur.” Fatimah Zahrah mula mengatur langkah mengundur.

“Ok. Thanks sweetie...”

“Gedik!!! Bawak kereta elok-elok. TC!!!”

Zarir membuat isyarat ok dengan tangan. “Okeh...awak...” Panggil Zarir.

“Apa?”

“Garangnya...em, saya...sa..saya cuma nak cakap yang saya betul-betul serius dengan awak, saya tak main-main. ILY. I do!” ujar Zarir lembut sebelum masuk ke perut kereta. Enjin dihidupkan sebelum dia berlalu meninggalkan Fatimah Zahrah yang masih kaku tercengang.

“Kalau ye pun nak buat drama angau overboard, masuk la dalam rumah dulu. Zakir sejuk ni. Dah la banyak nyamuk. Tak pernah dibuat orang dating depan rumah awal-awal pagi macam ni.” Zakir menyergah. Dia menggosok-gosok lengan bagi menambah haba untuk menghilangkan kesejukan.

“Shut up!!!”

“Abang!!! Kakak angau!!!” laung Zakir separuh menjerit sebelum kemudiannya pipi tembamnya menjadi mangsa cubitan.

“Shut up atau besok tak payah makan!!!” Fatimah Zahrah sudah mengutuskan blackmail.

Zakir hanya mengangguk perlahan. Mereka kemudiannya sama-sama bergandingan menuju ke dalam rumah sebelum kemudiannya suasana bertukar gamat dengan usikan.

“Besok abang nak bagitahu mak ngan ayah yang dieorang bakal dapat menantu!!!” giat Hassan. Tadi, sewaktu sampai di depan pintu pagar dia terkejut melihat Zarir berdiri di luar kereta menghadap rumah mereka. Disangkakan perompak beretika mana yang datang dengan berbaju kemeja dan khakis, rupa-rupanya Zarir. Zarir kemudian melangkah perlahan merapatinya sebelum menerangkan niat serta nawaitunya kenapa dia singgah di teratak itu awal-awal pagi begini. Hassan yang pada awalnya terkejut sempat meleret senyum.

“No biggie. Tunggu sini kejap. Aku panggil dia turun turun, my adik ipar.” Ketawa mereka berdua pecah.

Malam itu Fatimah Zahrah tidur dengan wajah merona merah.




               




Sunday, January 2, 2011

[kApAL tERbANG kErtAS 3]

FATIMAH ZAHRAH mengukir senyum sehingga menampakkan barisan gigi yang putih dan tersusun rapi saat meninggalkan perkarangan pejabat pos. Redup awan yang melatari Bandaraya Shah Alam ketika ini tidak sedikitpun memberi kesan padanya. Langsung tidak meggugah dirinya. Hatinya kini berbunga riang. Harumnya mewangi dan memenuhi taman. Baru sebentar tadi dia mengirimkan bungkusan atau parcel kepada seseorang. Hanya dia dan Cikgu Jamilah yang tahu apa isi bungkusan. Itu menjadi rahsia kerajaan. Tidak akan sesekali dia bocorkan.

Langkah kakinya dihayun menuju kereta Proton Saga bewarna hitam yang tercatuk di hadapan pejabat pos sejak 15 minit yang tadi. Dari kejauhan, nampak berbalam-balam susuk tubuh seseorang yang sedia menunggu di tempat duduk hadapan bersebelahan dengan pemandu sedang berpeluk tubuh dengan wajah masam mencuka. Fatimah Zahrah kenal susuk tubuh itu. Cukup kenal. Kerana, dialah yang meminta susuk tubuh itu untuk kekal menunggu di kereta sambil dia bergegas ke kaunter untuk menyelesaikan urusan penghantaran. Dek kerana tindakannya itulah, maka susuk tubuh itu kekal di kereta dengan wajah mencuka.

Fatimah Zahrah meleret senyum manja saat pintu kereta dibuka. Susuk tubuh itu memalingkan muka memandang ke luar cermin kereta. Tidak sanggup bertemu muka dan bertentang mata dengan Fatimah Zahrah yang masih bersikap selamba.

Fatimah Zahrah melebar senyum.

Susuk tubuh itu membatu.

Seketika, deruman enjin kereta yang bergerak keluar dari perkarangan pejabat pos besar membawa bersama kesunyian yang dari tadinya meraja.

“Kenapa monyok je ni?” soal Fatimah Zahrah memulakan bicara. Dia tidak mahu diulit kesunyian berterusan. Susuk tubuh yang diam membatu dipandangnya sekilas sebelum membawa kembali pandangannya ke hadapan. Fokus kepada pemanduan.

“Jangan tegur aku!” bungkam susuk tubuh itu tadi. Wajahnya masih lagi masam mencuka.

Fatimah Zahrah tergelak kecil. “Kenapa?”

“Kau bawak aku sampai ke sini, tapi aku tak tahu pun barang apa yang kau kirim, dan pada siapa kau kirim!” ujar susuk tubuh itu. Pandangannya kini bertembung dengan Fatimah Zahrah.

“Sebab tu je kau tarik muka empat puluh empat ni?”

“Yelah. Aku pun nak tahu barang apa yang kau kirim. Dan pada siapa kau kirim.Happy semacam je aku tengok.”

Diam.

Tiada jawapan.

“Aku kirim kat someone.” Luah Fatimah Zahrah. Jemarinya menari-nari di stereng kereta.

“Boyfriend?” soal pemilik susuk tubuh yang setia di sisi.

Kali ini gelak tawa Fatimah Zahrah berderai.

“Tak adalah. Aku hantar kat kawan...” belum sempat Fatimah Zahrah menghabiskan bicaranya, kata-katanya dipotong.

“Kawan apanya sampai nak berahsia!” gumam pemilik susuk tubuh itu lagi. Dia membetulkan letak cermin matanya.

“Kau ni memang Syafiqah Takiyudin. The Private Investigator!” Serentak dengan itu. Tawa Fatimah Zahrah memecah keheningan yang tercipta antara mereka. Syafiqah Takiyudin yang dimaksudkan adalah pemilik susuk tubuh yang sejak tadinya masam mencuka. Dia adalah rakan sedarjah Fatimah Zahrah ketika sama-sama memasuki sekolah berasrama.

Syafiqah Takiyudin hanya mencemik. Malas melayan karenah Fatimah Zahrah yang gemar mengusik.

