Showing posts with label [d4Ri hAti]. Show all posts
Showing posts with label [d4Ri hAti]. Show all posts

Thursday, November 24, 2011

Air Mata Pengantin

Assalamualaikum...
Hello readers,
Acane nak mula ea?  *buat gaya comel  gigit hujung pen.
Btw, sila abaikan tajuk entry kali ini. Saja je buat kepoh. Ini bukan kisah pengantin lelaki kena tinggal dengan pengantin perempuan sebab pengantin perempuan tak dapat terima hakikat bakal suaminya begitu menggemari petai,sedangkan dia tidak. Apakah???
Blur...
Aku rasa topik yang aku nak bawa kali ini agak berat. Er, tak...maksud aku memang sangat berat hinggakan aku tak mampu nak angkat. Okeh, aku melalut.*raup muka dengan jari. Tapi serius wei, topik ni sangat berat sehinggakan ia selalu menjadi mimpi ngeri dalam hidup aku. *musik tema drama bersiri x-files dimainkan perlahan-lahan bagi menambahkan kesan mistik pada jalan cerita.
Okeh, macam ni. Cuba korang pejam mata kejap. Amik feel dulu. Tarik nafas dalam-dalam,then lepas. Ulang lagi ye. Tarik nafas....lepas. Dush!!!
So, apa yang korang nampak? *panggg!!! Dapat penampor sebijik sebab tanya soalan tak masuk akal.
Okeh, macam ni.
Apa perasaan korang bila korang pandang sekeliling dan tengok semua kawan-kawan sebaya korang da mendirikan rumah tangga, da ada keluarga sendiri, da ada anak sorang dua yang panggil kawan korang mummy atau daddy? Apa yang bermain di fikiran korang saat tu? Jeles? Tumpang gembira? Tak nak amik tahu? Atau mungkin korang akan gunakan klausa “ada aku kisah?” untuk menjawab soalan aku kali ni. *soalan ni valid untuk mereka yang berumur 18 tahun dan keatas macam aku pada 6 tahun yang lepas. Tetiba je rasa macam da sangat tua.Ye, da tua. ==’

aku nak try guna bunga tayar time kahwin utk deco.

Aku yakin ramai di antara korang terutamanya girls yang comey lottey out there akan cakap korang tumpang gembira bila tengok sahabat-sahabat korang dah jejak jinjang pelamin walaupun leher tak ada la sejinjang mana. *Er...tak ada kaitan. Abaikan. Tapi, korang jangan la nak menidakkan perasaan cemburu yang mula beranak pinak dalam hati korang bilamana melihat kebahagiaan yang telah kawan kau kecapi. Tipu la kalau korang tak jeles bila tengok dua cerpelai mempelai bersanding kat atas pelamin. Tambah korang jeles bila taw kawan korang tu kahwin dengan ex-girl atau ex-boy korang masa darjah 3. Ye idak? Confirm balik rumah sambar tisu satu kotak pastu nangis dalam toilet. Kan? Hahaha...jangan la cuba nak menegakkan tiang bendera yang patah.
Let us make it simple,
I’m a thinker. So, setiap kali aku terima undangan ke majlis perkahwinan member-member aku semacam ada satu perasaan yang membuak-buak dalam diri. Aku seolah berperang dengan perasaan sendiri. Nak menangis pon ada. Tapi sebagai seorang lelaki yang cool, aku ngaku, aku jeles. Buat apa nak tipu-tipu kan? Lelaki yang selalu jeles bertempat akan nampak lebih macho dan maskulin di mata awek-awek hot dan chumel dan sentiasa menjadi buruan makcik-makcik yang ingin menjodohkan anak dara mereka dengan this type of men. Itu fakta! Sebab jeles tu menunjukkan tahap sayang korang pada pasangan. Tapi sebagai seorang member, aku ketepikan dulu rasa jeles tu walaupun cik jeles tu senantiasa cuba menggoda aku dengan bermacam cara. Aku tetap buat bodoh je. *buat gaya tampan ala Remy Ishak dalam iklan Dashing.

cincin cincau?

Sebab apa aku tak join dieorang kahwin?
Sebab apa?
Sebab tak ada awek hot yang nak kat aku? *sila pandang cermin. Okeh, aku tak hensem macam Remy.
Jika difikirkan dan diperhalusi semula mungkin aku belum mampu aku untuk menggalas tanggungjawab sebagai seorang ketua keluarga sekaligus memikul beban dosa si isteri dan mungkin bakal cahaya mata yang yang menjadi permata keluarga. Mungkin juga aku belum  mampu berdiri teguh untuk mengimami solat kami sekeluarga dan menjadi tunjang kepada sebuah insitusi kekeluargaan yang di dalamnya terisi dengan mawaddah dan rahmah. Atau mungkin, aku belum cukup bersedia dari segi mental juga fizikal bagi mendasari kemuliaan sebuah keluarga.
Hensem itu bukan kayu ukur untuk bina sebuah keluarga bahagia. Bukan tiket untuk bawak satu family ke syurga!
Sebab itu aku ingin perjelaskan setiap rencana Tuhan itu bersebab dan bukannya berlaku dengan sia-sia.
Jangan pernah menyesali dan menangisi nasib diri. Kekal istiqamah. Ambil masa untuk perbaiki diri. *tuding jari kat diri sendiri. Belajar untuk menjadi si suami/isteri yang terbaik untuk pasangan-pasangan kamu suatu hari nanti. Janji Allah itu pasti, jodoh itu telah ditentukan dan telah sedia terpahat di Arasy-Nya.
Kahwin bukanlah sekadar ikatan biasa yang disahkan melalui pengucapan “ aku terima nikahnya” sewaktu majlis akad, tetapi ia lebih berupa medan dakwah untuk meneruskan kelangsungan umat Muhammad s.a.w.  Medan untuk kita saling member, baik suami ataupun isteri. Kerana mereka ini saling melengkapi.
“Saya nakkan suami yang boleh menjadi pemimpin dan memimpin saya dan anak-anak saya ke syurga...”
Aku rasa itu harapan paling besar yang diletakkan oleh seorang wanita untuk seorang lelaki yang akan menjadi pendamping mereka. Biarkan mereka menangisi hari bahagia mereka mengetahui bahawasanya lelaki yang bakal menemani hidup mereka nanti adalah lelaki yang benar-benar bersediadari segi mental dan fizikalnya. Juga cukup amal dan ilmu di dada. Romantik? lebih berupa bonus aku rasa.
Humans are simply born weak. So, there’s no need to act strong. Leaning when you need to. Crying when you want to. That’s the right things. Because, everyone does!

p/s : Selamat penganti baru kepada semua sahabat-sahabat, sorry xdapat nak attend majlis korang. Ketahuilah bahawa aku bertemankan tisu sewaktu menulis entry ini. Okeh. Itu propa. Semoga berbahagia hingga ke anak cucu. InsyaAllah.


Tuesday, June 21, 2011

Oh Nora Elena

Assalamualaikum w.b.r.t,

Dah lama sangat aku lepak, duduk-duduk rehatkan otak sambil usha-usha awek hot,putih gebu dengan mata yang tak berkelip blog-blog yang sedikit sebanyak memberi aku inspirasi untuk menulis entry-entry baru dalam KOTAK HATI. Kononnya lepas aku baca blog-blog diorang yang macam sangat bagus, mungkin adalah ilham yang turun jatuh dari langit mencurah-curah ke ladang gandum.... kononnya lah...tapi impian aku tu langsung tak menjadi kenyataan. Tak ada gaya pun ilham tu nak datang bertenggek kat dedahan minda dan bercambah membentuk ranting idea yang baru. Duh!!! Nak tak nak, aku terpaksa berdikari dan berdiri di atas kaki sendiri ...yela, kang kalau aku berdiri atas kaki ko karang mahu aku dilempang hidup-hidup tanpa belas dan kasihan. Kan...kan...kan? Macamla aku tak tahu.

So, aku kenalah berdiri atas kaki sendiri   memerah otak (perahlah sangat) mencari idea-idea baru yang bersifat malar segar. Memang korang tak akan jumpa connection kat situ. Apa kena aku berdiri atas kaki dan perah otak cari idea. Jadi jangan buang masa duk fikir. Daripada korang duk fikirkan fasal menda yang tak mendatangkan faedah tu, baik korang pergi buat kerja rumah macam jemur baju,lipat kain, salin pampers anak, sapu laman, bagi yang bergelar suri rumah sepenuh masa. Dan kepada pelajar-pelajar sekolah, lebih baik korang buka buku Sejarah, study fasal Sejarah Malaysia. Tak adalah melopong macam Terowong SMART baru dibuka bila Cikgu Salmah tanya soalan-soalan berkisar asal usul penubuhan Melaka atau Pembentukan Malaysia.  Tak gitu?

