Ramai lelaki sekarang bersifat metroseksual di mana penampilan diri adalah salah satu faktor yang perlu diberikan penekanan utama demi menjaga imej dan ketrampilan diri di hadapan khalayak yang sama atau berlainan jantina sehinggakan kelompok baru ini (lelaki metroseksual) dilihat cenderung untuk kelihatan sempurna tanpa ada cacat celanya.
Hensem itu ....... (isikan tempat kosong).
Hensemkan hati, insyaAllah perempuan tak akan lari. Malah ramai yang akan berkejar mencari. Eh!
*****
"Awak...saya nak tanya satu soalan boleh tak? Tapi awak
kena jawab dengan jujur taw...tak nak tipu-tipu."
"Macam serius je
bunyinya. Em, awak nak tanya apa?"
"Tak seserius
mana. Tapi saya cuma perlukan jawapan yang jujur. Itu saja."
"Okay...awak nak tanya apa?"
"Errr...jangan
gelak taw..."
"Kenapa? Soalan
awak lucu sangat ke?"
"Mungkin lucu pada awak, tapi tak lucu langsung pada
saya..."
"Hahaha...okay. Baiklah, saya tak akan gelak.
Zziiiipp!!! Saya dah kunci mulut saya. Apa soalannya?"
"Saya hensem tak? Jujur."
"Bhahahaahahahahah...."
"Amboi gelak sakan nampak. Nak jadi orang munafik ke
sampai sanggup mungkir janji?"
"Huhuhu...sorrriii."
"Em, nak jawab ke tak?"
"Mestilah nak."
"So, apa jawapannya?"
"Kejap nak fikir jap. Susah nak bagi jawapan ni. Karang
kalau silap bagi jawapan merajuk pulak nanti..."
"Saya tak
kisahlah. Saya dah bersedia terima apapun jawapannya. Sebab tu saya
tanya."
"Tapi kenapa tiba-tiba je tanya soalan tu? Sebelum ni
tak pernah pulak nak tanya. Mimpi apa semalam?"
"Awak....saya tanya awak satu soalan je. Tu pun saya
masih belum dapat jawapan, tapi awak dah ajukan pada saya dua soalan.
Bertubi-tubi. Siapa tanya siapa ni?"
"Hisy...Okay.
Jujur. Awak memang hensem. Dan sejujurnya awak adalah lelaki paling hensem
pernah saya jumpa selepas ayah saya."
"Ehemmm...dah agak dah. Saya memang tahu saya seorang
yang hensem, kacak, macho, bergaya dan baik hati. Terima kasih untuk pujian
tu."
"Euwww...jangan nak bangga diri sangat."
"Hahaha...taklah. Saya mensyukuri nikmat."
"Huh!!! Yelah tu. Syukurlah sangat. Tak macam bersyukur
pun. Bangga diri adalah."
Cik perempuan tarik nafas. Tangan kanannya menongkat dagu.
"Em, tapi kan..."
"Tapi apa?"
"Awak tahu tak yang perempuan akan rasa tak secure bila
bersama lelaki hensem?"
"Macam tu ke? Kenapa perempuan nak kena rasa tak
secure? Bukan diaorang patut bangga ke sebab dapat berdampingan dengan lelaki
hensem?"
"Bangga tu ya.
Tapi dalam masa yang sama perempuan akan tetap rasa tak selamat."
"Tapi kenapa?"
"Sabarlah...saya nak terangkan ni."
"Thehehe...okay-okay. Silakan."
"Perempuan akan rasa tak selamat sebab lelaki hensem ni
cenderung untuk mencari pasangan yang pada dia lebih ideal dan sepadan dengan
dia dengan cara membandingkan apa yang dia ada sekarang (baca : isteri/awek/gf/makwe/tunang)
dengan perempuan lain yang berlegar disekeliling. So, dalam keadaan yang
sebegitu, kebarangkalian untuk lelaki hensem ni date dengan perempuan yang
lebih pedas dan panas (baca : hot) adalah tinggi. Faham?"
"Maafkan saya,
izinkan saya membuat celahan."
"Em, silakan."
"Saya mewakili lelaki hensem yang berada di luar sana
di mana klasifikasi dan justifikasi 'handsome' keluar dari mulut seorang
perempuan, ingin saya tekankan di sini bahawa bukan semua lelaki hensem
bersifat sebegitu. Mungkin hanya segelintir lelaki hensem yang perasan dirinya
hensem sahaja yang bersikap demikian dan bukan kesemuanya. Saya tekankan sekali
lagi bukan semua."