“Jom ikut aku pergi AmCorp Mall. Aku nak cari novel Diary of a Wimpy Kid.” Lanjut Fatimah Zahrah. Mukanya dibentuk-bentuk seolah-olah sedang merayu manakala kelopak matanya dikelipkan beberapa kali. Itulah kelebihan utama yang ada Fatimah Zahrah yang tidak dimiliki oleh orang lain.

Novel Diary of a Wimpy Kid yang dimaksudkan adalah novel ringan karya Jeff Kinney. Seorang pencipta dan pembangun permainan dalam talian (online game developer). Novel yang berkisarkan kehidupan seorang pelajar sekolah bernama Gregory Heffley benar-benar menarik padanya. Ditulis dalam bentuk jurnal dengan gaya bahasa yang santai dan mudah difahami, juga terselit di dalamnya humor-humor yang bebentuk sarkastik.

“Boleh. Tapi dengan syarat.” Syafiqah Takiyudin bersuara tegas.

Fatimah Zahrah memamndang Syafiqah Takiyudin. Pandangan mereka saling bertembung. Fatimah Zahrah mengerutkan dahi.

“Apa dia?”

“Apa barang yang kau kirim tadi, dan siapa someone tu?”soal Syafiqah Takiyudin tenang. Dia yakin, kali ini Fatimah Zahrah tidak lagi mampu untuk mengelak dari menjawab persoalan yang bermain di mindanya sedari awal tadi.

Fatimah Zahrah gelak.

“Nanti aku cerita. Sekarang ni jom temankan aku dulu.”

“Promise?”

“Yup! Promise Miss Investigator!”

Kereta Proton Saga itu membelah jalan dan kemudiannya turut sama serta dalam kesesakan yang panjang. Cuaca redup yang melatari atmosfera Bandaraya Shah Alam sedikit membantu memberikan ketenangan kepada pemandu yang berada di jalan untuk terus bersabar mengharung kesesakan jalanraya.


*****


Petang itu menjadi saksi perbualan Fatimah Zahrah dan Zarir melalui ruang komunikasi yang dijana oleh kecanggihan teknologi. Dunia tanpa sempadan, juga diterjemahkan sebagai globalisasi. Betapa Fatimah dan Zarir masih mampu berhubung walau mereka dipisahkan oleh jarak hampir 500 kilometer jauhnya. Masakan tidak, seorang di pantai barat semenanjung, dan seorang lagi di pantai timur semenanjung. Fatimah Zahrah di Shah Alam, Selangor dan Zarir di Kemaman, Terengganu.

Namun mereka msih mampu berhubung selagimana kredit panggilan tidak berbaki kosong.

‘Assalamualaikum. Hoi, buat apa tu?’

 Itu antara kandungan mesej yang dihantar Zarir kepada Fatimah Zahrah.

‘Waalaikumsalam. Hoi, saya ada di AmCorp Mall. Cari buku. Buat apa tu, hoi?’

‘Hoi, saya nak keluar jap. Nak main futsal.Awak pergi sorangke hoi?.’

‘Tak lah hoi, kawan temankan.’

‘Lelaki?’

‘Erm...’

Jantung Zarir berdetak kencang.

‘Owh, ok then. TC.’

‘Baiklah hoi. Main futsal elok-elok.’

‘Tengoklah macam mana nanti...’

Zarir bungkam. Perasaannya bercampur baur. Berbagai persoalan menujal benaknya tika itu.

Fatimah Zahrah keluar dengan lelaki?

Siapa lelaki itu?

Handsome kah dia sehingga Fatimah Zahrah sanggup keluar ditemaninya?

Lima minit kemudian, telefon bimbit miliknya bergetar lagi. Ada satu mesej yang baru diterima. Tertera di skrin nama Fatimah Zahrah.

Baca.

‘Saya keluar dengan kawan perempuan  lah. Kawan sekolah. Saja je nak test awak tadi.’

Zarir menghela nafas.

Lega tapi berbaur geram. Dia kemudiannya menaip sesuatu.

‘Boleh tak jangan gedik sangat. Jangan buat lawak seram macam tu, boleh?’

Mesejnya berbalas.

‘Hikhikhik...sorry handsome. Main futsal elok-elok.Score goal banyak-banyak, arasoh?’

‘Em. Okay sweetie. Im off to court.’

Zarir bergegas keluar dari rumah. Penghidup tendang motosikalnya ditendang beberapa kali. Dia kemudia ketawa sendiri.

“Jang, starter ni ado hah. Yang ekau susah-susah nak start pakai penghidup tendang tu kenapo?Rajin sangat ekau ni hah!” Zarir berdialog dengan diri sendiri dalam tawa kecil yang terukir.

 Dia kemudiannya berlalu menuju lokasi gelanggang futsal di pusat rekreasi yang terletak hampir satu kilometer dari rumahnya.

Waktu-waktu cuti semester begini banyak dihabiskan Zarir dengan aktiviti beriadah. Kadang-kadang dia memilih untuk berada di rumah, membersihkan laman serta menggembur dan membaja pelbagai tumbuhan hiasan yang memenuhi laman rumahnya daripada melepak dan merayau tidak tentu hala. Zarir lebih senang dengan aktiviti sebegitu. Biarpun dilabel sebagai ‘gadis ayu’ dia tidak akan sesekali berganjak dan membuat sesuatu yang di luar kebiasaan.

MALAM itu, usai solat Maghrib Zarir bingkas menuju ke rak-rak yang menempatkan ratusan koleksi buku pelbagai genre. Dibeleknya satu persatu. Buku-buku tersusun rapi dan setiap satunya dibaluti dengan plastik pembalut bagi menjaga bentuk fizikalnya daripada rosak.

Dia kemudiannya merebahkan tubuhnya di kerusi meja studi yang letaknya betul-betul di hadapan rak buku-buku tadi. Belakang badannya disandarkan ke badan kerusi. Kedua tangannya dibawa ke belakang kepala bagi menampung kepalanya dengan jari-jari yang disilangkan. Matanya dipejamkan.

“Fatimah Zahrah...” terpacul nama itu keluar dari mulut Zarir.

Perlahan.

 Antara dengar dengan tidak.

Suaranya hanya bergetar di halkum.

Sementara itu, di suatu tempat yang lain, Fatimah Zahrah merasakan seolah-olah namanya dipanggil. Segera dia teringatkan Zarir. Kala itu dia sedang membantu Cikgu Jamilah menyediakan hidangan makan malam.