Amacam, prihatin tak aku?

So, ehem....ehem... kepada mana-mana gadis(es)/awek(s) yang berminat untuk bersuamikan lelaki romantik,caring, penyabar, pakar masak-memasak hidangan melayu barat, memiliki wajah iras selebriti ataupun bakal-bakal mak mertua yang mungkin berminat untuk bermenantukan lelaki yang baik hati, peramah, bersopan-santun macam anakanda (tunduk, tersipu-sipu malu) bolehlah berbuat demikian dengan menghubungi mana-mana talian bebas tol untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Okeh,

Aku rasa dah cukup jauh aku melalut, dan sekarang tibalah masa untuk aku kembali ke pangkal jalan cerita. (*urut-urut dada sambil beristighfar. buat muka suci).

Sebagai permulaan, aku nak tanya satu soalan.Tapi korang semua kena jujur. Takmo tipu-tipu.

"Liar-liar got fire." Hehehehehe...Tu Teacher Fazliana yang super duper hot ajar masa aku part 3 time study kat Penang dulu. Takut kan?

So, soalan aku berbunyi begini. Sungguh skema aku rasa. Macam soalan bahasa Melayu pulak. Okeh, straight to the point. Sape layan drama Nora Elena kat TV3? Angkat tangan!!!!

1...

2...

3....

....


786...

"okeh-okeh, turun tangan. Ramai jugak yang layan. Er, mak cik yang baju pink yang sengih sorang-sorang tu. Hah, mak cik. Ye...makcik la. Da boleh jatuh tangan da...semangat betul mak cik ye? Apa dia mak cik? Aaron Aziz hensem? Ada tak macam saya? Apa, saya lagi hensem??? Saya stuju dengan pendapat mak cik. Saya pun rasa macam tu...."*gelak sopan.

Bukan aku nak reviu pape la. Aku rasa drama melayu sekarang ni memang tak kalah dengan drama indon yang berlambak dihidangkan kat tb. Betul ke tak? Makin pelik aku tengok. Sampaikan kekurangan  pada diri seseorang tu pon ley dijadikan sebagai modal untuk melariskan produk tak berkualiti dan tak beridentiti  mereka. Yang tahyulnya pulak, dihidangkan sampai anak-anak kecil dah semakin takutkan hantu dari  TUHAN yang SATU. Yang drama berair matanya pulak, memaksa kaum bapa keluar rumah diwaktu malam ke mini market berdekatan kerana kaum-kaum ibu kehabisan stok tisu. Sampaik ke situ. Sampaikan aku rasa tak nak tengok dah bila ada drama indon melayu. Meluat dowh.

Okeh, pada kipas-susah-mati drama indon. Aku bukan nak kutuk atau apa. Aku cuma hairan-pelik-bin-ajaib macamana lah korang boleh habiskan masa berjam-jam kat tv semata-mata nak marathon drama-drama indon macam bawang putih bawang merah sampaikan kalau boleh korang nak je pergi indon p tampaq watak antagonis (watak jahat) yang dilakonkan oleh pelakon yang sememangnya korang kenal dia, tapi belum tentu dia kenal korang. heh?

Tak perasankah korang setiap kali korang tengok drama tu, ia seolah-olah diarahkan oleh mereka yang rabun dekat dan seorang pengarah yang sangat lampi aka lembab. Sebab apa aku cakap camtu.

     1. Sebab, kerapkali si pengarah yang 'celik' tu zoom in watak utama/jahat/kucing/tayar kereta/bas sekolah/ kucing hutan/dahan kayu mati dsb. apa reason dia?

     2. Bila korang sedang asyik ghairah melayan perasaan dengan sekotak tisu di riba, kerap juga gerak perlahan ataupun effect slow motion dipertontonkan pada korang. Apakah? Korang tak rasa macam nak tekan butang fast forward ke?

Okeh. aku beremosi.

Berbalik pada Nora Elena. Nyatanya, aku tak pernah tengok pon drama ni. Boring. Drama tipikal melayu. mesti ada watak ketiga. bisnes nak juta-juta. watak utama nak kena hensem, romantik tak hingat, gila-gila punya baik hati, kaya, ada banglo sebijik dua pastu dapat tackle awek yang jadi focal point dalam cerita. tak ke tak adil tu. habis tu, yang tak hensem macamana? yang tak kaya macamana? yang tak ada banglo macamana?  tak boleh dapat awek cun atau bini lawa la maksudnya?

Tak adil kan?

Kenapa nak kena tunjuk atau story sisi mereka yang senang-lenang yang kadangkala langsung tidak menghargai erti sebuah kehidupan? Kenapa tak diulas kehidupan mereka yang gelandangan. Kenapa tak ditanya pada mereka bagaimana mereka bertarung dan menggadai nyawa mencari sesuap nasi demi sebuah kehidupan? Kenapa?

Sebab, kita adalah bangsa Mat Jenin. Bangsa yang lebih senang dan suka menganyam angan. Kan?

Wednesday, May 4, 2011

Aku, Kerang Bakar & Chicken Soup for the Soul

Assalamualaikum...

Hai,

Lately aku rasa selera makan aku bertambah-tambah. Tak tahu kenapa. Musykil sungguh. Tapi, yang lebih teruknya, walau sebanyak mana makanan yang masuk melewati rengkungan esofagus sebelum singgah ke usus tidak mampu membawa perubahan fizikal pada tubuh badan aku yang sasa kurus kenit & chomel ni. Heh = ='

*mood hampa.

Apapun, aku rasa lega je sebab maintain slim camni walau hakikatnya banyak da seluar, jeans, khakis dan kemeja da semakin ketat serta sendat bilamana aku sarungkan ke tubuh. Hadoi la...so, nak tak nak aku terpaksa 'sedekahkan' segala baju kemeja, jeans segala pada mereka-mereka yang lebih slim dari aku. So, secara automatiknya, adik aku mewarisi segala kekayaan dan aset pakaian aku. Bukan sekadar tu, ma aku aka Kak Nor dengan senang hati memberi hadiah saguhati berupa kasut adidas, nike, asics onitsuka tiger dan converse pada Kamarul Habibi & Kamarul Azmi dengan mandat yang dia ada...Cit! Aku hanya mengangguk dalam keadaan terpaksa.

Okeh, itu cerita baru pasal aku.

Isnin lepas, aku layankan Kak Nor & Mek Na (anak Ibu) ke pasar malam lepas kemas-kemas laman, siram pokok bunga aku yang layu dek panasnya cuaca sekarang. Sebenarnya, aku kena jadi dirver. Sebab petang tu gerimis dah mula tunjuk muka. Nak tak nak aku kena follow la mereka berdua untuk sessi shopping-tak-hengat-dunia dan aku kena carry semua segala mak nenek barang yang dieorang beli nanti. For sure! Memang penuh la tangan dengan sayur mayur, ikan mikan, dan barang-barang dapur yang lain. Heh.

 Dah namanya perempuan kalau pergi mana-mana tak sah kalau tak amik masa lama. Belek tu lah, ini lah dah makan masa berjam lamanya. Pastu jumpa kawan lama, borak-borak, gosip-gosip pula. Aku? Tercegat la tunggu mereka-mereka ni habiskan aktiviti mereka. Kalau bersuara, takut dilabel murka. Tak nak den. Tak cium bau syurga.

Den punyo porangai sonang, den nampak yang mano murah, den sambar jo. Tawar-menawar? Den tak berapo nak pandai. Den belasah jo semuo. Mahal ko murah ko den tak amik kiro. Kejap lagi hah, mak den bukak radio bebel kat den. Padan muko den. Sebab tu den tak nak amik port bilo dieorang duk pilih barang. Setakat bagi cadangan tak ikhlas tu ado la bilo sekali sekalo mak den tanyo pasal barang-barang hah.

Lepas mak den dan Mek Na habis ronda, dieorang singgah nak boli ikan pulak. Den memang buto pasal ikan-ikan ni. Kojap-kojap eden tanyo. "Ni ikan apa ma?" tanpa ada raso sogan. Practice make perfect. Den tongah bolajar nak jadi suami mithali. Biaso lah...Mek Na pulak duk gelak-gelakkan den. Den tawla den tak terror macam dio. Dio amik kulinari, den amik meki. Kang den suruh dia sebut nama-nama valve baru dio taw langit tu tinggi ko rondah. Lagipun den bukan ado tandotangan MoU dengan jabatan perikanan nak hafal-hafal namo ikan ni hah. Setakat kembung, tenggiri, merah, cermin, selar kuning, keli, patin, tongkol tu den tawla. Sobab biaso boli. Yang pelik-pelik,den mintak ampun mintak maap, mintak sorry...