"Euwww...tak payahlah nak cakap macam tu. Saya tahu
awak tu pendebat. Tapi awak dah lama pencen. Cakap biasa je...saya ketuk
kang!"
"Thehehehe...sori. Dah lama tak berhujah Rindu."
"Okay, berbalik
kepada pernyataan yang awak keluarkan tadi, saya rasa tanggapan tu hanya valid
untuk segelintir lelaki sahaja. Kerana, saya melihat bahawa hensem itu adalah subjektif
sifatnya. Ia bergantung kepada pemerhatian individu itu sendiri. Sebagai
contoh, saya yang awak kata hensem, dimana titik rujukan untuk awak menilai
darjah kehenseman saya? Kayu ukurnya apa. Atau dimana indikatornya? Mungkin
awak beranggapan bahawa mata saya yang sepet ni yang buat saya nampak hensem
bergaya tapi pada pandangan mata orang lain mungkin tak. Itu yang saya katakan
sebagai subjektif. Soal cenderung untuk cari yang lain pada saya itu adalah
asbab lain. Ketidakpuasan dalam sesebuah perhubungan memungkinkan berlakunya
kecurangan. Apa yang saya maksudkan ketidakpuasan di sini adalah dari aspek
keserasian, kepekaan terhadap pasangan, pemahaman, tatacara, tuturkata, atau
mungkin rasa tidak selesa yang wujud di antara pasangan. Itu adalah antara
faktor penyumbang. Lelaki, samada dia hensem atau tidak, kacak atau tidak
cenderung untuk memilih yang terbaik untuk dijadikan pasangan. Begitu juga
perempuan. Makanya, adakah menjadi satu kesalahan untuk lelaki ini memilih
sebutir berlian di balik kemilau jutaan kaca? Sebagaimana perempuan
menginginkan pasangan ideal untuk dijadikan teman hidup, sama lah halnya dengan
lelaki. Besar hajat mereka untuk menyunting bunga yang santun budi, halus
pekerti, molek tingkah, baik hati, lembut bicaranya untuk dijadikan calon
isteri. Bukan untuk sehari cuma, tapi untuk selama hayat mereka. Itu
signifikannya."
Inche lelaki tarik nafas perlahan-lahan. Kemudiannya dihembus. Semput barangkali.
"Awak nak ke hidup dengan lelaki yang hensem tapi panas
baran, suka marah-marah, kaki pukul, kaki botol, pengotor, malas beribadah,
pentingkan diri untuk awak jadikan calon suami?"
"Tak nak!"
"Begitu juga lelaki."
"Awak nak tak
hidup dengan lelaki hensem yang baik budi, penuh diplomasi, romantik,
penyayang, selalu dekat dengan Tuhannya untuk awak jadikan calon suami?"
"Mestilah nak. Siapa yang tak nak lelaki yang boleh
memberikan kebahagiaan. Kan?"
"Tahu pun. Begitu juga lelaki."
Inche lelaki pula yang tarik nafas sekali lagi.
"Hensem bukan
dinilai dari susuk fizikal yang tegap, cerah atau tinggi, tapi hati. Bila
hensem hati sang lelaki, maka tak ada lagi kecenderungan untuk lelaki memilih
atau membuat perbandingan sesuka hati. Tapi dengan syarat, perempuan perlu
turut sama sekaki. Perlu cantik hati. Faham cik isteri?"
"Faham inche suami."
"Alhamdulillah."
"Awak tak nak tanya saya ke tang mana awak nampak
hensem menurut kacamata saya?"
"Huhu...tang mana?"
"Semua yang ada pada awak."
" Dan setiap apa yang awak buat akan menyerlahkan
kehenseman awak yang sedia ada."
"So, awak rasa tak selamat?"
"Entah. Tapi
saya rasa selamat."
"Hahaha..."
"Kenapa gelak?"
"Saya masih rasa saya tak cukup hensem sebab awak rasa selamat. Tapi itu bukanlah menjadi satu masalah bagi saya. Hensem atau tidak keselamatan awak tetap di bawah jagaan saya. Kemampuan untuk memberikan awak rasa bahagia dan selamat itu yang utama, kerana pada saya itu yang didefinisikan sebagai hensem yang sebenar-sebenarnya."