“Timah okay? Lain macam je mak tengok.” Cikgu Jamilah yang sedar akan perubahan yang berlaku pada anak perempuan tunggalnya segera menyapa. Sesungguhnya firasat si ibu tidak pernah menipu.

Fatimah Zahrah yang sedar dirinya diperhatikan segera kembali ke alam nyata setelah tadinya dia dihanyut khayal. Dia memandang wajah emaknya. Fatimah Zahrah kemudiannya mengukir senyum.

“Timah okay je.”

“Betul ni?”

“Em. Betul. Mak jangan risau.”

“So, dah hantar ke packaging tu?”

“Dah, petang tadi.” Kali ini senyum Fatimah Zahrah semakin melebar. Dia beruntung kerana si ibu selalu ada untuk memberikan pendapat saat dia memerlukan.

Cikgu Jamilah turut sama tersenyum. Senang melihat kegembiraan yang terpancar di raut wajah Fatimah Zahrah.


*****


HARI ini masuk hari kedua.

Hari kedua Zarir tidak menerima sebarang perkhabaran atau berita dari Fatimah Zahrah. Juga hari kedua Zarir tidak menerima mesej bertanya khabar. Berkali-kali Zarir cuba mendail nombor Fatimah Zahrah namun tiada jawapan. Hanya suara operator telefon yang menjawab panggilan. Berpuluh kali mesej dihantar, tapi tiada satu pun balasan.

Zarir tak keruan.

Zarir mula sawan.

Silap apakah yang dia lakukan sehingga Fatimah Zahrah memilih jalan untuk mendiamkan diri?

Tengahari itu,sewaktu Zarir sedang asyik menyusun buku, emaknya datang dengan satu bungkusan di tangan. Bungkusan sederhana besar yang dibalut dengan kertas bewarna coklat menarik perhatiannya. Setahunya, hari jadinya sudah lama berlalu. Masakan emaknya tidak tahu.

Zarir buat muka hairan.

“Apa tu ma?”

“Entahlah. Tapi yang pastinya bungkusan ni untuk Zarir. Bukan untuk ma.” Terang emaknya lebih lanjut berdasarkan nama yang tertera di muka kotak.

“Bila sampai?” soal Zarir inginkan kepastian.

“Baru je sampai. Panas lagi ni.”

Zarir tergelak kecil.

Bungkusan itu kemudian berpindah tangan.

Zarir membawa bungkusan itu ke katil. Dia meneliti setiap inci kotak yang baru diterimanya. Tiada nama penerima. Hanya ada nama samaran. Emaknya sudah berlalu meninggalkan Zarir sendirian bereksperimentasi dengan kotak yang baru diterima.

“Kyuri?” Zarir garu kepala. “...sejak bila pulak ada awek jepun admirer aku?”

Zarir membuka bungkusan yang diterima penuh berhati-hati. Ianya mungkin satu perangkap. Saat dia melihat isi di dalam bungkusan itu, Zarir jadi terharu. Zarir terkedu. Kedua telapak tangannya meraup muka. Menutup hampir keseluruhan muka. Hanya sepasang matanya yang bebas terbuka.

Zarir menggelengkan kepala.

Zarir semacam tidak percaya.

Bungkusan yang diterimanya adalah pemberian seseorang yang sangat dia kenali.

Bungkusan dari Fatimah Zahrah. Di dalamnya terdapat biskut berperisa coklat yang juga dihiasi dengan cip coklat di atasnya bersama sekeping nota yang dibentuk menjadi origami. Zarir mengambil satu biskut coklat yang dibentuk menjadi kapal terbang kertas. Hanya satu biskut coklat sepertinya. Yang lain, semuanya berbentuk bulat leper. Kemudian dia meletakkan kembali biskut berbentuk kapal terbang kertas dan mencapai nota yang ada.

Look like familiar.

Kapal terbang kertas versi Fatimah Zahrah.

Dibukanya lipatan demi lipatan dengan penuh berhati-hati.

Baca.

Zarir mencapai telefon bimbit. Dia cuba mendail nombor Fatimah Zahrah untuk ke sekian kalinya.

Berjawab.

“Hello...” kedengaran jelas suara Fatimah Zahrah di hujung talian usai dia memberi salam.

Zarir diam. Sesungguhnya saat itu dia benar-benar terharu.

“ Hoi awak...boleh tak jangan jadi sweet sangat?”

“Hoi, kenapa?” Fatimah Zahrah menyoal.

“Saya dah dapat cookies yang awak hantar. Tapi please, jangan jadi sweet sangat lepas ni boleh?”

“Yela, tapi kenapa?”

“Sebab saya tak sanggup nak nangis bila awak jadi sweet macam ni. Please...” rayu Zarir. Kala itu sedu-sedannya mula berlagu. Zarir benar-benar terharu.

Untuk pertama kalinya, airmata Zarir gugur dari tubir mata. Pemberian dari Fatimah Zahrah benar-benar bermakna. Itulah pemberian paling bermakna pernah diterima dan Zarir sendiri tidak pernah menyangka.

“Thanks sweetie. Love you!” Zarir mematikan talian setelah meluahkan apa yang terbuku di hati. Selebihnya, dia tidak mahu Fatimah Zahrah mendengar tangisnya yang semakin menggila.

Di hujung talian, Fatimah Zahrah mengukir senyum.

“My pleasure and thanks a lot handsome!”

Thursday, December 23, 2010

[g0AL uNtUK aWAk]











SHAFIQ SAAD hanya duduk termangu di bangku konkrit yang tersedia di situ. Tidak mampu untuk melakukan sesuatu. Sesekali, pandangannya diarahkan ke padang bola yang terbentang letaknya betul-betul di hadapan rumah sewanya , Apartment Pauh Idaman. Gema suara yang memenuhi angkasaraya tambah memilukan hatinya. Dia dapat melihat dengan jelas bayangan Faris Shamsuddin, Kamarul Abadi, dan Ashraf Idris yang ketika itu bersungguh-sungguh mengejar dan menggelecek bola. Dia tidak mampu ikut serta bersama mereka. Berlari berkejaran, menggelecek dan bersorak riang saat gol dijaringkan.

Shafiq Saad tertunduk lesu.

Dia melepaskan keluhan berat. Pandangannya kemudian beralih.