Dalam pado mak den duk belek-belek ikan, den merayau pi dopan. Den nampak korang. Sogar jo hah den raso. Den pun, dengan muka suci anak mithali panggil mak den. " Ma, beli kerang ma..." pujuk den.

"Buat apa? Bukan ada orang nak makan."

"Di la nak makan. Ma rebus je. Tak pun bakar." den bagi idea. Air liur dah meleleh dah membayangkan kerang bakar atau rebus yang bersatu dalam sos cili thai yang den baru boli time shopping ngan mak den pas balik dari airport ritu.

Mak den angguk. Mek Na sengih. Eleh, den taw dio jeles ngan den. Heh. Pastu dio pon beli sekali korang tu. Sah-sah teruja dengan idea den yang den sarankan tadi. Amacam, brilliant tak otak den kalau bab mengatur menu untuk makan-makan?

Bijak kan?

So, malam tu den sebat makan korang sorang-sorang pasal adik den allergi dengan seafood. Kesian dio hah. Den tumpang sodih.

Malam tu gak, pas porut konyang den baring macam ular sawo baru pas baham bapak kambing.

Sambil-sambil tangan duk tekan-tekan remote control Astro cari channel best. Tapi tak jumpo. Sudahnyo, den capai buku yang baru den boli time turun dari heli kat airport. Chicken Soup for The Soul. Baguih buku ni. Dia ada banyak siri. Buku motivasi dalam bentuk karangan dan bahasanya mudah difahami. Syaratnya, ekau kono tahu membaca. Kalo ekau buto huruf memang wassalam la. Tak dapat den nak nolong.

Den baco sampai sotongah pastu den tutup. Mengantuk. Den kono tido awal. Besok kojo. Den kan pekerja contoh. Jadi, den masuk tido pas midnight. Adik den duk borak apo entah ngan kawan. Den tak amik pusing. Den perlukan rehat. Nanti kang kalau den tak perform, bos den bising. Ngaaa...

So,

Tu je cite den.

Bubye...

Tuesday, May 3, 2011

Majlis Akad Super Epic

Assalamualaikum,

Hailo...hailo...hailo...

Awal bulan Mei which mean 1 Mei la kan (sesaja je nak test kemahiran ilmu hisab korang), aku attend majlis kenduri kawen kawan perempuan aku yang berlangsung dengan meriah, gilang-gemilang, bergemerlapan dan penuh dengan bahan letupan kat Kuala Berang. Okeh, bahan letupan tu aku tipu. Tapi serius, majlis tu memang havoc walaupun berlangsung kat kawasan kampung je. Dengan suasana kampung segala. Jalan pon kecik je. Kalau ada 2 ekor itik berjalan dari arah bertentangan, confirm 2 ekor itik tu akan berselisih bahu. Confirm! Kalau lembu jangan cakap la. Memang sure-sure la lembu tu kena masuk gear reverse dan tunggu lembu yang lagi satu jalan dulu. Sikit punya kecik jalan kat kampung tu.

Tapi da nama pon kampung kan? Mana nak jumpa jalanraya sampai 3 ke 4 lane.Ye idak? Tu pun da kira ok hapa jalan siap berturap dengan bitumen dari tak ada langsung. Kena reti bersyukur.  Jangan asyik nak complaint je.

Heh...

Okeh, cukup sekadar tu je dulu intro. Banyak lagi nak cite ni. Ada berkajang-kajang lagi. Ahaksss...

Serius, ni kira kali pertama aku follow majlis kawen sedari awal sampai la ke makan beradab. Start dari upacara menampal bedak setebal mungkin ke muka pengantin ke upacara try test pelamin, sessi bergambar dengan sepupu papat yang lain sehinggalah ke majlis akad yang berlangsung dalam suasana yang pada aku hening. Pengantin lelaki toksah cakap, aku rasa memang dialah yang paling tak senang duduk. Buat tu tak kena, buat ni tak kena. Kejap-kejap betulkan letak songkok, kejap-kejap duk gulung sampin. Punyalah cuak nak berdepan dengan tok kadi yang selamba rilek je senyum kambing.

Masa Tok Kadi duk baca khutbah nikah, aku tumpang telinga. Dengar je satu-satu ucapan khutbah. Mana la taw lepas ni turn aku pulak duk bersila tengah-tengah ruang masjid macam tu. Heh...

Tapi, tok kadi tu kira okeh hapa sebab bagi peluang kat pengantin tuk hafal skrip "Aku terima nikahnya dengan mas kahwin yang tersebut itu..."

Ye, sependek itu aja.

Simple kan?

 Tak ada skrip panjang lebar macam kita duk saksikan dalam drama-drama melayu kat tb. Propa je lebih.

Antara contoh lafaz akad yang akan buat seorang lelaki tetiba jadi pelat walaupun dia adalah seorang peguambela atau peguamcara yang hebat.

"Aku terima nikahnya Sharifah Saidatul Atiqah binti Syed Sirajuddin Al-Habsyi dengan mas kahwinnya tiga juta empat ratus tujuh puluh lima ribu enam ratus tiga puluh dua ringgit tunai..." korang agak-agak sempat ke pengantin tu nak ucap lafaz dalam satu nafas tanpa tersekat-sekat bila tok kadi da sentap tangan hang kuat-kuat? Silap haribulan, maw terkucil inche pengantin lelaki. Lebih teruk tetiba inche lelaki diserang asthma. Tak ke haru? Baru jadi sejarah. Epic punya majlis akad.





Siapa cakap nak ucap lafaz tu semudah ABC atau 123? Dengan banyak mata yang memerhati, sinar flash yang bekerlipan sana-sini dan suasana sunyi hinggakan detik jam boleh jadi melodi.

Pengantin perempuan mangla tak rasa. Si lelaki ni hah yang kena berdepan dengan situasi tu semua. Kalau korang pernah dengar cerita ada si pengantin lelaki kena ulang lafaz akad berulang-kali, tu kira normal la der. Tak perlu nak hairan atau garu kepala. Dah biasa. Cuba kalau si pengantin lelaki asyik kena ulang, ulang dan terus ulang sampaikan tok kadi pon da tak larat nak salam tangan. Silap-silap ada je yang kena cancel kawen, masuk balik kursus dan praktis akad.

Kalau lelaki tu boleh ucap lafaz akad dengan hanya sekali lafaz, majlis tu kira biasa-biasa je. Tapi kalau lelaki tu gagal untuk berbuat demikian dan terpaksa mengulang lafaz, aku rasa majlis tu akan menggamit memori semua yang hadir menyaksikan event tersebut.




Kenapa?

Sebab dia berjaya memecah tradisi. Kira legend la si pengantin lelaki yang macam ni. Confirm, sampai ke tua semua orang akan ingat insiden-haru-biru-tak-mampu-nak-lafaz-akad. Memang super epic.

Apapun, tahniah Ain dan Hafiz. Selamat pengantin baru. Semoga kekal ke anak cucu.



Kepada bakal pengantin, terutamanya lelaki termasuk aku. Bersiap sedia untuk berdepan dengan situasi yang bakal mengundang peluh sampai lencun baju melayu.

Fighto!!!

Peristiwa 1 Mei

Assalamualaikum...

Hello readers,


Bekok C vs Setia Sakti.

Alhamdulillah, aku da selamat demobilization dari platform Bekok C Sabtu lepas. Ya,Bekok C. Apekebenda tu? Ha, tu adalah salah satu platform yang menyumbangkan minyak dan gas untuk kegunaan Mak Ngah Nik, Pak Teh Harun, Kak Leha Janda, Tok Wan Harun untuk kegunaan sehari-hari.  Wait...wait...wait, jangan tanya aku cane Petronas Carigali Sendirian Berhad (PCSB) boley bagi nama platform tu Bekok C, aku memang tak tahu. Aku memang tak ada jawapan untuk soalan silibus pemetaan dan topografi tu, yang aku tahu platform tu da wujud since 1981, 6 tahun sebelum aku lahir. Dan sebelum ni, platform tu milik Exxon Mobil before PCSB beli platform tu dari dieorang (Inche Exxon) untuk kerja-kerja carigali minyak dan gas. Kalo tak, for sure harga minyak melonjak naik macam graf kat pasaran saham BSKL dan tak turun-turun sebab tak ada subsidi  dari kerajaan Malaysia yang kita ‘cintai’.

