Monday, March 14, 2011

[mESRa rAKYat]

"Der, lu tolong tengok-tengokkan baby ni jap. Wa nak masak." begitu dialog yang berlaku di antara pasangan suami isteri yang kini memiliki cahaya mata lelaki berumur lingkungan 4 bulan. Alhamdulillah. 

Brader hensem mencemik.

"Ala,nanti kalau dia nangis cane?" begitu pula jawapan yang meluncur keluar dari mulut brader hensem. 

"Kalau dia nangis nanti lu tolong la susukan dia. Apa yang susahnya." omel gadis biasa. "...Nah, ni susunya." leter gadis biasa lagi. Geram dengan sikap sambil lewa brader biasa. Selalu saja mengelak dan berdalih bila bayi mereka berdua disua.

 Brader hensem sebenarnya masih kekok, melihatkan ulah dan gerak bayinya yang meliuk-lintuk benar-benar membuatkannya jadi takut. Takut kalau bayi kecil itu nanti tersalah duduk, patah pula tengkuk!

Bayi yang masih belum mengerti apa-apa kini berpindah milik. Servis bertukar tangan.

"Come here handsome...come to Abi" tutur brader hensem lembut. Dengan penuh berhati-hati, ubun-ubun bayinya kemudian dikucupnya lembut. Lama dia bersikap demikian. Kedua mata bundar bayi sulungnya ditatapnya redup. Seketika dia melebar senyum.

"Abi sayang kamu..." luah brader hensem lagi. Si kecil yang kini dalam pangkuannya mengoyak senyum seolah-olah memahami butir percakapan ayahnya. 

Gadis biasa yang sibuk 'bertarung' di dapur yang sempat melihat karenah kedua beranak hampir menitiskan airmata. Sesungguhnya, baru kali ini dia dapat melihat sisi kebapaan suaminya.


****** 


Serius, aku rasa kalau ada mana-mana lelaki yang memang berjiwa rakyat macam ini, maksud aku sukakan budak-budak confirm akan lebih disayangi dan disenangi isteri. Tapi tu hanya teori aku. Tapi aku rasa ada betulnya, manakan tidak, tanggungjawab menjaga anak tidak lagi dibebankan di atas bahu isteri seorang, tapi turut sama dikongsi. Itukan lebih manis. Yang berat sama dipikul, dan yang ringan apa salahnya kalau sama dijinjing?

Bukan menidakkan sebuah hakikat dan kebenaran, tapi kebiasaannya lelaki jadi kekok bilamana berdepan dengan situasi yang mana memerlukan mereka berinteraksi dengan kanak-kanak. Lelaki (kebanyakannya) akan mengalami sindrom 'peluh berkampung di dahi' bilamana disuruh memangku bayi. Berbeza dengan kaum  hawa. Mereka tampak begitu santai dan selesa mendukung, menggendong, dan memangku juga berbagai jenis aktiviti akrobatik bersama si kecil.

"Ala der, biasalah tu... Dah namanya perempuan. Naluri keibuan tu mesti la ada." tu antara jawapan tipikal yang selalu keluar dari mulut lelaki yang cuba mempertahankan ego setinggi langitnya.

Tetttt!!!!

Habis, kalaulah suatu hari nanti, kamu dah berkeluarga (bagi yang lelaki) tidakkah kamu semua akan melalui fasa yang sama? Tidakkah kamu juga akan memiliki cahaya mata (bagi mereka yang berupaya ==' )? So, kala itu, mana letaknya naluri kebapaan kamu sebagai ketua keluarga? Sebagai ayah, bapa, daddy yang akan bertindak melindungi koloni kecilnya.

[tetiba je aku jadi seram sejuk]

Masa untuk kita (lelaki) memikirkannya.

Masa untuk kita (lelaki) membiasakan diri. Takut nanti kita hilang punca bilamana diserahkan sekujur tubuh kecil yang meliuk lintuk untuk kita azankan/iqamatkan nanti.

No comments:

Post a Comment