Monday, October 18, 2010

[CiNt4 Si tuKANG kEBUN 2]

Kereta BMW 525i meluncur laju mendekati dan kemudiannya berhenti betul-betul di hadapan sebuah rumah banglo yang entah kepunyaan siapa. Mungkin milik si pemandu BMW 525i atau juga milik tuan kepada pemandu BMW 525i tersebut. Seketika, pintu pagar setinggi Yao Ming yakni pemain bola keranjang profesional yang menyertai pasukan Houston Rockets terbuka luas. Si pemandu BMW 525i itu tadi cepat-cepat menekan pedal minyak memaksa kereta mewah buatan Jerman itu menderum dan memecut laju. Seketika juga kedengaran bunyi decitan tayar kesan geseran antara tayar kereta BMW 525i dengan lantai di ruangan parkir. Kepala pemandu BMW 525i terhantuk di stereng. Dia mengaduh. Kerana tergesa-gesa pemandu BMW 525i itu langsung melupai yang jarak antara pintu pagar utama dengan ruang parkir hanya dua hasta jaraknya.

Sejurus keluar dari kereta BMW 525i, si pemandu itu terus bergegas masuk ke dalam rumah. Perlakuannya menimbulkan seribu satu persoalan. Apakah yang sedang berlaku sebenarnya. Adakah dia mengalami diarrhoea, sejenis penyakit yang boleh membawa pesakitnya ke tandas hampir setiap masa. Adakah?

Si pemandu BMW 525i berlegar-legar di ruang tamu. Matanya melilau mencari sesuatu. Tali leher rona pink yang hampir menjerut lehernya dilonggarkan. Nafasnya seakan sesak. Matanya masih melilau mencari sesuatu. Pantang ada penjuru, pasti anak matanya dibawa ke situ. Masih gagal dijumpai. Mungkin kerana keluasan ruang tamu itu menyamai dua gelanggang skuasy bertaraf olimpik menyukarkan pencariannya.  Si pemandu BMW 525i  kemudiaannya meluaskan parameter dan zon pencarian. Bermula dari ruang tamu,  dia kemudiannya bergerak ke satu-satu lokasi. Dari bilik tidur utama, dapur, stor, sehinggalah perpustakaan mini, semuanya tidak membuahkan hasil. Misinya hampir gagal. Si pemandu BMW 525i  hampir menangis. Dia terduduk di kerusi cleopatra yang megah menghiasi sisi ruang tamu. Baju kemeja yang dipakainya separa lencun dengan peluh. Cermin matanya ditanggalkan dan kemudian diletakkan di atas meja di hadapan. Rambut yang tadinya tersisir rapi tidak lagi serapi tadi. Berserabut. Tapi dia masih lagi kelihatan kacak dengan kolar baju yang sedikit tegak. Walaupun rambutnya tidak lagi terpacak seperti duri-duri landak.

Tiba-tiba si pemandu BMW 525i  menumbuk-numbuk meja yang berada betul-betul di hadapannya. Meja kopi yang diperbuat dari kayu mahogani itu bergegar apabila menerima hentaman bertubi-tubi.  

Berhenti.

Tangan yang menumbuk meja yang tadinya dikepal kemas dilonggarkan . Sambil tangan yang satu lagi mengusap-usap tangan yang dilonggarkan itu. Wajahnya dikerutkan. Sakit barangkali. Memang sakit. Entah kenapa, dia benar-benar tertekan. Dia sebolehnya cuba untuk bertenang, namun gejolak di hati tidak dapat dia tahan. Seolah lelehan lahar yang mengalir keluar dari gunung berapi Merapi. Gunung Merapi adalah sebuah gunung berapi di Jawa Tengah, Indonesia. Ia merupakan gunung berapi yang paling aktif di Indonesia dan telah meletus sebanyak 68 kali semenjak 1548.

Ia berdekatan dengan bandaraya Yogyakarta, dan banyak penduduk tinggal di hilir gunung berapi berkenaan, dengan perkampungan paling tinggi 1700 m di atas paras laut. Oleh kerana bahayanya kepada kawasan berpendudukan ini, ia telah dinamai sebagai satu Gunung Berapi Dekad ini. Walaupun si pemandu itu langsung tidak mempunyai kaitan dengan gunung berapi Merapi, ianya hanyalah analogi kepada apa yang dirasakan oleh si pemandu itu sekarang ini.

30 MINIT SEBELUM KEJADIAN.

TELEFON pintar Blackberry Storm milik pemilik telefon pintar itu tiba-tiba berdering. Kedengaran lagu two is better than one dendangan kumpulan Boys Like Girls ft Taylor Swift yang sememangnya sudah ditetapkan oleh pemilik telefon pintar itu bergema mematikan ketekunan si pemilik telefon pintar. Dia lantas mengangkat muka, mencapai telefon pintar miliknya dan kemudian menekan butang hijau. Untuk beberapa saat berikutnya, kedengaran suara di hujung talian sebelah sana. Suara perempuan. Tapi bukan operator talian.