Kenapa Bekok C? Ha, tu pun aku tak tahu. Tapi yang aku pasti penjenamaan platform diambil bersempena dengan garis latitude dan longitude sesuatu tempat. Sebagai contoh, law platform tu letaknya diatas garisan atau sejajar dengan Gunung Tahan, maka secara automatik nama platform tu akan ditukar menjadi Tahan. Tahan Alpha ke, Tahan Bravo ke...ha macam tu la, lebih kurang. Aku tak pasti sangat.





So, itu bukan apa yang aku nak story-mory kat korang semua. Story sal 26-hari-mencari-rezeki akan menyusul selepas ini. Yeah, aku memang dah siapkan awal-awal lagi draf untuk entry kat blog. So, jangan buat sebarang spekulasi mengatakan aku dah retire atau kering idea. O...no...nehi babuji...bukan itu sebabnya. Tapi sebab kemudahan internet la der...

Okeh, sori. Aku law da dapat beletiaq mang susah nak benti. Biasa la, DNA Kak Nor memang ada dalam sel-sel yang membentuk Kamarul Abadi. Sori na...

So, berbalik kepada topik yang akan menjadi agenda utama bagi sesi Mei 2011. Sepertimana yang kita sedia maklum, 1 Mei 2011 adalah hari pekerja. Hang pi Tanya la kat sape-sape pon. Confirm dieorang taw, tak kira la dieorang ni penjawat awam ke hapa. Budak-budak sekolat hat p tadika pon taw yang 1 Mei adalah hari pekerja. Sebab time 1 Mei tu, mak ngan ayah dieorang mesti ada kat umah. Tol tak? Lain la kalau mak ngan ayah dieorang ni manager KFC, xpon McD. Yela sebab McD, KFC and seangkatan dengannya kan buka 24/7, 365/year. Ye idak?



1 Mei.

Aku memang sureheboh, pasti dan confirm hari ni aku tak kerja. Jadi dengan semangat kesukanan  tahap tinggi awal-awal pagi lagi aku da ber’make-up’ sebab nak attend kenduri kat Kuala Berang. Kenduri kawen semestinya. Paling penting, hari tu aku kena jadi co-chef. Tolong masak untuk pengantin. Aku memang tak terer masak, kutuk je yang aku pandai pon. Dan dek kerana kelancangan mulut aku yang suka komen itu-ini, maka aku dilantik sebagai tester merangkap penyedia bahan masakan secara tidak rasmi. Haaa, see the leg la...


Pengantin perempuan tanpa pengantin lelaki

Tapi bukan citer-citer sal masak yang aku cuba bawa. Kalau sal masak, baik korang tengok je masterchef. Sah-sah korang akan lebih teruja. Aku pon ingat-ingat lupa nak buat ikan siakap 3 rasa cane. ==’
Citernya bermula bila aku dapat call dari officemate aku, dan call tu bukan bawa berita gembira pon. Bukannya berita sal naik gaji ke, dapat bonus ke tapi call sebab dia dapat call dari despatch department PCSB suh kami pick-up barang aka back load items dari yard diorang. OMG!!!

“Der, ari ni ari cuti der...tak kan tu pon aku nak sekolahkan ko baru ko nak paham. Awat, hang tak  de kalendar ka apa?” jerit aku dalam hati bila talian aku bersambung dengan ketua unit despatch PCSB.
“Assalamualaikum. Saya Kamarul dari bla...bla....” sikit punya baik aku punya intro. “Maaf Encik Shah (memang nama sebenar), kami tak dapat nak ambil barang-barang tu hari ini sebab kami cuti. Lagipun personnel kami baru je demob dari platform. So, kebiasaannya memang kami cuti sebelum lapor diri balik.” Aku jelaskan sebaik mungkin guna ayat piawai dah macam PR dah.

“Aku nak kau ambil barang-barang yang baru sampai tu hari ni!!!”

“Tapi kami cuti hari ni...” dia tak paham ke apa yang aku cakap atau aku salah guna bahasa yang memang buat dia tak paham yang aku cakap?

“Aku tak kira. Aku nak korang amik barang-barang tu hari ni. Paling lewat aku bagi tempoh sampai awal pagi besok!!!”  Sikit punya cantik bahasa. Takper, aku rilek lu. Layan sat mamat kerek ni. Hebat kot dia ni.
“Ok, macam ni. Memandangkan kami pon cuti hari ni. So, saya tak dapat nak janji untuk collect barang tu hari ini. Kami pon belum deal dengan KSB tuk rent forklift ngan prime mover. Sangat mustahil untuk kami pick up semua barang-barang tu hari ini. Harap Encik Shah faham.” Sesaja je aku guna ayat berbentuk riverse osmosis psychology camtu supaya dia rasa bersalah. Tu je cara nak ajar dia. Tak guna nak bertekak atau bertegang urat. Memang sampai sudah tak habis.

“Ok lah kalau macam tu, kamu cuba tempah forklift ngan prime mover. Kalau tak dapat hari ini, besok je kamu amik...” datar je dia bersuara.

Haaa...pandai pon cakap leklok. Ingat da lupa etika pergaulan dah. Kalau dari tadi kau cakap camtu, senang cerita der. Tak perlu nak jerit atau cakap kasar segala. Aku tahu, kau sarung coverall kuning dengan logo berfont PETRONAS saiz 30 pt kat belakang baju. Tapi tak perlu la nak berlagak macam tu. Sabar der. Kalau iye pon kau frust sebab kena kerja 1 Mei ni, kau kena kekal rilek der.

 Da namanya kerja kan?

Jangan sebab jeles kat aku yang  tengah layan nasi kenduri kau nak marah macam tu membuta tuli. Habis mati selera aku menikmati nasi kenduri ni. Tak pasal-pasal aku kena lepak kat KFC semata-mata nak online sebab nak buat tempahan untuk sewa forklift ngan prime mover. Nasib baik ada bantuan dari Mr Ipod. Kalau tak, memang jenuh aku nak selongkar bandar Kuala Berang cari Cyber Cafe untuk buat tempahan. Dah la suhu bumi waktu tu cecah 3 juta darjah C. Tak ke gila?

Bagi aku la kan der, tak ada orang nak bayar pon kalau kau berlagak tinggi langit camtu. Ada ke orang nak bayar ko der? Kalau ada, aku pon nak jadikan berlagak tu sebagai profesion atau kerjaya utama. Mana la taw boleh sebat 3 ke 4 riban sebulan dengan hanya modal berlagak-tak-hengat. Boleh la aku angkat Peugeot 308 Turbo. Tak gitu?

Moralnya, kalau iye pon nak berlagak. Jangan berlagak pada 1 Mei. Cari je hari lain.

Thursday, March 3, 2011

[pEtAi vs c0okiEs]

"Der, lu jangan pepandai nak bagi baby-baby wa makan petai, kalau lu bagi, pasni wa haramkan lu makan petai dalam ini rumah. Lu paham der?!" tegur gadis biasa yang kini mengandungkan anak sulung. Anak pertama hasil perkongsian hidup mereka.

Brader hensem hanya meleret senyum. Pipi gebu si isteri diusapnya lembut. Penuh kasih sayang. Pandangan mereka berdua bertaut.

Lama.

"Dah, jangan nak buat muka comel macam tu. Ingat ni der, jangan pernah terlintas nak bagi baby kita ni makan petai. Ingat tu!" gadis biasa sekali lagi mengingatkan.

"Kalau bagi jugak?"

"Xpayah nak mengada! Wa tak mahu!"

Brader hensem tertunduk menahan gelak melihatkan gelagat isterinya. Bersungguh-sungguh si isteri mengingatkan agar dia tidak sesekali mencuba untuk mengajar bayi kecil mereka nanti makan nasi berulamkan petai.  Dia tidak betah melihat anak kecilnya nanti turut sama serta menjamu selera dengan ulaman sebegitu. Busuk katanya.

"Lu dengar tak ni der?" Dalam pada brader hensem masih galak menahan tawa, singgah satu cubitan berbisa dari isterinya. Brader hensem mengaduh sakit.

"Ye dengar...adeh. Sakitnya..."

"Mengada lah lagi..." omel si isteri.

"Tak mahu dah...Awak, jom ikut saya pergi klinik."

"Buat apa?" soal gadis biasa. Kedua keningnya dikerutkan.

"Nak buat medical check-up. Takut ada infection kat kesan cubitan awak tadi." selamba brader hensem menjawab. Tanpa disedari, cubitan-cubitan berbisa kali ini datang bertubi-tubi. Brader hensem tidak lagi mampu mengelak kali ini. Dia hanya mampu memanjatkan doa pada Ilahi semoga dirinya selamat dari cubitan yang datang dari kanan dan kiri.


Pernahkah anda mengalami situasi sebegini?
atau mungkin pernahkah terlintas di fikiran anda untuk bersifat seperti ini?

