Sunday, June 26, 2011

Yang Indah Itu Saling Memaafkan

Assalamualaikum,

So, sihat?

Alhamdulillah. Baguslah kalau angpa semua sihat. Aku sentiasa doakan kesejahteraan angpa semua. Moga-moga angpa semua sentiasa dinaungi dan senantiasa berada di bawa lembayung rahmat Allah s.w.t. Amin.

Aku? Er, nak cakap siaht sangat tu tak lah. Ada gigi geraham aku hat belakang yang baru nak tumbuh (gigi geraham memang duk kat belakang kan? Sori, aku belum ade awek dentist lagi). So, memang terbaik dari ladang la bila 2 hari aku tak dapat nak merasa nikmatnya nasi kosong + ulam-ulaman + budu + ikan panggang. Tak boleh nak kunyah makanan langsung. Gigi tak boleh gesel-gesel antara satu dengan lain. Ngilu je rasa. Time-time sakit gigi camni, kalau ada sesiapa yang cakap tak guna otak memang confirm aku sepak dia speed-speed (acah je). Bialah kena tangkap ngan JPJ pasai kantoi speed trap pun. Aku tak kisah, asalkan aku puas.

Okeh. Itu emosi.

Sebenaqnya,bukan topik sakit gigi yang aku akan perdebatkan. Tapi isu yang last sekali bila ang baca intro tadi tu yang sebenaqnya menarik minat aku untuk aku bahaskan dari sudut pandang aku sendiri. Dan aku akan pastikan ianya tak dipengaruhi oleh mana-mana pihak. Hah? Tak taw...ang p baca balik. Da jumpa belum? Tak jumpa? Chitt!!!

Aku suka tanya soalan. Dan untuk entry kali ini pun, aku nak tanya angpa soalan.

Angpa pernah berkelahi tak?...Apa, tak pernah? Hah, ang nak tipu pun agak-agak la.  Janganla nak buat cubaan berani mati nak kelentong aku. Budak-budak kecik hat hingus duh meleleh keluaq idung tu mungkin la hang boleh nak kelentong. Tu pun kalau dieorang nak percaya kat angpa. Dibuatnya satgi dieorang jeliq lidah kat ang, baru ang taw. Baru menangih keluaq ayaq mata darah. Jangan nak salahkan budak kecik tu plak.

Soalan ke dua. Pernah tak angpa pikiaq, setiap kali angpa kelahi. Berapa kali angpa p mintak maaf kat pihak lawan? Berapa kali? Dua kali? Tiga kali? Atau sekali pun tak pernah? See...aku bukan nak cakap apa,tapi sikit sangat dari kalangan kita yang boleh lembut hati p mintak maaf kat pihak lawan dan mengaku kesalahan sebab jadi punca pergaduhan.

Soalan ke tiga. Sebab apa kita susah nak mintak maap bila kita da buat silap? Ada sesiapa yang boleh jawab?

Ya...Sebab EGO. Bukan Yamaha EGO hat awek-awek hot, putih dan gebu duk naik buat p ronda petang-petang tuh. Tu EGO hat lain. Ni EGO hang. Bahasa mudahnya sikap perasan baguih dok ada hang tu. Sebab tu. Sebab ego hang tu besaq ngalahkan Gunung Everest. Tinggi melangut. Sebab tu hang susah nak p mintak maaf. Hang takut imej dan kredibiliti hang tercalar. Kononnya maruah ang bakal tergadai kalau ang p mintak maap. Camtu kan? Okeh, aku nak ajak ang berpikiaq sat. Ang agak-agak kalau ang bawak ego ang tu p market, boleh tak ang juai dengan harga runcit? Boleh? Kalau boleh, baguihla. Pasni ang kumpul la ego hang banyak-banyak p juai. Mana taw boleh jadi jutawan.

Apa yang aku nak cakap kat sini, sebenaqnya kita membesaq bersama ego kita yang besaq tahap giga tapi kita mintak untuk generasi kita yang seterusnnya yakni anak-anak kita untuk tinggalkan ego dan mencari damai. Kalau ang masih ingat, mereka hat tua selalu pesan kat kita yang kecik-kecik ni dulu.

"Hah, hang main elok-elok. Jangan gaduh-gaduh. Satgi mak piat dua-dua kalau angpa gaduh." sikit punya baguih nasihat yang ditembak masuk ikut cuping telinga. Takpun,

"Hang p mintak maaf kat abang hang/kakak hang/adik hang/kawan hang tu lekaih. Tak elok gaduh-gaduh. Ang kan da besaq, ang kan pandai..." begitu kita dipujuk untuk membuang sengketa dan meraih bahagia.

Tapi itu bukanlah sepenuhnya dimanifestasikan oleh mereka yang dah tua bilamana sengketa melanda antara mereka. Apa yang ada hanyalah celaan, makian, umpatan, kata-kata yang menyakitkan dan menghiris perasaan yang dikarang panjang berjela untuk dijadikan modal lawan bicara. Mana pergi nasihat, teguran yang tadinya lembut menyapa telinga meminta kita memaafkan sesama kita bila sengketa menimpa? Mana pergi kata-kata hikmah penuh bijaksana yang memujuk jiwa lara saat hati dibakar hingga merah menyala tika perkelahian bermula?