Kasut futsal jenama Lotto yang sudah sekian lama berkhidmat untuknya dan telah banyak berjasa yang berada kemas dalam genggaman, ditatapnya lama. Kasut futsal itu kini disahkan ‘meninggal’.  Sebentar tadi, ketika dia asyik menggelcek dalam cubaan memburu gol, telah berlaku kemalangan jiwa yang melibatkan sepasang kasut Lotto miliknya.

Kemalangan itu berlaku tanpa disengajakan.

Juga tanpa dipinta.

Semuanya berlaku secara tiba-tiba.

Shafiq Saad yang ketika itu berjaya memperdaya pertahanan pihak lawan bijak meluru masuk ke kawasan D sebelum melepaskan rembatan padu ke pintu gol dan menewaskan penjaga gol pihak lawan biarpun penjaga gol itu kelihatan cukup bersedia menghadapi sebarang kemungkinan.

Tetapi dek kerana rembatan kencang yang dilepaskan Shafiq Saad, berlaku geseran di antara bola dan atmosfera bumi sehingga menyebabkan bola itu meluru bersama api seperti komet atau tahi bintang yang jatuh ke bumi. Penjaga gol tidak mampu berbuat apa-apa. Yang dia mampu, hanya melihat bola bersama api itu tadi melepasi garisan gol.

Shafiq Saad melonjak kegembiraan. Dia berjaya menjaringkan gol ketika menentang pihak lawan yang sebelum ini agak kebal bertahan. Itu adalah gol pembukaan. Mungkin juga gol tunggal perlawanan.

 Tetapi kegembiraan yang diraikannya tidak lama. Dia merasakan ada sesuatu yang pelik berlaku.

Jaringan yang dihasilkan tadi sebenarnya adalah jaringan kombo.

Jaringan kombo kerana bukan sahaja bola berserta api yang masuk melewati garisan gol, tetapi tapak kasut futsal jenama Lottonya juga ikut sama serta membolosi gol pihak lawan.

Shafiq Saad keluar padang bersama kekecewaan.

Bersama kehampaan.

Tapak kasut futsalnya berada di tangan. Sesekali dia memandang. Meneliti sebarang kemungkinan.

‘Boleh baiki lagi ke hah?’ soalan itu bermain di benak fikiran. Kasut futsal itu dibeleknya lama. Tapak kasut futsalnya pernah tertanggal sebelum ini. Tapi dia bernasib baik kerana masih boleh dibaiki dan digunakan sebelum ianya tetanggal lagi. Juga dengan situasi yang sama, perkara itu berlaku lagi.

Ia seolah-olah mimpi ngeri bagi Shafiq Saad.

Futsal adalah segala-galanya bagi Shafiq Saad.

Jarinya pernah retak akibat dari bermain futsal. Tapi itu tidak pernah mematahkan semangatnya untuk terus berlari di dalam padang ke sana ke sini mengejar bola. Futsal baginya adalah vaksin yang boleh menyembuhkan kelukaan dan juga kedukaan yang kadangkala datang. Saat dia menyarung jersi dan but Lottonya, segala masalah yang berlaku ditolak dan diletakkan di tepi padang. Dia akan tersenyum riang bilamana menikmati perlawanan.

Futsal juga baginya adalah penghubung tali persaudaraan. Dari sukan itu dia dapat mengumpul kawan dan kenalan. Tidak kira musuh atau lawan, kerana di dalam permainan perlu wujud kesepakatan  bagi merancang dan melancarkan strategi menggempur kubu pihak lawan dan seterusnya melakukan jaringan.

Itulah definisi futsal pada hemat Shafiq Saad.


*****


“Boleh repair tak Fiq?” soal Faris Shamsuddin setelah tamatnya permainan. Botol air 100 Plus yang masih berbaki setengah dicapai dan dibuka sebelum dia meneguk minuman itu. Kemudian botol itu dihulurkan kepada Kamarul Abadi.

Bersambut.

“Entahlah. Aku rasa tak boleh. Sebab dia rosak kat tempat yang sama aku jahit sebelum ni.” Jawab Shafiq Saad lemah. Faris Shamsuddin melabuhkan punggungnya di kerusi konkrit  yang sama di mana Shafiq Saad duduk sekarang.

“Meh, nak tengok.” Kamarul Abadi menghulurkan tangan. Kasut futsal itu berpindah tangan. Kamarul Abadi membuat penelitian. “...try lah hantar kat kedai. Tanya dia, dia boleh jahit ke tak?” Kamarul Abadi cuba memberikan solusi.

“Em, nanti aku try...”

“Dah lah, jangan sedih sangat. Kalau dah tak boleh repair, kau pinjam Adidas Sala aku.” Pujuk Kamarul Abadi. “ ...Atau kau nak pakai Nike Mercurial ni?”  Kamarul Abadi mengunjukkan jari telunjuknya pada kasut yang dimaksudkan. Kasut futsal yang menggabungkan kombinasi warna ungu dan oren itu adalah antara kasut futsal kesayangannya.

Shafiq Saad, Faris Shamsuddin dan Ashraf Idris turut sama memandang kasut futsal yang dimaksudkan.

Tiga pasang mata hampir buntang.

“Aku nak!!!” hampir serentak Shafiq Saad, Faris Shamsuddin dan Ashraf Idris menjawab.

“Aku Tanya Afiq. Bukan korang.” 

Tawa mereka berempat berderai.


*****


“Afiq, kau ada tengok tak papan kenyataan?” tegur Kamarul Abadi dari belakang. Shafiq Saad ketika itu sedang mengulangkaji pelajaran di Laman Siswa.

“Kenapa?”

“Teng teng teng...tengok ni.” Kamarul Abadi mengunjukkan sehelai kertas bersama runut bunyi.

“Kau curi?”

Kamarul Abadi menggeleng.

“Bukanlah. Aku pinjam. Nanti aku tampal lah balik.” Jawabnya selamba.


Pertandingan Futsal Piala Pengarah Kampus
Venue :  Safira Sports Planet Seberang Jaya
Yuran Pendaftaran : RM 100/kumpulan
Hadiah:
1st : Wang tunai RM 2000, Piala Iringan serta sijil penyertaan.
2nd: Wang Tunai RM 1000, serta sijil penyertaan.
3rd: Wang Tunai RM 500, serta sijil penyertaan.
TARIKH TUTUP PENYERTAAN : 31 MAC 2010



                “Amacam dude, ada berani?”Kamarul Abadi menyoal bilamana Shafiq Saad diam tanpa memberi sebarang reaksi. Matanya masih lagi tertancap pada helaian iklan yang Kamarul Abadi serahkan.