Kebiasaannya, kaum hawa lebih memilih untuk bersifat berhati-hati dalam semua perkara. Sangat particular. Mereka tidak akan sewenang-wenangnya membenarkan anak-anak mereka menjelajah dan cuba untuk mengenali dunia. Pasti mereka akan cuba sedaya upaya untuk menahannya. Berbeza dengan kaum adam atau bapa. Mereka  ini lebih santai sifatnya. Tidak menjadi masalah pada mereka jika anak-anak kecil dibiarkan menyelongkar semak-samun, berkubang dalam sungai, atau paya yang di dalamnya mungkin ada pacat yang bertimbun!  Kerana bagi kaum bapa, seluas semesta adalah taman permainan untuk anak-anak kecil. Mengapa perlu mereka (anak-anak kecil) disekat kemahuannya untuk belajar mengenal sakit, perit, sedih, pedih, tawa dan gembira?

Belajar dari alam.

Kerana itu akan lebih mendewasakan. Bukankah kita makhluk ciptaan Tuhan yang dijadikan dari tanah? Jadi, adakah menjadi satu kesalahan untuk kita mengenal fitrah kejadian? 

Biarkan anak-anak membuat kesilapan.

Kerana itu akan memberikan mereka pengajaran. Biar mereka tahu apa itu makna sebenar kebenaran.

Biarkan anak-anak membuat pilihan.

Tetapi, waktu ini ibu dan bapa perlu bijak mencuri perhatian. Ciptakan satu dimensi atau ruang yang mana anak-anak tidak merasakan setiap apa yang mereka lakukan akan mendapat tentangan. Wujudkan komunikasi berkesan. Terangkan pada mereka apa yang boleh dan apa yang tidak boleh mereka lakukan.

Kenali sisi pedagogy anak-anak. Kerana mereka sentiasa berevolusi. Kanak-kanak hari ini jauh lebih pintar. Jadi, perlu untuk setiap ibu dan bapa memahami tabiat dan tingkah laku anak-anak supaya mereka tidak 'digula-gulakan' oleh anak mereka sendiri.

Petai atau cookies?



Beri peluang untuk mereka sendiri merasai. 

Kerana, tidak semestinya yang menarik itu sedap rasanya. Yang buruk fizikalnya mungkin lebih banyak zat, khasiat dan manfaatnya.

Monday, February 21, 2011

[YaKiN]

"Der, lu yakin ke wa jadi milik lu nanti der?" Soal gadis biasa memulakan saat bicarawara mereka terhenti sekitar 5 minit lamanya bilamana masing-masing fokus dengan choki-choki di tangan. Masing-masing berusaha untuk mengeluarkan cairan coklat dan krim yang diadun bersama dalam plastik berbentuk silinder yang panjangnya hampir sama dengan sebatang pembaris pendek.

Brader hensem mengerutkan kening.

Buat muka pelik dan rungsing.

"Kenapa lu tanya camtu?"

Gadis biasa hanya meleret senyum. Plastik bekas sisa choki-choki dilipatnya penuh cermat dan digenggam. Tidak pula dibuang.

"Wa cuma tanya. Seyakin mana lu dengan jodoh kita?" kali ini gadis biasa mengangkat muka. Memandang brader hensem yang nampak terkial-kial mencuba untuk mengeluarkan coklat berperisa. Brader hensem memalingkan wajahnya. Buat muka selamba. Plastik choki-choki masih lagi berada di rekahan bibirnya.

Pandangannya kemudian dilontarkan kehadapan. Remang senja petang itu menjadi saksi sekali lagi brader hensem diuji dengan soalan cepu cemas yang perlu dijawabnya penuh hemah dan berhati-hati. Soalan-soalan sebegini cukup jarang diajukan. Hanya mereka yang berjiwa halus akan mengajukan.

Kebiasaannya, pasangan lebih selesa untuk berbincang persoalan berkisar tentang masa hadapan. Isu lazim yang diketengahkan adalah berapa jumlah anak yang akan mereka bincangkan. Rumah apakah yang menjadi pilihan. Kereta apakah yang memenuhi tuntutan. Atau mungkin destinasi manakah yang akan menjadi kunjungan kala mereka menempuhi percutian. Jauh menyimpang dari persoalan yang bermain di benak brader hensem sekarang.

*******

Ini adalah cebisan dari jutaan atau mungkin billionan kisah cintan yang setiap hari melatari kehidupan. 

Perkara pokok yang menjadi persoalan, seyakin manakah kita akan jodoh yang sedia tercatuk di hadapan?

Adakah dia putera pilihan?

Juga mungkin kah dia puteri impian?

Meminjam kata pujangga penuh makna dari muka depan komik Kartini,

"Tidak akan kamu berperasaan gundah walau sekali, jika kamu tahu apa yang dicari..."

Dan, jika kita semua sedia mengetahui rahsia yang tersembunyi di sebalik percaturan alam ini, adakah kita perlu berpenat lelah mencari?

Adakah perlu menempuh seribu rimba jika kita tahu dia yang ada di depan kita memang tercipta untuk kita?
Adakah perlu mengharung seribu paya jika kita sedar dia sentiasa ada?
Adakah perlu kita menyelongkar sehingga hujung dunia jika kita tahu dia jodoh kita?

Kembara kita di bumi Tuhan akan menemukan kita dengan pelbagai hikmah...

Setiap satu yang tersembunyi akan memberi kita makna hidup yang hakiki.

Untuk menemukan sesuatu yang bernilai, kita perlu mengenal sifat dan peribadi. Tanpa mengenali terlebih dahulu, kita hanya sifar dan serba tak tahu. 

Masing-masing punya pendapat sendiri, tapi apa yang perlu, senantiasa berkomunikasi dengan Tuhan mu. Sesungguhnya DIA lebih tahu siapa yang lebih berhak untuk memiliki sekeping hatimu.Adakah dia si hawa yang dijadikan dari rusuk kirimu? Atau mungkin dia, si Adam yang tanpa dia tahu rusuk kirinya ada pada dirimu dan begitu dekat dengan hatimu.

 Mohonlah agar dirimu terhindar dari fitnah dan tipu daya syaitan, kerana tiada lain tujuannya hanya untuk menyesatkan cucu dan cicit Adam.

Seyakin mana?

Letakkan pada timbangan akal dan iman bukannya nafsu semata.

Pasti kau akan menemukan dia yang akan menemanimu dan membawamu ke jalan menuju syurga.




Wednesday, February 16, 2011

[geNG g0sip]

Ini adalah cerita dua kembar berlainan ibu dan bapa.
Siti Nor Binti Wan Mat
Hajjah Hassenah binti Mohammad

Mereka ditemukan sejak 11 tahun yang lalu,dan sejak dari itu mereka jadi akrab. Jadi sangat rapat. 

Menjadi satu kemestian untuk mereka kekal berhubung hampir setiap hari. Bertanyakan perihal itu dan ini. Dan yang pasti tawa mereka berselang-seli.

Mereka adalah sahabat gosip sejati.
Topik yang selalu ke udara adalah berkisar pada isu-isu sensasi. Juga mungkin soal apa yang bakal dihidangkan untuk makan tengahari dan malam nanti.

Mereka adalah pengkritik tahap tinggi. 
Setiap kali menemukan sesuatu yang tidak kena di mata dan hati maka bersiap siagalah. Mereka akan membebel tanpa henti. 

Dan minat mereka dikongsi.

Masak adalah hobi. Sering membuat pelbagai eksperimentasi, dan akulah yang menjadi bahan ujikaji kerana perlu merasa setiap hidangan yang tersaji.Tapi setakat ini,belum ada kemalangan jiwa dilaporkan lagi. Mereka juga sering membuat improvisasi (pembaharuan) terhadap satu-satu resipi. Mereka sering bertukar-tukar resipi. Dan kesan akibat dari sistem barter yang dianjurkan mereka itu tadi, maka perut aku sentiasa kenyang terisi. 

Setiap hujung minggu, seawal pagi (biasanya aku akan jadi mangsa, jadi driver tak bergaji tapi hanya diberi makan free) mereka akan duduk berdiskusi di meja dapur sambil menikmati sarapan pagi. Keadaan akan jadi lebih gamat dan gegak gempita akan jadi bertambah kuat bilamana diskusi mereka disertai seorang lagi geng gosip terhangat. Wan Ilyana Wan Mamat. So, sepanjang mereka berdiskusi itulah kami (Kamarul Abadi dan Haji Wan Mamat) terpaksa tekan perut menahan gelak. Gosip mereka kadangkala diselang-selikan dengan lawak yang tak hengat.

