Monday, November 29, 2010

[s4Kit]

Mood                    a.  Berdebar-debar tak tentu pasal.

b. Jantung berdegup kencang. Seolah-olah baru sahaja menamatkan larian.

Masalah fizikal      a.  Lutut menggigil tapi disahkan tidak menghidapi parkinson.

b.  Lidah hampir beku. Tak mampu berbicara. Kalaupun ada kata-  kata yang keluar, langsung tidak dapat didengari. Memerlukan khidmat pembesar suara atau mungkin orang ketiga untuk menterjemahkan apa yg diperkata.

c. Peluh dingin mula berkampung di dahi.

d. Keadaan jadi serba tak kena, dalam erti kata lain kurang selesa. Semua benda yang ada di hadapan terasa hendak dipintalnya.

e. Mata tidak mampu bertentang. Hanya mampu memandang lantai bumi. Sungguh sopan dan ayu sekali.

f. Organ-organ dalaman tidak mampu berfungsi dengan cemerlang, gemilang dan terbilang.

g. Kadangkala masalah gagap tiba-tiba sahaja berlaku. Ini kerana tiada lagi idea bernas lagi jitu yang bersarang dalam itu punya kepala batu.


Masalah sebegini kerap berlaku kepada sesiapa yang sahaja yang menemui cinta baru. Adalah dinasihatkan supaya anda mengambil langkah berjaga-jaga bagi mengelakkan daripada masalah ini terus berulang kerana khuatir boleh memudaratkan kerana kesannya amat besar kepada penghidap penyakit ini.

Antara kesan-kesan yang biasa berlaku atau terjadi kepada pesakit yang berada pada tahap serius adalah seperti berikut.

1.     Mandi tak basah.
2.     Makan tak kenyang.
3.     Tidur tak lena.

Cegah sebelum terlambat.


Thursday, November 25, 2010

[LeLAKi]

Ini cerita semalam.
Aku rasa masih belum lagi basi dan masih lagi relevan untuk aku ceritakan pada hari ini.

Usai solat Maghrib, aku bingkas menuju ke rak2 buku yang aku sendiri buat.
Rak yang menempatkan pelbagai jenis genre buku.
Komik [paling banyak]
Motivasi [paling suka]
Novel [paling minat]
semuanya aku himpunkan dalam satu rak dan aku bezakan mengikut genre.

aku pernah pesan kat ma,
"Ma, tolong tengokkan buku-buku Di."

dan hasilnya,
Ma aku tak berani kemas rak buku aku.
takut hilang katanya.
dan sesiapa yang nak pinjam, hanya boleh membuat pinjaman melaluinya sahaja dan bukan orang lain.

berbalik pada isi cerita.
aku meniliti hampir setiap buku-buku yang tersusun rapi di situ.
kemudian, mataku tertancap pada kulit buku hijau yang berbalut plastik lutsinar.

"Nota Hati Seorang Lelaki"
karya Pahrol Mohd Juoi.

Aku belek muka suratnya satu persatu.
Buku ini telah aku khatamkan saat aku masih menutut di Pulau Pinang dahulu.
Tapi ia masih berjaya menarik minat aku untuk membacanya.

"Hati seorang lelaki,
Kekadang perlu sekeras waja,
Ada masanya mesti lembut seperti sutera,
Ah lelaki,
Jika jiwamu tulus kerana Ilahi,
Pasti lurus perananmu sebagai Lelaki..."

Perlu untuk aku nyatakan di sini, buku ini adalah buku yang harus dimiliki oleh setiap lelaki sebagai rujukan kerana ianya mencakupi seluruh aspek kehidupan dan peranan lelaki itu sendiri sebagai anak, ayah, suami dan da'i. Buku ini pada aku memberikan satu input baru yang mana ianya mampu untuk menjadi hidangan dan santapan rohani, juga mampu bertindak sebagai vaksin untuk menghapuskan 'virus-virus' baru yang sentiasa berevolusi.

"Zaman dulu lain, sekarang lain..."

"Alah, pak cik cakap senang, sebab dulu zaman pak cik apa pun tak ada. Gelap pun hanya bersuluh cahaya pelita."

Ada saja suara sumbang yang sentiasa beralasan. Kenapa tidak mereka mencari jalan untuk sama-sama menyelesaikan masalah-masalah yang sentiasa bertandang? Kenapa perlu beralasan?