                Shafiq Saad mengangkat muka.

                “Berani tu memang lah berani. Tapi kasut aku dah arwah. Tak boleh nak baiki.”jawab Shafiq Saad. Raut wajahnya menggambarkan kesedihan. Terpancar riak kekecewaan.

                “Alah, kicik punya hal juga. Aku bagi pinjam kasut. Amacam?” Kamarul Abadi membuat tawaran.

                Shafiq Saad buat gaya berfikir.

                “Faris dengan Acap dah tahu?”

                “Dah. Diorang tunggu kau. Kau ON kita set pasukan.”

                Shafiq Saad mengangguk.

                “Em...aku ON.”

                “Okeh. Settle.”

                “Aku pergi daftar sekarang.”

                “Sekarang?”

                “Ye lah. Habis tu tak kan nak tunggu sampai tahun depan.”

                “Ooo...”

                 Kamarul Abadi berlalu meninggalkan Shafiq Saad yang ketika itu seolah-olah pending.


*****
               

Petang itu, selesai kelas Shafiq Saad menuju AEON Jusco Perda seorang diri. Dia berhasrat untuk membuat tinjauan harga kasut futsal bagi menggantikan arwah kasut futsalnya yang baik.

Setibanya di AEON Jusco Perda, Shafiq Saad melangkah ke tingkat satu. Melewati satu demi satu kedai sebelum memasuki butik Nike yang terletak bersebelahan dengan escalator yang menghubungkan di antara tingkat bawah dan tingkat satu.

Dia berjalan menuju ruangan rak yang mempamerkan pelbagai jenis paten dan warna kasut futsal. 

Shafiq Saad mula rambang mata.

Masih rambang mata.

Kemudiannya, dia mencapai kasut futsal jenama Nike – 5 – Zoom  - T7 sebelum mebelek-belek melihat jenis jahitan dan material yang diguna.

Shafiq Saad menggelengkan kepala.

Dia meletakkan kembali sebelum mengambil kasut futsal Nike CTR 360.

Ketika itu matanya bersinar-sinar. Tetapi sinaran itu tidak lama kerana tiba-tiba matanya hampir terbeliak melihatkan harga yang tertera.

‘Mak aih, mahalnya!’ Shafiq Saad bermonolog sendiri.

Kasut futsal Nike CTR 360 masih lagi berada di tangan. Sayang untuk dilepaskan.

“Tak ada diskaun ke?” soal Shafiq Saad pada promoter wanita yang berusia awal 30-an yang berdiri di sisinya.

Promoter senyum, kemudiannya menggeleng kepala.

Shafiq Saad faham maksudnya. Dengan hati yang berat dia meletakkan kembali kasut itu ke posisi asal. Berhati-hati. Shafiq Saad berlalu sejurus melemparkan senyum pada promoter itu tadi sebelum berjalan keluar dari butik tersebut.

Hatinya jadi sayu.

Tanpa dia sedari ada sepasang mata yang sedang memerhatikan gelagatnya.

“Kak, tolong beri saya kasut yang lelaki tu pegang tadi. Boleh?”

“Boleh. Saiz apa?”

“Saiz 7.”

Okay. Sekejap ya.”

Selang beberapa minit, promoter wanita itu kembali dengan sebuah kotak berisi kasut futsal CTR 360 yang dimaksudkan pembeli itu tadi. Selesai membuat pembayaran, pembeli itu keluar dan mencari kelibat Shafiq Saad.

Tiada.

Dia kemudiannya berlalu dari butik itu bersama beberapa bungkusan barangan yang dibeli. Kasut itu akan diserahkan pada Shafiq Saad nanti.


HARI PERLAWANAN


“Kasut tu okay tak dengan kau?” soal Faris Shamsuddin pada Shafiq Saad yang saat itu sedang leka mencuba Adidas Sala yang dipinjamkan Kamarul Abadi sepertimana yang dijanji.

“Okay.Cun-cun!”

“Santek! So, berapa?”

Shafiq Saad mengerutkan muka. Tidak dapat menangkap soalan dari Faris Shamsuddin.

“Berapa apa?”

Faris Shamsuddin yang sedia maklum dengan perangai Shafiq Saad yang LAMPI pantas menerangkan setelah melihat kerutan yang terbentuk di dahi Sahiq Saad.

Gaol yang kau nak score hari ni, senget!”

Shafiq Saad gelak. Tangannya menutup mulut.

“Tak tahu lagi. Hihihihihi...”

Sedang asyik mereka berdua berbual, Kamarul Abadi dan yang lainnya datang pada mereka.

Mereka berjabat salam.

“Kam, thanks pinjamkan aku kasut.”

Thanks? Buka balik kasut tu!”

Faris Shamsuddin dan Shafiq Saad saling berpandangan.

“Kenapa?” hampir serentak soalan itu terpacul keluar dari mulukt mereka.

“Sebab ada orang bagi kau kasut ni. Nike CTR 360!”

Sekali lagi kerutan terbentuk di dahi Shafiq Saad dan Faris Shamsuddin.

“Siapa?"

“Tu. Yang duduk kat atas kerusi sana.” Tunjuk Kamarul Abadi.”...dia pesan suruh main betul-betul! Nah, amik ni. Buka balik kasut Sala aku.”

Shafiq Saad memandang. Kemudiannya mengangguk. Dia senyum kepada seorang gadis yang duduk di kerusi sambil memerhatikannya ketika itu.

Pandangan mereka bertaut. Senyum berbalas.

Dengan pantas, Shafiq Saad menukar kasut setelah ianya bertukar milik.

Muat-muat.

Shafiq Saad kemudian berlari mendapatkan gadis di kerusi. Dia kenal dengan gadis itu.

“Thanks! Tapi macamana awak tahu saiz kaki saya?”

 Farah Ain senyum.

“Basic instinct i guess.”

Owh. Thanks taw!”

“Awak main elok-elok okay?”

“Ye. Saya akan score goal untuk awak!”

“Hahaha...nah, ambil ni.” Farah Ain menghulurkan sebotol air mineral beserta kain tuala kepada Shafiq Saad.

“Saya tengok awak dari sini.” Ujar Farah Ain itu lagi.

