Sekarang musim kahwin. Apakata kita bermadah untuk si pengantin. Mana tahu turn kita datang di hari lain, berkat doa dua merpati sejoli di pelamin. amin.
Cara jalan kita mungkin saja berbeza,
Tapi siapa sangka kita mulai berjalan dengan derap langkah yang sama
Cara fikir kita mungkin saja berbeza,
Tapi siapa sangka kita fikirkan perkara sama hampir setiap masa
Cara senyum kita mungkin saja berbeza,
Tapi siapa sangka senyum yang kita ukir berbekas rasa pahit,masam, manis segala
Cara tutur kita mungkin saja berbeza,
Tapi siapa sangka kita tuturkan bahasa jiwa melalui setiap patah bicara dalam lenggok bersahaja
Cara rajuk kita mungkin saja berbeza,
Tapi siapa sangka rajuk kita datang bersama kiasan gelora dalam jiwa
Cara angan kita mungkin saja berbeza,
Tapi siapa sangka angan itu kita kongsi dan kita semai di tanah penuh baja
Cara marah kita mungkin saja berbeza,
Tapi siapa sangka marah kita lenyap saat kita bertentang mata.
Cara rindu kita mungkin saja berbeza,
Tapi siapa sangka rindu itu yang temukan kita dalam versi berbeza
Cara sayang kita mungkin saja berbeza,
Tapi siapa sangka sayang itu yang mengikat mati dua hati, dua jiwa
Dan,
Cara cinta kita mungkin saja berbeza,
Tapi siapa sangka, cinta itu kita raikan dalam walimah penuh cetusan rasa.
aku nak letak biskut dalam ketayap, selepas itu aku ingin membuat satu mimikan yang ossem, semua tiba2 terdiam dan membaca komen ini, mungkin sahja terpikirkan apa yang berlaku pada biskut itu, ingin tahu? ia telah hilang lesap didalam kosmos cerita kemudian dipahatkan di lembah kotak ini, lembah kotak kamarol--- dimana tempat yang ku sorokkan petikan ini. - つづく (to be continue)
ReplyDelete