Ibu & Ma aka Kakak & Adik
Rumah Air Min's Homestay 


Dan selalunya, jika ibu atau ma ingin kemana-mana, setelah mereka bersalaman pasti keduanya mengalirkan airmata. Biapun ketika Ibu atau Ma hanya berpisah sementara. Begitulah akrabnya persahabatan keduanya.


Bagi aku, ma adalah pendengar yang setia. Ibu adalah problem solver. Dan aku adalah troublemaker. 

Setiap masalah, pasti akan aku ajukan pada ma. Dan selanjutnya, ma akan ceritakan masalah aku pada ibu, dan aku perlu melalui proses atau sesi kaunseling sehinggalah segalanya selesai. Keadaan akan bertambah teruk jika Wan Ilyana Wan Mamat masuk campur.

"Ibu, budu dah ada girlfriend. Cik Nor tahu tak?" Aku sendiri jadi keliru. Adakah itu pernyataan ataupun satu bentuk soalan. Kerana keduanya digabungkan.

Aku hanya menggeleng. Kepala pusing.

"Mana ada. Ana tipu tu Bu..." hanya tu yang mampu keluar dari mulut aku.



[RaSA]

          "Der, wa rasa wa bukan yang terbaik tuk lu la der. Ramai lagi minah cun kat luar sana yang jauh lagi cun dari wa queue nak dapatkan lu der. Wa rasa wa memang tak seswai untuk lu..." Ujar si gadis lembut, cuba untuk memberikan penjelasan kenapa dia perlu berundur. 

          Di hujung talian, seorang brader hanya tunduk meraup muka.  Tidak berdaya untuk mendengar hujah selanjutnya. Walau berkali cuba si brader cuba jelaskan yang dia adalah brader yang biasa-biasa yang mendambakan seorang gadis bagi menjadi suri dalam hidupnya, ianya masih tidak dapat diterima oleh si gadis kerana merasakan dia tidak layak bergandingan bersama brader. Dia meletakkan sisi brader itu pada satu aras yang terlalu tinggi dan istimewa. Hingga dia sendiri jadi takut untuk menerima. 

          Berbeza dengan si brader, dia merasakan dirinya bukanlah brader yang luar biasa sepertimana digembar-gemburkan oleh si gadis yang dicinta. Dia juga manusia biasa yang bisa tersadung langkah ada kalanya. 

          Si brader jadi buntu.

          Mengapa ini semua berlaku?

          Brader itu sendiri tidak tahu. 

Pernah berada dalam situasi di atas? 

.........

Ini adalah sebahagian dari cebisan cerita cinta yang berlangsung di pentas dunia. Hidup ini adalah platform untuk kita diduga. Ada naik dan ada turunnya. 

Jadi, apa yang perlu anda buat?

Ambil MASA dan beri MASA

Ambil masa untuk kita mengenal hati dan budi si dia. Itu adalah terapi terbaik yang akan membuka lembaran baru dalam hidup anda. 

Ambil masa untuk anda mengatasi kelemahan dan cuba untuk perbaiki diri anda.

Ambil masa, kerana ia boleh mencipta suasana. 

Biar RINDU tercipta.

Biar SAYANG mengulit jiwa.

Beri masa untuk kita dan dia saling mengenali.

Beri masa untuk kita dan dia saling muhasabah diri.

Beri masa, kerana ia akan mewujudkan suasana harmoni

Beri masa, kerana ia akan membentuk masyarakat madani

Percaya atau tidak, masa adalah kunci segala. Masa adalah penentu semua. Dan maasa untuk mengenal pasangan sebenarnya tidak terbatas, dalam erti kata lain infiniti. Anda perlu sentiasa menyelami hati dan budi. Jangan pernah berpuas hati. Takut anda menyesal di kemudian hari. Jumlah masa bukanlah tiket untuk anda mendabik dada menyatakan bahawa anda sudah saling mengenali. Kerana, perlu anda sedar, kita sering berevolusi sejajar dengan peredaran masa itu sendiri. Bukan untuk menakut-nakutkan tetapi ini realiti, berapa ramai dari pasangan yang mendirikan rumah tangga bertahun-tahun lamanya tetapi akhirnya menemui jalan kegagalan setelah mereka diuji. 

Perlu kita ingat, bukanlah kuantiti masa yang menjadi perkara pokok di sini, tetapi kualiti. Walau anda menghabiskan masa berhari-hari bersama, tetapi masing-masing dengan ego tinggi dan dengan haluan sendiri, ditambah pula dengan tiada berlangsungnya komunikasi, maka output dari perhubungan anda adalah zero kuantiti, juga zero kualiti. Tetapi, jika anda bijak mengatasi kekangan masa yang melingkari, walau cuma diberi satu minit bersama dan seminit bersama dimanfaatkan dengan sepenuhnya maka anda akan temui vaksin terbaik untuk mengubati masalah yang akan timbul nanti.

Jadi, jangan berhenti memberi.

"Hiduplah dengan niat untuk terus memberi sebanyaknya dan bukan untuk menerima sebanyaknya..."

Monday, February 14, 2011

[iNsAN tERPuJi]

MAHATMA GANDHI (Komentar mengenai karakter Muhammad di YOUNG INDIA ):


Pernah saya bertanya-tanya siapakah tokoh yang paling mempengaruhi manusia… Saya lebih dari yakin bahawa bukan pedanglah yang memberikan kebesaran pada Islam pada masanya. Tapi ia datang dari kesederhanaan, kebersahajaan, kehati-hatian Muhammad; serta pengabdian luar biasa kepada teman dan pengikutnya, tekadnya, keberaniannya, serta keyakinannya pada Tuhan dan tugasnya. Semua ini (dan bukan pedang ) menyingkirkan segala halangan. Ketika saya menutup halaman terakhir volume 2 (biografi Muhammad), saya sedih kerana tiada lagi cerita yang tersisa dari hidupnya yang agung.

Jumaat. 
Usai melaksanakan solat sunat aku melabuhkan punggung di tengah-tengah saf. Itu adalah tempat yang sama yang selalu menjadi medan komunikasi saat diri menghadap ILAHI. 

Muazzin melaungkan azan buat kali kedua. Khatib bingkas, bangkit menuju mimbar. Mula membaca teks ucapan khutbah yang telah tersedia. Pandangan aku tika itu lekat di tirai putih yang menerima panahan cahaya dari projektor yang digantung di langit masjid yang megah terbina. Masjid yang pertama di Terengganu dan di Malaysia yang menggunakan khutbah multimedia di mana jemaah tidak lagi tersengguk-sengguk menahan mata yang mengantuk, tapi mereka turut berpeluang megetahui isi kandungan khutbah yang akan disampaikan.

'Muhammad Habibullah'

Itulah tajuk khutbah Jumaat yang akan dibacakan kali ini sebagai memperingati insan teragung yang pernah hidup dimuka bumi 1400 tahun dahulu.

Semua mata jemaah menumpu.

Khutbah terus berlangsung.

“Wahai Jibril, jelaskan kepadaku tentang hak-hakku di hadapan Allah!”, Rasulullah saw. meminta dengan suara yang sangat lemah.
“Pintu-pintu langit telah dibuka. Para malaikat sedang menunggu ruh Anda. Semua pintu Surga terbuka luas menunggu Anda” kata Jibril.
Namun, kenyataannya, jawaban itu tidak membuat Rasulullah saw. lega.
Matanya masih penuh kekhawatiran.
“Anda tidak senang mendengar kabar ini?” tanya Jibril.
“Ceritakan tentang nasib umatku di masa depan?” kata Rasulullah saw.
“Jangan khawatir, wahai Rasulullah, saya mendengar Allah berkata:” Aku haramkan Surga untuk semua orang, sebelum umat Muhammad memasukinya, ” kata Jibril.

Saat ini, kolam mataku bergenang. Aku menahan tangis dari terus beresakan.

Khatib yang tadinya khusyuk membaca khutbah terhenti. Agak lama. Kemudian, dia menyambung kembali khutbahnya dalam sedu sedan dan linagan airmata. 

Saat ini, aku perhatikan ramai yang menunduk menekup muka.

Khutbah terus disambung.