Shafiq Saad jadi tidak terkawal. Sesungguhnya dia kaku dengan situasi sebegitu.

“Thanks again!”

“Em. Kawan-kawan awak dah panggil tu. Pergilah. Score goal untuk saya taw. Saya nak tengok!” Farah Ain cuba menyuntik semangat.

“Okay.” Balas Shafiq Saad sebelum berlalu mendapatkan rakan sepasukannya yang lain. Hari itu dia mendapat suntikan semangat luar biasa. Matanya tidak lepas dari memandang Farah Ain di kerusi.

Goal untuk awak!’ Shafiq Saad bermonolog sendiri.


Wednesday, December 22, 2010

[kApAL tERbANG kErtAS 2]

DUMMMM!!!

Pintu kayu itu dihempas kuat. Bergegar seluruh isi rumah seolah dilanda gempa berukuran 7.9 pada sekala ritcher. Itu hanya metafora, kerana jika benar rumah itu dilanda gempa, pasti orang yang pertama meninggal dihempap bingkai pintu adalah orang yang menghempas kuat daun pintu itu tadi.

Orang itu adalah Zarir.

Dialah yang bertanggungjawab dan menjadi dalang di sebalik insiden hempas-menghempas. Tiada hujan atau ribut di luar sana, tapi Zarir pulang dengan wajah masam mencuka.

Aidil mengangkat muka memandang. Dia yang tadinya khusyuk mencuci  lensa kamera DSLR miliknya tersentak dengan perbuatan Zarir. Hampir gugur jantungnya. Itu juga adalah metafora, kerana jika jantung Aidil gugur sebentar tadi pastilah sekarang dia tidak dapat mengangkat muka memandang Zarir yang bermuka masam mencuka.

“Apahal dude? Cik Mat marah kau ke?” Aidil menyoal. Cuba mencari kepastian disebalik perlakuan Zarir. Zarir jarang bertindak sedemikian, cuma tadi, Aidil sendiri kurang pasti kenapa Zarir bersikap seperti itu. Seolah-olah disampuk saka Jentayu.Masih lagi metafora, kerana jika Zarir disampuk saka, pastilah Aidil orang yang pertama melarikan diri. Dia tidak mahu menjadi mangsa.

Berbalik kepada isi cerita. Cik Mat yang dimaksudkan adalah Prof Madya Mohammad, pensyarah subjek Thermodynamic 2 : Refrigeration & Ventilation System. Dikenali sebagai seorang yang sangat tegas dan garang.

“Dil, kau jangan tegur aku selama sepuluh minit.” Ujar Zarir. “... Atau aku akan lapah kau dan gantung kau upside down dan gantung kau kat luar sana untuk dijadikan santapan nyamuk-nyamuk lapar yang berkeliaran kat luar sana.” Tambah Zarir lagi. Kali ini lebih berbentuk ugutan.

Zarir kemudian menyembamkan mukanya ke tilam.Beg galasnya yang masih lagi dipikul di belakang tidak ditanggalkan.

“Zarir...”Aidil cuba bersuara. Tapi dia kembali menutup mulut dari terus berbicara setelah mendapat isyarat dari Zarir.

Zarir langsung tidak mengangkat muka. Hanya jari telunjuk yang ditegakkan sebagai isyarat supaya Aidil diam.

Aidil pasrah. Dia kembali berteleku membersihkan lensa kamera DSLRnya. Dibiarkan Zarir supaya tenang seketika.

10 minit.


*****



SEBELUM KEJADIAN HEMPAS-MENGHEMPAS


ZARIR memandang kiri dan kanan.

Tiada sesiapa yang ada di situ saat itu. Tiada seorang pun yang lalu-lalang. Mujurlah juga tiada sesiapa yang lalu-lalang, jika tidak dia pasti malu sendiri. Airmata Zarir ketika itu hampir mula bergenang dan bertakung di kolam mata. Zarir yakin, jika ada sesiapa yang melalui laluan yang memisahkan bangunan Kejuruteraan Mekanikal dan Bangunan Perdana ketika itu pasti mengundang syakwasangka luar biasa dari kaca mata mereka yang memerhatikan gelagatnya : jika ada.

Zarir menarik nafas dalam-dalam.

Matanya dipejamkan. Rapat. Seolah-olah sedang memikirkan sesuatu.

                Lama dia bersikap begitu. Bersikap membatu. Tubuhnya disandarkan pada dinding konkrit yang memisahkan ruang demi ruang.

                Seketika dia melepaskan keluhan berat. Dengusan kasar berulang-kali terhembus dari mulutnya.

Mindanya terasa berselirat.

Dadanya terasa sesak.

Kapal terbang kertas yang berada di tangan kanannya diramas. Geram yang teramat!

Zarir kini dikawal oleh amarah. Dalam keadaan begitu, syaitan mula membisikkan sesuatu, mula meguasai akal dan hatinya. Akalnya hanya berfikir perkara yan bukan-bukan sementara hatinya terus-menerus ditebar prasangka.

Zarir dirasuk cemburu.

Kakinya mula dihayun menuruni anak tangga dari tingkap dua bangunan utama Perdana menuju Laman Siswa. Suasana bingit dan hingar yang tercipta langsung tidak menarik perhatiannya. Telinganya seolah dipekakkan. Tetapi matanya belum lagi dibutakan. Sebentar tadi,dari tingkat dua dia dapat melihat dengan jelas kemesraan yang terpancar di wajah dua individu yang amat dia kenali.

Fatimah Zahrah dan Ramlan.

Saat Zarir melewati mereka berdua, Fatimah Zahrah memalingkan muka memandang Zarir yang erat mengenggam kapal terbang kertas. Kapal terbang kertas untuknya, Fatimah Zahrah berkira-kira. Dia melemparkan seulas senyum sebagai reaksi gembira. Tetapi sebaliknya berlaku.

Senyum yang dilempar tidak berbalas.

Zarir yang melewati mereka hanya merenung mereka berdua dengan ekor mata. Riak wajahnya masam mencuka. Kapal terbang kertas yang digenggamnya dibuangnya ke dalam tong sampah berhampiran yang sedia tercatuk di tepi tiang.

Fatimah Zahrah terkedu.

Reaksi Zarir sebentar tadi betul-betul mengejutkannya tika itu. Dia langsung tidak menyangka Zarir akan bersikap sebegitu. Kapal terbang kertas yang selama ini menjadi penghubung antara dia dan Zarir tidak lagi mendarat di ‘lapangan’ sepertimana biasa, tetapi dijunamkan ke tong sampah berhampiran.

