Thursday, August 5, 2010

[sEs4K]

Tarik Nafas. Tahan. Lepas.

Apa yang kau rasa?
Lega?

******
Cara kita mungkin berbeza. Tapi aku rasa tujuan kita sama. Kalau aku lebih selesa diam dari berkata-kata, termenung sendirian memandang kaki langit kala senja, berdiri menghitung butiran bintang menghampari dada langit yang berjuta-juta bilangannya, tidur sampai sakit-sakit kepala, aku rasa cara kita masih tak sama. Kekal berbeza. Tak akan sama method yang kita guna.

Kerana

Kalaupun aku buka bibir untuk berbicara, lancar ke mulut aku berkata-kata?
Kalaupun aku berada dalam kerumun, mampu ke aku mengoyak senyum?
Kalaupun aku duduk bersila, mampu ke aku mengalunkan tawa ria?
Kalaupun aku berjaga, mampu ke aku selesaikan segala?
Kalaupun aku ketawa, mampu ke aku seka air mata?
Kalaupun pada zahirnya nampak ceria, mampu ke aku padam garis-garis kecewa di muka?
dan,
Kalaupun mulut aku mampu menyusun kata, mampu ke aku redakan gejolak di jiwa?

Berbeza?
Tapi masih ada yang sama.

Udara yang kau hirup, ada beza pada rasanya?,
Darah yang mengalir, ada beza pada warnanya?,
Langit yang melitup, ada beza pada luasnya?  ,
Tanah yang kau duduk, ada beza pada komposisinya?
dan,
Walau setiap rantau dan ceruk, siapa yang memberi nyawa?

Beza?
Hanya pada TAKWA.
Sama?
Kita HAMBA.

Walau sarat, biar berselirat!
Jangan kalah pada apa yang kau 'lihat'
Lawan, selagi roh masih menghuni jasad,
Selagi ada daya pada tulang empat kerat!

* Untuk sahabat-sahabat yang hidupnya di uji dengan ujian yang maha hebat.




No comments:

Post a Comment