Assalamualaikum,
Hello u’olls *mood gedik tak habis2.
Hari tu punya cerita, tapi saja aku qada’ bawak ke hari ni sebab internet slow sangat mengalahkan siput sedut patah kaki tak dapat berlari berganti-ganti. Aku pulak tak dapat nak post entry walaupun aku berjaga hingga lewat pagi. Dem!
Lebih teruk, bila tenet merajuk tak nak berkhidmat selama beberapa hari. Time tu serius aku rasa macam nak pukul je inche internet tu sebab emosi ngalahkan perempuan, nak ngajuk2 bagai. Kutuk sikit da nangis. Huh! menci!!!
Aku bukan marah pasal tak dapat nak post entry, tapi aku marah sebab semalam aku sampai lewat kat mother platform. Hampir pukul 11 malam padahal seawal 6.15 pagi aku dan yang lain dah tercongok macam pekerja kilang tunggu bas kat deck utama semata-mata nak tunggu sector boat bawak kitorang ke satellite platform.
Ye, aku buat kerja kat satellite platform, so seawal pukul 6 pagi aku da kena get ready utk inter-rig ke sana via sector boat. Seawal 6 pagi. Macam budak sekolah dah aku rasa nak kena tunggu boat datang ambik. Tu satu perkara.
Perkara yang ke dua yang ingin saya tekankan di sini yang arif *tetiba activate mode debate, swell masih lagi tinggi. Aku agak dalam 2 – 4 meter. Boleh tak korang bayangkan macamana keadaan bila duduk dalam boat dalam keadaan boat tu dilambung ombak?
"Ala, rilek ar...kena lambung ombak je kot. Bukan kena lambung ngan Mael Lambong pon. Tu pon nak bising! Kecoh la lu mat..."
Dem!!!
Susah aku nak gambarkan dengan kata-kata macamana feeling di lambung ombak cane. Cuba korang cuba,try, test bayangkan. Tak dapat? Pernah naik roller-coaster? Pening tak? Macam tu la rasanya. Tapi lebih teruk. Dia punya motion ke kiri dan ke kanan memang buat aku surrender. Tak boleh aku berdiri lama-lama atas bot kalau dia da berolek macam tu. Silap-silap boleh terkeluar semua isi perut. Tak ke haru?
So, sebelum benda-benda yang tak diingini berlaku, aku ambik langkah drastik. Turun je dari personal transfer basket terus aku tuju port biasa. Capai ipod, bukak life jacket, bentang leklok pastu terus letak kepala. Baiknya punya bersidai atas sector boat. Sebelum sempat sector boat tu belayar, aku da belayar dulu dah. Nak elak pening punya pasal.
Okeh,mungkin aku emo lebih sebab aku mabuk laut. Aku ngaku. Tapi aku belum pernah muntah lagi setakat ni. Cuma pening-pening sikit je. Pening-pening manja. Tapi disebabkan pening yang selalu nak bermanja dengan aku tu la, maka aku tak dapat nak fokus pada kerja (ecece, salahkan keadaan pulak, padahal diri sendiri tu malas). Jalan pon rasa macam kat bulan je...toin..toing...toing di udara. Tak selesa. Tapi tu la, kalau dah namanya nature kerja, nak tak nak kena lah terima. Nak ngomel banyak, ngadu kat mak pun tak guna. Ye dok? Kalau tak nak dilambung ombak, janganlah beremosinye pun dengan ombak itu ee. Duduk je lah kat ofis. *tunduk memandang lantai. Hampa!
Dah, pergi sambung kerja. Cakap nak balik awal. Sembang kat sini tak guna. Shuh2...
p/s:aku nak upload gambar waktu dlm boat, tapi xdpt.lain kali je la.