Dan dek kerana contoh itu jadi ikutan, dijadikan pula pegangan. Maka, membesarlah kita dalam suasana penuh gegak-gempita pergaduhan. Ego yang sewaktu kita kecil hanya sebesar biji sawi, semakin tinggi dan membesar seiring dengan masa, setinggi dan sebesar Gunung Fuji. Ye tak?

Sedar atau tidak, sebenarnya sikap ego yang kita pertahankan hari ini membunuh generasi masa hadapan. So acane kita nak remove ego yang membuak macam lava tu?

Okeh, pada aku. Aku praktikkan 4 cara ni. Setakat ni berkesan je pada aku. 4 tu dah cukup memadai. Bebanyak karang otak takley nak cerna plak. Haru je...

So yang pertama.

1.TENANGKAN HATI, TENANGKAN DIRI.

- sudah menjadi kebiasaan pada aku, kalau aku marah atau gaduh ke apa, aku akan undur diri. Aku tak akan berada kat tempat kejadian dan pandang muka pihak lawan semata-mata nak bagitahu yang aku lagi hebat dari kau, dan aku tak akan mengalah. Tu kerja bodoh. Please, dalam keadaan marah macam tu, ada baiknya kau undur satu langkah ke belakang, pusing dan terus blah. Don't ever ignite the fire. Abaikan je kalau pihak lawan cakap kau ni pengecut, bacul ke apa. Abaikan. Sebab, tika dan saat itu lah diperlihatkan teguh atau rapuhnya iman. Kalau yang teguh iman, aku rasa semua tu dibalas dengan satu senyuman, tapi kalau aku yang imannya senipis selaput bawang, aku rasa pihak lawan boleh 'berehat panjang'. Cara terbaik, berundur.

Aku rasa kita dikurniakan akal untuk menilai baik buruk sesuatu perkara. Aku cuma nak pesan satu benda. MIND OVER MATTER. Sebab tu lah, otak letaknya tinggi kat kepala. Bukan kat tapak kaki. Sebab, otak tu lah yang control semua benda. Otak ni macam CPU, segala makalumat ada dalam tu. So, selagi mana kau tak masukkan 'virus' yakni korang tak sogok akal dan pemikiran korang dengan benda-benda negatif, aku rasa korang akan terus selamat dari jadi punca atau mangsa. Sebijak manapun seseorang individu, tapi dia akan tetap nampak dungu di mata manusia jika dia gagal untuk menundukkan amarahnya yang melulu.

Yang Kedua,

2. MEMAAFKAN KESALAHAN ORANG LAIN

- ini perkara paling sukar aku rasa. Tapi tak salah kalau kita mencuba. Ustaz Hasrizal ada sebut, Erti Hidup Pada Yang Memberi. Tak betul ke? Apa salah memberi maaf? Hinakah kita jika kita memberi maaf? Bukan mulia ke?

Aku bukanlah calon yang sesuai untuk membahaskan isu atau soal agama.Cuma dari apa yang aku belajar, tangan yang memberi itu lebih baik dari tangan yang menerima. Lihat saja pada posisi tangan yang memberi dan pada posisi tangan yang menrima. Ye idak?

3.WUDHUK

- aku rasa ini yang paling simple. Tapi kesannya sangat mujarab aku rasa. Kenapa wudhuk? Ok, let me explain. There's no rocket science. Just simple math. Marah tu dipacu siapa? ...betul, syaitan laknatullah yang memacunya. Dan ketika kita marah, kita adalah tunggangannya yang hina. Dan syaitan laknatullah akan berpesta sakan kerana mereka berjaya memperdaya manusia yang dangkal pemikirannya. Syaitan tu apa unsur utamanya? ...betul, syaitan laknatullah tu dijadikan dari api. Dan unsur apa yang boleh memadamkan unsur api tersebut kalau bukan air? Simple. Semudah itu. Tapi pastikan wudhuk itu dilakukan dengan sempurna.

Mungkin ada yang persoalkan, kenapa tak diguna sahaja pemadam api(fire extinguisher) jenis karbon dioksida?  Atau mungkin jenis buih? Atau debu kering? Ok, kalau ada manusia jenis ini yang bertanya, hempukkan sahaja mereka dengan mana-mana jenis fire extinguisher. Dan anda bebas untuk memilih posisi mana. Terpulang.

4. INGAT ALLAH.

Orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingat Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenteram. (al-Ra`d:28) 

so, tak perlu aku terangkan panjang lebar. 

Hidup ini terlalu singkat untuk saling membenci.
 Jaga peribadi.
Jaga hati.
kerana
Yang jauh itu waktu, yang dekat itu mati,
Yang besar itu nafsu, yang berat itu amanah, 
 Yang mudah itu berbuat dosa,
Yang panjang itu amal soleh,
dan
Yang indah itu saling memaafkan.

So, amacam? Nak gaduh2 lagi? Xmo camtu, xmo...kamu budak baik kan?

 

2 comments: