Thursday, July 29, 2010

[sENyUM4N]

Bukan senang,
Tapi aku harap masih ada jalan yang terang,
Memandu aku ke depan.
Dan biarkan segala kisah hitam,
Jauh tertinggal di belakang!


Rasa seronok bila dapat balik rumah. Dapat tengok muka ma hari-hari. Dengar suara dia berkumandang meleteri aku yang susah bangun pagi. Pesan itu dan ini. Dapat makan makanan dari air tangan dia sendiri. Walau hanya ada budu, ikan kering, dan sedikit ulam, itu sudah memadai! Lebih dari mencukupi. Syukur.

Masih mampu mengukir senyum walau hati, jiwa berperang sesama sendiri. Cuba pulihkan keadaan diri. Kelemahan, kekurangan diperbaiki, sebolehnya diatasi.

Wednesday, July 28, 2010

[Cik S,Miss Q, Cik A]

Sori sangat.
Cik S,
Terpaksa menolak.
Sebab,
Mungkin itu yang terbaik.
Semoga kau beroleh damai.
Semoga datang padamu Mr Right Guy.
Lebih berganda baik profilnya.

TaNx!!!
Cik Q kerana berusaha merubah Mr K.
Serius, tiada dendam.
Sebab aku dah faham,
Apa sebenarnya yang cuba kau sampaikan...
Mungkin sebab selama ni mata ni 'lebam'
Tak boleh nak pandang depan.
Moga beroleh kebahagiaan.

Maaf,
Cik A...
Masih bersisa sifat player dalam diri Mr K
Semoga hepi menyambut bufday.

Aku,
Harap kisah ini tamat disini,
Tak ada continue lagi.
Lepas ni,
Jagalah hati...
Jaga betul-betul,
jangan main-main lagi.



Tuesday, July 27, 2010

[pEsAN sENdiRi]

Cukup!!!

"Ya. Cukuplah untuk setakat ini. Kamarul, berhentilah dari terus menyakitkan hati-hati." tu antara butir bicara akal sihat aku. Berhentilah dari menyakiti. Angin perubahan mula bertiup. Semilir..

Terima kasih Tuhan kerana masih memberikan aku peluang.
Terima kasih kerana masih memberikan aku ruang. 
Mungkin kerana jiwa yang kontang buatkan hambaMu ini hilang pedoman. 
Hilang arah tujuan.
Penasaran. 

Moga selepas ini aku masih mampu berdiri dalam jasad dan tubuh KAMARUL ABADI untuk terus memberi. Meminjam kata Ustaz Hasrizal Abd Jamil. 'Erti hidup pada yang memberi.' Kerana tangan yang memberi lebih baik dari yang menerima. Lihatlah pada posisinya. Tangan yang memberi selalu berada diatas, dimuliakan jika pemberiannya itu benar-benar jujur dan ikhlas.

[tERgENdAL4]

Maaf blog ini tergendala sementara kerana pemiliknya kering idea.
Hilang daya untuk menyusun bait jadi kata.  
Hilang upaya untuk menterjemah setiap perkara yang sarat di kepala.


Thursday, July 22, 2010

[M4NiSNyA]

Aku jadi rindu!
Sebolehnya aku nak macam dulu....
Walau kadang pahitnya lebih dari hempedu,
Manisnya lebih dari madu,
Kerna, tiada beza kau dan aku,
Walau saling berlaga bahu,
Bukan alasan untuk 'naik hantu'
Tapi bila difikir balik, peluang tu tak akan datang selalu,
Semua saat itu dah berlalu,
Tak akan mampu diputar roda waktu.

Memoir indah yang terakam,
Bukan untuk dipadam,
'Amuk' itu hanya mampu dipendam,
Saat tak lena tidur malam,
Saat mandi tak basah walau berjam bersiram,
Saat tak lalu makan walau hidangan bermacam-macam,
Bukan sebab sakit demam,
Bila rindu menggamit dari dalam.
Ubatnya hanya kalian, keluarga IKRAM
Walau sepahit mana, tetap aku kemam.

Pasti akan aku simpan,
Akan aku bingkaikan setiap wajah cantik, comel dan tampan,
Di dinding-dinding kenangan,
Tak akan aku ubah walau disergah zaman,
Walau datang badai taufan!
Harapan,
Jangan engkau aku lupakan,
Atau aku hilang dari ingatan, 
Walau jauh di pandangan,
Tetapi di hati...jangan!

Saturday, July 17, 2010

[....eP!s0d 5]

Hanya ada dua perkara yang menjadi keutamaan aku sekarang.

1. Kerja.
- Ironinya aku bukanlah seorang yang boleh dianggap workaholic. Itu kes kronik. Cuma aku suka memberikan sepenuh perhatian dan tumpuan bilamana melakukan sesuatu perkara. Itu aku. Kerapkali aku ingatkan semua, agar tidak menunggu. Takut nanti 'naik hantu'. Takut hilang pertimbangan bilamana dijentik waktu. Jarang benar aku melayan fiil perangai mereka yang inginkan perhatian saat aku hanyut dalam pekerjaan. Aku lebih selesa fokus dari melayan perasaan yang bukan-bukan. Takut hilang tumpuan. Jadi, ini adalah peringatan. Jangan menunggu ketika KAMARUL ABADI dah bertukar seragam.

2. Berubah.
- "Bila kau nak berubah?".
Setiap kali aku diaju dan diasak soalan sebegini aku pasti rebah. Perkara yang paling sukar atau dalam ertikata lain susah. Sukar untuk aku membuang segala anasir yang telah sedia tersemai, tertanam dalam diri aku dan kini telah berbuah. Susah bagi aku untuk membuang persepsi negatif dan menyuntik kembali aura positif dalam setiap minda masyarakat yang tidak lagi memandang aku walau dengan mata sebelah. Payah? Itulah masalah. Tapi, guruku pernah berpesan, add math itu mudah, kimia itu tak susah, dan fizik itu indah. Seluruh tenaga akan aku kerah, akan aku aplikasikan rumus itu dalam setiap masalah.

Kembali ke transisi KAMARUL ABADI

Wednesday, July 14, 2010

[LaW4N]

Melawan kesakitan!
Serasa hilang arah tujuan,
Hilang pedoman,
Walau terang jalan,
Walau terang bulan,
Tegak di kaki langit malam,
Kelam mengisi rongga sang roman,
Gelap, sepi dan suram.

Melawan kesepian!
Tiada terdengar jeritan,
Tiada terdengar pekikan,
Tiada terdengar hilaian,
Walau berdiri di keramaian,
Pekak ditujah dengungan,
Sepi mengisi rongga sang roman,
Senyap, sunyi, diam.

Melawan kesakitan,
Melawan kesepian,
Penawarnya belum diketemukan!

Tuesday, July 13, 2010

[.......]

Tak boleh berfikir.
Bukan sekali tapi 2 kali aku ulang kesilapan yang sama. Serupa. Bisanya menular dan mengisi bebuli darah yang mengalir. Sakitnya seolah dihiris jutaan belati tajam. Pedih dan perit hanya mampu dilahirkan melalui jeritan dan raungan.

Dendam.
Itu sebenarnya apa yang aku pendam. Cukup lama aku simpan. Aku benci bilamana dipermainkan. Jadi, aku hiris setiap jiwa yang datang jadi belahan. Walau aku tahu, mereka tidak sewajarnya jadi mangsa pada sebuah amarah yang tersimpan.

Undur.
Aku rasa ini adalah penghujung. Penamat kepada segala masalah dan beban yang merelung. Aku penat 'berperang' dengan perasaan sendiri yang tidak dapat aku pasung. Aku hanya sebuah jasad kosong yang tidak terisi langsung!

Lepas. 
Aku biarkan mereka lepas. Agar mereka mampu menghirup udara bebas. Menghela nafas. Melangkah tanpa perlu takut diberkas!

Monday, July 12, 2010

[h!dUp]

Takut,
Guruh berdentum saling bersahut,
Dentumnya datang mengejut,
Serangannya berturut,
Bikin keadaan kelam kabut, 
Bikin suasana kalut,
Kepala berselirat, serabut!
Panggilan tidak bersahut,
Bukan masa untuk buka mulut,
Diam, itu lebih patut.

Kecut,
Mengikat seluruh isi perut,
Nadi-nadi tidak lagi berdenyut,
Dada berombak diurut,
Tidak juga surut,
Membadai hampir setiap sudut,
Wajah berubah kusut!
Akal seolah terbantut,
Leher seperti dijerut,
Roh seakan disedut,
Bukan masa untuk melutut,
Memang, diam itu patut!

Gugup,
Hilang upaya untuk menghirup,
Jantung berhenti berdegup,
Mata hampir terkatup,
Langkah hilang detap detup,
Rebah dalam permainan hidup!






Sunday, July 11, 2010

[.....ep!s0d 4]

Penantian itu suatu penyiksaan. Aku setuju untuk butir ungkapan itu.

Perit dan sangat memenatkan. Saat menanti adalah saat paling ideal untuk menguji tahap kesabaran atau mungkin saat paling sesuai untuk melihat rona wajah bertukar merah padam (hijau adalah kemungkinan, biru adalah kebarangkalian). Iman yang senipis kulit bawang, sabar yang tidak mungkin seteguh kulit kerang akan menjadi saksi betapa gelojak yang melanda jiwa itu mampu menukarkan sepoi-sepoi angin kepada badai taufan. Juga menjadi saksi betapa lembut dan santunnya si polan berubah karekter,mungkin hangin satu badan. Siapa tahu? Dari juih bibirnya, nampak jelas caci-maki disulam walau mungkin anyamannya tidak memukau mata-mata yang memandang, tapi cukup untuk membuat sesiapa yang melempiaskan pandangan jadi mangsa keadaan. Sumpah-seranah berhamburan~

Aku harap sinar gemilang akan muncul menerangi. Biar ia jadi neon menghiasi transisi Kamarul Abadi. 

Saturday, July 10, 2010

[hiLANg miN4t]

Malas menulis....

Again, kalau aku sakitkan hati sesiapa aku rasa aku perlu minta maaf. Cuma pada sesiapa yang makan cili, barulah dia akan merasa pedas. Sindiran aku mungkin padanya jelas. Tapi itu bukan bermaksud untuk menyakiti. Aku menulis dari sudut pandang aku sendiri. Bukan berlagak baik macam malaikat dan putar belit fakta sepertimana yang semua orang cakap atau sekadar syok sendiri.

Frankly, salah aku memang banyak. Hampir dengan semua orang aku ada buat silap. Aku cuma menulis apa yang aku rasa perlu. Ungkapan maaf untuk semua yang jadi mangsa tuju-tuju. Mungkin 'cili' yang aku tanam, pedasnya menyengat. Tapi itu bukan niat, sungguh!

Monday, July 5, 2010

[pENgAL4MaN]

Lantaklah kalau korang rasa nak gelak atau apa. Aku tetap nak cerita. Even apa yang bakal aku ceritakan tidaklah menarik mana aku rasa. Tapi semua ini adalah pengalaman pertama aku yang aku rasa sangat-sanagat bernilai dan berharga. Sangat-sangat bermakna!!!!

Straight to the da point~

Hari ini, officially aku jadi penjaga kepada anak saudara aku yang superb hensem macam uncle dia nih. Muhammad Aiman Hamizan. Sebabnya, pengasuh dia balik kampung sebab ada hal-hal keluarga katanya. So, bangun pagi tadi aku diamanahkan untuk menjaga baby Aiman yang masih lagi lena di peraduan. Gila chomey dia nih. Tidur pun style je.

Bila Aiman bangun dan buka mata dia terus senyum dan buat muka hensem bila pandang aku. Akulah satu-satunya pakcik yang tak ada gelaran. Bukan pak ngah, pak teh, atau pak su. Hanya pak cik sahaja.  Tapi aku tak kisah memandangkan aku adalah pakcik yang hensem dan tabah.

Bila Aiman mula merengek nak susu aku mula kaget. Tadi abang ipar aku ada pesan dan ajar aku cara buat susu. Tapi tu hanya teori, praktikalnya???? Mati aku kali ini. Aku panjangkan langkah kaki ke dapur bila Aiman start buka 'radio'. Aku mula kalut. Macamana nih??? Belum pernah dalam sejarah hidup aku bancuh susu. Minum susu je aku tahu. Akhirnya, dengan peluh yang berjejeran di dahi (saja-saja nak tambah rencah cerita) aku berjaya selesaikan misi mustahil yang diberikan. Aiman mula diam tatkala botol susu berada di tangan. Senyum memanjang.

Tuga aku belum terhenti di situ. Aiman sekali lagi mernegek. cepat-cepat aku dail nombor telefon ibuku.

"Dia panas la tu kot. Mandikan dia." telah ibuku.

"Macam mana?" Aku bertanya macam orang bodoh.

"Mandi macam biasa la. Macam mana lagi." hlilai tawa ma aku bergema di talian.

"Lepas tu?"

"Pakaikan baju. Sapu minyak yu yee kat perut dengan kaki dia."

"Ok."

Aku bawa Aiman ke bilik air. Mandikan dia penuh berhati-hati. Hasilnya, aku pula yang hampir lencun. Bukan tak ada pengalaman. Aku pernah mandikan Afiq. Tapi bezanya, Afiq dah taw mandi sendiri. Aku hanya tolong buka pili.

Aku pakaikan Aiman baju setelah selesai semua misi aku. Aku baringkan dia. Dia tarik muka. Nak menangis. Kali ini tanpa perlukan bantuan pakar kanank-kanak aku dapat meneka Aiman mengantuk sebenarnya. Susu kembali aku sua. Belum tidur juga. Aku dukung Aiman. Dakap dia, dan perlahan-lahan dia lelapkan mata tanpa aku sangka. Lena dalam dakapan aku. Terharu.

Begitulah tugas sukar aku. Lebih sukar dari segala misi yang pernah aku laksanakan sebelum ini.

~End of story~

[....ep!s0d 3]

Kalau boleh biarlah semuanya berakhir di sini dari terus bercambah akarnya, bertambah episodnya dan jadi semakin panjang. Sebabnya aku dah penat melawan. Walau sesiapapun berniat untuk melancarkan serangan, biarkan. Semakin aku layan, leretannya seolah tiada penyelesaian. Tak nampak jalan pengakhiran. Terus bersambungan.

Aku penat bila semua salah, letaknya atas bahu aku. Semuanya tak kena pada mata. Nampak haru-biru. Tak kena ini dan itu. Segala apa yang aku buat, walau sebesar gunung kebaikan semuanya nampak seperti butir-butir debu. Bertebaran memenuhi segenap penjuru. Dan paluan gendang terus dipalu, bila keburukan walau hanya sebezar zarah yang tanpa sedar diperlaku. Paluannya bertalu-talu.

Sedarkan aku saat langkah kaki jauh tersasar, kejutkan aku dari lena yang panjang jika belum juga aku tersedar. Ajarkan aku saat tutur kataku masih belum lagi lancar. Tenangkan aku kala seluruh isi tubuh menggigil atau menggeletar. Aku bukan bijak pandai, jauh sekali arif atau pakar. Khilaf itu sentiasa mengakar.

Sunday, July 4, 2010

[bEzA aNtARa]

 Bengal~

 Kucing~



Syafiq pernah nasihat:

"Tu la ko, aku dah cakap. Jangan gatal-gatal nak bela kucing hutan, tapi kau nak jugak. Kang dah kena cakar. Baru tahu sakit. Bela kucing kampung sudey..." 

Keliru~

Apa beza kucing hutan dan kucing kampung. Abstrak sungguh Syafiq ni. Nak bersastera pulak dengan aku. Dan berkilas kata. Aku jugak yang nganga tak faham apa-apa.

Ni antara nasihat yang lekat kat kepala aku sampai sekarang. Ada banyak nasihat yang dia taburkan dalam kepala otak aku. Sampai bergaram dah aku rasa. Semuanya berguna. Katanya, aku ni jenis yang berlembut dengan kaum yang berlawanan jenis. Sebab tu aku senang kena buli, kena maki, kena caci berkati-kati. Tapi aku tetap buat-buat tuli. Nak tinggi suara dengan perempuan jauh sekali. Bukan takut, tapi rasa hormat tu aku letak pada aras yang lebih tinggi. Masa dulu, bila gaduh sebolehnya aku mengelak dari ditempelak. Mengelak dari hal yang kecik merebak jadi besar bagak. Bukan tak nak settle, tapi biar masing-masing berada dalam keadaan waras dan rasional. Tak lah keputusan tu dibuat membabi-buta. Ikut perasaan yang kala itu tak tentu hala. Tak gitu? Aku suka letak je phone masa 'dia' dok potpet2 kat hujung corong. Lepas tu, bila handphone sekali lagi berdering, aku dapat dengar dengan jelas suara dia yang kali ini memicing. Nyaring! Tapi tu dulu. Biarkan je. Dah berlalu. Dah jadi debu bagi aku.

Terima kasih sahabat. Kau dah banyak sangat dengar kisah melankolik aku yang tak lah hebat sangat.

Saturday, July 3, 2010

[dEfiNisi]

Mangsa? 

Dari sudut mana klasifikasinya? Apa definisi sebenarnya dan apakah justifikasi 'mangsa' sebenarnya? Berikan makna, biar mata ini terbuka! Siapa mangsa dan siapa pemangsa sebenarnya?

Situasi 1: A adalah perempuan. B adalah lelaki. C adalah teman wanita atau dalam bahasa saintifiknya awek kepada si B. D adalah lelaki merangkap boyfriend kepada si A. Masalah bermula bila si A telah di'break' kan oleh si D tanpa belas ihsan atau kasihan. Tanpa diberi sebab dan alasan. Maka si A membawa hatinya yang lara pergi kepad si B. Menceritakan segala kenangan pahit bersama si A dan pelbagai masalah diperdengarkan. Si B melayan sebab kasihan tanpa memberitahu si C atas sebab keselamatan. Takut perang saudara berlarutan. Si B memujuk si A. Sampai satu tahap si A terjatuh hati kat si B sebab si B ni penyayang (katanyalah). Konflik mula timbul. Si B berat hati nak tolak, takut hati si A patah 8 (sudah jatuh ditimpa eskalator). So si B terus berdiam dan melayan. Rasa kasihan bertukar jadi rasa sayang hey. Bila si C taw, mengamuk sakan la. So, kesimpulan? Siapa harus dipersalahkan?

Situasi 2: A adalah perempuan. B adalah lelaki. C adalah boyfriend si A. Masalah timbul bila si C break dengan si A atas sebab ada girls yang lagi hot, gorgeous macam Megan Fox menantinya. So, nak menyedapkan cerita, si A dekat dengan si B semata nak bagitahu si C bahawa dia mampu dapat boyfriend baru dalam sekelip mata je n boleh lupakan si dia juga boleh hidup tanpanya. Si B tak sedar yang dia sebenarnya diperkotak-katikkan. So, kesimpulannya? Siapa mangsa, dan siapa pemangsa?

Situasi 3: A adalah perempuan (kalau boring dengan huruf A, anda boleh tukar dengan huruf-huruf atau abjad lain). B adalah lelaki yang giler kacak, tampan, bergaya, diminati ramai gadis kerana pakej percutian yang ada padanya. C adalah teman wanita kepada si B.  Masalahnya, si A mencuba untuk memasang perangkap, untuk memerangkap si B semata-mata nak tunjuk yang dia boleh dapat mamat hensem dan berpengaruh untuk dijadikan bahan tatapan umum, sesuai untuk ditonton semua lapisan masyarakat. So, siapa mangsa? Siapa pemangsa?

Senang cerita, pandai-pandai la fikir kerana jerat tak pernah lupakan pelanduk, tetapi pelanduk sentiasa lupakan jerat. Siapa mangsa dan siapa pemangsa sebenarnya bergantung kepada pendefinisian anda sendiri sebenarnya. Pokok pangkalnya adalah niat. Percaya kepada pepatah, anda menuai apa yang anda tanam! Kalau takut dilambung ombak jangan menonton filem ong bak di pawagam berhampiran berumah di tepi pantai. Kerana jangan disangka air yang tenang tiada buaya darat.