Lelaki, dalam meniti titian perjalanan terlalu banyak ranjau yang perlu kau tempuh. 
Cukup kah dengan hanya berpeluk tubuh?
terlalu banyak cabaran yang mendatang,
Cukup kah dengan ilmu yang kau ada sekarang?

Membina peribadi memerlukan usaha yang berterusan [istiqamah], bukan hanya duduk melangut mengharapkan datangnya keajaiban. Penentuan masa hadapan kita yang tentukan. Perlu kita ingat, hidup adalah pilihan.

"Great man willing to be little..."


Ungkapan ini ada benarnya.
Jadilah lelaki biasa yang bersifat luar biasa,
dan,
jadilah lelaki luar biasa yang juga mampu untuk melaksanakan kerja-kerja biasa.
Takut nanti, bila tinggi duduknya,
terus lupa, terus leka, terus alpa.



Tuesday, November 23, 2010

[adAkAH?]

Aku jadi takut bila memikirkan soal pasangan,
[jangan gelak, ini realiti!]
sebabnya, aku adalah antara jutaan manusia yang suka membuat perbandingan.
cerewet.
suka complaint.
perfectionist? [s0metimes]

secara serius, perkara ini berlegar di minda aku pagi tadi.
saat aku breakfast bersama ma aku yang tersayang.
saat telur separuh masak tinggal separuh aku hirup,
saat horlicks masih penuh tak diganggu duduk.
saat itulah aku terfikir,
mampu ke pasangan aku nanti sediakan semua tu? [gila kental, awal seh aku pikiaq sal seme ni.terlalu banya berfikir aku neh.sigh]
tapi itulah realiti.
hakikat kepada apa yang akan berlaku nanti.
pernah dengar x, ada pasangan yang bercerai-berai fasal si isteri tak buat kopi untuk si suami?
atau mungkin mereka bercerai-berai sebab si isteri asyik suruh suami tapau Mc Chicken Deluxe kat McD setiap hari?
atau juga, diorang bercerai-berai sebab rumah tunggang-langgang walaupun xde tsunami.
[apa aku merepek nih?]
tapi itulah.
aku sentiasa berfikir, akan adakah perempuan yang mampu menandingi kelazatan masakan mak aku dalam segenap segi [kawen dgn chef mungkin ok kot]
atau adakah wanita yang mampu jadi misi (nurse) untuk manusia yang paling cerewet kat muka bumi ni?[akukah?]
juga, adakah wujud hawa yang sedia berkongsi 'resipi' untuk sehidup semati dengan Kamarul Abadi?
[makin serabut]
er....

"Ya Allah, xsiap2 lagi? Dah lewat nak pergi kerja ni!" suara mak aku mematikan lamunan aku di keheningan pagi.

aku gelak sendiri.

dan, adakah wanita yang keras hati, sanggup bebel kat aku bila aku liat nak bangun pagi, susah nak pergi mandi [gimik], malas nak gosok baju sendiri, dress up serabai dengan rambut yang super junior duper messy

[mengeluh sendiri]
masa untuk berfikir~

Monday, November 22, 2010

[dEsAk4N]

Untuk pertama kalinya aku rasa minda dan fikiran aku kosong.
[empty]
Berlaku transmisi hingga aku hilang konsentrasi.
Sampai aku terus xde idea untuk menulis atau mengarang cerita.
Kerana apa?
Kerana desakan kerja.
Yup!

DESAKAN KERJA.

Aku rasa masalah ini akan terus berlarutan sampai bila-bila.
Seolah-olah ianya jadi wabak yang gagal untuk dikenalpasti tapi mempunyai kuasa 'membunuh' tahap tinggi.
Kebiasaannya, idea untuk aku menulis datang tanpa disengajakan.
Atau, mungkin juga melalui pengamatan,
Kadangkala melalui pengalaman.
Sebelum aku terjemahkan ke bahasa lisan.
Tapi, perkara sebaliknya berlaku sekarang...
Otak aku terus-menerus mencerna butiran KERJA tanpa memberi peluang untuk puing-puing lain turut sama serta.
Makud aku, adakalanya kita diheret khayal, menerobos setiap inci dunia.
Membina sebuah impian (angan) kita tanpa ada gangguan dari sesiapa.
dan adakalanya kita diajak bermimpi (mungkin di siang hari)
Mencipta ruang atau dimensi yang tidak ada seorang pun boleh menembusi.
Aku hilang nikmat khayal.
Aku tak lagi mampu bermimpi (kalau berani, cubalah!)

*****

Neuron-neuron otak berhenti berbakti (untuk menulis sahaja)
Jadi, aku kena kembali ke meja kerja menganlisis dan meneliti.
Sebelum aku dimarahi oleh diri aku sendiri.







Sunday, November 14, 2010

[buDakBaRU]

Kamarul, En Amin,

Ok thank you for the update. I look forward to having our first ever yard in Kemaman!!!! This is major milestone for our company. Once we have our own yard, we can plan for growth.

This project/yard is very important to the company.

Keep up the good work. I am pleased with the progress to date.

Make us proud!!

Regards, Iwan Jefry

Yang di atas itu adalah sebahagian dari email dasar kerajaan yang MD aku hantar.
Kenapa Kamarul dulu baru En Amin?
Sebabnya, macam biasa.
Setiap kali dapat tugasan, pasti aku akan jadi mangsanya yang pertama buat kerja .
dan kena buat kerja.

"Kamarul, kau shoot satu email kat bos gtaw dia status n daily progress kita."

"Kamarul, kau buat satu surat pada pihak Rigging Engineering gtaw kita nak keluar dari yard dorang."

"Kamarul, nanti kau jumpa Wan kau tanya pasal projek kita."

Itu satu bentuk arahan!

Aku akur
Aku pasrah
Sebabnya aku tak berapa nak amik kesah.
Aku budak baru belajar.
Aku ikut je semua.
tanpa membantah.

Setakat ni semua berjalan lancar.

"Kamarul, kau person in charge tuk projek kita. So, kau kena korban masa. Kerja hari sabtu."

Satu lagi arahan.

Sepertimana biasa.
Aku tunduk mengiyakan.
Tak kesah kerja dengan cuaca yang tidak menentu di Kemaman.
Bukan sekali aku harung hujan
dan bukan sekali aku batuk, bersin, demam.
waktu tidur aku pun berubah dari 11 ke pukul 10 malam.
[dan terjaga pukul 3pagi]
Sebab aku ingat apa yang ma, ibu dan ayah pesan.

"Buat kerja elok-elok."

singkat.
padat.
ini yang dibekalkan pada aku setiap kali sebelum aku ingin mulakan perjalanan.

jadi,
aku rasa semua faham.
hidup bukan sepertimana yang kita impikan.
Sebabnya, 
manusia ni ada berbagai ragam.
hanya rambut aja yang sama hitam.

Thursday, November 11, 2010

[kANCiNG giGi]

Start dari awal kerja.
Lukis layout.
Calculation
Measurement.
Plan Structure.
Tu semua aku buat.
Tapi bila ada orang 'pandai' yang cross aku aku bagi dia jalan dulu.
Come on!!!

"Abang, apasal 80meter? Bukan plus minus 90 meter ke?" soalan tu aku ajukan bila aku rasa ada sesuatu yang tak kena berlaku.

"Entah. Abang pon tak tahu." selamba badak je jawab.

aku diam.
cz aku budak umur 3 bulan.

"Kamarul, kenapa pintu pagar ni kau buat dia 8meter?" soalan separuh menguji dari seorang Head of Logistic.

aku tengok pelan. 
pandang muka dia.
dia tak tahu atau buat2 tak tahu?

"Sebab kita ada open basket size 20 kaki X 4 kaki X 3kaki. Senang kita nak buat lifting. Senang nak mob taw demob barang."

20 kaki (feet) = 6.09599 meter.
so, aku buat tolerance dalam 6.2467 kaki.
sebabnya, senang nak move!

"Owh, betul jugak." Sambil tengok design dia. Jelas dan nyata sebab aku rasa aku belum lagi buta, pintu pagar Mr Head of Logistic panjangnya 4 meter. "Tapi boleh jer kan kalau buat 4 meter. Sebab forklift tu boleh leveling, kan?" dia kembali menyambung hujahnya.

yup.
memang forklift tu boleh leveling.
tapi hazard kat workplace cane?
penah ko fikir ke x, dengan basket yang berat 7 tan tu masa dalam lifting berat dia akan bertambah due to gravity?
kalau jatuh cana?
ada amik kira?

time submit qoutation.

ok.
kau menang.
sebab kau punya lagi murah beberapa ratus dari aku.

seminggu selepas tu.

"Kamarul, jom ikut g site jap. Vendor cakap panjang pagar 100 meter." dia buat muka bimbang.

aku bangun.
amik pelan.
teliti seketika.

"Memang seratus pon bang. Termasuk pagar." itu jawapan aku setelah meneliti layout yg aku buat dulu.
aku highlight kat sini. AKU yang buat LAYOUT tu, so AKU TAHU.

"Kenapa?" dia menyoal.

"Cuba abg tgk sisi kiri, kanan dan panjang. Campur semua dan jumlahkan. Equal to 100 kan? Tapi kita akan tolak pintu pagar 8 meter, so ada lagi 92 meter. Am i right? 2 meter tu adalah tolerance. Sebabnya kerja2 kontraktor ni kena ada lebih dia. Tak boleh kurang."

Dia mengangguk.
tanda faham?

then, apa masalahnya?

masalahnya bila dalam qoutation dia hanya mention 80 meter utk panjang keseluruhan pagar.
mana lagi 16 meter pagar kau punya?

bila bos call,
kau boleh jawab,

"Kami ada buat kesilapan teknikal tanpa kami sedar."

Kami?
wait3x!!!
qoutation kau dan aku berbeza.
aku punya panjang pagar plus minus 90 meter. kau punya 80 meter
pagar aku 8 meter dan kau 4 meter
apa masalah kau sebut kami?
kau ada lukis layout?
kau ada buat pelan?
please lah.
jgn nak calit lumpur tu kat aku sekali!!!!
jangan buat aku kancing gigi

* pas fikir dua tiga kali, aku tifon ibu. gtaw masalah aku. Ibu marah bila tahu. "Make a clear report kat MD, bagitahu dia apa sebenarnya yang terjadi." tu pesan ibu.


Monday, November 8, 2010

[sAY]

SAY

DALAM kesamaran cahaya yang menerangi ruang kamar tidurnya, dia berusaha untuk membuka mata. Berpinar-pinar. Kepalanya masih lagi berdenyut. Migrain yang menyerangnya sebentar tadi masih lagi menguasai. Belum ada tanda-tanda yang menunjukkan migrain itu akan pergi. Dia mengurut-ngurut kepala. Cuba untuk mengurangkan dan memberikan kelegaan segera  pada tekanan yang memusat di kepala.

                Masih juga belum reda.

                Dia memisat-misat kedua biji mata, dan kemudian meraup muka.

                Jam Fossil yang melingkari pergelangan tangan kirinya ditanggalkan dan diletakkan diatas rak buku yang terletak dihujung katil. Sebelum itu, dia sempat memandang muka jam tersebut sekilas.

Jam 3.34 minit pagi.

Hampir lima jam lamanya dia dibawa ke alam mimpi setelah dirinya tadi bertarung dengan sakit kepala seolah-olah ditusuk duri. Dia memutuskan untuk tidur dari mengambil ubat tahan sakit yang hanya akan memberikan kesan negatif suatu hari nanti. Dia tidak mahu terlalu bergantung dengan preskripsi. Dia memang begitu, pantang diasak dengan sesuatu masalah, pasti kepalanya berdenyut tak sudah-sudah. Biar disua dengan pelbagai jenis ubatan, dia tidak akan sesekali telan jauh sekali untuk dia kemam.

‘Utamakan hati. Diterima atau tidak, itu perkara kemudian. Yang penting hati sudah menerima jawapan.’ Kata-kata itu hanya bermain di fikiran. Tidak terluah dengan perkataan. Kata-kata yang dipetik dari novel grafik Hanya karya Fakhrul Anour masih segar di ingatannya biarpun novel grafik itu telah dia khatam hampir sepuluh kali sejak tiga tahun yang lalu.

 Entah mengapa fikirannya benar-benar berkecamuk kala itu. Ada sesuatu yang menganggu. Perasaannya berperang sesama sendiri. Itulah punca kepada kesakitan yang dihadapinya sekarang.

Dia sebolehnya cuba untuk bertenang biarpun jiwanya bergelandangan.

Untuk kesekian kalinya dia meraup muka dan setelah itu kedua tangannya yang disilangkan pada jemari kiri dan kanan di bawa ke belakang kepala. Dia menutup mata. Cuba menyuntik sebanyak mungkin dos-dos semangat untuk mengubati perasaan resah dan gundah yang mengulitinya.

