Assalamualaikum...
Begini kisahnya.
Tapi sebelum tu guwa nak wish Selamat Berpuasa. Okeh, guwa tahu guwa lambat! Tapi guwa tetap nak wish jugak.
Okeh, sambung cerita.
Di satu petang yang hening, sedang guwa duduk melepak layan novel Sperma Cinta sesambil senyum sumbing, secara tiba-tiba henpon guwa terpekik bagai orang kena histeria. Guwa syak henpon guwa lemah semangat mungkin. Guwa jeling sekilas, ada panggilan dari nombor yang guwa tak kenali. Tak familiar kata omputih. Patutlah henpon guwa meracau-racau. Jarang benar henpon guwa berkelakuan demikian. Guwa tenung henpon guwa tenang sambil ibu jari kanan guwa mula melompat terkinja-kinja mahu menekan keypad warna hijau. Tak menyempat. Guwa ikutkan saja perangai ibu jari tu. Nak tegur kan takut pulak terasa hati. Ye dak?
Henpon nokia faveret guwa, guwa lekapkan di telinga.
Kemudian, guwa terdengar satu suara. "Weyy Kam, ko da publish novel ke sekarang?" hampir bergegar gegendang telinga guwa mendengarkan suara yang mirip pelaka. Guwa tidak mengambil masa yang lama untuk membuat sesi pengecaman, kerana gua memang 100% cam ini suara. Pemilik suara yang punya budi tapi sedikit cetek bahasanya.
Novel? Guwa dah mula hairan. Dada guwa mula berombak kencang. Nafas guwa pula berhembus bagai taufan. "Hah??? Bila pulak aku publish novel??? guwa angkat kening gaya Ziana Zain dalam cerita Maria Mariana. Dahi guwa time tu berkerut-kerut semacam baju sutera tak pernah bertemu seterika.
"Then yang aku jumpa dekat kedai-kedai buku ada novel Kapal Terbang Kertas tu hapa? Bukan novel kau ke? soal pemilik suara. Level bahasanya masih sama. Saing-saing budak darjah dua, darjah tiga.
Guwa tambah lagi kerut di dahi. Menjiwai watak la katakan. "Er...novel kapal terbang kertas?" jawab guwa sambil garu-garu kepala. "Bro, Aku tulis cerpen je kot. Tu pun baru sampai chapter 17." lanjut guwa lagi.
"Hah??? kali ini giliran pemilik suara pula buat suara orang terkejut! Guwa sendiri kompius samada dia memang terkejut atau buat-buat terkejut. "...Huh, nasib baik aku tak beli. kalau tak mesti rugi..."
Guwa tepuk dahi!
Okeh, makluman kepada semua. Novel Kapal Terbang Kertas tu bukan novel guwa. Guwa sendiri kompius, samada guwa terciplak nama dari novel dia, atau dia menciplak nama cerpen guwa. Tapi guwa rasa kebetulan. Sedangkan manusia punya 7 kembar serupa, inikan pula tajuk novel cerita. Apa ada hal?