Friday, April 19, 2013

Nota Untuk Dia - Rindu


Aku semakin malas menulis. Dicampak dari satu projek ke satu projek buat aku rasa menulis bukan lagi boleh dijadikan sebagai hobi, mengisi masa terluang bercerita itu dan ini.

 Tapi sejujurnya, kerap rasa ralat datang hinggap, idea yang bemain di layar minda sikit punya kerap, cuma aku tak sempat rencanakan atau catat. Segala idea yang segar bugar,  aku biar lenyap. 

Tapi, lately idea tu datang mencurah. Siang malam, pagi petang, samada gelap atau cerah. Masa kerja, masa makan, mandi, tidur pun dia singgah. Buat aku rasa tak tentu arah kalau tak segera transfer data (baca : idea) yang sentiasa masuk ke storan minda yang berserabut, tak bersusun dan bersepah-sepah. 

*gaya bahasa aku dah macam sasterawan negara. Mungkin kesan langsung dari kemasukan idea yang bertalu tak kira masa.

Buat senang baca, aku susun dan tulis dalam bentuk dialog bersahaja. Tanpa perlu ada latar masa, tempat atau suasana. Kerana apa yang aku tulis ni mungkin boleh berlaku pada sesiapa sahaja yang menghirup udara dari atmosfera yang sama, yang merasa erti cinta, yang diulit rasa bahagia, diasak rindu yang menggila, dibadai masalah yang bergelora.

 Sebagai bonus, aku kirimkan sekali bab dua. Kalau cerita ni tak 'umphh' boleh bagi cadangan atau kritikan membina.

Ini nota aku untuk Dia yang setia. 





"Awak, saya rindu..."

"Thehehehe...saya tahu awak rindu saya."

"Macamana awak tahu saya rindu awak?"

 "Habis tu tadi awak sendiri yang beritahu awak rindu saya, so mestilah saya tahu. Kalau awak tak rindu saya mesti awak tak beritahu saya dan saya sendiri tak akan tahu yang awak rindu saya. Betul tak?"

"Ceh...ingatkan betul-betul tahu tadi. Poyo je awak ni."

 "Aik, saya salah?"

"Bukan salahkan awak. Saya ingatkan awak tahu yang saya betul-betul rindukan awak tanpa perlu saya beritahu awak. Dalam erti kata lain awak tahu apa yang bermain difikiran saya. Itu maksud saya. Faham tak inche abang oi?"

 "Owh...dah faham. Seriously saya tak nak tahu apa yang bermain di fikiran awak..."

"Hukkk...sampai hati. Awak tak ambil tahu langsung fasal perasaan saya, kan? Awak tak kisah pun apa yang saya rasa, kan?"

 "Bukan macam tu. Awak jangan salah faham."

"Saya salah faham? Okay, kalau saya salah faham then please tolong buat saya faham apa yang saya tak faham tentang pemahaman awak."

"Awak ni kelakar lah. Beruntung saya dapat awak. Boleh jugak awak hiburkan hati saya bila hati saya kurang hiburan. Hahahaha..."

Sepi. 

Sunyi.

 Hanya kedengaran bunyi cengkerik yang menyanyi. 

Cicak di dinding sedang leka bermain polis sentri.

 "Okay, saya memang tak nak ambil tahu langsung apa yang bermain di fikiran awak. Tak nak! Sebab pada saya, kalau saya dah tahu makanya saya dah hilang salah satu nikmat dalam berkasih sayang. Sebaliknya saya mengharapkan awak beritahu saya apa yang awak rasa tentang kita. Sebab, saya harapkan kemanisan dalam perhubungan akan terus kekal samada melalui lisan ataupun pengucapan. Setiap kali awak lafaz kata rindu dan awak ucap kata sayang, saya rafakkan kesyukuran pada DIA yang maha penyayang kerana telah kurniakan kita dengan rasa bahagia yang berpanjangan. Awak mesti tak suka kalau saya hanya berdiam dan anggap awak dah faham dan sedia tahu apa yang tersirat di sebalik hati kecil saya yang paling dalam, kan? Cinta, kasih, rindu, sayang, benci dan dendam perlu kepada pengucapan supaya yang menyampaikan dapat memberi kefahaman betapa dia sayang, kasih, cinta,rindu atau mungkin benci dan dendam supaya pihak yang satu lagi faham. Itu pentingnya pengucapan. Sekarang awak faham kan kenapa saya menghargai pengucapan dari mengagak yang bukan-bukan atau sekadar angguk tanda faham bila melibatkan soal hati dan perasaan? Sebab saya tersangat sayangkan awak dan sebolehnya saya nak dengar kata rindu tu keluar dari mulut awak sendiri tanpa perlu saya scan hati awak yang tulus suci..."

"Em..."

"Dah, jangan nangis. Awak tak perlu bayar apa-apa pun untuk rasa rindu awak pada saya. So,jangan risau. Saya tak akan minta apa-apa bayaran. Cuma kalau boleh saya pohon sebungkus kasih sayang. Nak rindu lebih. Benci letak asing."

"Cukup ke sebungkus?"

"Cukup untuk buat saya senyum. Kalau tak cukup, nanti saya minta lagi. Boleh?"

"Hahahaha...mengada-ngada."

"Mengada yang berpada tak apa. Saya ada satu pesanan penaja."

"Pesanan penaja? Apa dia?"

"Pendek je pesanannya. Kalau boleh saya tak nak rindu awak pada saya melalaikan awak dari mengingati DIA. DIA yang mengurniakan rasa rindu. Sandarkan rasa rindu tu pada DIA. Dapat juga kita pahala. Dan, sekurang-kurangnya awak tak kecewa kalau rindu awak pada saya tak deliver. Boleh?"

 "Boleh. Terima kasih."

"Kasih anda telah diterima tanpa perlu melalui sebarang proses birokrasi saat tok kadi ijab dan kabulkan kita tempohari."


No comments:

Post a Comment