“Utamakan hati!”dengan mata yang terpejam rapat, suaranya berdesir perlahan.

Dia kemudian bangkit berdiri, berjalan menuju tingkap memandang dada langit yang suram tiada berbintang. Panahan cahaya bulan hampir tidak kelihatan dilitupi tebal awan. Rintik hujan masih lagi kelihatan. Biarpun renyai, ianya sudah cukup untuk membuatkan suasana malam itu dibaluti kedinginan. Malam yang panjang.

Pandangan kosong itu kemudiannya beralih. Tiada apa yang menarik perhatian. Dia menundukkan pandangan. Matanya dipejamkan. Rapat.  Air matanya yang mengalir keluar dari hujung mata kemudiannya diseka. Air mata itu keluar mengalir tanpa dipinta bersama renyai dan derai hujan yang gugur melata membasahi lantai bumi.

Saat ini jiwanya terganggu. Dia sendiri tidak mengetahui asbabnya. Perasaan itu hadir tanpa dia sendiri sedari. Dia jadi tidak keruan saat mendengarkan pengakuan dari seorang perempuan yang selama ini menjadi teman rapatnya punya teman istimewa. Dia cuba untuk berlagak seolah tiada apa, biarpun getar rasa menebak dada.

Cemburu?!

Tapi untuk apa?

 Kenapa perlu ada rasa cemburu, sedang hatinya sendiri masih lagi keliru?

Dia tidak pernah menyuarakan hasrat hatinya. Tidak pernah mengiyakan atau menidakkan rasa hati kerada dia tahu syariat membataskan segala. Dia tidak mahu terus hanyut, leka dan alpa dengan cinta dunia. Cinta sementara.

Daun tingkap yang terbuka luas kemudian ditariknya perlahan. Kes peningkatan demam denggi sejak kebelakangan ini sedikit sebanyak memberikannya peringatan bahawa sakit itu datang tanpa perlu diundang!

Mencegah adalah lebih baik dari mengubati. Itu yang pasti.

Dia kemudian berjalan keluar dari kamar tidur. Seketika, dia kembali dengan kesan basahan di beberapa bahagian anggota badan. Kedua anak matanya kemerahan.

                Wudhuk.

                Dia masih belum menunaikan kewajipan.Rukun Islam kedua belum lagi dilunaskan. Sebentar tadi, sebelum dia dibawa ke alam mimpi, dia masih belum lagi menunaikan solat fardhu Isya’. Mujurlah dia dikejutkan di sepertiga malam dan masih diberikan kesempatan untuk menyempurnakan amalan.

                Sejadah yang disampirkan di ampaian di sisi bilik dicapai dan dibentangkan. Saat tubuhnya berdiri tegak mengadap kiblat, mulutnya kumat-kamit melantunkan sesuatu. Membaca surah-surah lazim dari Al-Quran sebelum mengangkat takbir memuji keagungan Tuhan. Dia larut dalam penghayatan dalam interaksinya dengan Allah s.w.t, Tuhan pemilik sekalian alam. Pemilik jiwa-jiwa yang lemah dan kontang.

                Dia sekali lagi berdiri medirikan solat sunat setelah membaca doa ringkas. Dia ingin mengadu untung nasibnya pada Tuhan. Dia tidak mahu hanyut dibuai perasaan yang bukan-bukan. Mencintai seorang perempuan yang bukan muhrim memang satu anugerah, tapi dia tidak mahu anugerah itu nanti bertukar menjadi musibah. Benar, cinta adalah fitrah. Tetapi dia merasakan yang sebaiknya adalah mengembalikan cinta itu kepada pemilik cinta yang hakiki. Kerana Dia tidak pernah memungkiri janji dan selalu ada menemani saat cinta manusia itu dikhianati.

                Usai mengerjakan solat, dia menadah tangan bermunajat pada Yang Maha Kuasa. Dalam dialognya, dia mengadu akan kelemahan diri yang selalu berbolak-balik hati. Dia memejamkan mata bilamana butir jernih memenuhi kolam mata. Tanpa berselindung, butir-butir jernih itu gugur juga dari tubir mata membasahi kedua pipinya.

“Ya Allah
Jika dia benar untukku
Dekatkanlah hatinya dengan hatiku
Jika dia bukan milikku
Damaikanlah hatiku
Dengan ketentuan-Mu...”