            “Waalaikumussalam. Ya saya. Kenapa?” si pemilik telefon meleret senyum. Jelas terpancar garis-garis kerinduan yang terlukis di wajahnya. Tapi bukannlah dilukis dengan marker ataupun pen biasa. Hanya mereka yang belajar ilmu alam akan mengetahui maksud garisan-garisan itu. Abstrak.

            “Honey okay?!!! Abang balik sekarang! Honey tahan kejap je...” garis-garis kebahagiaan yang terlukis sebentar tadi terpadam. Digantikan dengan garis-garis kerisauan.

            “Honey, tahan kejap. Abang sampai nanti. Tahan kejap saja.” Si pemilik telefon pintar cuba membujuk. Intonasinya bercampur aduk. Antara takut, bimbang, gelisah semuannya hadir mengetuk.

            Si pemilik telefon pintar itu bingkas. Dicapainya kunci kereta BMW 525i yang terletak di penjuru meja dan bergegas keluar dari ruang pejabatnya tanpa sempat menoleh sesiapa. Rakan-rakan sepejabat yang lain hanya memerhatikan gelagatnya juga tak sempat menegur. Semua mereka hanya mengekori pergerakan si pemilik telefon pintar dengan ekor mata. Kemudiannya, masing-masing menyambung kembali kerja.

            Sementara itu, pemilik telefon pintar terkocoh-kocoh menuju kereta yang diparkir selang 1 lot bangunan dari bangunan pejabatnya. Setelah enjin kereta BMW 525i dihidupkan, dia terus memecut laju. Tiada keraguan. Tiada perasaan ragu atau bimbang disaman kerana memandu melebihi had kelajuan.


MASA SEKARANG.

“Honey!!!”  si pemandu BMW 525i itu tiba-tiba menjerit. Nyaring. Bagaikan disampuk. Suaranya yang berdentum kedengaran memenuhi seisi rumah. Dia kehabisan tenaga. Kehabisan daya. Airmatanya gugur juga. Merembes keluar dan membasahi pipinya.

Kemudian, dia meraup muka.

Cuba untuk bertenang seketika.

Dia mengeluarkan Blackberry Storm seraya membuat panggilan.

Hanya kedengaran bunyi deringan.

“Mana semua orang pergi ni?!” si pemandu BMW 525i merenggus geram. Dalam keadaan sekarang, perkara kecil yang timbul boleh membawa kepada tekanan perasaan.

Dia sekali lagi mencuba.

Juga gagal.

Si pemandu BMW 525i kemudiannya menghempaskan telefon pintar miliknya ke sofa. Kesabarannya benar-benar diuji kali ini. Dia kemudiannya menghenyakkan sekujur tubuhnya ke sofa, memandang siling. Sesekali dia memejamkan mata untuk tempoh masa yang agak lama.

Tiba-tiba, telefon pintarnya menyanyi. Tanpa sempat memandang skrin untuk melihat siapakah gerangan si pemanggil, pemandu BMW 525i cepat-cepat menekan butang hijau yang tertera pada papan kekunci.

“Hello. Siapa ni?” soal pemndu itu tergesa-gesa.

“Hello Shafiq. Papa ni. Kamu kat mana?”

“Oh, papa. Saya ada di rumah. Papa, Nuraziah mana?”

“Cepat datang hospital. Aziah ada di hospital sekarang. Dah sampai due dia nak bersalin. Tadi kebetulan Fatimah pergi rumah kamu, dia jumpa Nuraziah pengsan di dapur. Dah, cepat datang.”

“Kandungan dia ok?”

“Alhamdulillah. Semuanya selamat.”

“Alhamdulillah. Papa tunggu sana. Kejap lagi saya sampai.”

Shafiq selaku pemilik BMW 525i segera menyeka airmata. Rambutnya disisir dengan jari untuk mengembalikan kerapiannya sepertimana tadi. Dia bergegas menuju kereta. Dia bersyukur kerana isterinya selamat. Anak yang dikandung oleh isterinya juga selamat. Sebentar tadi, isterinya ada menelefonnya mengadu sakit. Jika diikutkan kepada jangkaan hari kelahiran, ianya masih berbaki dua hari lagi. Mungkin anak sulungnya itu tidak sabar lagi ingin melihat dunia.

 Hati Shafiq berbunga ceria.