Ramlan yang berdiri di hadapannya hanya diam membisu. Tapi dia tahu kenapa Zarir bersikap begitu.
 
“Zarir!” jerit Fatimah Zahrah. “...Zarir,tunggu sekejap!” Lanjut Fatimah Zahrah lagi. Dia cuba melaung memanggil nama Zarir. Cuba menerangkan apa sebenarnya yang terjadi.

Namun suaranya lemah. Hanya bergema di kerongkong. Tidak terluah sepenuhnya. Tidak berupaya untuk menarik perhatian Zarir supaya kembali dan mendengar sebarang bentuk penjelasan darinya. Zarir terus melangkah pergi.

“Timah, kau ok? Im sorry, sebab aku, Zarir jadi macam ni...” luah Ramlan. Dalam hal ini memang dia yang patut dipersalahkan. Dia mungkin bersikap keterlaluan dengan menunjukkan kemesraan yang berlebihan.
 
Nope...kau tak buat salah pun. Zarir tak patut act macam tu. Lagipun kami cuma kawan biasa...” tutur Fatimah Zahrah.

“Kalau kawan biasa,tak kan lah dia jadi macam tu. Tak pa, nanti aku jumpa and aku explain kat dia apa sebenarnya yang berlaku.”

“Tak perlu. Biarkan dia macam tu.” Fatimah Zahrah cuba menegah. Dia tidak mahu mengeruhkan lagi keadaan. Pada hematnya, biarlah hati Zarir lembut sendiri. Zarir biasa memotivasikan diri sendiri tanpa perlu nasihat atau teguran sesiapa untuk menyelesaikan masalah bersifat peribadi begini.

Fatimah Zahrah berjalan menuju tong sampah. Kapal terbang kertas yang renyuk dicapai.

Perasaannya bercampur baur.


*****


“Chaol, boleh tak kau tolong aku?”

“Tolong apa?”

“Kau suruh Aidil minta nombor telefon Zarir, boleh. Then kau pass kat aku.?”

“Kenapa. Korang ada masalah ke?”

“Kau dapatkan nombor Zarir dulu, nanti kita gossip. Okeh?”

“Ok. I’ll try.” Dengan kepantasan yang hamper menyamai kelajuan cahaya, Shahrul Bahiyyah menekan-nekan pad kekunci telefon bimbit miliknya. Jemarinya laju menaip sesuatu.

Kemudian...

Tertera di skrin telefon bimbitnya perkataan ‘message send’.

Tidak sampai satu minit, telefon bimbit milik Shahrul Bahiyyah bergetar.

1 message received.

 “Nah. Salin cepat.”

Fatimah Zahrah menganguk. Cepat-cepat dia mencapai telefon bimbitnya yang berada di atas meja studi.

“Jap. Ok, apa dia?”

“019-XXX.XXXX.”  Ni cuba story kat cheq, hangpa ada pape masalah ka?” Shahrul Bahiyyah mula menyoal selepas dia yakin firasatnya menyatakan ada sesuatu yang tidak kena di antara Fatimah Zahrah dan Zarir.

Fatimah Zahrah hanya meleret senyum memandang Shahrul Bahiyyah.

“Hisy, tak aih. Kami ok je.”

“Jangan nak tipu aku la. Kat dahi kau tu jelas tertulis yang kau ada masalah...” ujar Shahrul Bahiyyah.

Fatimah Zahrah mula refleks. Dia meraba-raba kawasan sekitar dahinya, tapi tiada apa-apa. Juga tiada perkataan MASALAH yang terukir atau tertulis di dahinya sepertimana yang digembar-gemburkan Shahrul Bahiyyah.

Shahrul Bahiyyah menepuk dahi.

Fatimah Zahrah hanya senyum menampakkan barisan giginya yang putih berseri. Lagaknya seperti bintang iklan ubat gigi.

“Sebenarnya, Zarir dah stop layangkan kapal terbang kertasnya kat aku...” jelas Fatimah Zahrah. “...dah seminggu.” Tambah Fatimah Zahrah. Perlahan. Antara dengar dan tidak.

Mata Shahrul Bahiyyah membulat. Hampir sama bulat dengan pipinya.

“Kenapa?”

“Sebab Ramlan?”

“Sebab Ramlan?” Shahrul Bahiyyah seakan pelik. Kemudian dia meleret senyum. “...Zarir jealous?” Shahrul Bahiyyah menjawab soalan yang dia sendiri ajukan.

“Hmmm...” jawab Fatimah Zahrah dengan deheman.

“Ala, jangan risau. Nanti dia ok,dia terbangkanlah kapal terbang kertas tu macam biasa.” Pujuk Shahrul Bahiyyah. “...sekarang ni tak boleh, sebab ‘cuaca’ tak menentu.” Ujarnya lagi dalam leret senyum.



*****


“Salam. Encik Pilot marah saya – Fatimah Zahrah?” itu antara kandungan mesej yang diterima Zarir di petang Sabtu yang hening.  Zarir ketika itu sedang memberi makan ikan-ikan peliharaannya.

Zarir kaget.

Zarir gelabah.

Sudah hampir seminggu, dia dan Fatimah Zahrah tidak bertemu. Dan dia tidak lagi menerbangkan kapal terbang kertas untuk Fatimah Zahrah seperti selalu.

Zarir malu sendiri. Dia cemburu membuta-tuli.

Kemudian Zarir menaip sesuatu. Dia cuba menyusun ayat untuk membalas mesej itu.

“Salam. Macamana awak tahu nombor telefon saya?”

Delivered.

Seketika...

“Dari Aidil. Awak belum jawab soalan saya. Marahkan saya?”

“Eh, tak lah. Buat apa saya nak marah?” Sesungguhnya Zarir berbohong ketika ini.

“Betul tak marah?”

“Betul! Cuma....”

“Cuma apa?”

“Salah saya kot sebab cemburu.”

“Huhuhu. Macam budak kecik. Cemburu, lepas tu merajuk.”

Zarir jadi malu. Dia keluar mencari Aidil di ruang tamu. Dengan bersenjatakan bantal peluk. Tubuh Aidil dihempuk.

“Woisy, apahal ni? Kena sampuk ke apa?” Aidil sempat mengelak. Jika tidak dia sendiri tidak pasti akan berlaku pada dirinya. Mungkin akan berlaku kemalangan jiwa.

