Sunday, September 19, 2010

[n0tA 5]




NOTA 5

KUALA LUMPUR.
HARI INI.

Stesen LRT (Light Rail Transit) KLCC petang itu penuh sesak. Stesen LRT KLCC ialah stesen alihan laju bawah tanah yang terletak berhampiran Menara Berkembar Petronas, Kuala Lumpur,Malaysia, sebagai sebahagian Aliran Kelana Jaya (dahulunya dikenali sebagai PUTRA). Stesen ini dibuka pada 1 Jun 1999 sebagai sebahagian segmen kedua aliran ini yang melalui 12 stesen antara stesen Masjid Jamek dan Terminal PUTRA (tidak termasuk stesen Sri Rampai) dan sebatang laluan bawah tanah.
Stesen ini terletak di tingkat bawah tanah pusat beli-belah Avenue K di Jalan Ampang. Sebatang laluan bawah tanah menghubungkan stesen ini dengan Suria KLCC dan seluruh kawasan pembangunan KLCC yang merangkumi Menara Berkembar Petronas, Menara Maxis dan Pusat Konvensyen Kuala Lumpur.
Selautan manusia yang berpusu-pusu yang menunggu ketibaan tren nampak seolah sekawan semut yang keluar dari busut. Pemandangan sebegitu adalah rutin bagi mereka yang tinggal di tengah kota belantara ini. Tidak kira pagi atau petang, siang mahupun malam, Kuala Lumpur tidak pernah sunyi atau lengang malah sentiasa hidup dengan pelbagai aktiviti, karenah dan ragam manusia. Hujung minggu dan cuti umum adalah kemuncak kepada kebanjiran selautan manusia yang keluar berlibur membelah ibukota menuju ke pusat beli belah terkemuka mahupun taman-taman sekitarnya. Kota yang menjanjikan kesenangan pada mereka yang berusaha, juga kota yang melumpurkan manusia yang lalai dan leka. Kota yang penuh tipu daya, melilit umatnya menjadi bangsa hipokrit!

Selautan manusia yang berada di situ sibuk dengan agenda masing-masing. Selautan manusia yang terdiri dari pelbagai bangsa dan agama. Selautan manusia yang berbeza latar belakang usia berpayung di bawah satu negara.

Dari celahan selautan manusia itu, kelihatan kelibat dua gadis yang bersahabat berdiri mendekat. Rapat. Badan mereka disandarkan pada tiang sebesar pemeluk yang gagah berdiri di tengah-tengah ruang menunggu. Masing-masing membimbit plastik yang berisi barangan yang baru sahaja dibeli. Ada juga beg-beg plastik yang bersaiz sederhana dan besar yang dilambakkan dilantai. Berat mungkin.

"Bila tren nak sampai ni?"salah seorang dari gadis tadi menyoal rakannya. Gadis itu nampak manis mengenakan baju kemeja rona hijau yang dipadankan dengan jeans longgar. Tudung shawl bewarna hitam dililit kemas dikepala menambahkan pesona si pemakainya. Nampak anggun tetapi masih mengekalkan pesona sebagai wanita muslimah.

"Mana la aku nak tahu. Aku bukan kerja kat sini. Nanti bila aku dah dapat kerja kat sini aku bagitahu kau." ulas rakannya. Malas menjawab persoalan yang diajukan. Dalam kepenatan menunggu, soalan-soalan sebegitu dirasakan tidak wajar dijawab. Selautan manusia yang menunggu menyakitkan matanya. Menambah sesak di jiwa.

"Aku tanya betul-betul la..."getus Fiya. Dia mencebik, kecewa dengan reaksi sahabat baiknya, Laila. Pandangannya dilontarkan pada landasan tren yang berada di hadapan mereka. Kosong. Laila yang berdiri disebelahnya hanya diam membisu. Pandangannya ditumpahkan pada selautan manusia yang setia menanti di ruangan menunggu. Ada yang berdiri dan ada sesetengahnya yang duduk di bangku simen yang disediakan. Benarlah kata pepatah, penantian adalah suatu penyiksaan. Fiya dan Laila adalah di antara mangsa-mangsanya.

