Monday, August 16, 2010

[sUkAxSuKA]

Kahwin?
Soalnya mampu atau tak mampu?
Itu yang perlu jadi keutamaan.
Perlu diutamakan.
Mampukah memimpin dan mengetuai sebuah pelayaran?
Mampukah memberikan sepenuh perhatian?
Mampukah melaksanakan tanggungjawab yang bakal membeban?
Mampukah melakukan pengorbanan?
Mampukah wujudkan rasa sayang andai datang badai bergelombang?
Mampukah menahan amarah andai diasak pelbagai jenis perasaan?
Mampukah?

Isu kahwin muda sekarang dimomokkan dengan pelbagai persoalan dan andaian yang aku rasa akan merencatkan pemikiran. Kononnya kahwin muda itu membebankan jika kedudukan ekonomi jadi ukuran. Juga kahwin muda akan membawa kepada keretakan jika neracanya ditimbang dari kewarasan akal untuk menyelesaikan permasalahan.

Meminjam kata bidalan;
"Kecil jangan disangka anak, besar jangan disangka bapak."

Kahwin adalah penyelesaian. Penyelesaian kepada segala bentuk permasalahan. Itu PENDAPAT aku. Tiada faktor luaran. Aku sandarkan pada akal pemikiran. Betapa masyarakat kita hari ini sebenarnya memandang rendah kemampuan anak-anak mereka untuk memikul tanggungjawab.

"Kau tu masak pun tak pandai ada hati nak kahwin?"

"Baju, seluar pun mak yang basuhkan, macam ni yang kau cakap nak kahwin?"

"Dah, jangan nak mengarut! Kumpul duit dulu. Baru cakap fasal kahwin."

Itu signifikannya.

Betapa ortodoksnya pemikiran masyarakat kita. Kenapa tidak diberi ruang dan peluang?

Cuba ajukan soalan,

"Mak dengan ayah kahwin umur berapa?"
atau,
"Masa 1st mak kahwin mak tahu masak tak?"

Agak-agak apa jawapan yang akan keluar dari mulut mereka? Atau akan ada 'buah tangan' yang dihadiahkan tepat pada pipi kanan atau kiri.

Kutip sebanyak mungkin pengalaman. Perkahwinan adalah penyelesaian. Kerana apa? Kerana perkahwinan adalah guru terbaik untuk mendidik. Rasional dari apa yang terbit dari hikmah sebuah perkahwinan mampu membentuk dan merubah peribadi suami atau isteri. Seorang suami yang dulunya seorang yang terkenal dengan sikap nakal, tidak bertanggungjawab, malas, pengotor, mungkin berubah jika dia memahami erti sebenar insitusi perkahwinan itu sendiri. Semuanya perlukan masa. Bukan hanya boleh diubah atau berubah dalam sekelip mata.

Faktor kewangan?
Siapa yang memberi rezeki?
Sebagai hamba, jalani kehidupan sepertimana yang disarankan berpandukan Hadis dan Al-Quran. Kita hanya merancang, tetapi ketentuan itu tetap bukan milik kita. Ia milik TUHAN. Jangan kita sebagai manusia yang cerdik akalnya cuba untuk melakukan kerja-kerja TUHAN dengan menidakkan sebuah KETENTUAN semata-mata ingin memenuhi KEHENDAK dan KEMAHUAN.

Kahwin muda?
Bukan gejala.
Tapi itu adalah agenda kepada kelansungan Ummat manusia. Dari sebuah ikatan perkahwinan yang suci, lahirnya anak-anak yang bakal meneruskan legasi memimpin sebuah generasi.

Kembali kepada fitrah.

No comments:

Post a Comment