“Kenapa kau tak beritahu aku yang kau bagi nombor phone aku kat Fatimah Zahrah?”

“Woi pandai, bila pulak aku bagi kat Fatimah Zahrah engkau? Hari tu Shahrul Bahiyyah aku yang mintak adalah. Aku bagi kat dia je. Diorang berkomplot la kot. Kenapa?”

“Fatimah Zahrah mesej aku.”

“Habis tu?”

“Aku happy!!!”

Happy sangat sampai nak hempuk aku dengan bantal? Happy apa ke namanya tu?”

“Sorry dude, anyway thanks! I owe you, bro! Jom aku belanja kau pergi pasar malam.”

“Itu yang aku nak dengar! Jom! Tapi kejap, bagi aku peluang dan ruang untuk aku tukar kain pelikat ni kejap.”


PASAR MALAM


                Zarir dan Aidil berjalan membelah keriuhan dan keramaian. Mereka terpaksa berhimpit-himpit dengan ratusan manusia yang turut sama serta dalam keriuhan dan keramaian di pasar malam ketika itu. Pasar malam itu memang menjadi tumpuan kerana kepelbagaian barangan jualan termasuk pelabagai jenis makanan yang turut sama di jual.

                “Kau ada apa-apa nak beli lagi ke Dil?”

“Tak ada dah. Kau?”

“Aku rasa dah cukup kot. Kang tak habis pulak nanti. Membazir je.”

Aidil mengangguk. Dia bersetuju dengan pendapat Zarir.

Makan sekadar perlu.

Sabda Rasulullah. “Makan ketika lapar, dan berhentilah sebelum kenyang.”

“Jom gerak balik!”

“Wokey!” Balas Zarir saat dia melintasi gerai Apam Balik istimewa. Matanya melilau-lilau mencari tambahan juadah makan malam jika perlu.

                Zarir terpandang sesuatu.

                Langkahnya terhenti di situ.

Kaku.

Aidil yang berjalan di hadapan berhenti dan berpaling setelah dia mengesan ketiadaan Zarir di belakangnya. Itupun selepas dia merasakan yang dia seperti bercakap sendirian.

Aidil membuat isyarat dengan mimik muka. Isyarat bertanya.

Zarir membalas. Jari telunjuk kanan diangkat dan dibawa ke hadapan.

Aidil turut sama memandang.

Di kejauhan, Fatimah Zahrah, Shahrul Bahiyyah, Nuraziah Abdul Rahman sedang leka memilih sesuatu dari gerai Tau Fu Fa.

Zarir buat isyarat memanggil.

Aidil segera mendapatkan Zarir yang segera berpusing bagi megelakkan kehadirannya disitu daripada dihidu. Pak cik Apam Balik yang ketika itu sedang membancuh tepung bagi membuat apam balik hanya memandang.

Zarir sekadar senyum.

Pak cik itu turut senyum. Sungguh mesra pelanggan. Tidak seperti kebanyakan peniaga yang bermuka bengis.

“Pak cik, boleh tak kalau saya nak beli kertas pembalut tu satu.”

Pak cik itu menghulurkan kertas pembalut yang berwarna coklat kepada Zarir tanpa mengenakan sebarang bayaran.

“Terima kasih pak cik.”

“Sama-sama.” Balas pak cik itu sebelum meneruskan kerjanya yang hampir tertangguh.

“Kau nak buat apa dengan kertas ni? Nak tutup muka?” Aidil menyoal kerana hairan dengan tindakan Zarir.

“Kau pegang ni kejap.” Zarir menyerahkan barang-barang yang dibeli kepada Aidil. Servis bertukar tangan. Namun persoalan masih kekal menjadi persoalan.

“Kau tunggu sini kejap. Aku nak pergi sana kejap.” Zarir member arahan.

Aidil mengangguk. Seperti kanak-kanak kecil.  Tiada bantahan.

Seketika, Zarir kembali dengan seulas senyum.

Aidil semakin pelik. Tiada lagi kertas pembalut bewarna coklat bersamanya.

“Kau buat apa ni dude?”

“Tu...” Zarir memuncungkan bibirnya sebelum menghalakan jarinya ke satu arah.

“Kau bagi dia belon BEN 10 dengan kapal terbang kertas?”

“Em...” Zarir mengangguk. “...Dah, jom balik. Tutup mulut kau tu. Jangan kagum sangat!” Cepat-cepat Aidil menutup mulut dan membontoti langkah Zarir.



*****


“Kak, ada abang suruh bagi ni kat akak.” Seorang anak kecil merapati dan menarik baju Fatimah Zahrah bagi meraih perhatian.

Fatimah Zahrah merendahkan pandangan. Kemudian dia duduk agar kedudukannya sama tinggi dengan kanak-kanak perempuan itu. Dia meghulurkan tangan. Kemudian kanak-kanak itu menyerahkan belon BEN 10 dan sebuah kapal terbang kertas padanya. Fatimah Zahrah senyum. Kepala kanak-kanak itu digosok sebelum dia menghulurkan sekeping not bewarna hijau.

“Terima kasih...”luah kanak-kanak kecil itu sebelum berlalu.

“Sama-sama.” Fatimah Zahrah bingkas. Dia melilaukan mata mencari-cari dalang di sebalik semua angkara ini.

Gagal dikesan.

Tidak dijumpai.

Sebelum sempat dia dan rakannya memulakan langkah, tiba-tiba telefon bimbitnya berdering.

1 message received.

Fatimah Zahrah buka.

Baca.

“Hi sweetie. Im sorry fasal kes hari tu. Seriously, at first memang saya jealous, tapi da ok da.  Jadi, untuk mengelakkan awak dari diganggu sesiapa selepas ni, maka dengan kuasa yang ada di tangan saya, maka saya telah melantik BEN 10 ni untuk jaga awak 24/7. “
                                                                                                                                Zarir



“Thanks handsome - Fatimah Zahrah ”


Balas Fatimah Zahrah sambil mengukir senyuman.
                                                                                                                                                

Belon BEN 10 dipandang.

“Jangan buat sebarang laporan okeh? Kalau tak saya buang angin yang ada dalam perut awak...” tutur Fatimah Zahrah perlahan.


p/s :terima kasih kepada jiran kerana menjadi cikgu BM tuk hari ni.