Sunday, July 7, 2013

Nota Untuk Dia - Magnet

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang,

Sedar atau tidak, apa yang kita 'beri' selama ini adalah semaian kita untuk masa depan, dengan kata lain apa yang kita bakal perolehi kelak adalah hasil tuaian dari semaian kita di masa silam (baca : lepas). Bersyukur dengan segala baik dan buruk yang telah kita terima. Redha dengan setiap apa yang telah berlaku, kerana dari situ kita akan temui 'sesuatu'. Hidup sudah ditentukan pada jalan takdirNya, tapi tak bermakna kita hanya perlu melangut menanti datangnya yang pipih atau bulat semata. 

Agak deep intro untuk entry kali ini. Bukan apa, sebagai peringatan. Kadangkala, kita mencari yang sepadan tanpa kita cermin diri apa kekurangan yang kita ada yang mungkin akan memberi tekanan/rasa susah/kurang senang pada pasangan di masa hadapan. Kerana kita selalu melihat kebolehupayaan dalam diri kita untuk kita jadikan sandaran kepada sebuah kehidupan yang tenang. Kan? 

"Firman Allah maksudnya: "Boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jua Yang Maha Mengetahui (semua itu), sedang kamu tidak mengetahuinya. (al-Baqarah:216)


"Awak..." panggilan lembut untuk menyapa telinga si dia.

Ada reaksi. Dengan senyum segaris, si dia nyata nampak lebih manis. "Ye saya...". Senyum masih tak lekang. "Ada apa?" Soalnya sambil novel Suamiku Pemalu ditanda, ditutup sebelum diletakkan dibirai paha. Betul-betul di perut sofa.

Turut senyum. "Em, boleh saya tahu apa yang palinnnnngggg awak tak suka tentang saya." Soalan bukan pasca-ramalan peperiksaan ditanya.

1 minit...

2 minit...

...

5 minit...

"Belum dapat pastikan apa yang awak tak suka tentang saya?"

"Belum...Tengah fikir."

"Owh...Okay. Take ur time."

7 minit...

...

10 minit...

...

15 minit...

"Awak..."

"Ye saya..."

"Saya rasa saya dah tahu jawapannya."

"Em...Apa dia?"

"Saya suka semua tentang awak. Setiap kelemahan awak adalah kekuatan bagi saya. Dan setiap kekurangan yang ada pada awak adalah kelebihan pada saya."

"Awak ada pergi kursus bahasa? Atau mungkin awak ada join kelab sastera kat tempat kerja?"

"Hisy...main-main pulak dia. Penat tahu saya fikir semata-mata nak zahirkan kata-kata tadi. Awak langsung tak cakap terima kasih. Mengejek adalah. Buat penat je saya fikir."

"Bhahahaha...Okay, maafkan saya. Apapun terima kasih banyak-banyak sebab sudi curi masa saya sekejap tadi untuk hadiahkan pada saya kata-kata yang menyentuh sanubari. Pujian ini ikhlas dari hati."

"Mengada-ngada!"

"Maafkan saya."

"Kenapa minta maaf?" Soalnya? Ada segaris dua kerut yang melintang di dahi.

"Sebab saya mengada-ngada..."

"Hahaha...Okay, maaf di terima. Tapi kenapa awak perlu tanya soalan macam tu?"

"Saya just nak tahu apa yang awak tak suka tentang saya. There is no hidden agenda. Bukan apa, takut kalau-kalau ada perlakuan, perbuatan, perkataan yang keluar dari tindak-tanduk saya yang buat awak sakit mata. Senak telinga. Sebab tu saya tanya."

"Macam tu ke?"

"Macam tu lah. Dan saya tak nak sebab ego lelaki yang ada dalam diri saya ni saya abaikan perasaan awak sebagai pendamping saya."

"Owh. Okay, ingatkan awak tanya sebab awk ada buat salah kat saya ke apa."

"Hahaha. Buat salah? Em, setakat ni tak ada."

"Setakat ni tak ada. So akan datang akan adalah maksudnya?"

"Akan datang tak tahulah macamana. Dan untuk yang akan datang tu nanti kita bincang di next chapter."


Sepertimana magnet yang tak akan bercantum jika ditemukan kutub yang sama, bahkan akan terus menjauhi, begitulah kehidupan pasangan yang mencari redha Ilahi. Perlu ada perbezaan, seorang utara dan seorang lagi selatan. Pasti nanti akan tercantum ditengah medan. Kan? 

Yang baran akan bertemu yang pemaaf
Yang suka merajuk akan ditemukan dengan yang cekap memujuk.
Yang suka sepahkan barang-barang pasti berpadu dengan si pengemas.
Yang kaki cemburu aku tak tahu.
Itu asam garam.
Orang kata hidup ibarat sebiji buah oren. Penuh rasa masam, manis dan pahit. Tak gitu?











No comments:

Post a Comment