"Waktu bagi malaikat Izrail melakukan pekerjaannya semakin dekat dan dekat.
Perlahan-lahan, ruh Rasulullah saw. dicabut.
Tampak tubuh Rasulullah saw. bermandikan peluh, saraf lehernya menegang.
“Jibril, betapa sakit ini!” Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasalam sallalahu mengerang dengan perlahan.
Fatimah memejamkan mata, Ali yang duduk di sampingnya tertunduk dalam dan Jibril pun memalingkan mukanya.
“Apakah aku sedemikian menjijikkan sehingga engkau memalingkan muka wahai Jibril?” Rasulullah saw. bertanya.
“Siapa yang bisa tahan melihat Kekasih Allah di ambang sakaratul mautnya?” kata Jibril.
“Bukan untuk berlama-lama,” kemudian Rasulullah saw. mengerang karena sakit yang tak tertahankan.
Ya Allah betapa besar Sakaratul maut ini. Berikan kepadaku semua rasa sakit, tapi jangan untuk Umatku.
Tubuh Rasulullah saw. mendingin, kaki dan dadanya tidak bergerak lagi.
Dengan berlinang air mata, bibirnya bergetar seakan ingin mengatakan sesuatu.
Ali mendekatkan telinganya ke Rasulullah saw., “Jagalah shalat dan jagalah orang-orang lemah di antara kamu.”
Di luar ruangan, ada tangisan, ada kegaduhan. Para sahabat saling berpelukan. Fatimah menutup wajahnya dengan kedua tangan.
Sekali lagi, Ali mendekatkan telinganya ke Rasulullah saw. dan dengan mulut yang telah membiru serta air mata berlinang, Rasulullah berucap lirih: “Ummatii , Ummatii, Ummatii…” “Umatku, umatku, umatku…

Airmata yang aku tahan akhirnya gugur jua. Dapat aku dengari dengan jelas tangis dan sendu hiba yang melatari suasana. Semuanya diasak sedih, begitu pedih. 

"Mengingati mu ya Habiballah mengundang hiba. Sedih tidak terkira. Apakah aku pengikutmu yang setia, yang senantiasa melaksanakan suruhan agama? Adakah aku menjalani kehidupan dengan bekal yang kau tinggalkan; yakni dua perkara? Sedang engkau, 1400 tahun dahulu masih merintih memikirkan nasib umatmu saat sakaratulmaut didepan mata."




[mAKNa]

Hari Sabtu.
Mood : Lepak depan TV dengan mak aku sambil gosip-gosip. Sebenarnya waktu ni aku tunggu satu rancangan bual bicara terbaru yang bersiaran tepat jam 9.00 malam di Astro Ria. Rancangan apa?


Yup! Itulah konsonan yang kita cari. SITI. Itulah nama rancangan bual bicara yang dikelolakan oleh Dato' Siti Nurhaliza. Aku bukan kipas susahmati dia. Tapi apa yang membuatkan aku teruja adalah penampilan khas seorang VIP pada episod pertama aka episod pengenalan. Guess who? 


Betul. Anda memang genius. 
Tun Dr Mahathir Mohammad. Dia adalah tokoh yang disegani seantero dunia. Dan aku adalah cebisan dari berbillion manusia yang mengagumi bakat kepimpinannya. Menukar landskap Malaysia dari sebuah negara yang dulunya dipandang sepi dari pandangan atau mata dunia kepada sebuah negara yang punyai kuasa untuk bersuara. Lihat sahaja kepada sumbangan dan idea beliau. Memacu industri automotif negara di samping menukar atmosfera Malaysia dari sebuah negara pertanian kepada sebuah negara perindustrian. Menukar kehijauan ladang sawit yang luas mata memandang kepada deretan bangunan yang teresergam. Jika dahulunya, beliau dianggap gila kerana telah banyak melaburkan duit rakyat untuk membina pusat pentadbiran baru Putrajaya, namun kini inisiatifnya berjaya membuka mata dunia. Menutup mulut-mulut mereka yang sebelum ini lantang suara. 

Dari awal mula rancangan, aku terpaku. Kaku. Aku ingin menelusuri jejak gemilang seorang pemimpin yang disegani ini. 

"Saya tak makan ikan..." tutur Tun Dr Mahathir lembut saat diajukan soalan. "...memang ramai orang kata, ikan adalah sumber protein dan ianya dapat menajamkan ingatan. Mungkin sebab itulah ingatan saya lemah..." sambung Tun lagi merendah diri.

Itu adalah antara cebisan dari ungkapan yang keluar dari mulut Tun. Aku sebenarnya kagum dengan tahap konsistensi yang dimiliki beliau. Tun adalah seorang yang sangat suka membaca. Di zaman siber ini, mungkin ramai yang berpendapat ianya sangat konvensional. Tapi pada aku, ia sungguh menakjubkan. Tidak hairanlah jika Tun mampu berucap panjang tanpa perlu melihat teks ucapan. 

Jawab Tun, remaja zaman sekarang perlu melalui kerahan tenaga bagi menyemarakkan budaya membaca dalam diri mereka. Ini kerana, kecanggihan zaman sains dan teknologi telah memudahkan segala urusan dan ianya merencatkan budaya membaca di kalangan remaja kini. 

Aku sangat-sangat setuju. 

Sangat sukar untuk kita mendidik jika kita tidak mengenali latar andragogi ini. Dari zaman baby boomers kepada Gen-X dan kini era Gen-Y, mereka ini sentiasa bervolusi. 

Cukup sukar untuk kita melihat atau menggalakkan budaya membaca dalam diri anak muda. Bagi mereka, semua itu hanya membazir masa. Masa itu emas. Jadi tidak boleh dibazirkan sewenangnya.

Tettt!!!!

Membaca itu adalah gerbang atau pintu ilmu. Itu yang perlu kita tahu. 

Dan sepertimana dalilnya,


“Diangkat oleh Allah orang-orang yang berilmu daripada kamu dan orang-orang yang diberi ilmu dengan beberapa tingkatan” (S. Al-Mujadalah ayat 11)

Ibnu Abbas radliallaahu ‘anh (ra.) (direlak Allah dia kirannya) mengatakan : Untuk ulama beberapa tingkat di atas orang mu’min, dengan 700 tingkat tingginya, antara dua tingkat itu, jaraknya samapi 500 tahun perjalanan.

“Contoh-contoh itu Kami buat untuk manusia dan tidak ada yang mengerti kecuali orang-orang yang berilmu”. (S. Al-‘Ankabut ayat 43)

Tanpa perlu berselindung, orang yang beilmu darjatnya terulung. Mulakan langkah pertama dengan bacaan ringan sebelum anda 'berhijrah' dan menguak langkah membaca pebagai jenis makalah-makalah ilmu. Biarpun nampak konvensional, tetapi ianya akan memberi seribu makna.


Bagi yang sukakan cabaran, cabarlah minda anda untuk mentelaah dan menggali makna disebalik silangkata yang berserakan memaknakan kata. Disebalik humor yang bersahaja, pasti anda akan temui makna dan kosa kata yang tinggi 'nilainya'. Biarpun nipis dan tipis dari selak helaian, anda pasti akan terbeban dengan garapan cerita yang memerlukan lebih dari dua kali ganda pemahaman!




[kiSAH kLASiK uNTUK mASA dEPAN]

Melorek masa depan. Melarik impian.

Inilah frasa kata yang sesuai bagi menggambarkan apa sebenarnya yang selalu bermain di fikiran. Aku diheret jauh kehadapan bagi menemukan sebarang kemungkinan atau jawapan yang pasti tentang masa hadapan yang masih kelam. Hitam. Walau berkali mencuba, masih juga belum menemukan jawapan.

"Hidup adalah pilihan."

Analoginya, andaikan anda diberikan sebatang kayu jati mentah. Masih elok kondisinya. Masih belum dikupas dan dibuang kulitnya. Masih belum diperincikan saiznya. Dan, bersama anda, ada peralatan pertukangan. Juga ada mesin bagi memudahkan kerja pertukangan. Tanpa terikat dengan sebarang peraturan dan arahan, anda diberikan masa selama mungkin untuk anda siapkan karya seni tanpa perlu berkejar. Juga tanpa dipengaruhi oleh anasir luar.

Jadi, apakah yang anda akan hasilkan daripada sebatang kayu jati mentah?

Sebuah rumah?

atau mungkin anda hasilkan hasil kraf yang pelbagai dari sebatang kayu jati.

Sebenarnya, semuanya terpulang kepada kehendak masing-masing. Letakkan fokus kepada apa yang anda hajati, dan berusaha untuk terus mendekati. Jangan patah hati. Jangan mudah dipengaaruhi. Kekal istiqamah, kerana percayalah suatu hari, penat lelah, jerit perih serta keringat anda yang gugur ke bumi akan dibalas dengan hasil yang berganda dari sebelum ini. Tetapi, semuanya bergantung kepada nisbah usaha yang anda laburkan. Sepertimana kayu jati tadi, jika anda hanya melihat kayu jati kekal sebagai kayu jati tanpa melihat potensi, maka kayu jati itu tidak akan memberikan pulangan berganda, tapi sebaliknya berlaku jika anda yakin bahawa kayu jati mentah, jika kena pada prosesnya akan memberikan pulangan berganda. Cukuplah hanya dengan sedikit sentuhan magis dan selembar imaginasi, ianya akan menukar sebatang kayu jati menjadi produk berkualiti dan bermutu tinggi.

Ianya terbukti.

Tapi, kita perlu tahu dan ingat. Setiap impian yang disemai perlu realistik! Agar ianya tidak membunuh setiap impian lain yang baru bercambah atau berputik. Jangan meletakkan harapan setinggi langit.

Tetapi, pepatah Inggeris ada menyebut,
"Don't stop at the top, touch the sky before you drop..."

Apa signifikasinya? 

Jawapannya mentaliti. Cukup sukar kita mencari mereka yang berjiwa besar ; bilamana mereka diasak dengan pelbagai masalah, mereka ini kekal untuk mencuba, semakin kuat daya usahanya tanpa pernah berfikir untuk mengaku kalah. Tapi, terlalu banyak dari kalangan kita yang putus asa, patah hati bilamana mereka diuji dengan ujian sebesar biji guli.

Percayalah, walau anda merancang untuk menghadiri beribu temujanji bagi menemui pakar-pakar motivasi, anda masih akan menemui jalan kegagalan jika anda tidak cuba untuk merubah paksi pemikiran yang selama ini menjadi tunjang untuk anda berdiri. Kerana semuanya bermula dari diri sendiri. Cuba untuk muhasabah diri. Kenali hati budi. Kenali diri anda sendiri sebelum anda bertindak menuding jari. 

Jangan bersikap paranoid dengan menolak semua usul yang diberi. Cuba untuk menerobos sempadan diri. Melihat ke satu lagi dimensi. Jika anda yakin, anda perlukan transisi, maka buatlah keputusan yang bijak. Cuba untuk kekal positif. Ia akan merubah peribadi.
Anda pada hari ini adalah penentu kepada apa yang akan berlaku kepada ANDA suatu hari nanti.

Walaubagaimanapun, perlu kita sedar dan ingat : 
Sebijak manapun kita, kita hanya mampu merencana. Sesekali menconteng kumal dan kanvas bagi menambah serinya. Tapi bukan kita yang berhak untuk menentukannya. Kita hanya merancang. Dan DIA lah yang menentukan.

  

Wednesday, February 2, 2011

[k0NgSi]

Baiklah, topik aku kali ini hanyalah beniat menghalau lelabah yang nampaknya begitu riang dan gembira mengait sarang membentuk sawang di dinding laman.

Untuk beberapa minggu kebelakangan ini, aku dihambat penat yang menggila. Tanpa sedar, dinding blog aku senyap-sunyi seolah tidak berpenghuni, sepi tanpa sebarang khabar berita. Sebenarnya penghuninya ada, tapi malas nak menarikan jemari di papan kekunci laptop tu je...=='.


Aku cuba bertenang, memejamkan mata dan cuba untuk memerah idea. Mencari, kalau-kalau ada idea yang sudi singgah atau tersangkut di ranting minda untuk aku jadikan isu di muka depan blogger. 

Tapi, sayangnya...tak ada.

Hampa.

Kecewa tahap dewa.

Tutup muka.

...........

So, untuk menampakkan kesibukan kerja tahap dewa yang membuatkan aku penat gila, jadi dengan senang dan bebesar hatinya, aku akan ceritakan perihal kerja aku. Secara kasarnya je lah. Kalo detail sangat takut korang cakap aku ni pekerja contoh lak.


Seawal pembabitan aku dalam Corro-Shield (M) Sdn Bhd, aku diserap masuk ke department atau bahagian Operasi. Masa awal tu, memang sumpah blur. Time ni skema jangan cakap. Rambut kemas je (tu pun selepas Siti Nor & Hassenah Mohamad membebel tanpa henti). Baju pon masuk dalam. Seingat aku, this is a normal practise masa aku darjah satu. Seluar pon pakai paras pinggang dan sedikit tergantung menampakkan putihnya stokin yang membaluti kaki. Rambut sikat tepi dengan bedak yang bertampal di pipi kanan, kiri dan dahi. Wallaweh...gila suci la time ni.


Tapi tu dulu punya story. Sekarang da tak sama....


Selepas satu minggu, aku dah mula menari ikut rentak. Dah mula ubah pola dan corak. Aku dah mula faham tatacara seorang pekerja yang luarnya nampak selekeh, tetapi kepala mereka cukup ligat. Tak perlu nak nampak smart. Cukup dengan dress up baju t-shirt + selipar + rambut serabai = bos / pekerja yang hebat. 


Tapi nasihat aku satu je, kalau korang rasa nak selamat, atau nak terus berkhidmat dengan penuh hemat jangan ikut cara ataupun dress code sepertimana di atas. Bahaya sangat! Tapi, kalau korang nak try apa salahnya. Cubalah variasikan penampilan anda. Sesekali bergayalah dengan baju tidur ataupun baju mandi anda ke koran pejabat. Cuba lihat, apa reaksi bos anda. Selamat mencuba.


Ok. Berbalik kepada isu utama. Sebahagian besar kerja aku melibatkan pengurusan operasi. Bil makna, aku perlu untuk monitor setiap pergerakan pekerja/krew dan segala mak nenek kelengkapan yang akan mereka gunakan semasa berada di platform bagi mengelakkan timbulnya masalah kelak. Itu secara kasar. Secara halusnya, aku perlu untuk turut sama serta dalam aktiviti untuk mobilization dan demobilization serta perlu tahu  setiap jenis alatan untuk proses mob dan demob. Ye lah, penting untuk aku tahu bagi mengelakkan perkara-perkara 'pelik' berlaku. Sebagai contoh, jika salah seorang krew meminta aku untuk mendapatkan chisel, aku yang ketika itu 'buta' mungkin sahaja menghulurkan alatan lain yang tentunya bukan chisel. Bukankah itu mengundang tawa berpanjangan? Dan lebih teruk, aku akan jadi bahan lawak diorang sepanjang aktiviti itu berlangsung.


Jujur, aku tak pernah berkongsi atau menceritakan jawatan aku yang sebenar kepada pekerja atau krew lain. Sebabnya,aku tak nak wujudkan ruang atau jurang antara kami. Aku lebih senang untuk berada dalam kelompok mereka. Berbual dan bercerita tentang pelbagai perkara. Biar aku nampak bodoh kerana hanya diam bila mereka berborak soal kerja. Kerana itulah yang akan menjadikan aku lebih dewasa.


Cabaran paling besar pernah aku hadapi?


Bila senior project engineer aku berhenti....


Sebab?


Kerana aku kini menjadi focal point untuk PMO (Peninsular Malaysia Operation). Waktu tu, akuberusia 3 bulan, aku rasa banyak lagi yang kurang dan perlu aku tambah. Terlalu mentah atau mungkin terlalu muda untuk menggalas tanggungjawab sebagai ketua. Jika dibandingkan dengan pengalaman, nyata aku jauh ketinggalan di belakang. Tapi dek kerana keyakinan dari pihak atasan, aku anggap jawatan baru yang mereka tawarkan sebagai cabaran. 


So, bermulalah lembaran baru dalam kehidupan (ada sound effect, bunyi gendang dipalu). Cewahhhhh....


Tapi, jangan ingat dress code aku berubah. Kekal sama. Cuma aku lebihkan sikit


: seluar jeans koyak + t-shirt round neck + rambut serabai + selipar jepun = A.K.U


Tapi, cara kerja semakin berubah. Beban semakin bertambah. Hari-hari ada je fail nak kena geledah.


Susah?


Memanglah susah. Lagi senang kalau duduk aje kat rumah. Goyang kaki, sambil pekena jus buah. Baca majalah.


Tapi sampai bila?


Kau dan aku kena faham. Inilah realiti kehidupan. Walau sepahit mana pun cabaran. Hadapi dengan senyuman. Lalui dengan tenang. Kena maki, marah, herdik adalah asam garam. Backstabbers, culprit akan sentiasa cuba untuk menjahanamkan. Cuba untuk menewaskan pihak lawan. So, penting untuk kenal siapa lawan, siapa kawan. Taklah nanti kita hilang arah dan tujuan.






Nasihat dari aku yang masih malar hijau dalam industri. Bekerja dengan sepenuh hati. Ikhlas. Itu penting. Berusahalah untuk memajukan diri dan company. Mana tahu, hujung bulan dapat bonus 3 bulan gaji. Boleh belanja kawan-kawan ABC. 


Itupun kalau korang ni baik dan bermurah hati macam KAMARUL ABADI.