"Tuan Puteri, cuba tuan puteri memalingkan wajah tuan puteri yang putih gebu serta ayu 45 darjah ke kanan..." Laila menguis bahu Fiya dengan tangan kanan seraya mengunjukkan pada screenboard hitam yang dipasang pada bahagian atas siling. Padanya tertera waktu perjalanan dan ketibaan tren aliran Kelana Jaya.
Aliran Kelana Jaya (berwarna merah jambu pada peta transit Kuala Lumpur) ialah salah satu dari dua buah laluan transit ringan di Sistem Transit Kuala Lumpur yang dikendali oleh rangkaian RapidKL Rail, di samping Aliran Ampang.
Aliran Kelana Jaya asalnya dikenali sebagai PUTRA Line LRT atau PUTRA LRT ("PUTRA" ialah singkatan bagi Projek Usahasama Transit Ringan Automatik Sdn Bhd, syarikat yang membina sistem ini). Beriutan penstrukturan semula pemilikan dan pengurusan, aliran ini kini dimiliki oleh Syarikat Prasarana Negara Berhad (SPNB) dan dikendali oleh RapidKL.
Aliran Kelana Jaya terdiri daripada sebatang laluan tunggal yang didirikan dari Kelana Jaya hingga ke Gombak yang berkhidmat di kawasan Petaling Jaya di selatan; kawasan barat daya dan Pusat Bandaraya Kuala Lumpur di tengah; dan beberapa kawasan perumahan berkepadatan rendah di utara Kuala Lumpur. Aliran sepanjang 29 km ini ialah sistem transit deras tanpa pemandu automatik sepenuhnya ketiga terpanjang di dunia, mengekori SkyTrain di VancouverKanada(49.5 km) dan Lille Metro VAL di LillePerancis (32 km).
Stesen-stesen Aliran Kelana Jaya diatur lebih kurang mengikut arah utara-selatan. Terdapat 24 buah stesen kesemuanya, 16 daripadanya ternaik, dan 5 lagi di antara Pasar Seni dan Ampang Park di bawah tanah. Satu-satunya stesen searas tanah, iaitu Sri Rampai, kini masih belum siap dan ditutup kerana projek pembinaan yang sepatutunya diusahakan     di sini telah terbengkalai. Maka itu, stesen Sri Rampai ialah satu-satunya the stesen dalam laluan ini yang masih belum beroperasi.
Begitu juga dengan Aliran Ampang, stesen-stesen ini bergayakan pelbagai reka bina. Kebanyakan stesen ternaik dibina mengikut empat gaya utama yang menampilkan rekabentuk bumbung berbeza untuk bahagian-bahagian laluan yang tertentu. Stesen KL Sentral pula menampakkan reka bina yang lebih sejajar dengan seluruh bangunan Stesen Sentral. Stesen bawah tanah pula berupa susun atur konkos dan vestibul yang unik, serta dilengkapi pintu tabir platform lantai ke siling untuk mengelakkan pencerobohan antara platform dan landasan. 13 stesen (termasuk dua stesen terminal dan kelima-lima stesen bawah tanah) berplatform tengah (island), sementara 11 yang lain pula dilengkapi dua platform sisi(side) setiap satu. Stesen-stesen yang berplatform pulau memudahkan pertukaran antara tren utara dan tren selatan tanpa perlu naik turun dari aras konkos.
Stesen-stesen Aliran Kelana Jaya direka khas untuk menampung keperluan orang kurang upaya, termasuk lif danpengangkut kerusi roda di samping tangga bergerak dan tangga biasa di setiap stesen, di samping juga sela antara platform dan tren kurang dari 5 cm untuk membolehkan warga kurang upaya memasuki dan keluar dari tren. Antara yang lain, landasan tidak berbalast, agar menggeserkan pergerakan landasan dan tren. Trennya juga turut dilengkapi ampaian getah langsung, agar mengurangkan pergerakan badan tren selain tren tidak melangkau stesen serta stesen dibina dengan platform lurus.
Stesen-stesen ini adalah satu-satunya sistem transit deras di Lembah Kelang yang dilengkapi kemudahan khas untuk pengguna kurang upaya. Stesen-stesen Aliran Kelana Jaya juga dilengkapi kamera keselamatan litar tertutup untuk menjaga keselamatan.
Demi menampung 13 stesen baru menjelang tahun 2012, setiap stesen diberi kod baru dari KJ1 hingga KJ37, iaitu stesen terminus Kelana Jaya dan Gombak masing-masing diberi kod KJ14 dan KJ 37.
"Heee...Ok. Maafkan beta wahai dayang istana." Fiya meleret senyum.

"Banyaklah kau punya dayang istana. Dah, jangan nak berangan." 

“Dayang marahkan beta?”

“Fiya, read my lips. JANGAN BERANGAN!”