Sepanjang perjalanan menuju hospital, dia tidak putus-putus memikirkan nama yang sesuai untuk diberikan kepada cahaya mata yang bakal menyinari rumah tangga yang dibina. Tapi yang menjadi permasalahannya, Shafiq sendiri tidak mengetahui jantina anak yang bakal dilahirkan nanti. Ini semua idea isterinya Nuraziah. Dia ingin membuat kejutan, dan Shafiq sendiri hampir-hampir putus nafas dikejutkan isterinya sebentar tadi.

Setibanya di hospital, Shafiq meluru mendapatkan bapa mertuanya yang berada di luar bilik pembedahan. Adik iparnya yang ketika itu sedang menenangkan ibu mertuanya sekadar mengukir senyum. Masing-masing dilanda resah. Bimbang akan keselamatan Nuraziah dan kandungan.

“Dah lama ke Nuraziah kat dalam Pa?” aju Shafiq bagi meredakan kegalauan yang melanda hati.

“Dah hampir satu jam. Shafiq sabarlah. InsyaAllah semuanya akan selamat.” Bapa mertua Shafiq cuba menenangkan. Dia faham benar kerisauan yang melanda Shafiq tika ini. Dia pernah mengalami situasi yang sama ketika isterinya bersabung nyawa bagi melahirkan zuriat mereka berdua.

“Em. Okay.” Shafiq cuba menenagkan dirinya. Dia tahu, ketika ini dia tidak mampu berbuat apa-apa. Hanya mampu menembak doa memohon keselematan dan kesejahteraan isteri serta anak yang dikandung.

Mereka semua menanti dalam debaran.

Benarlah kata bidalan, penantian satu penyeksaan. Semua yang berada di situ ternyata seolah merasai penderitaan. Begitu menyiksakan. Shafiq yang mundar mandir di koridor hospital tidak henti-henti mengeling jam di tangan. Dan, ketika Shafiq mengeling jam untuk kali yang ke sepuluh, terpacul susuk tubuh seorang doktor wanita keluar dari pintu utama dewan bedah. Doktor itu mengoyak senyum.

“Tahniah! New hero has emerged to save the world. Encik semua boleh masuk tengok.” Tutur Doktor wanita itu dan terus berlalu.

Shafiq sujud syukur. Senyum manis jelas terukir. Dia bangun dan kemudiannya mendakap erat bapa mertuanya. Mereka berjalan beriringan masuk ke dewan bedah. Ibu dan bapa mertuanya yang terlalu gembira dengan berita itu mengalirkan air mata. Selepas ini mereka akan medapat pangkat dan gelaran baru. Nenek dan Atuk mungkin.

Belum sempat mereka melangkah masuk ke dalam dewan bedah, terdengar suasana riuh rendah di belakanh. Shafiq menoleh. Diikuti yang lainnya. Dengan jelas, dia dapat melihat kelibat sahabat-sahabat dan jiran terdekat. Dan semestinya, yang paling kecoh tika itu adalah Shazwani. Dialah yang beria-ia membelikan itu dan ini untuk baby baru yang telah lahir kini. Mereka kemudiannya sama-sama menuju dewan bedah.

Nuraziah yang masih letih tersandar lesu di katil masih sempat mengukir senyum pada semua yang hadir. Di sisinya, kelihatan bayi kecil yang masih merah sedang meguap. Nuraziah kemudiannya mendukung si kecil dan kemudiannya di berikan kepada suaminya untuk diazankan. Shafiq menyambut anaknya dengan penuh berhati-hati. Dikucup lembut ubun-ubun anaknya. Hatinya terusik. Seketika, Shafiq melaungkan azan di telinga kanan anak kecil itu. Usai melaugkan azan, Shafiq sekali lagi megucup ubun-ubun anaknya sambil membisikkan sesuatu.

“Assalamualaikum wahai putera permata hati Abi dan Ummi. Selamat datang ke dunia.”

            Kemudiannya Shafiq menyerahkan anak kecil itu kepada ........

Berikut adalah soalan pemahaman bagi Kertas Peperiksaan Bahasa Melayu bagi Peperiksaan Penilaian Menengah Rendah 2010

1.      Siapakah pemilik BMW 525i dalam cerita di atas?
a.      Pemilik telefon pintar
b.      Bapa mertua
c.       Shafiq
d.      Shafiq punya kawan

2.      Siapakah Fatimah dalam cerita di atas?
a.      Peguam
b.      Lawyer
c.       Majistret
d.      Ahli Muzik

3.      Apakah kesudahan cerita di atas?
______________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________

p/s: maafkan penulis. dia sedang senget ketika ini.

1 comment:

  1. 1. A
    2. PEGUAM N LAWYER ADLH SM MAKSOD CUMA LAIN EJA N BAHASE JE..
    3. FATIMAH LAK YG AKN KAWEN.. WOOT WOOT~~ DGN SAPE?? ITU LE YG KTE DAH TAU, KAN PAPA?? WAWAWA~~

    ReplyDelete