"Eleh, jealous la tu?" usik Fiya. Jari telunjuknya menguis hidung Laila. Cuba mengusik sahabatnya yang satu itu.

"Tak ada maknanya." Laila menolak menolak tangan Fiya lembut. Malas melayan keletah Fiya yang suka mengusik dirinya. Pandangannya kembali tertumpah pada selautan manusia yang lalu lalang di hadapan mereka.

"Ok. Kalau macam tu, apa kata kalau dayang kipaskan beta. Beta rasa hangat. Boleh dayang?"

"Ei, tak ada masa nak layan..."

“Ini boleh mengundang murka pada beta. Pengawal, tangkap dayang ini dan penjarakannya.” Fiya bernada serius.

Tawa Fiya dan Laila berderai. Namun suasananya masih lagi terkawal walaupun mengundang mata-mata lain untuk turut sama memerhati gelak tawa mereka yang berhamburan. Cepat-cepat Fiya dan Laila mengawal keadaan. Tawa mereka ditahan-tahan. Mereka tidak ingin kelihatan sepertimana badut di jalanan. Malu.

Lima minit kemudian tren yang menuju ke Taman Melati tiba. Fiya dan Laila berjalan beriringan menuju pintu masuk tren. Selautan manusia yang berasak-asak sedikit meralatkan mereka untuk begerak masuk ke dalam. Sikap sebegitu memang lumrah. Ditambah pula dengan kudrat mereka-mereka yang lemah. Walaupun berbagai inisiatif diambil untuk meyedarkan dan memupuk kembali norma-norma kemanusiaan dalam jiwa dan diri setiap individu, namun ianya seolah-olah menemui jalan buntu. Hanya segelintir masyarakat yang benar-benar faham tentang adat, dan tatasusila yang sedia membantu. Yang lainnya hanya memandang dengan jasad yang berdiri kaku dan sekeping hati yang dirasakan lebih keras dari batu. Budi bahasa hanyalah permainan kata. Sekadar menghiasi dinding-dinding kota. Jauh sekali untuk dipraktikkan agar jadi nyata.

Milennium ini, sangat sukar untuk mencari mereka yang benar-benar sudi menabur budi.  Kalaupun ada yang sudi memberi, mungkin nawaitu mereka keluar dari asalan. Lari. Memberi, tetapi mengharapkan bakti. Ataupun memberi, tetapi mengharapkan segunung puji.

"Ramainya...berdiri saja lah nampaknya." Fiya mengeluh berat. Dia dan Laila berdiri merapta ditengah-tengah keriuhan manusia yang berada dalam tren tersebut. Tangan kirinya memegang tiang besi tahan karat yang berada ditengah-tengah perut tren bagi menyokong kestabilannya ketika tren bergerak nanti. Barang-barang yang dibelinya tadi sekadar diletakkan di lantai tren dan dikepit di antara kedua kakinya. Beg sandang yang dibawanya dibawa ke tengah dada sambil tangan kanan erat memegangnya. Fiya begitu berhati-hati apabila menghadapi situasi sebegini. Risiko ada di mana-mana. Penyeluk saku bebas bergerak menjalankan kegiatan mereka ketika ini. Bukan sekali kehilangan dilaporkan berlaku, tetapi beribu kali. Namun masalah sebegitu masih belum mampu dibendung. Jadi, dalam situasi sebegini pengawasan kendiri adalah penting bagi memastikan peluang untuk berlaku kehilangan barangan rendah.

Suara perakam diperdengar. Semua penumpang dimaklumkan tentang destinasi perjalanan tren. Destinasi berikutnya adalah stesen LRT (Light Rail Transit) Ampang Park dan mereka, Fiya dan Laila mungkin perlu berdiri di sepanjang destinasi, hampir tujuh stesen sebelum sampai ke stesen LRT Taman Melati jika dilihat kepada kepadatan penumpang yang ada di dalam perut tren sekarang.
Tren terus memecut menuju destinasi. Berdecit-decit bunyinya bilamana berlaku pergerseran di antara roda besi tren dengan landasan. Itu adalah melodi yang kerap didengari bilamana tren yang dipandu secara automatik ini bergerak menuju destinasi.


PULAU PINANG.
WAKTU YANG SAMA. WAKTU MALAYSIA

“Woit, pukul betul-betul lah. Macam pondan lah kau ni pendek!”

“Lat, sebelum raket Babolat ni singgah kat dahi kau, baik kau diam.” Kamarul menarik nafas. Raket tenis yang berada di tangan kirinya diangkat dan dibawa ke hadapan. “Aku masih dalam proses belajar lagi. Nadal pun main macam aku juga dulu masa mula-mula dia main tenis. Kau apa tahu?” Kamarul menambah. Syafiq tergelak besar. Gelagat Kamarul ketika membuat pukulan balas mengundang tawanya sejak dari awal permainan. Kamarul nampak seperti badut sarkis yang sedang beraksi.

Kamarul melangkah keluar dari gelanggang. Botol aor mineral yang diletakkan di tepi jaring dicapai. Dibuka penutupnya dan kemudiannya diteguk sehingga separuh botol. Syafiq datang merapati. Tawa masih lagi bersisa. Kamarul menghulurkan botol air yang masih terbuka mulutnya pada Syafiq. Bersambut dan kemudiannya diteguk.

FUHHHH!!!!

“Jahanam kau pendek!!!” Syafiq menjerit. Dia tidak sempat mengelak saat susuk tubuhnya jadi sasaran Kamarul. Habis lencun bajunya kesan semburan air mineral yang sengaja disimpan di dalam ruang storan dalam mulut Kamarul sebelum menyasarkan pada sasaran. Kamarul membuka langkah seribu saat Syafiq membuka mulut menjerit. 

“Lat, aku minta ampun!”

“Belum masanya. Kau tunggu. Aku dapat kau, aku bogelkan kau kat sini.”

“Lat, rileks lah. Gurau je dude.”

“Kau datang sini dulu.”

“Tak nak!”

“Pendek!!!!” bergema suara Syafiq. Kamarul hanya ketawa dari kejauhan. Puas hatinya dapat mengenakan Syafiq. Untuk beberapa ketika Syafiq mula membuka langkah mengejar Kamarul. Gagal. Susuk tubuh doraemon Syafiq tidak dapat membantunya menambah pecutan sekaligus menangkap Kamarul yang ligat berlari mengelilingi gelanggang tenis. Tawa Kamarul semakin galak. Syafiq berhenti mengejar, badannya disandarkan pada pagar yang menjulang tinggi yang menjadi pemisah antara gelanggang. Raket tenis yang berada di genggaman dijadikan tongkat bagi menampung berat badan. Syafiq nampak keletihan. Nafasnya turun naik.

“Kau ok ke Lat?” Kamarul berjalan merapati. Sebagai sahabat dia bersimpati. Syafiq pernah menghidap asthma dan pernah ditahan di wad untuk satu tempoh yang lama. Kamarul khuatir penyakit asthma yang pernah dihadapi Syafiq kembali menyerang.

“Mana kau nak lari setan? Sini kau.” Syafiq sempat menangkap lengan Kamarul bilamana sahabatnya itu cuba membantunya untuk bangun.  Sebenarnya Syafiq hanya berpura-pura. Dia ingin memerangkap Kamarul, kerana dia tahu dia tidak akan berjaya beradu kekuatan dan kelajuan dengan Kamarul. Strateginya berjaya. Kamarul tertipu.

“Penipu!!!”

“Ada aku kisah?”

“Mana aci macam ni.”

“Aci kat India.”

“Sengal!”

Deringan dari telefon Nokia Xpressmusic milik Kamarul mematikan ‘pertelagahan’ yang berlaku di antara Syafiq dan Kamarul. Cepat-cepat Kamarul mencapai telefon bimbitnya yang diletakkan didalam beg sandang yang berada di atas lantai gelanggang.

1 message received.

Buka. Baca.

“Fiya?” Kamarul terpana.

“Siapa mesej kau pendek?”
Diam.

“Pendek? Siapa mesej?”

Kamarul masih lagi kaku.

“Pendek!!!” Serentak dengan jeritan itu, tali raket Wilson K-Factor sempat singgah di kepala Kamarul. Kamarul berpaling. Pandangannya tika itu kosong.

“Siapa mesej?” Syafiq kembali mengulang soal.

“Fiya.”

“Fiya? Ex-girlfriend kau masa kat sekolah teknik dulu?”

“Hmm...”

“Dia mesej kenapa?”

“Saja. Tanya khabar mungkin.”

'Tanya khabar ke?' Kamarul bermonolog sendiri.

Kamarul tertunduk lesu. Mesej dari Fiya benar-benar menganggu. Sudah lama dia dan Fiya tidak berhubung. Dan hari ini, mesej Fiya hampir-hampir buat Kamarul sakit jantung.



No comments:

Post a Comment